hari ni berbeza dengan hari-hari sebelumnya. sebabnya, kali ni aku menaip entri jauh nun di kelantan. apa yang aku buat kat kelantan? sebelum tu biar aku explain kenapa dah beberapa hari tak update blog. sebabnya aku leka mengadap koding php. nak siapkan sistem yang aku tengah bangunkan yang pernah aku cerita sebelum-sebelum ni. sebelum ni dah 80% siap, skang nak tambah sket berdasarkan permintaan user. so, bila aku dah mula mengadap php, memang aku takkan usik benda-benda lain.
tujuan aku ke kelantan adalah sebab mengikut encik capo grande yang berkursus di sini dari 11/7 - 13/7. sebenarnya dia yang ajak. takdelah aku memanja-manjakan diri aku kat dia supaya dia bawak aku. sebabnya keje aku kat opis melambak-lambak. ni pun aku bawak keje-keje sekali datang ke kelantan. sementara en capo grande berkursus, aku buatlah keje di bilik hotel. nasib baik jugak bos aku yang baik hati membenarkan aku amik cuti 2 hari ni.
untuk pengetahuan, kami ke kelantan dengan menaiki flight MAS. aku memang tak pernah naik kapal terbang seumur hidup aku. inilah kali pertama. mmmm...sebenarnya tujuan en capo grande ajak aku g kelantan sebab nak bawak aku naik flight. sebabnya masa bertunang dulu aku pernah cerita aku tak pernah naik flight. menjadi jugak taktik aku. yesss! yesss! hihihi. tak sia-sia kawin dengan encik capo grande. dapat jugak aku merasa naik flight. encik capo grande memang pernah naik flight sebelum-sebelum ni. terima kasih jugak sebab encik capo grande yang baik hati yang telah mensponsor tiket pergi balik flight aku yang berharga ratus-ratus tu. tiket dia kompem la free sebab dia pergi sini atas urusan kerja. kalau nak tunggu aku naik flight sendiri memang jangan haraplah. kecuali kalau pergi atas urusan kerja. tapi buat masa ni memang takde dan ntah ada ntah tidak.
1st time naik flight aku tak neves langsung. cuma aku agak risau baby dalam perut aku sebab sehari sebelum hari ni, aku dah google, sesuai tak pempuan mengandung naik flight? kebanyakan yang aku baca memang menakutkan akibat-akibatnya. tapi sebab aku fikir perjalanan pun tak sampai sejam, so takde apa-apa lah harapnya. bila nak masuk flight tu entah kenapa aku jadi excited. tiba-tiba rasa nak melompat-lompat sampai masuk dalam flight. tapi takde la melompat pon. gilo apo. hahaha. kecoh je aku ni kan. orang lain naik flight tak kecoh pun. huhuhu.
bila dah duduk, aku tak sabar-sabar nak tunggu flight tu terbang. gila ecxited lah. aku nak rasa macammana perasaan bila flight tu berlepas. adakah aku neves? adakah aku akan pening? adakah aku akan muntah? aku memang dah ready beg muntah tu takut kalau-kalau aku memerlukannya. flight berlepas lewat sket dari jadual sebab ada masalah teknikal. ikutkan pukul 10.10 pagi dah berlepas. oh ya, kami naik flight di KLIA dan akan mendarat di airport kota bharu.
bila tiba masa flight berlepas, gilalah aku excited. laju tu kapten pilot tu bawak. seronok gila. kebetulan aku duduk sebelah tingkap dan berhampiran sayap. so keje aku asik tengok luar je sambil tengok sayap tu dah naik ke belum. memang tak sabar. bila tengok sayap tu dah condong ke atas dan landasan makin jauh, aku tahulah kapal terbang dah terbang. aku rasa mulut aku ternganga je tengok luar. excited gile tak tahu nak cakap macammana. masa ni memang aku lupa dah pada encik capo grande yang duduk kat sebelah sebab aku leka tengok luar. memang aku tak neves masa berlepas. mungkin sebab aku suka naik roller coster dan aku rasa naik roller coster lebih ngeri dari saat flight tu nak berlepas.
makin lama makin condong ke atas dan makin keciklah pemandangan kat bawah. tiba-tiba aku risau sebab rasa kapal terbang dah macam slow dan macam nak berhenti je masa tengah condong ke atas tu. aku mulalah terbayang citer-citer pasal keadaan dalam flight bila nak terhempas. waaaaaaaaaaa..........tetiba jadi takut lalu aku bertanya pada encik capo grande adakah flight ni akan sentiasa condong macam ni? huhuhu. penjelasan dia buat aku lega sebab katanya jap lagi luruslah.
lepas tu aku tak sabar-sabar nak tunggu mendarat pulak. sebab aku nak rasa pulak perasaan bila mendarat. kata orang, saat yang paling sukar adalah saat flight tu nak mendarat. alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai di airport kota bharu lebih kurang pukul 11.25 pagi. terima kasih pada kapten flight tu iaitu kapten zainal abidin yang mengawal flight dengan selamat. alhamdulillah juga sebab aku tak apa-apa dan harap-harap masa balik nanti semuanya jugak akan berjalan dengan lancar dan selamat. di kelantan, kami menginap di hotel renaissance. memang sangat selesa kat hotel ni. seminggu kat sini pun takpe. huhuhu
untuk encik capo grande: thanks ye sayang...love u...lenkali bawak lah lagi jenjalan naik flight. huhuhu
note: gambar akan aku upload kemudian sebabnya aku terlupa nak copy watermark untuk gambar-gambar aku dari pc opis. huhuhu.
wah.. sudah smpai ka? baik2 jaga bby tu ye..
ReplyDeleteapa?? 1st time???
ReplyDeletehalla halla.. best yer.. happy vacation ya both of you..
ReplyDeleteJasnIyiana