Sunday, January 31, 2010

first time

hari jumaat 29/01/2010 hari tu, aku g rumah dia lepas keje. jumpa mak, ayah, atuk,wan dan adik die. hehe.
nerves tak payah cakap la, memang menggigil dah kaki aku sebaik saje parking keta tak jauh dari rumah dia. rasa nak patah balik pon ada. ^_^.  first time ni nak jumpa bakal mertua. hehe. takde pengalaman, memang tak tau nak buat ape. sepanjang drive on the way nak ke rumah dia, macam-macam aku pikir. nak cakap pasal ape, topik ape...huhuhu. serius aku tak tahu. dah la aku ni jenis tak banyak cakap. memang takde idea.

bila dah masuk rumah dia, jumpa la mak, ayah, atuk,wan dan adik dia. segan a. tak tau nak wat ape. tak tau nak mulakan perbualan. tapi sib baik la family dia ramah terutama wan dia la, so takde la aku rasa kekok. lama-lama, ok la aku pon boleh la becakap gak walau tak seberapa. huhuhu. lepas makan nasi, duduk beborak sambil makan limau kat ruang tamu. wan dia pon dah bukak topik pasal kahwin. hehe...segan gile a. tak tau nak jawab ape sbb aku tak reti. huhu. 

dah pukul 6.30 ptg aku mintak diri. semuanya berjalan lancar, hinggalah waktu nak minta diri...tetibe je spoil. huhu. ada la 2 insiden yang berlaku menyebabkan kecoveran kenervesan aku tak dapat disembunyikan lagi. dia and family je tau menyebabkan dia mengambil kesempatan beberapa kali mengenakan aku. huhuhu.

lupa lak. sebelum pegi rumah dia, aku dan dia pegi tengok rumah kat forest high. teruja gak la aku. first time
g tengok rumah. tapi survey je dulu. kiteorang belum decide nak tinggal kat mane g lepas ni tapi area seremban a.

malam plak, g teman dia main tenis kat komplek sukan paroi. and first time gak aku pegang raket tenis dan main tenis dengan dia. seronok gak la terlari-lari kejar bola kat gelanggang tu.

huhu...siapa dia? hmmm...nanti aku citer entri lain. ^_^

disebabkan entri ni banyak perkataan first time, aku bagi a tajuk first time...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin