Wednesday, February 24, 2010

terganggu oleh perasaan

 -----------------------------

perasaan betul2 terganggu bila kawan aku citer pasal budak tu kat ym tadi (kawan aku tak sengaja, tak boleh marahkan dia...). bukan sebab aku ada perasaan kat dia lagi. sumpah, aku langsung takde perasaan kat dia lagi. yang tinggal hanya perasaan benci yang teramat sangat. sampai aku mati pun aku taknak ambil tahu pasal dia lagi. aku taknak jumpa dia lagi walau apa pun terjadi. aku benci dia sangat. dia seksa hidup aku macam aku takde perasaan.

haritu kat rumah pun mak aku tanya pasal dia. kakak-kakak aku pun selalu suka tanya. terus muka aku berubah. rasa mendidih je darah ni dengar nama dia. perasaan aku betul-betul terganggu. tapi terpaksa aku sembunyikan perasaan aku. tersenyum...dan terus tersenyum. tapi kadang-kadang aku akui, aku tak mampu nak tersenyum. aku mengaku kadang2 aku muram. mungkin aku terlalu banyak merana, terlalu banyak menderita hingga aku terperangkap dalam perasaan aku sendiri. memanglah depan semua orang aku berpura-pura tabah, tak sedih, macam takde perasaan. hakikat kat dalam hati...Allah je yang tahu.

serius la, aku tak boleh dengar nama dia. buat aku takde mood je. tolong lah...jangan sebut atau tanya pasal atau cerita pasal dia lagi. dia hidup ke mati ke aku tak nak amik tahu.
tolonglah jaga hati aku...kali ni je. bisa sungguh luka ini walaupun tak berdarah...

lagu ni sesuai a untuk perasaan aku kat dia skang.


Teratai layu ditasik madu - fauziah latiff

Walaupun tasik kekeringan
Tak mungkin teratai kan tumbuh di darat
Begitulah takdirnya cintaku di ibarat
Tak akan berubah perasaanku terhadap dia

Mengapa dia yang ku cinta

Sedangkan ku tahu sikapnya begitu
Dia pandai berpura dan pandai bermain kata
Setahun bersama bak seribu tahun tersiksa

Aku tidak sudi melihat dia lagi

Walau dalam mimpi pun tidak ku ingini
Aku rela menjadi teratai yang layu
Daripada mekar di dalamnya tasik madu
Biarkanlah ku begini
Dan tak mungkin ku kembali
Bersamamu

Monday, February 22, 2010

hanya sekali

-----------------------------

Sekali janji ku lafazkan
Akan ku kotakan
Walaupun dihalang
Sekali ku lafazkan
Kata cinta
Takkan ku permainkan

Sekali di dalam hidupku
Kurasakan cinta
Yang suci sejati
Sekali hanyalah sekali ini
Tiada lagi tukar ganti

Sehari ku rasa setahun
Jika tiada kasihmu
Jika kau pergi jauh
Perasaanku akan terganggu
Hanyalah kau seorang
Mengubat hati rinduku

Tiada bandingan di dunia
Yang sama semurni
Cinta yang kau beri
Sekali ku katakan sekali lagi
Cintaku hanya sekali

r.i.n.d.u

-------------------

melalui 1 hari tanpa dia sangat la tidak seronok. 1 hari pon dah rasa tak best, macammana nak lalui 2 hari lagi tanpa dia. walaupun sms tak henti2 dari pagi sampai ke malam, dan diselang seli dengan call, namun tak sama dengan berada kat depan mata.

tak de sape datang 'kacau' aku kat bilik. tak de sape aku nak intai dalam bilik mesyuarat. tak de sapa aku nak pandang bila orang lalu lalang depan bilik. tak de sapa yang buat aku senyum. kalau dia tak buat apa-apa pun, at least bila nampak dia mesti aku nak senyum je. entahlah...hati rasa berbunga-bunga bila nampak dia. betul la kata adnan sempit, dalam hati ada taman. huhuhu. aku pon bila lalu depan bilik dia, rasa sayu je sebab takde orang pandang balik and kenyit2 mata kat aku. kosong je kerusi tu. sangat la tak best perasaan aku sekarang ni. rindu sangat kat dia. rasa macam taknak datang keje. nak amik cuti je sepanjang dia takde. tapi nak simpan cuti nak kawin. lagipon, takkan setiap kali dia g kursus aku nak cuti lak. kena la biasakan diri mulai skang.huhuhu.

sebab dah biasa g keje dan balik keje dengan dia hari-hari, petang semalam terpaksa balik sorang-sorang. pagi tadi pon pegi keje sorang-sorang. bila sampai opis, mesti breakfast sama-sama dalam bilik aku. tapi pagi ni aku breakfast sensorang. petang ni pon balik sorang-sorang. pagi esok pon g keje sorang-sorang. sangat la tak best. kalau tak, mesti boleh pandang dia dalam keta pagi petang malam. layan perangai dia masa tengah drive. dengar dia bercakap + bagi tazkirah. hehehe.
selalu malam-malam mesti kuar dengan dia. tapi semalam dia takde. 1st time tak keluar sejak mula bercouple. tak tau la nak cakap camne, yang pasti aku rindu sangat dengan dia. pendek kata, sejak kenal dia, aku tak biasa hidup tanpa dia disisi. agak-agak, dia rindu tak kat aku macam aku rindu kat dia? dia rasa tak macam yang aku rasa? ke aku je yang lebih-lebih? huhuhu

Sunday, February 21, 2010

hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga

----------------------------------

Sulung dengan sulung

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung – Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.


Sulung – Bongsu


Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.


Tengah – Tengah

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.



Tengah – Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.


Bongsu – Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

3 days without u

i'm gonna miss u
every second
every minute
every hour
every day

even when u come back to me
i still gonna miss u
coz i love u so much...

i still feel u like i'm right beside u
take care my dear...
i'll wait for u here

demi kasih sayang

Lupakan aku saja
Dari kaca fikiran
Andainya bersamaku
Engkau tidak bahagia

Aku bukannya insan
Ingin cinta percuma
Sehingga aku sanggup menantimu
Walau berabad lama


Cintaku bukan kerana harta
Cintaku tidak kerana paras rupa
Sedarilah kasih...
Cintaku harap hingga ke syurga
Bersama-samamu


Demi kasih sayang
Yang aku pertahankan
Sanggupku meniti
Malam tanpa mimpi
Aku berdoa kita dapat berdua
Hingga ke akhir hayat
Untuk selama-lamanya


Aku bukannya insan
Ingin cinta percuma
Tetapi aku sanggup menantimu

Walau berabad lama

Thursday, February 18, 2010

aku tak suka...

hari ku yang ceria hari ini, dispoilkan oleh seseorang yang tidak dikenali. aku sangkakan kawan aku yang add kat ym, sebab nama depan sama, so aku approve la. rupa-rupanya orang lain and kompem la lelaki. tiba-tiba terus buat video call. aku decline la sebab aku tak guna web cam. pastu dia tanya, nape aku tak jawab. aku terus a tanya siapa dia. dia tak jawab, tapi buat video call lagi dan macam tadi, aku decline terus. aku mula la nak naik angin. terutama kalau bila aku tanya dia siapa, dia tak jawab. 3 kali aku tanya baik-baik, terus aku tanya kasar sket.

kepantangan aku betul orang tak kenalkan diri kalau kat ym atau telefon. dah tentu lah, aku tak kenal dorang. kalau aku kenal kompem aku tak tanya. huhuhu.
pastu terus dia tanya aku tengah buat apa. lagi la aku hangin. soklan aku tak jawab terus tanya benda lain.
ingat aku ni nak melayan ke orang yang aku tak kenal? tak kira la orang tu hensem ke tak kalau aku tak kenal, aku tak kan layan. kecuali la kalau aku suka kat orang tu. huhu
aku tanya dia lagi skali. macam ni la ayat aku. 'Kau ni sape? tak paham soklan ke?'

