Friday, April 29, 2011

dia yang datang kat aku

lesen memandu aku dah mati 20 hb April hari tu. malas pulak nak pegi JPJ. so aku terai la guna servis myeg untuk renew lesen memandu aku nih. tak payah susah-susah nak drive ke JPJ pastu carik paking dan tunggu nombor giliran. sambil duduk depan pc dah boleh renew lesen. dah tu pulak, dihantar kat tangan kite lesen tu nanti. hebat kan? huhuhu.

taip je alamat www.myeg.com.my, pilih menu driving license renewal, isi boramg, buat pembayaran online... dah setel. penghantaran akan dibuat dalam tempoh 5 hari bekerja. tapi aku buat hari rabu hari tu, hari jumaat dah sampai. sebenarnye bukan aku yang buat. encik capo grande yang buatkan. huhuhu. mula-mula memang aku isi form sendiri kat myeg tu. tapi ntah apa mangkuknye aku tak boleh nak buat pembayaran online lak.  5,6 kali aku try tak dapat-dapat aku give up. pastu encik capo lak tolong buatkan. baru jadik. la la la la la.

ni bungkusan penghantaran
pagi tadi lesen aku dah dihantar ke opis sebab aku letak alamat opis. kang letak alamat rumah, mana de orang. tapi orang myeg ni boleh salah taip nama aku la plak.


cuba baca betul-betul. HADIRAH HARUN la plak die pegi taip kat sampul tu. nasib baik yang kat lesen betul nama aku. kalo tak kena pulang balik. aku cek kat borang yang diprint masa buat myeg tu betul ejaan nama aku yang encik capo taip. sedap gak nama HADIRAH kan. mmm..kalau buang H dah jadi ADIRAH. pastu tambah R lagi satu jadi Adirrah. Arissa ... Adirrah ... mmmm...mmmm....huhuhu.

Thursday, April 28, 2011

terkurung di luar

hari ni hari vege 3/4 hari je. sebabnya kami dapat jemputan daripada jiran di tingkat 2 yang buat makan2 and bbq. orang dah jemput, kena la datang kan. lagipun makan-makan tu. takkan taknak datang lak. hahaha. makan-makannye stat pukul 9 malam. so, 9.05 malam kami pun nak betolak ke rumah tingkat bawah. masa nak keluar rumah tu aku cakap kat encik capo mangga pintu grill je pintu dalam takyah kunci. encik capo lak kata nak kunci pintu dalam, pintu grill tak yah mangga.
bersidai kat lua rumah
aku tengah dukung arissa. so, tugas mengunci pintu diserahkan kepada encik capo. skali dia pegi kunci pintu dalam (kunci dari dalam) sambil tangan pegang mangga. anak kunci dia tak amik. maknanya apa tu? maknanya kami tak boleh masuk rumah la sebab kuncinya tetinggal kat dalam rumah padahal pintu dah ditekan kunci dari dalam. disebabkan aku dah kebulur sangat-sangat aku ajak encik capo makan dulu kat rumah bawah. masa makan nanti pikir la macam mana nak bukak pintu.

menu makan ialah keropok lekor, nuget, nasi goreng, ayam bbq, samosa dan beberapa makanan lagi. best jugak. arissa punya la girangnya pegi rumah orang. terjerit2 kegirangan dia tanpa sesiapa agah pun. kat rumah tak nak plak dia buat girang macam tu. lepas dah kenyang kami pun mintak diri nak balik. sebenarnya nak balik sebab nak pikir cane nak bukak pintu. try bukak tingkap dari luar. nasib baik ada tingkap yang tak dikunci dari dalam. tapi masalahnya tingkap kecik dan tinggi lak tu.

aku try panjat nak masuk ikut tingkap tu. kalau suh encik capo kang kompem tak muat. aku pun muat-muat je agaknye. dah lama tak memanjat. dulu2 selalu panjat siling rumah and atap rumah masa duduk kat rumah kuala pilah. tu zaman remaja-remaja dulu la. ni dah jadi mak orang nak memanjat-manjat macam tak konpiden lak aku. lepas try 2,3 kali aku give up taknak panjat sebab takde tempat nak pijak kaki. susah nak panjat. penyudahnya, bersidai la kami kat luar rumah. minggu lepas bersidai kat luar rumah sebab takut encik kelawar yanng terbang dalam rumah. kali ni sebab terkunci di luar rumah lak.

