Monday, November 23, 2009

petang yang syahdu

'hari ahad yang membosankan' desis hatiku. dengan hujan yang tak menentu. dengan kerja yang banyak nak disiapkan. semuanya membuatkan otak aku membeku. aku termenung didepan notebook yang ku pinjam dari kakak ku. Microsoft Word 2007 terpapar dihadapan ku. namun aku betul-betul tak boleh nak berfikir. sebiji gula-gula sour plum ku ambil dari laci. pembungkusnya ku koyakkan lalu ku letak di atas meja manakala gula-gula sebesar duit 20 sen itu ku suapkan ke dalam mulut.


dalam fikiran ku hanya ada abang. hmm...rindu lah. abang tak sms pon sejak petang semalam. dia merajuk dengan aku ke? hati aku tak tenang memikirkan semua tu. lantas ku capai hp ku yang memang terletak atas meja, ku taip sms untuk abang. bertanya samada dia marah atas keterlanjuran kata-kata ku semalam dan aku turut meminta maaf. 2,3 minit selepas sms di hantar, tiada balasan dari abang. hati aku bertambah-tambah tak keruan. aku terlalu rindukan abang. kemudian aku hantar lagi sms...hanya ada perkataan 'sorry' yang ku taip berulang-ulang diselangi dengan icon menangis. aku tergelak sendirian selepas sms tersebut aku send. rasa kelakar pon ada. selepas beberapa minit menunggu, masih tiada balasan. aku pon terus menumpukan perhatian ku pada monitor notebook.
'kerja kerja. siapkan kerja!' kataku kepada diri sendiri.
baru saja jari jemariku ingin menaip di keyboard notebook, tiba-tiba alunan lagu Puspa-nyanyian ST12 berkumandang dari hp ku. bibir aku menguntum senyum sebaik lagu itu kedengaran. terpampang wajah kesayanganku pada skrin hp ku. tiba-tiba duniaku rasa ceria. segera aku menekan butang answer.
rasa gembira hati tak terkata bila mendengat suara yang teramat aku rindu di corong telefon.
aku terus minta maaf atas kesalahan aku semalam. tapi abang kata, dia tak marah pon kat aku. lega hati aku dengar. kami berbua-bual sambil bergurau mesra. hidup aku yang mulai suram sejak 3,4 hari lepas, mula ceria dan berbunga kembali. sungguh aku sangat rindukan abang.

tak lama kemudian, abang meminta untuk memutuskan talian kerana dia hendak pergi ke rumah kenduri kahwin berhampiran rumah dan dia berjanji akan menghubungi aku malam nanti. selepas menamatkan perbualan, bibir aku tak henti-henti mengukir senyuman.



abang, abang... kaulah racun, kau jugaklah penawar hati ku ini.

Saturday, November 21, 2009

selamat pengantin baru

hari ni 22/11/2009, kawan aku, hazreen kawin kat shah alam. selamat pengantin baru reen. sorry la, tak dapat nak datang. banyak komitmen kat sini. tak dapat nak escape. walaupun saya tak datang, majlis tetap akan berlangsung dengan meriahnya kan. semoga berbahagia dengan pasangan hingga ke akhir hayat.

maaf ye sayang

hmmm...petang semalam dapat contact dia. dia takde kredit, tu yang dia senyap. ok la, takpe la macam tu.
rindu sangat dengan dia. sebenarnya ada benda yang aku tak puas hati lagi dengan dia. kalau dia ada masalah apa-apa, dia suka sangat taknak kongsi dengan aku. bila dia ada masalah apa-apa, dia akan diamkan diri...tapi lepas tu aku la yang jadi mangsa tak kena layan. selalu macam tu.


aku bukan nak menyibuk hal dia, tapi...sebagai kekasih dia, apa gunanya aku kalau tak dapat tolong dia. aku tak nak dia cari aku masa dia senang je. masa dia susah, dia asingkan diri. aku nak dia cari aku masa dia senang atau susah. dah banyak kali aku pesan kat dia macam  ni. aku sayangkan dia. aku nak sentiasa ada bersama dia tak kira situasi. sebab aku cintakan dia seikhlas dan sepenuh hati aku.

semalam salah aku ke? aku cuba nak ikut cara dia. sebab dia taknak kongsi masalah dia dengan aku, jadi semalam aku taknak kongsi masalah aku dengan dia. puas dia tanya, tapi aku alih tajuk lain. lepas tu aku terus cakap, aku taknak kongsi apa-apa hal aku dengan dia lagi. pastu dia marah kot, jawab sms pon 'ok' jek. pastu aku pon tak reply apa-apa. maksud aku cakap macam tu sebab aku nak dia berubah. tolong jangan sembunyikan masalah sorang2. kongsi la dengan aku. dia selalu cakap aku ni isteri dia. tapi...bila susah hati atau ada masalah, dia ketepikan aku. taknak share dengan aku.

