terjaga saja dari pengsan sebab makan ubat yang membuatkan aku mengantuk, keadaan diri masih tidak berubah. niat hati nak buat keje coding php sket, tapi diri ini terlalu lemau lalu aku menghabiskan masa dengan berbaring sambil baca majalah reader digest. oh ya, aku terlupa pulak nak citer. sebelum aku mengaambil keputusan untuk makan ubat yang membuatkan aku pengsan itu, aku agak bosan berada dirumah.
lepas masukkan kain baju dalam mesin basuh untuk dibasuh oleh mesin basuh, aku bermain-main dengan anak kucing dibelakang rumah. lepas tu masuk dalam bilik, keluar balik main dengan anak kucing, pastu baring dalam bilik lepas tu keluar main dengan anak kucing lagi. huhuu. sehinggalah aku mendapat idea untuk memandikan 2 ekor anak kucing tersebut. aku sangat suka mandikan anak kucing masa kat kampung dulu sebab aku seronok bila kucing tu bersih dan wangi. dengan berhati-hati aku memegang anak kucing tersebut dengan ketat supaya dia takde peluang nak cakar tangan aku yang halus mulus ini. paham-paham je lah bila kucing kena mandikan macam mana keadaannya ye.
selepas selesai memandikan 2 ekor anak kucing tersebut, aku lapkan sampai separuh kering. selebihnya, biarlah dia menjilat sesama sendiri. huhuhu. melihatkan anak-anak kucing tersebut sudah bersih dan wangi, aku pun masuk ke dalam bilik dan baring semula sehinggalah aku rasa aku tak tahan nak kena makan ubat juga supaya keadaan diri lebih sihat sedikit. disebabkan ubat yang doktor bagi tu tak bagi kesan pada aku, aku pun guna ubat yang dibeli dari farmasi. barulah lega dan berkurang sket dan dengan itu, dapatlah aku join kawan-kawan seUPTM berbuka puasa di Restoran Aden senja semalam.
hari ini nampaknya, aku terpaksa berkejar-kejar untuk siapkan keje yang 2 hari aku terpaksa tangguhkan sebab sakit. mampukah aku untuk menyiapkan sistem ini dalam masa yang singkat ini? owh...tiba-tiba terasa nak kembali ke zaman sekolah balik...tak payah buat programming, buat keje sekolah je. huhuhu.
Moga-moga wildcutecat cepat sembuh..
ReplyDelete