Monday, February 15, 2010

Andai Itu Takdirnya

Silauan lampu kereta dari arah bertentangan membuatkan pemanduan Adriana terganggu. Sudahlah cermin matanya tertinggal di rumah, kata-kata dari Hisham, tunangnya sebentar tadi betul-betul membuatkan fikirannya sedikit terganggu. Tidak seperti kebiasaan, malam ini, Adriana memandu perlahan sekitar 50-60km/j sahaja. Adriana akui, dia sedkit terasa dengan kata-kata Hisham tadi. Bukan dia tak mahu bergaul dengan kawan-kawan Hisham atau kenalan-kenalan lain semasa keluar bersama, namun dia tak biasa bergaul dengan orang yang tak dikenalinya atau baru saja dikenali.





Dari awal-awal lagi Adriana dah beritahu yang dia seorang pendiam dan tidak peramah. Bercakap hanya bila ada keperluan atau ada topik yang menarik perhatiannya. Namun, bukanlah selamanya dia akan menjadi begitu. Lama kelamaan apabila sudah serasi, semuanya akan berubah. Tapi Hisham seperti tak mahu faham. Adriana adalah Adriana dan tidak boleh menjadi orang lain. Dia hanya akan kelihatan bodoh jika cuba menjadi orang lain yang bukan dirinya. Biarlah perubahannya nanti seiring atau selari dengan peredaran masa dan berlaku atas kehendak dirinya dan bukan atas desakan orang lain.


Sampai dihadapan rumah, Adriana tidak terus turun dari kereta. Dia duduk termenung sambil ditemani alunan lagu-lagu dari stesen Muzik FM. Airmata mula bergenang. Entah kenapa hati terasa sebak. Selepas hampir 5 minit termenung dalam kereta, Adriana turun dari kereta dan masuk ke rumah. Semua penghuni rumah sudah lama dibuai mimpi. Dia masuk ke dalam bilik, terus mengambil handphone yang disimpan dalam beg sandangnya. Mula menaip sms mengatakan dia sudah sampai dirumah. Sms dihantar pada nombor Hisham. Mereka berbalas sms, namun sms-sms dari Hisham adakala mengguris perasaan perempuannya. Berbagai persoalan bermain diminda. Mengapakah Hisham seperti tidak boleh menerima dirinya seadanya. Kenapa perlu mengubah dia menjadi orang lain? Tanpa disedari, airmata menitis lagi. Cincin dijari ditenung lama. Baru saja merasa kebahagiaan, kini badai bagaikan ingin melanda.


Adriana akui, Hisham seorang yang baik. Peramah, happy go lucky dan disukai ramai. Berbanding dengan dirinya, terasa perbezaan dia dan Hisham bagai langit dengan bumi. Kadang-kadang, terfikir juga olehnya dia tak sesuai dengan Hisham. Lelaki seperti Hisham, sesuai dengan perempuan yang banyak cakap jugak...supaya Hisham tak merasa sunyi apabila Adriana mendiamkan diri. Hisham sepatutnya mencari pasangan yang pandai berjenaka, happy go lucky dan pandai menghiburkan seperti dirinya juga. Adriana merasakan dirinya begitu kerdil disisi Hisham. Siapalah dia untuk bersama Hisham. Dia mula merasakan dia tak mampu untuk bahagiakan Hisham. Lagipun Hisham selalu berjenaka tentang mahu berkahwin dua, tiga atau empat. Adriana selalu berkecil hati bila Hisham menyebut tentang perkara itu. Namun malam ini, Adriana mula sedar...jika dia tak mampu bahgiakan Hisham...jika Hisham tak bahagia dengannya, dia akan merelakan gurauan Hisham itu. Andai itu takdirnya, biarlah dia mengundur diri...lagipun dia sedar siapa dirinya. Titisan airmata semakin laju bila mengenangkan seandainya hari itu hadir. Dengan titisan airmata yang masih bersisa, Adriana terlelap dikatilnya....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin