Tuesday, November 2, 2010

tiada jodoh antara kita

pada 4 - 7 November 2010 ni opis aku membuat rombongan ke langkawi. pada awal perbincangan untuk rombongan ni, aku antara yang sangat excited nak join. semasa pemilihan tempat, aku antara yang menyokong untuk memilih langkawi sebagai destinasi. mungkin ada orang tak heran pun nak pergi langkawi. malah ada yang tak terkinyam langsung nak ke langkawi. tapi aku memang teringin nak pergi sana walaupun dah 2 kali aku ke langkawi sebelum ni. takde niat nak shopping coklat atau apa pun. just nak ambil angin di tempat orang.



sejak 3 tahun lepas lagi aku nak sangat pegi langkawi. dah 2,3 kali dah plan. bila dah plan, ada je halangan yang membuatkan perancangan terpaksa dibatalkan last-last minit. sehinggalah akhirnya tahun ni...peluang ke langkawi terbuka depan mata sekali lagi, malah hanya bayar RM50 je sebab selebihnya disponsor oleh kelab opis ku. semakin dekat tarikh, semakin aku excited. dah set dalam kepala baju apa nak pakai, baju apa nak bawak. kakak-kakak aku pun dah mula bagi hint nak kirim coklat daim. tapi...hari ahad yang lepas, akhirnya aku terpaksa buat keputusan untuk tarik diri dari mengikuti rombongan ke langkawi ni. nak buat macam mana, takde jodoh dengan langkawi.

sebabnya ialah...keadaan aku yang tak mengizinkan. kaki selalu sakit-sakit sejak perut makin besar. duduk lama sket pun sakit, berdiri lama sket pun sakit, berjalan lama sket pun sakit. perjalanan ke langkawi mestilah lebih 5 jam. kalau aku duduk je dalam tempoh 5 jam tu, memang sengsaralah aku menahan sakit kaki. sejak akhir-akhir ni kaki mudah sangat krem. sakitnya, Tuhan sajalah yang tahu. antara sebab lain yang membuatkan aku  terpaksa melupakan hasrat ke langkawi ialah sebab aku ni selang 5-10 minit nak terkencing je kejenya walaupun aku tak minum air. bukan dapat ditahan-tahan. jadi bayangkan, dalam tempoh sejam, maunnya 5,6 kali aku mintak driver bas tu berenti kat R n R. tak ke mengamuk driver bas dan jugak ahli-ahli rombongan yang lain? huhuhu. buatnya dalam tempoh sejam perjalanan takde R n R? tak ke aku terkencing dalam bas nanti? ahak ahak ahak.

jadi, dengan berat hatinya...aku terpaksa melupakan hasrat ke langkawi sekali lagi. takpe lah, mungkin lain kali aku leh pegi langkawi. masa tu mungkin boleh ajak mak dan adik beradik aku sekali. buat family day family aku kat langkawi pulak. macam menarik je bunyinye. dapat aku membayangkan keseronokan berkumpul satu family beramai-ramai. untuk pengetahuan, aku mempunyai keluarga yang besar sebab adik beradik aku ramai. kiteorang berkumpul termasuk anak-anak buah je dah boleh buat 1 kenduri tanpa jemput orang lain. so, kalau nak buat family day ke langkawi memang nak kena sewa 1 bas. huhuhuhu.

5 comments:

  1. huhu ...
    same la kite ..

    takde jodoh nk p langkawi ..
    bz nk sambut deepavali ..
    haha

    ReplyDelete
  2. wel wel KaLiS PeLuRu..
    tak per.. nanti abes pantang bawa la baby ke langkawi skali..

    ReplyDelete
  3. kite pun xdapat pegi..ayah xkasi la last2 minit ni..huhu

    ReplyDelete
  4. lin: baru tahu, lin ni sambut deepavali. patutlah raya hari tu tak de buat open house macam nisa. huhuhu.

    hani: tu tandanya ayah nak ajak g langkawi 1 family. hihihi.

    yana: rasanya dah ada baby susah sket nak g bejalan jalan kot. tunggu dah besar sket.

    ReplyDelete
  5. part nak kencing tu mmg setuju sgt.. kalau lah bleh tahan kan.. x pe, nnti kita naik air asia erkkk...

    ReplyDelete

LinkWithin