pastu baru dia cakap dia sape. dia cakap pun aku still tak kenal. boleh lak kata 'mis u' kat aku.
bila aku kata tak kenal, terus cakap aku sombong. memang aku tak kenal, so aku kata a aku tak kenal.
tapi tetiba teringat mesej yang aku dapat kat fb hari tu. rupanya memang dia. hari tu kat fb dia bagi msg kat aku tanya aku dah nak kawen ke? pastu kata rindu kat aku. aku tak jawab pun. dah tengok gambar aku betunang pun nak cakap camtu. dah la aku memang tak kenal. terus aku delete dia dari friend list aku. huhuhu. kalau aku belum betunang pon, aku single lagi ke pon aku tak hingin layan kalau camtu caranya. baru jap ni tadi dia wat video call lagi. cane aku nak delete id aku dari list ym dia ek. benci ah...


sib baik boleh mengintai 'si dia' kat bilik mesyuarat. kurangkan sket aku nak marah.  miss u ^_^

sama tapi tak serupa

beza penerimaan ayat yang sama maksud tapi cara penyampaian yang berbeza.

AYAT 1

Aku suka kat kau.

takde perasaan sangat sebab macam pelik je guna kau aku. tak romantik langsung.

AYAT 2

Saya suka awak.

agak malu-malu dan berbunga. rasa macam terbang setengah meter dari tanah. hati pon berdebar-debar sket, pipi macam pakai blusher. bibir senyum je sepanjang masa.

* hanya sesuai untuk lelaki kepada perempuan. tak sesuai untuk lelaki kepada lelaki seperti Hisham dan Imran. peace ^_^

dendam dalam diam

Dalam manisnya madu
Terselit juga pahit hempedu
Madu manis padamu
Pahitnya sungguh bagi diriku

Suka atau pun tidak
Aku terus memendam rasa
Ingin sekali aku pergi bawa diri
Tapi ke mana arah

Rasanya sudah tak kuasa lagi
Persoalan inilah yang silih berganti
Hidup bersama bayangan saja
Indah hanyalah khabar
Bukan yang sebenar

Dendam di dalam diam
Bagaikan api membakar sekam
Senyum dalam paksaan
Sekadar lindung kedukaan ku

Wednesday, February 17, 2010

Tercipta Untukku

alunan lagu-lagu di corong radio memecah kesunyian malam. sesekali terdengar suara Hisham menyanyi mengikut rentak lagu di radio dengan gayanya yang tersendiri. Adriana ketawa terhibur dengan telatah tunangnya itu. Sesekali mereka berbual tentang perkara yang berlaku siang tadi. Bunyi sms masuk di hp Hisham mengalih perhatian mereka. Hisham menjawab sms sambil memandu kereta honda hitam miliknya. Ringan sahaja mulut Adriana bertanya siapa gerangan yang mengirimkan sms tersebut. Bukan nak menyibuk, sekadar mahu tahu sahaja. Hisham menjawab soalan Adriana, mengatakan Imran, kawan baiknya yang sms mengajak lepak malam ni. Adriana sekadar mengangguk kepala tanda faham. dia memang mengenali Imran. sudah beberapa kali berjumpa dan kadang-kadang double date dengan Imran dan pasangannya menonton wayang di jusco.

sms demi sms bertalu masuk ke hp Hisham membuatkan Adriana mula tak senang hati.
'takkan lelaki sms lelaki panjang macam ni?' desis hati Adriana. Sesekali mata menjeling ke arah skrin hp Hisham.
Tiba-tiba dia ternampak ayat sms yang mengandungi perkataan 'saya' 'awak'. hati mula merasa resah. terus dia bertanya sekali lagi siapa yang sms? kalau Imran, kenapa guna saya awak? sebab setahunya bila berjumpa Hisham dan Imran menggunakan aku kau saja.

Hisham tetap memberi jawapan yang sama, Imran yang sms. Adriana ingin percaya, tapi entah kenapa hati jadi tak tenang. Hisham terus pulang ke rumah selepas menghantar Adriana pulang. Sesampai di rumah, hati Adriana masih resah. kenangan-kenangan lalu mula menghantui fikiran. namun dia cuba menepis. Hisham lelaki baik, tak mungkin dia menipu Adriana. Selepas mandi, Adriana terasa segar. Dia duduk di hujung katil sambil mengeringkan rambutnya yang basah dengan tuala. Perasaannya tiba-tiba terganggu memikirkan betulkah Imran yang sms atau perempuan lain. dia tak mahu Hisham berbohong. Ringan sahaja tangannya mencapai hp didalam beg tangan lalu mengirimkan sms kepada Hisham bertanyakan sekali lagi betulkah Imran yang sms. hatinya betul-betul tak senang. bukan niat mahu curiga tetapi inginkan kepastian supaya dia  tidak berfikir bukan-bukan yang boleh merosakkan hubungan mereka berdua.

