Monday, April 5, 2010

aku yang kebasahan

lebih kurang pukul 11 pagi  Ahad 4 April 2010, aku beserta beberapa ahli rombongan(6 kereta)telah berkelah di air terjun kat jalan nak ke jelebu ( serius aku tak tau ape name tempat tu...huhuhu).

antara ahli rombongan:



1. aku
2. my love
3. kaktih
4. husband kaktih
5. akim
6. mimi
7. helmi
8. arip
9. erra
10. kawan-kawan kaktih yang datang 4 kereta.

agak mencabar juga perjalanan nak ke air terjun tu sebab terpaksa melalui jalan yang sempit yang hanya muat satu kereta dari satu arah sahaja. takde la jauh sangat dari seremban pun. lebih kurang 15 - 20 minit perjalanan je. bila dah sampai, kena jalan kaki untuk sampai ke jeram. takde orang langsung kat situ masa kami sampai. masuk je dalam air, dah menggigil sebab airnya sejuk sangat. memang seronok dapat berendam. kali terakhir aku mandi air terjun ialah pada bulan 11 tahun 2008 kat ulu bendul.

lepas seronok berendam dalam air, kami menikmati bekalan makanan yang dibawa oleh kak tih dan kawan-kawan dia. (aku hanya bawa diri je). lepas dah kenyang, kami pun sambung berendam balik. ada bahagian jeram yang airnya agak dalam. sape-sape yang tak tahu berenang, lenkali jangan berani-berani nak mandi kat tempat dalam ye...huhuhu. baru je seronok mandi manda dan berendam, kak tih dah panggil balik dalam pukul 1 lebih tu. belum puas mandi pun lagi. satu kesukaran yang kaum perempuan akan hadapi kat sana ialah takde bilik persalinan. bilik mandi pun takde. so pandai-pandai la tukar baju kat celah-celah batu besar yang ada kat sana. lepas semua dah ready, kami pun bertolak balik ke rumah masing-masing. memang seronok g sini. tapi seronok kalau pergi beramai-ramai lah sebab tempat ni sunyi dan jauh ke dalam.



perjalanan menuju ke air terjun   

"tidak...saya taknak mandi. saya takut air!!!"   
dari kiri: arip, my love, me, erra, mimi, akim, helmi (depan)


1 comment:

LinkWithin