dia marah dengan aku la kot. maafkan ayang ye sayang. ayang tak bermaksud pon nak sakitkan hati abang. apa ayang buat, untuk kebaikan kita bersama jugak. ayang sayang abang sangat tau...

kenapa tak sedap?


petang semalam lebih kurang pukul 4 petang, aku keluar jemput kakak aku kat stesen ktm seremban. cuaca hujan pulak tu. lepas amik dia, aku singgah kat maybank dataran senawang, keluarkan duit nak bayar hutang dia dan nak g beli sate. maklum la dah gaji. gaji pertama aku sejak kerja baru ni.

aku pon parking keta tak jauh dari kedai sate samuri tu. aku order sate ayam 50 cucuk, daging 50 cucuk dan sate perut 5 cucuk. tapi aku beli bungkus la bawak balik rumah.

sampai-sampai rumah terus hidangkan atas meja. kiteorang pun makan lah ramai. bau sate memang la sedap sangat, buat bertambah lapar jadinye. tapi...bila dah masuk dalam mulut...hmmm...kecewa la dengan rasa dia. tak sedap. tak macam dulu. semacam pon ada. macam sate semalam yang dipanaskan. aku makan pun tak banyak...hilang selera dah. tapi licin la sate tu anak2 buah aku makan.

lepas  ni baik aku g beli sate yang masak tepi-tepi jalan tu je. lagi sedap. huhuhu

kurbaan


pertama kali aku tengok poster filem ni, perkataan pertama yang keluar ialah 'wow...cantiknya'. bagi aku poster  ni sangat kreatif dan menyimpan macam-macam makna. aku sangat tertawan dengan poster ni dan tak sabar nak beli dvd filem ni. mesti ceritanye menarik. lagipun aku memang minat sangat dengan kareena kapoor ni. muka cantik, tinggi lampai dan jugak seksi. paling suka, tengok dia menari. hero filem ni pun memang tak dinafikan kekacakannya. mereka berdua memang sangat sepadan. dalam minggu ni jugak aku nak pegi carik dvd citer ni. tapi dah keluar ke dvdnye?

Friday, November 20, 2009

hati...bersabarlah

hp di atas meja ku tenung sekian lama. bilakah ia akan berbunyi menandakan ada sms masuk? atau bilakah ia akan mengalunkan lagu puspa - nyanyian kumpulan ST12 menandakan si dia menelefon aku? sudah 3 hari alunan lagu tersebut tidak kedengaran menandakan sudah 3 hari juga dia tidak menghubungi aku.
seingat aku, baru 2 minggu kami berbaik semula, dan kini dia mulakan sekali lagi. sudah lebih 5 kali benda yang sama berulang-ulang. aku benar-benar sudah penat dengan semua ini. tapi perasaan sayang dan cinta terhadap dia yang mendalam membuatkan aku lupa layanan buruk dia terhadap aku selama ini. entah mengapa hati ini terlalu lemah bila dengan dia. perasaan sayang terhadap dia mengatasi segala-galanya. kadang-kadang, aku terasa aku ni macam sampah bagi dia. aku sedar semua tu, tapi...seperti yang aku beritahu tadi, perasaan sayang terhadap dia mengatasi segala-galanya.



aku tinggalkan hp di atas meja bilikku dan turun ke tingkat bawah untuk menonton tv. biarlah aku dapat lupakan sekejap perasaan kecewa dan sedih aku ini. kelihatan emak dan anak-anak buahku sedang seronok menonton tv lalu aku duduk disofa untuk menyertai mereka. sambil menonton tv, aku berbual dengan emakku. namun...ku akui...dia sentiasa ada dalam fikiran aku walau apa pun yang aku lakukan.
tak lama aku menonton tv kerana tiada rancangan menarik. aku masuk semula ke bilik dan cek hp ku. mana tau, dalam tempoh setengah jam aku menonton tv tadi ada panggilan atau sms dari dia. sekali lagi aku kecewa kerana tiada langsung sms atau call yang masuk. aku baring di atas tilam sambil merenung hp ku.
aku terlalu rindukan dia. akhirnya...seperti biasa, aku mengalah lagi. aku mula menaip sms bertanya khabar dan send pada nombor dia. 1 minit berlalu...2 minit berlalu....7 minit berlalu. tiada jawapan dari dia.
lalu aku hantar sekali lagi. namun...masih sepi seperti tadi.
aku benar-benar buntu bila dia buat aku macam ni. aku dah tak tahan lagi dengan semua ini. dia selalu membisu tanpa berita. dan setiap kali, aku juga yang terhegeh-hegeh mencari dia. semua yang aku lakukan kerana aku benar-benar sayang dan cintakan dia. tapi nampaknya aku perlu sedar...yang perasaan dia terhadap aku sudah tidak seperti dulu lagi. tapi bagi aku, kalau dah tak suka atau mahu hubungan ini berakhir, berterus terang sajalah. aku boleh terima kerana perasaan memang tidak boleh dipaksa-paksa.
tapi...bila dia mendiamkan diri seperti ini...jiwa kau benar-benar terseksa.