mungkin Hisham sudah penat menjawab soalan Adriana, Imran yang sms, kali ni dia menjawab yang dia keluar dengan orang lain. Adriana sedikit pun tidak terkejut dengan jawapan Hisham.
OK. itu saja yang Adriana jawab. dia hanya nak tahu. kalau betul Hisham keluar dengan orang lain iaitu perempuan lain, Adriana tak boleh nak buat apa-apa. dia hanya mahu tahu. tu saja.

Adriana terus mengambil baju yang nak dipakai esok lalu diletakkan atas iron board. Dia mula menyibukkan diri tak mahu berfikir lagi. perasaan ni kalau dilayan hanya akan mengundang sedih dan airmata.  Tiba-tiba hp berbunyi. Nombor yang tidak dikenali terpapar pada skrin. Adriana menjawab panggilan tersebut. Pemanggil mula berdrama dengannya. Tak lama kemudia baru dia dapat mengenali suara pemanggil tersebut. Imran. kawan baik Hisham yang telefon. Imran menjelaskan sms-sms 'saya''awak' dia dengan Hisham tadi. Adriana rasa nak tergelak pon ada. Tapi tak dinafikan perasaannya rasa lega. panggilan diputuskan selepas berpuas hati dengan penjelasan Imran.
cemburukah dia? curigakah dia? kenapa perasaan ni perlu wujud? dia tak berniat pon untuk merasa curiga dengan Hisham, tetapi pengalaman beberapa kali ditipu membuatkan dia perlu berhati-hati. Dia percayakan Hisham, tak terlintas pon dihatinya yang Hisham akan menipunya. tapi entahlah...perasaannya benar-benar terganggu.

apabila semuanya sudah jelas, dia dah Hisham sms seperti biasa. Kemudian Adriana terlelap. Bunyi telefon mengejutkan dia dari lena. Hisham yang telefon kerana Adriana senyap sahaja. kemudian Hisham menyuruh Adriana sambung tidur kerana tak mahu mengganggu. Apabila panggilan diputuskan, Adriana membaca sms yang Hisham hantar semasa dia terlelap tadi. Dia menjawab sms Hisham. kemudian Hisham membalas dan sms tersebut tiba-tiba membuat hati Adriana menjadi sebak. tanpa dapat ditahan-tahan, airmatanya terus mengalir keluar.

Sukar nak gambarkan perasaan Adriana ketika itu. Dia benar-benar terharu dengan kata-kat Hisham. kalau orang lain baca, ayat tu biasa sahaja. tak ada yang istimewa pun. tapi bagi Adriana, kata-kata itu begitu mendalam maksudnya. terus sahaja wajah Hisham terbayang dimatanya. tergambar keikhlasan lelaki itu terhadap dia. terasa runtuhnya tembok 'independence' yang dibina oleh Adriana selama ini untuk dirinya. Apabila terkenangkan layanan-layanan yang diterima selama ini dari bekas-bekas kekasihnya berbanding yang diterima dari Hisham, bertambah laju deraian airmatanya. Adriana tidak mahu kehilangan lelaki ini. Bagi Adriana, Hisham 1 dalam sejuta. Betapa bertuahnya Adriana apabila ditengah-tengah perjalanan hidupnya yang penuh onak dan duri ini, dia ditakdirkan bertemu dengan Hisham. Adriana memohon kepada Allah, semoga Hisham tercipta hanya untuk dirinya dan semoga Hisham tidak akan berubah hati. sesungguhnya, Adriana sangat mencintai lelaki ini sepenuh hatinya.

Monday, February 15, 2010

Andai Itu Takdirnya

Silauan lampu kereta dari arah bertentangan membuatkan pemanduan Adriana terganggu. Sudahlah cermin matanya tertinggal di rumah, kata-kata dari Hisham, tunangnya sebentar tadi betul-betul membuatkan fikirannya sedikit terganggu. Tidak seperti kebiasaan, malam ini, Adriana memandu perlahan sekitar 50-60km/j sahaja. Adriana akui, dia sedkit terasa dengan kata-kata Hisham tadi. Bukan dia tak mahu bergaul dengan kawan-kawan Hisham atau kenalan-kenalan lain semasa keluar bersama, namun dia tak biasa bergaul dengan orang yang tak dikenalinya atau baru saja dikenali.





Dari awal-awal lagi Adriana dah beritahu yang dia seorang pendiam dan tidak peramah. Bercakap hanya bila ada keperluan atau ada topik yang menarik perhatiannya. Namun, bukanlah selamanya dia akan menjadi begitu. Lama kelamaan apabila sudah serasi, semuanya akan berubah. Tapi Hisham seperti tak mahu faham. Adriana adalah Adriana dan tidak boleh menjadi orang lain. Dia hanya akan kelihatan bodoh jika cuba menjadi orang lain yang bukan dirinya. Biarlah perubahannya nanti seiring atau selari dengan peredaran masa dan berlaku atas kehendak dirinya dan bukan atas desakan orang lain.


Sampai dihadapan rumah, Adriana tidak terus turun dari kereta. Dia duduk termenung sambil ditemani alunan lagu-lagu dari stesen Muzik FM. Airmata mula bergenang. Entah kenapa hati terasa sebak. Selepas hampir 5 minit termenung dalam kereta, Adriana turun dari kereta dan masuk ke rumah. Semua penghuni rumah sudah lama dibuai mimpi. Dia masuk ke dalam bilik, terus mengambil handphone yang disimpan dalam beg sandangnya. Mula menaip sms mengatakan dia sudah sampai dirumah. Sms dihantar pada nombor Hisham. Mereka berbalas sms, namun sms-sms dari Hisham adakala mengguris perasaan perempuannya. Berbagai persoalan bermain diminda. Mengapakah Hisham seperti tidak boleh menerima dirinya seadanya. Kenapa perlu mengubah dia menjadi orang lain? Tanpa disedari, airmata menitis lagi. Cincin dijari ditenung lama. Baru saja merasa kebahagiaan, kini badai bagaikan ingin melanda.


Adriana akui, Hisham seorang yang baik. Peramah, happy go lucky dan disukai ramai. Berbanding dengan dirinya, terasa perbezaan dia dan Hisham bagai langit dengan bumi. Kadang-kadang, terfikir juga olehnya dia tak sesuai dengan Hisham. Lelaki seperti Hisham, sesuai dengan perempuan yang banyak cakap jugak...supaya Hisham tak merasa sunyi apabila Adriana mendiamkan diri. Hisham sepatutnya mencari pasangan yang pandai berjenaka, happy go lucky dan pandai menghiburkan seperti dirinya juga. Adriana merasakan dirinya begitu kerdil disisi Hisham. Siapalah dia untuk bersama Hisham. Dia mula merasakan dia tak mampu untuk bahagiakan Hisham. Lagipun Hisham selalu berjenaka tentang mahu berkahwin dua, tiga atau empat. Adriana selalu berkecil hati bila Hisham menyebut tentang perkara itu. Namun malam ini, Adriana mula sedar...jika dia tak mampu bahgiakan Hisham...jika Hisham tak bahagia dengannya, dia akan merelakan gurauan Hisham itu. Andai itu takdirnya, biarlah dia mengundur diri...lagipun dia sedar siapa dirinya. Titisan airmata semakin laju bila mengenangkan seandainya hari itu hadir. Dengan titisan airmata yang masih bersisa, Adriana terlelap dikatilnya....

my engagement day

Sabtu 13 Februari 2010:

Bersyukur ke hadrat Ilahi, majlis pertunangan aku dan En Azlan B Nordin berjalan dengan lancar. Cuaca hari ni agak cerah dan agak panas jugak.

terima kasih kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan hari bersejarah ni.
kepada kak zaimah, puan su (serius tak reti nak panggil kak su), dan jugak gjan and 'friend' kerana sudi datang. juga kepada apat(photographer) yang sudi amik gambar2 sepanjang majlis ni. kompem la kena bayar. huhuhuhu. Berikut ialah gambar-gambar yang disnap pada hari kejadian.




























                        












hantaran dia untuk aku

hantaran aku untuk dia

LinkWithin