hari ku yang ceria hari ini, dispoilkan oleh seseorang yang tidak dikenali. aku sangkakan kawan aku yang add kat ym, sebab nama depan sama, so aku approve la. rupa-rupanya orang lain and kompem la lelaki. tiba-tiba terus buat video call. aku decline la sebab aku tak guna web cam. pastu dia tanya, nape aku tak jawab. aku terus a tanya siapa dia. dia tak jawab, tapi buat video call lagi dan macam tadi, aku decline terus. aku mula la nak naik angin. terutama kalau bila aku tanya dia siapa, dia tak jawab. 3 kali aku tanya baik-baik, terus aku tanya kasar sket.
kepantangan aku betul orang tak kenalkan diri kalau kat ym atau telefon. dah tentu lah, aku tak kenal dorang. kalau aku kenal kompem aku tak tanya. huhuhu.
pastu terus dia tanya aku tengah buat apa. lagi la aku hangin. soklan aku tak jawab terus tanya benda lain.
ingat aku ni nak melayan ke orang yang aku tak kenal? tak kira la orang tu hensem ke tak kalau aku tak kenal, aku tak kan layan. kecuali la kalau aku suka kat orang tu. huhu
aku tanya dia lagi skali. macam ni la ayat aku. 'Kau ni sape? tak paham soklan ke?'
pastu baru dia cakap dia sape. dia cakap pun aku still tak kenal. boleh lak kata 'mis u' kat aku.
bila aku kata tak kenal, terus cakap aku sombong. memang aku tak kenal, so aku kata a aku tak kenal.
tapi tetiba teringat mesej yang aku dapat kat fb hari tu. rupanya memang dia. hari tu kat fb dia bagi msg kat aku tanya aku dah nak kawen ke? pastu kata rindu kat aku. aku tak jawab pun. dah tengok gambar aku betunang pun nak cakap camtu. dah la aku memang tak kenal. terus aku delete dia dari friend list aku. huhuhu. kalau aku belum betunang pon, aku single lagi ke pon aku tak hingin layan kalau camtu caranya. baru jap ni tadi dia wat video call lagi. cane aku nak delete id aku dari list ym dia ek. benci ah...
sib baik boleh mengintai 'si dia' kat bilik mesyuarat. kurangkan sket aku nak marah. miss u ^_^
No comments:
Post a Comment