selepas 1 jam menunggu tiada balasan dari dia, aku pun mengambil keputusan untuk tidur sahaja. kerana hanya tidur yang boleh membuatkan otak aku tidak berfikir. itupun jika aku benar-benar tertido.
sementara menunggu mataku lelap, wajah dia bermain-main difikiran ku. aku rindukan dia.
'selamat malam sayang...' ucapku dalam hati sambil menatap gambar dia.
hati...bersabar lah.

takziah...namun hatiku terluka

alarm hp berbunyi tepat pukul 5.20 pagi. namun langsung tak aku pedulikan. mata yang masih mengantuk, menghalang aku dari bangun. selepas alarm hp ku yang satu lagi berbunyi, baru lah aku buka mata dan bangun. terus katil dan selimut aku kemas sebelum melangkah menuju ke bilik mandi.


selepas mandi dan bersiap-siap, aku turun ke tingkat bawah. kelihatan emak sedang sibuk menyiapkan sarapan seawal pukul 6 pagi. bekal makanan aku juga telah emak siap masukkan ke dalam beg kertas. terus saja aku capai beg kertas yang berisi bekal makanan dan plus minuman dari atas meja. tangan emak ku salam dan cium sebelum aku keluar bekerja.

sampai di SUK lebih kurang pukul 6.40 pagi. aku capai hp dari dalam handbag. semasa bangun tidur tadi, aku sempat tengok ada sms dan misscall cuma tak sempat nak baca. sementara tunggu pakcik driver datang ambil aku pukul 7 pagi nanti, aku duduk menunggu dalam kereta sambil ditemani alunan lagu-lagu dari stesen radio muzik.

sms dan misscall dari sayangku. katanya dia tak dapat datang KL seperti yang dia plan minggu lepas. agak kecewa aku bila baca sms tu. namun aku tak cepat melatah. aku pon balas sms tu tanya kenapa tak jadi datang KL dan minta maaf sebab tak jawab malam tadi kerana aku tertido seawal pukul 8.30 malam.
pukul 7.15 pakcik driver datang dan terus membawa aku ke holiday villa subang jaya kerana ada seminar yang perlu aku hadir.

lebih kurang pukul 8.30 pg, abang jawab sms. katanya pakcik dia meninggal. sebab tu tak dapat datang KL. aku pun terus call abang. tapi tak berjawab. 2 kali aku cuba namun peti pesanan yang jawab. takpe lah, mungkin abang tengah sibuk uruskan kematian pakcik dia. takziah ye sayang, taip ku pada butang-butang huruf di hp ku yang dah nazak ni. aku nak tanya lebih lanjut, namun bila aku bayangkan kesibukan dia pada ketika itu, aku membatalkan hasrat aku.

malam tu aku sms abang lagi dan bertanya keadaan dia. namun dia hanya menjawab dia tengah sibuk. agak kecil hati aku dengan jawapan yang dia bagi. sekurang-kurangnya jawab lah soalan aku tu. terasa diri ku dipinggirkan. aku hanya bertanya punca kematian pakcik dia dan cuba tenangkan dia. tapi itu jawapan yang aku dapat? hati aku betul2 terguris. bukan sekali dua dia layan aku macam ni. aku cuba berfikiran positif...namun hati dah terluka. aku pun taknak kacau dia dan biarkan dia dengan kesibukan dia.  ape-ape pun, takziah. aku turut bersedih jika dia bersedih.

* aku tengah berfikir...nak merajuk atau putuskan saja hubungan atau maafkan dia?

wildcutecat intro

salam...

mmm...dah lama nak tulis blog...dah dekat setahun buat blog tapi sebab kesibukan kerja dan komitmen2 lain, membuatkan aku terlupa dengan blog ni. nasib baik masih boleh login lagi. aku cuma update blog misteri aku tu jek.


blog ni untuk luahkan perasaan aku yang aku nak orang tahu. tapi blog lagi satu tu blog misteri. aku nak orang lain baca tapi taknak orang tahu siapa aku. hehehe. TQ pada sape2 yang rajin masuk n commnet blog misteri aku tu. pada sape yang tau sape aku kat blog misteri tu, dok diam2 je la ye.

kenape blog aku kale hitam? sebab aku suka wane hitam. aku tegila-gilakan wane hitam. hitam memberi keyakinan diri kepada aku, hitam buat aku ceria, wane hitam buat aku bersemangat dan hitam juga menawan. selain itu, hitam juga adalah misteri. seharusnye wane hitam itu aku padankan dengan wane putih untuk menambah seri.

sape nak bace, you are welcome here. tak nak bace pon takpe sebab aku pon memang tak promote this blog.

okay...end.

LinkWithin