hari ni aku menaip entri di rumah peranginan suk negeri sembilan di port dickson. masuk hari ni dah 2 hari aku di sini bersama teman-teman seopis. (hanya yang layak dipanggil teman sahaja huhuhu). apa aku buat di sini? mandi lautkah? owh. tidak sekali-kali aku mandi laut sejak kisah buaya muncul di pd heboh diperkatakan hampir setahun yang lalu. opis aku buat team building disini. so 1 opis la yang kena datang kat sini. kehadiran adalah wajib dan sebab itu aku disini. tapi hari ini aku mengexcusekan diri atas sebab-sebab kesihatan.
pagi tadi aku ok saja. pukul 5.50 pagi aku dah bangun dan mandi. semangat nak buat senaman tua. sebenarnya bukan semangat mana pun, cuma kalau lewat sampai sebelum 6.45 pagi kat tempat yang diarahkan akan didenda. kan ke buruk rupanya kalau aku yang tengah buncit ni didenda. kui kui kui. haruslah aku mengunci alarm pukul 5 lebih pagi. lepas breakfast pukul 7.30 pagi tadi terus perut aku sakit. bukan sebab makanan rasanya. memang aku selalu sakit perut sejak pregnant. sakit macam perut ditekan-tekan kuat. sekejap sakit, sekejap ok, sekejap sakit. akibat buat senaman pagi tadi, kaki aku terus sakit dan mula jalan terdengkot-dengkot. tapi ok lagi. tak seteruk masa jatuh hari tu.
ini kali kedua aku datang ke rumah peranginan ni. masa 1st time datang dulu untuk buat SKT 2010 awal januari dulu. masa tu aku slim + single lagi dan siap joget poco-poco. seronoknya bila teringat. kali ni apa aktiviti pun tak boleh join. tak sesuai dengan keadaan aku skang. senaman sket pun dah sakit kaki, ni kan plak nak wat poco-poco. huhuhu. agak bosan kali ni. alangkah indahnya kalau dari awal aku dapat excuse tak payah datang sini. mesti seronok habiskan cuti hujung minggu bersama mak dan adik beradik aku sambil berborak dan makan goreng pisang panas. rindu..rindu...
esok baru habis team building ni. tak sabar nak balik...bosan sebab tak boleh join aktiviti lasak. bosan duduk dalam kelas sambil dengar taklimat. walaupun kelakar...tetap bosan sebab duduk dan dengar je.
itu la.. dah ckp tak yah wat walau pun senam tua.. kerasssssss... (tiru ayat sir capo)
ReplyDeleteerr..nampak macam senaman ringan je. tak sangka lak boleh sakit. g 1, sy memang lupa diri...perut buncit belagak macam slim lagi. huhuhu
ReplyDeletemmg name senaman tua ke pe ??
ReplyDeletehaha
lin: memang nama senaman tu senaman tua. huhuhu
ReplyDelete