Friday, November 20, 2009

takziah...namun hatiku terluka

alarm hp berbunyi tepat pukul 5.20 pagi. namun langsung tak aku pedulikan. mata yang masih mengantuk, menghalang aku dari bangun. selepas alarm hp ku yang satu lagi berbunyi, baru lah aku buka mata dan bangun. terus katil dan selimut aku kemas sebelum melangkah menuju ke bilik mandi.


selepas mandi dan bersiap-siap, aku turun ke tingkat bawah. kelihatan emak sedang sibuk menyiapkan sarapan seawal pukul 6 pagi. bekal makanan aku juga telah emak siap masukkan ke dalam beg kertas. terus saja aku capai beg kertas yang berisi bekal makanan dan plus minuman dari atas meja. tangan emak ku salam dan cium sebelum aku keluar bekerja.

sampai di SUK lebih kurang pukul 6.40 pagi. aku capai hp dari dalam handbag. semasa bangun tidur tadi, aku sempat tengok ada sms dan misscall cuma tak sempat nak baca. sementara tunggu pakcik driver datang ambil aku pukul 7 pagi nanti, aku duduk menunggu dalam kereta sambil ditemani alunan lagu-lagu dari stesen radio muzik.

sms dan misscall dari sayangku. katanya dia tak dapat datang KL seperti yang dia plan minggu lepas. agak kecewa aku bila baca sms tu. namun aku tak cepat melatah. aku pon balas sms tu tanya kenapa tak jadi datang KL dan minta maaf sebab tak jawab malam tadi kerana aku tertido seawal pukul 8.30 malam.
pukul 7.15 pakcik driver datang dan terus membawa aku ke holiday villa subang jaya kerana ada seminar yang perlu aku hadir.

lebih kurang pukul 8.30 pg, abang jawab sms. katanya pakcik dia meninggal. sebab tu tak dapat datang KL. aku pun terus call abang. tapi tak berjawab. 2 kali aku cuba namun peti pesanan yang jawab. takpe lah, mungkin abang tengah sibuk uruskan kematian pakcik dia. takziah ye sayang, taip ku pada butang-butang huruf di hp ku yang dah nazak ni. aku nak tanya lebih lanjut, namun bila aku bayangkan kesibukan dia pada ketika itu, aku membatalkan hasrat aku.

malam tu aku sms abang lagi dan bertanya keadaan dia. namun dia hanya menjawab dia tengah sibuk. agak kecil hati aku dengan jawapan yang dia bagi. sekurang-kurangnya jawab lah soalan aku tu. terasa diri ku dipinggirkan. aku hanya bertanya punca kematian pakcik dia dan cuba tenangkan dia. tapi itu jawapan yang aku dapat? hati aku betul2 terguris. bukan sekali dua dia layan aku macam ni. aku cuba berfikiran positif...namun hati dah terluka. aku pun taknak kacau dia dan biarkan dia dengan kesibukan dia.  ape-ape pun, takziah. aku turut bersedih jika dia bersedih.

* aku tengah berfikir...nak merajuk atau putuskan saja hubungan atau maafkan dia?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin