Sunday, January 31, 2010

aku, dia dan nilai 3...^_^

ahad 31/01/2010

semalam, aku dan dia bercadang nak cari kain untuk wat hantaran masa bertunang nanti. kira kain yang akan dibuat baju nak pakai masa majlis nikah nanti la. kami tak decide kale lagi. huhuhu.

mula-mula pergi kat kedai nagoya terminal one. survey punye survey jumpa la yang lawa. cuma tak dapat nak decide lagi. jadi kami ambil gambar dulu dan survey kedai lain lak(lihat gambar). (minta maaf kepada model kain2 yang sy snap ni. gambar terpaksa di edit untuk keselamatan diri anda. hehe ^_^)


lepas tu kami ke km plaza. tapi tak jumpa yang berkenan. so, kami wat keputusan g nilai 3sebab kat sana lagi banyak pilihan. banyak pilihan maknenye rambang mata okay. huhuhu. sempat la snap beberapa kain yang kami berkenan.




 


lepas berbincang dengan dia, dan tanya pendapat mak dia dan mak saya...akhirnya kami pilih salah satu kain kat atas yang kami nampak kat nilai 3. yang mana 1? kena la tunggu harinya. huhuhu

merah silver putih

sabtu 30/01/2010, waja silver, myvi merah dan viva putih telah merancang untuk berkonvoi bersama-sama menuju ke Gombak untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara terdekat. sesampai di tol senawang, kelihatan waja silver telah siap menunggu ditepi jalan, lalu viva putih memberi signal ke kiri dan berhenti di belakang waja silver. kedua-dua kenderaan tersebut tidak bergerak. hanya lampu signal berkelip-kelip berselang seli antara 2 kereta tersebut. sementara menunggu, driver viva putih sudah keresahan menanti myvi merah untuk sama-sama bergerak. selepas 10 minit, kelihatan myvi merah sedang berhenti di lorong tol untuk mengambil tiket tol. apabila myvi merah menghampiri, terus waja silver bergerak mengikut belakang myvi merah seterusnya viva putih dibelakang waja silver.

belum pon sempat gear viva putih naik dari gear 2 ke 3, myvi merah sudah menghilang di atas jalan raya. sedaya upaya waja silver dan viva putih mengejar kerana yang tahu jalan adalah driver myvi merah. lalu, berlaku la adegan kejar mengejar antara ketiga-tiga kereta tersebut. kelihatan begitu banyak kenderaan di hiway plus yang menuju ke arah kuala lumpur. myvi merah betul2 dah hilang dari pandangan sedangkan viva putih mengejar dengan kelajuan 140 km/j, manakala waja silver 150 km/j.

kenderaan yang terlalu banyak menghalang viva putih dari terus bergerak laju kerana tidak mahu sesuatu tidak dingini berlaku. lagipon, ramai nyawa dalam viva putih yang perlu dijaga. lalu viva putih mengalah,masuk ke lorong tengah dan meneruskan kelajuan 100km/j. viva putih membiarkan sahaja waja silver terus mengejar dan tak sampai beberapa saat, waja silver hilang dari pandangan. mulut driver viva putih mengomel2 marahkan myvi merah kerana bergerak terlalu laju sedangkan cadangan asal adalah bergerak secara konvoi, bukan kejar mengejar antara konvoi. huhuhu.

15 minit selepas itu, myvi merah menelefon viva putih mengatakan myvi merah menunggu di petronas selepas tol sungai besi. sesampai saja di petronas tersebut, kelihatan myvi merah dan waja silver sedang menunggu. kemudian, baru lah bergerak secara konvoi hingga ke gombak. kerana viva putih susah buat keputusan, jika myvi merah mengajak untuk kejar mengejar hingga ke gombak, viva putih mau melencong ke one utama je sebab sesungguhnya viva putih tak tahu jalan nak ke gombak jika myvi merah dan waja silver hilang dari pandangan. akhirnya, selepas menempuh kesesakan, dan sesat hingga berpusing-pusing dijalan yang sama 2 kali, ketiga-tiga kereta tersebut sampai ke destinasi lalu menjamu selera dengan lauk kenduri kahwin.

inilah posing antara penumpang-penumpang myvi merah, waja silver dan viva putih. (driver waja silver dan myvi merah tidak kelihatan didalam gambar)









kelihatan myvi merah, waja silver dan viva putih dibelakang model...hehehe






first time

hari jumaat 29/01/2010 hari tu, aku g rumah dia lepas keje. jumpa mak, ayah, atuk,wan dan adik die. hehe.
nerves tak payah cakap la, memang menggigil dah kaki aku sebaik saje parking keta tak jauh dari rumah dia. rasa nak patah balik pon ada. ^_^.  first time ni nak jumpa bakal mertua. hehe. takde pengalaman, memang tak tau nak buat ape. sepanjang drive on the way nak ke rumah dia, macam-macam aku pikir. nak cakap pasal ape, topik ape...huhuhu. serius aku tak tahu. dah la aku ni jenis tak banyak cakap. memang takde idea.

bila dah masuk rumah dia, jumpa la mak, ayah, atuk,wan dan adik dia. segan a. tak tau nak wat ape. tak tau nak mulakan perbualan. tapi sib baik la family dia ramah terutama wan dia la, so takde la aku rasa kekok. lama-lama, ok la aku pon boleh la becakap gak walau tak seberapa. huhuhu. lepas makan nasi, duduk beborak sambil makan limau kat ruang tamu. wan dia pon dah bukak topik pasal kahwin. hehe...segan gile a. tak tau nak jawab ape sbb aku tak reti. huhu. 

dah pukul 6.30 ptg aku mintak diri. semuanya berjalan lancar, hinggalah waktu nak minta diri...tetibe je spoil. huhu. ada la 2 insiden yang berlaku menyebabkan kecoveran kenervesan aku tak dapat disembunyikan lagi. dia and family je tau menyebabkan dia mengambil kesempatan beberapa kali mengenakan aku. huhuhu.

lupa lak. sebelum pegi rumah dia, aku dan dia pegi tengok rumah kat forest high. teruja gak la aku. first time
g tengok rumah. tapi survey je dulu. kiteorang belum decide nak tinggal kat mane g lepas ni tapi area seremban a.

malam plak, g teman dia main tenis kat komplek sukan paroi. and first time gak aku pegang raket tenis dan main tenis dengan dia. seronok gak la terlari-lari kejar bola kat gelanggang tu.

huhu...siapa dia? hmmm...nanti aku citer entri lain. ^_^

disebabkan entri ni banyak perkataan first time, aku bagi a tajuk first time...

Tuesday, January 26, 2010

terasa kehilangan plak....

petang semalam lepas balik keje, kakak aku minta tolong hantar dia g rembau.  g anta makanan kat anak dia yang baru 2 hari duk sekolah asrama. bukan dia takde keta, tapi biasalah...keta comel aku tu memang menjadi pilihan ramai dan secara tak langsung, aku adalah part time driver. huhuhu. aku pon ok je. kesian pulak dengar tak makan g sebab kantin tutup. kedai pon agak jauh. aku paham sangat situasi kat asrama sebab aku pon penah duk asrama. penah tak makan sebab duit takde. sampai sakit perut, sampai menggigil tahan lapa.

takde la jauh sangat rembau tu. memandangkan aku tak reti drive slow, memang cepat la aku sampai. kejap je jumpa. tu pon kat pagar. bagi makanan (maggi, biskut, roti, air mineral), pastu balik. 2, 3 bulan lagi dia duk asrama tu alamat kurus la dia. so, kepada akmal hakim...silalah belajar rajin-rajin ye. memanglah maksu mu ini amat suka membebel dan marah2, tapi semua ada sebab. nak suh kau pandai belajar, jadi orang. balas jasa mama kau yang banyak sangat berkorban tu. ni tak...main je tau. melawan no 1. huhuhu.

tapi bila dia dah duk asrama, aku plak yang susah. sebab selalu ajak dia teman aku g mana2. g jogging, g kedai. suh beli aiskrim. pendek kata aku memang suka bawak dia pegi mana-mana aku pegi sebab die boleh la diharap sket walaupon amat suka melawan. ^_^

aku janji dengan dia nak bawak g ice skating dengan g bukit cerakah dari awal tahun 2009, tapi sampai skang aku tak tunaikan janji aku. huhuhu. tengok la satu hari nanti...

Monday, January 25, 2010

.........................

hari khamis  22/01/2010 adalah hari terakhir aku mencari dia. aku dah penat. penat sangat. dah tak tertanggung kat hati aku lagi. hari tu, aku dah buat keputusan untuk lepaskan dia pergi selamanya. bebaskan dia dari janji-janji dia yang dia mungkiri. bukan sebab aku dah benci, bukan sebab aku dah tak sayang lagi...tapi...aku dah putus asa.

aku dah terlalu penat sangat hati aku disakiti bukan sekali dua, tapi berpuluh-puluh kali. aku dah penat menangis. aku dah penat hari-hari tertekan fikir pasal dia. biarlah... kat mana pon dia berada, semoga dia sihat dan gembira. aku tahu dia gembira tanpa aku. mungkin selama ni aku beban je pada dia. biarlah...bukan sekali aku lalui benda macam ni.
 bila aku dah pujuk hati aku untuk lepaskan dia dari hati aku...aku rasa ringan sangat beban yang aku tanggung selama ni.

last sekali, aku nak ucapkan terima kasih pada dia sebab tinggalkan aku. dia bagi aku peluang untuk jumpa orang yang lebih baik dari dia.

^_^

macam tak percaya. susah nak percaya. sampai saat aku taip entri ni aku masih lagi dalam keadaan tak percaya. rasa macam mimpi. tapi tak nak a mimpi. sebab kalau ni mimpi, bila terjaga dari tidur, semuanya akan hilang.

sebenarnya aku pon tak sangka. aku tak pernah terfikir. tapi ia betul2 terjadi. rasa malu pon ada. segan lagi la ada. yang pastinya...aku asyik nak senyum jek. aku sangkakan aku dah tak mampu nak tersenyum lagi. aku ingat aku akan terus berpura-pura tersenyum dan gembira hakikatnya hati aku menangis.

aku rasa seolah-olah ternampak cahaya setelah berbulan-bulan terperangkap dalam gua yang gelap. terima kasih kepada dia yang bawakan cahaya tu. semoga cahaya tu takkan terpadam selamanya.

Thursday, January 21, 2010

dah penat

aku dah penat...

penat dengan semua ni

lebih penat dari berlari

lebih penat dari panjat gunung

lebih penat dari g aerobik ;-D

kesimpulannya aku dah penat...

Wednesday, January 20, 2010

Aku Cinta Padamu - Siti Nurhaliza

Andainya engkau ku miliki
Terdahulu sebelumnya
Andaiku curah rasa hati
Mungkin kini... kukan tenang di sampingmu

Belum puasku menikmati
Kesan kasih sayang kau terpaksa pergi
Ingin ku terus dicintai mu
Walau bisikanmu azimat berduri

Bila cinta
Berbunga
Jadi airmata dijariku

Betapaku cinta padamu
Katakanlah kau cinta padaku
Sematkanlahku dihatimu
Walau dimana berada
Ingatku dalam doamu

Hiasilah hati
Dengan cinta suci
Selamanya

Gemerlapan jiwa
Semikanlah cina
Semoga kau dan aku
Akhirnya bersama

Aku kan menunggu
Walaupun seribu
Tahun lagi

Tuesday, January 19, 2010

akhirnya....

hampir sebulan lebih aku mencari tak ku temu. terlalu sukar untuk aku menjejaki dia. ke sana sini aku mencari tetapi hampa. bila bertemu, ada saje yang tak kena.
akhirnya...tengah hari rabu 20/01/2010, aku bertemu dia di pacific. hilanglah rasa rindu yang terpendam sekian lama. lupa sekejap kesedihan aku.


laksa penang oh laksa penang. dapat jugak aku makan kau hari ni. nasib baik sedap....^_^

errr...

err...thanks for the cute gift.


Monday, January 18, 2010

serius...aku mengantuk.

pagi ni aku bangun lambat. aku sedar alarm hp aku berbunyi, tapi aku tak larat nak bukak mata. dah la aku menangis sebelum tido, duk teringat kat dia. aku hanta sms kat dia lagi. dia tak jawab pon. aku buat sms lawak pon dia tak gelak. dapat sms "maafkan abang, sayang". tu je dia bagi. orang tak nak msg camtu. cakap a i love u macam selalu. huhhuu. tapi aku nangis sket2 je la, sbb takut nanti esok g keje mata bengkak sebab menangis lak.

pastu hujan. lagi a sedap aku tido. malangnya aku kerap terjaga je malam tadi. ntah2, sebab dia teringat kat aku masa ni cuma tak dapat nak contact aku je. biasanya kiteorang ada link. kalau ada sesuatu tak baik jadi kat dia (tapi aku tak tahu), mesti satu hari tu aku akan resah je. dia pon macam tu. tiba-tiba call tanya aku ada apa-apa tak sebab dia tak sedap hati.

sambung pasal tido tadi. kul 6.15 baru aku bangun. tu pon malas-malas je. ikutkan mata yang ngantuk ni, nak je aku EL hari ni. tapi sebab baru bulan januari, taknak la cuti atau mc atau el. ni pon aku tengah ngantuk sangat. nak je g tido kat surau. tak sabar nak tunggu 4.30 ptg, nak balik rumah and tido...

lukanya hati seorang aku...

17 Januari 2010

pukul 6 pagi lebih aku terjaga dari tidur. benda pertama aku cari ialah hp aku. mana tau semasa aku tidur, dia hantar sms pada aku. namun aku kecewa. serta merta tangisan yang terhenti kerana aku tertidur malam tadi, sambung kembali. niat hati nak pergi aerobik aku batalkan kerana mata aku bengkak sebab semalaman menangis. aku masih terbaring atas katil sambil menangis. aku tak dapat lupakan dia. aku tak boleh hidup tanpa dia. kenapa sampai hati dia buat aku macam ni sedangkan dahulu dia yang beria-ia mahukan aku walaupun ketika itu aku menolak cintanya. namun dia berusaha mendapatkan cinta aku dan bila aku sudah menyayangi dia sepenuh hati...tiba-tiba dia berubah. sesungguhnya aku tak tahu puncanya...cuma aku boleh mengagak saja.

sedang aku menangis, emak aku masuk ke dalam bilik. cepat-cepat aku berpura-pura tidur dan menutup muka aku dengan selimut kerana tak mahu mak aku tahu aku sedang menangis dan bersedih. selepas mak aku keluar, aku terus basuh muka dan mandi supaya aku segar sedikit. namun, ingatan terhadap dia tak pernah padam. aku terus mencuba menghubungi dia, namun hampa. kesakitan jiwa yang aku alami sama dengan sakit jiwa semasa ex aku yang dulu tinggalkan aku. kenapa aku ditipa nasib macam ni. aku tak tahu apa salah aku. entah di mana silapnya. setahu aku, aku lah yang selalu mengalah, aku lah yang selalu berkorban. akulah yang selalu bersabar. aku tak dapat cari di mana punca kesalahan di bahu aku.

bila aku dah reda sedikit, baru aku turun ke tingkat bawah. aku tak mahu sesiapa pun sedar yang aku baru lepas menangis. aku cuba berlagak seperi biasa. buat perangai aku seperti biasa. nakal dan suka mengacau orang. semuanya untuk menutup kesedihan di jiwa aku.

sesungguhnya aku tak boleh duduk sendirian dalam bilik. aku perlu keluar. kalau tidak, aku akan menangis dan menangis. lalu aku ajak kakak aku keluar pegi ke rumah kakak yang 1 lagi. sampai di rumah kakak 1 lagi, aku ajak pula kakak 1 lagi keluar. semuanya tak perasaan yang aku sedang berpura-pura happy. aku memang pelakon yang hebat. masa aku putus dengan ex aku yang dulu, setahun aku berlakon depan semua orang tanpa mereka ketahui yang aku dah putus dengan ex aku dulu. sebabnya, mereka tak pernah nampak aku menangis atau bersedih. sudah tentu aku menangis...hanya menangis boleh buat aku lega. tapi aku menangis hanya ketika orang lain tiada disekeliling aku. betapa sukarnya aku menahan, Allah saja lah yang tahu. kenapakah keikhlasan yang aku berikan, racun yang dibalas?

aku sudah nekad. malam ini, malam terakhir aku menangis kerana lelaki itu. cukuplah seksaan dan derita yang dia hadiahkan kepada aku selama ini. walaupun aku tak tahu apa kesalahan aku pada dia, aku redha dia tinggalkan aku. kerana dalam kamus hidup aku, tak pernah lagi aku tinggalkan orang yang aku sayang. seburuk mana pon mereka melayan aku, seteruk mana pon penghinaan yang aku dapat, aku tidak akan meninggalkan mereka. sebab sekali aku kata aku sayang dan cinta, selamanya akan begitu. dan akhirnya, kesabaran aku kerana masih bersama mereka, di balas dengan mereka meninggalkan aku. tak ape lah. setiap yang berlaku ada hikmahnya. semoga hati aku akan terus tabah. Allah menguji aku begini kerana Dia tahu aku mampu hadapinya biarpun bersendirian.

mulai esok...aku akan lupakan kisah sedih ini dan cuba menggembirakan hati sendiri. biarlah aku sendiri. Demi Allah, aku tidak akan cuba menghubungi dia lagi. aku sedang mempertimbangkan untuk menukar nombor telefon. bukan aku taknak dia hubungi aku, tapi aku takut aku yang akan terus hubungi dia. lagipon...dia takkan hubungi aku lagi. dia tak pernah kisah pun pasal aku. aku sakit atau mati pon dia takkan muncul jugak. hati aku benar2 terluka....pedihnya hati...aku betul2 nak menangis skang ni. tapi aku kat opis lagi. airmata memang dah bergenang depan pc ni. seperti biasa...aku akan cuba untuk cover...itu lah aku. dilahirkan hanya untuk disakiti.

aku yang terluka...

16 Januari 2009

aku sedang terbaring di atas katil, bersiap-siap untuk tidur. namun, fikiran aku tak pernah berhenti dari memikirkan dia. entah di mana dia berada. apa yang dia lakukan sekarang. entah dah makan ke belum? aku tahu dia ada masalah. aku cuba memahami dia. cuba berkongsi masalah dia dengan aku, tapi dia selalu berahsia. dia menolak kehadiran aku dikala dia sedang bermasalah. aku terlalu sedih bila dia melayan aku macam tu. sudah 5 hari dia menyepikan diri.

sedarkah dia, betapa tulus dan ikhlasnya cinta aku pada dia. tak pernah memandang rendah pada dia selama ni. aku tahu, dia tertekan kerana perbezaan kami. aku tak peduli...yang aku tahu aku terlalu sayang dan cintakan dia. walaupun keluarga dia tak merestui hubungan kami kerana perbezaan adat, aku masih setia bersama dia. aku mengaku sebaik saja dapat tahu keluarga dia menolak aku, aku terus tiada semangat untuk hidup lagi. segala yang kami lalui bagaikan musnah begitu sahaja. aku suarakan hasrat hati untuk mengundur diri dari hubungan kami. namun, dia sedaya upaya meyakinkan aku untuk memujuk keluarganya. aku tak mahu dia dipinggirkan keluarga kerana aku. namun...perasaan sayang yang mendalam membuatkan aku akur dengan pujukan dia.

kami cuba pulihkan hubungan kami seperti biasa. namun...sedikit demi sedikit dia mula berubah. janji-janji yang ditabur hilang entah di mana. sudah beberapa kali dia menghilangkan diri. langsung tak mahu jawab call dan sms. sudah la kami jauh. dia di utara dan aku di sini. memang jarang dapat jumpa. hanya sms dan telefon jadi teman setia. kali terakhir kami berjumpa pada hari raya bulan 9 2009.
perubahan dia semakin ketara seolah-olah aku tak pernah wujud dalam hidup dia. puas aku menghubungi dia namun sepi tanpa berita. bila dapat hubungi dia, dia meminta maaf dan menyesal kerana sakitkan hati aku. aku memang selalu memaafkan dia. biar ape pon yang dia lakukan pada aku, kemaafan sentiasa ada untuk dia. dia berjanji untuk berubah. namun perubahan hanya bertahan 2,3 hari. selepas itu, berulang lagi episod dia menghilangkan diri. dan seperti biasa aku akan mula mencari dia kerana risaukan keselamatan dia.  lebih 10 kali benda yang sama berulang-ulang hingga lah saat aku menaip entri ini.

namun kali ini agak berbeza. dia terus menghilangkan diri dan memutuskan hubungan tanpa aku tahu puncanya. hanya 1 sms yang dia jawab untuk mengakhirkan hubungan kami. pedihnya hati aku hanya Allah je yang tahu. puas aku hubungi dia, namun langsung tak dijawab. kredit habis begitu saja, menghantar sms dan cuba telefon dia. tapi aku tak peduli tentang duit. untuk dia, aku sanggup berhabis berapa pun asalkan dapat mendengar suara dia. namun panggilan aku hanya masuk voice msg. sms2 langsung tak dijawab, namun aku tahu...dia baca sms aku. cuma kerasnya hati dia untuk membalasnya. Demi Allah, aku tak tahu apa kesalahan yang aku lakukan. sedaya upaya aku cuba perbaiki hubungan kami yang dimusnahkan oleh keluarga dia. namun, akhirnya musnah jugak.

aku sedar, mungkin dia terpaksa tinggalkan aku kerana desakan keluarga dia. tanpa berjumpa aku, tanpa mengenal aku terlebih dahulu...keluarga dia terus menghalang hubungan kami hanya kerana aku berasal dari Negeri Sembilan. ceteknya pemikiran mereka. sedangkan sepanjang hubungan aku dan dia, tak pernah aku meminta dia membelikan aku apa-apa. tak pernah aku meminta duit dia. malah aku berkeras untuk gilir-gilir membayar jika kami keluar makan atau menonton wayang. malah aku tanpa berkira memberi pinjam kereta aku untuk dia gunakan dan aku menanggung duit minyak kereta yang dia gunakan. siapa yang topupkan kredit dia? banyak lagi yang aku dah korbankan untuk dia, tak perlulah aku ceritakan sebab aku ikhlas. bukan aku nak mengungkit...cuma dibahagian manakah yang keluarga dia hendak tuduh orang N9 macam aku tamakkan harta.

setiap hari aku berpura-pura depan semua orang yang aku jumpa. aku cuba tersenyum, cuba menjadi happy di depan keluarga dan kawan-kawan kerana aku tak mahu orang tahu kesedihan dan keperitan hati yang aku tanggung. betapa tertekannya aku meneruskan kehidupan seharian aku dengan berpura-pura begini. aku selalu bersendirian menyembunyikan kesedihan di hati aku.

semalaman aku menangis sampai bengkak2 mata. namun aku masih berusaha menghubungi dia. entah pukul berapa aku lelap, aku pon tak pasti. namun aku berharap, bila aku terjaga nanti ada sms dari dia.

Tuesday, January 12, 2010

oh no....

malam tadi tengok cermin.....aaaaaahhhhhhhhhhhhhhh TIDAKKKKKK!!!!!!!!!!!!!
hehehe...



ada jerawat nak tumbuh kat muka. hehehe. adoi ai...tak suke betul kalau jerawat ni nak muncul kat muka lah. nape lak tibe2 jerawat naik ni? adakah sebab tekanan yang aku alami sejak 2 menjak ni? atau emosi aku yang tak stabil sejak akhir2 ni?

apepon harap2 cepat la jerawat ni balik ke tempat asal die. bukan tak nak kasi tumpang, tapi...pegi je la tumpang kat tempat lain. ;-p.

suatu ketika dulu...

pagi semalam, masuk je opis terus bukak facebook. pagi2 kat sini, intenet laju sket. skali tengok ada friend request. aku klik a nak tengok sape. owh...agak terkejut gak la tengok sape yang add. my ex ( sep 2006 - Okt 2007- aku pon xsure btl ke tak bulan tu sbb dah lupe). memang a dulu dia penah add (lepas dh putus) dan aku approve mase tu. tapi bila fikir2 balik...baik delete je dari friend list sbb aku dah tak nak ada apa dengan dia lagi. dah lama gak la aku delete. tu yang tekezut dia add balik and ada la dia bagi mesej kat situ. ingatkan dia dah tak kisah pasal aku macam dia buat dulu2.

 dulu aku memang sengsara sangat. tak dinafikan masa tu aku mmg sayang gile kat dia. dia buat or layan aku camne pon aku tetap bersabar and setia sampai la dia menghilangkan diri tanpa sepatah kata. hahaha. mase kejadian tu mmg aku sakit jiwa sangat. tak makan sampai aku selalu sakit and muntah2. semuanya aku tanggung sendiri dan rahsiakan dari kawan-kawan dan famili. lagipon aku duk damansara dulu sensorang kat rumah. jadi tak susah aku nak menangis tiap2 malam lepas balik keje. bila kat opis aku wat selamba pura2 macam takde ape2. bila orang tegur nape mata bengkak? aku kate je tak cukup tido. hehe. aku ingat lagi mase tu...sengsaranya aku. bagi aku, kalau dah tak suka, atau dah bosan, atau dah ada pempuan lain...aku tak kisah. tapi ape salahnya terus terang. daripada dia terus tak jawab msg, tak jawab call...hilangkan diri macam tu jek. dan bila die jawab...macam2 hinaan yang aku dapat dari dia. aku tak tahu pon apa salah aku. memang aku tak dapat nak lupa dia dulu. macam2 benda bodoh aku buat. rasa tak sanggup nak hidup lagi. dan yang paling bodoh sekali, aku tetap cuba contact dia walaupon tahu dia memang dah tak hingin kat aku nih. hmmmm.... rasa bodoh sangat. cinta ni mmg buat aku jadi bodoh la.

ish...nape la aku kenang lagi kisah ni. ni semua pasal dia la ni. aku mmg dah lupa 100% kat dia. tak penah nak terfikir pon pasal dia lagi. tiba-tiba dia muncul balik. dia minta maaf kat aku selepas 2 tahun. hahaha. klaka kan? tapi takpe la. aku pon bukan jenis suka berdendam. bila aku dah dapat terima hakikat...semua perasaan pon hilang...skang ni jadi neutral. dia kata nak jadi kawan baik aku skang. tak kisah la. kalau dia betul2 dah sedar kesilapan dia dulu, bagus lah. tapi kalau dia tak minta maaf pon aku mmg dah tak kisah sebab dah lama kisah aku dan dia berakhir walaupun aku amik masa 1 tahun untuk lupakan dia dan kembali hidup normal. lagipon mmg tak terjangkau kat fikiran aku yang dia akan muncul skang dan minta maaf kat aku. aku pon tak sangka, bila kenangkan kisah ni dan macammana deritanya hati aku dulu, aku akan tergelak skang sedangkan dulu hari2 menangis sepanjang setahun tu.

sepanjang dia tinggalkan aku, ramai a nak ngurat,...tapi serius cakap a masa tu. pintu hati aku betul2 tertutup. aku minta maaf sangat pada sesiapa yang aku tolak cintanya masa tu. hati aku hancur sangat masa tu. lagipon aku betul2 mengharap dia kembali kat aku. tapi...semua tinggal harapan.

 sehinggala suatu hari...21/12/2008...seseorang muncul dalam hidup aku dan pintu hati aku terbuka untuk terima dia hanya dalam tempoh 1 hari berkenalan. mmg la tak relevan baru kenal sehari dah jadi kekasih, tapi keikhlasan dia masa tu yang buat aku terharu sangat.

semalam...

lebih kurang 2 jam sebelum time aku balik keje, aku baru teringat yang hari ni last bayar duit keta. huhuu. asik lupa je sejak dah pindah ni. bulan lepas pon aku lupe n bayar lewat 3 hari. dalam kepala tengah plan nak pegi bayar terus lepas balik keje atau ajak kakak aku teman. lagi pon time kul 4.30 - 5.00 ptg, kat situ susah nak cari paking. ingat nak stayback kat opis sampai kul 6 ptg, tapi rasa dah tak larat nak mengadap pc ni lagi. kul 4.45, aku terus drive g rumah kakak. tapi aku tau la kakak aku tak balik keje lagi. dia kua kul 5 n sampai rumah dalam 5.30 - 5.45.

anak buah aku yang form 2 tu ada la kat rumah tinggal sorang. abang dia ada merentas desa. sementara tunggu kakak aku sampai aku pon baring2 tengok tv sambil menyakat anak buah aku yang pempuan tu. memang aku suka sakat dia sebab aku suka tengok reaksi yang dia buat bile kena sakat. hehehe. jahat betul mak sedara die nih. huhuu.

kul 5.45 kakak aku sampai rumah. terus aku menyatakan hajat suoaya dia teman aku g bayar duit keta kat affin bank. kakak aku okay je, lagipon dia memang ada nak beli barang. dan ajakan aku tu kira langkah kanan untuk dia sebab aku leh jadi driver die. huhuhu. pastu kakak aku yang duk kat rumah depan balik. aku pon ajak dia skali.

mula2 g keluarkan duit kat cimb. pastu terus g affin bank, bayar pakai mesin. lepas tu aku nampak kfc besar yang baru buat kat tengah bandar seremban tu. tiba-tiba tergoda plak. hehehe. terus aku bagi signal ke kiri dan paking depan kfc. anak buah aku dh tersenyum lebar bile aku benti depan kfc tu. kiteorang berlima pon makan a kfc, kecuali kakak2 aku. yang sorang tu mmg tak makan ayam, dia makan kentang jek. kakak aku lagi sorang, baru lepas makan, so dia pon makan kentang gak. (jimat duit aku...hehehe). ni gambar ape yang aku makan kat kfc semalam.




lepas makan kfc, singgah kedai beg kat ampangan sebab kakak aku nak beli beg sekolah untuk anak dia. dah masuk dalam kedai tu, aku nampak je beg sandang hitam putih, aku terus berkenan. beg sandang aku yang sebelum ni pon hitam putih gak, tapi zip dia dah rosak. aku pon beli a beg tu tanpa berfikir 2 kali. sebab aku dah tergoda sgt dengan warna hitam putih beg tu. hehehe. cantik x beg ni?






* sebelah kiri beg yang aku baru beli semalam, yang kanan, beg yang aku beli tahun 2007, kat one utama.


pastu tu aku hantar kakak2 n anak2 buah aku balik, aku pon drive la balik rumah aku menginap. dah sampai traffic light tak jauh dari rumah aku, tiba-tiba ada 2 orang kat tgh jalan tu pegang torch light bagi isyarat suh patah balik guna jalan lain. huhhhhhuh. mase tu mmg nampak keta dah berderet terperangkap kat jem. ada accident la tu kot. aku pon patah la balik ikut jalan taman seremban jaya. huhuhu...jauhnye aku kena pusing padahal rumah abang aku tinggal sejengkal je dari accident tu. tapi sebab jalan mmg xleh nak lalu dan aku pon taknak terperangkah dalam jem, aku patah balik la jugak ikut jalan lain.

akhirnya pukul 9 lebih baru aku sampai rumah...

Monday, January 11, 2010

syok gile lah...

mase wat bengkel SKT hari tu, kiteorang berpoco-poco beramai2. tapi tak la semua join. sape yang minat je yang join.
tapi serius cakap, syok gile sangat. selalu poco-poco kat kompleks sukan, tapi kali ni kat dewan rumah peranginan kat pd dengan staff uptm. best gile lah...^_^. nak lagi...hehehe











citer g pd

8-10 januari 2010 lepas, aku n staff uptm g pd untuk bengkel SKT 2010. menginap kat rumah peranginan kerajaan N9 kat batu 13. nice place. sesekali wat keje kat tempat macam tu syok jugakkan. takde la tensen sangat.

tapi...nama je g pd, langsung tak mandi laut. aku ni dah la pantang nampak air. nak mandi je keje aku. lagipon last pegi pd masa sambut besday aku tahun 2008. itu pon aku yang organize. huhuhu. tahun ni tengah pikir sambut besday kat pd lagi ke tak. nak kena wat kertas keje n buat budget dulu. dan pastinya menginap kat bayu beach resort. pantai kat situ cantik sangat dan orang pon tak ramai. privacy sket. boleh la pakai bikini. hahahaha.... memain jek.

pasal SKT kat pd td. keje aku kat sana makan jek. 6 kali sehari makan. kalau macam ni hari2 rosak la program diet aku yang tak konsisten ni. huhu. makin membesar la aku.

ape ek nak citer kat sana. pagi kul 8 tu bfast. pastu masuk dewan buat perbincangan. kul 10 minum pagi. masuk dewan sambung perbincangan blk. tgh hari makan pastu rilek kat bilik. kul 2.30 sambung bincang blk. petang minum petang. pastu bincang lagi. malam plak makan, sambung bincang pastu minum malam.
 akhirnya dapat la rilek.

tapi part yang paling best wat poco2. hehehe. seronok betul. kalau boleh hari2 nak wat. tapi seronok kalau wat ramai2 camtu. buat sorang2 x best la plak.

pastu malam kul 11 lebih tu kuar dengan kawan2 seopis...g karoke. haha...syok gile lah.

pastu hari ahad kul 1 ptg, aku dah ondway balik seremban. harap2 wat la cani slalu. sekurang2nya aku dapat lupa masalah aku and dapat begembira. ahaks....

rumusan

dah lame tak updata blog. aku tak rajin la nak update. bila ada mood je aku update. ape nak citer ek...dah banyak yang tetinggal. tahun baru ni ape ek azam aku. same la kot dgn tahun2 lepas. nak jadi lebih baik and ubah perangai aku yang tak baik. hehe. tapi terus terang...memang payah nak ubah sbb dah terbiasa. lagipon aku takde la jahat mane pon. nakal je. ahaks.

tahun baru bermakna umur pon dah bertambah. alhamdulillah, aku masih bernyawa lagi dan masih sihat walaupun kadang2 sakit. tahun baru dan penyakit baru. arrgggghhh...padan muka aku, slalu sangat tahan lapar and tak nak makan ikut time. akhirnya aku dapat gastrik. skang ni aku tak boleh lapa sikit pon. bila perut aku lapa, and aku tak makan, tiba-tiba kepala jadi berpusing2 and rasa nak pitam. pastu muntah2. waaaaa................aku dah bertahun2 tak muntah. ni la balasan kat aku sbb slalu tak makan.

keje plak banyak gile. terlalu padat sampai takde ruang nak bernafas. huhuu. nape keje gomen ni banyak keje sangat? aku keje swasta dulu aku rilek je. sempat nak ym hari2. tapi sejak keje gomen, langsung tak berkesempatan. takpe la. aku kena redha la. dulu aku gak yang berdoa hari2 lepas sembahyang supaya aku berjaya temuduga keje PTM ni. bila dah dapat, aku membebel plak. tak bersyukur betul aku ni.

aku rasa, tahun 2010 ni aku nak hidup aku ceria. aku tak mau sedih2 lagi. aku tak mau nak menangis setiap kali nak tido lagi. aku takkan biarkan hati aku dilukai lagi. aku dah terlalu banyak mengalah, terlalu berlembut, terlalu mudah memaafkan, terlalu banyak berkorban...tapi orang langsung tak hargai. asik melukakan hati aku. asik menghancurkan hati aku. asik buat aku menangis. orang yang berjanji takkan sakiti aku, takkan melukakan hati aku, takkan buat aku menangis....akhirnya orang tu la yang buat aku menangis dan sakit. aku betul2 dah tak tahan lagi. aku pon dah tak nak mengharap apa2 lagi. malas nak fikir lagi. tapi hati tetap hati.

aku nak happy. i deserve to be happy. i deserve to smile.

LinkWithin