percubaan yang takkan menjadi. huhuhu
nasib baik uncle jijan arissa datang rumah. disebabkan uncle jijan seorang yang kurus, maka dia la calon sesuai untuk panjat dan masuk dalam tingkap kecik tu. percubaan uncle jijan berjaya. maka dapat la kami masuk. kalo tak, tido luar je la nampak gayanye. sebabnya kuci rumah, kunci keta semua kat dalam rumah. so, pengajaran lepas ni, kena stanby kunci spare kat luar rumah.

uncle jijan & arissa
"tq uncle jijan" kata arissa.

neves aku neves

bangun pagi tadi, terus pergi dapur. buat apa lagi kalau bukan masak breakfast dan bekalan untuk ke opis. manu hari ni ialah megi goreng kosong dan juga rojak timun. megi goreng kosong maksudnye megi goreng tanpa ada ikan bilis / telur / udang / sotong / ayam /daging. hanya sayur. tapi sebab sayur takde, maka memang kosong betul la megi gorengnye. hari ni kan khamis. hari vegetable. huhuhu.



aku telupa sebenarnya hari ni ada perhimpunan bersama dato' ss. stat pukul 8 pagi. so sepatutnya kena keluar awal la daripada biasa. tapi sebab aku telupe, maka kami ke opis macam time biasa iaitu lebih dari pukul 8 pagi. masuk dewan theatrette pun dah lewat maka duduk la kami kat seat belakang skali iaitu seat peberet kalau dengar taklimat / ceramah. (kami tu aku dan encik capo la ye. kami kan 1 jawatan, 1 opis, 1 tingkat, 1 bangunan, 1 pentadbiran, 1 keta, 1 rumah, 1 tilam, 1 bantal. huhuhuh).

tengah menonton tayangan video pasal air masa perhimpunan tu, tetiba kami diminta jadi pelakon untuk video korporat sukns. mulanya kami menolak. segan lah. pastu kami dipujuk lagi, maka kami pun setuju. bukanlah kami berdua je. ada lagi orang lain. masa tu excited pun ada, segan pun ada. tetiba neves padahal watak tak seberapa pun. bukan berlakon drama atau iklan. jauh lagi la pilem. video korporat je. tapi segan, neves macam belakon pilem gamaknye. hahaha.

tengah praktis dialog nih.
nasib baik la aku dressing cun sket hari ni. serba pink, tudung pun berpin sana sini. kalo tak, kadang2 aku malas nak pin tudung kat kiri kanan bahu. watak aku ialah seorang pelanggan yang sedang berkomunikasi dengan staff kaunter informasi. konon-konon staff kaunter tu macam bagi penerangan la kat aku untuk isi borang. hahaha. neves tau bila pengarah dah kata action. automatik kaki menggigil. mata asik nak pandang kamera je tapi kontrol. hahaha. staf tu pun pelakon gak tau. dia bukan staf kaunter pun. dialog pun main belasah je. kamera fokus punye la lama, kiri kanan depan. tapi nanti masa dah sunting, kompem 1,2 saat je muncul. pastu tah tah nampak tudung je tak nampak muka. huhuhu.


watak encik capo lak keluar masuk pintu. nak amik video bejalan tu pun ntah berapa kali cut. ingatkan sekejap je shoot video skali dekat 2 jam u olls. cut action, cut action. gitu la kekdahnye. akhirnye setel gak. tapi serius...neves gile belakon walaupun watak tak seberapa. menggigil kaki. pastu nak senyum je keje. haha. walaupun tau, muka mungkin tak nampak masa video ni dah disunting nanti, tapi tetap seronok. at least ada pengalaman. huuhuhu.

action....
gambar kocik ajo. ni pun encik capo amikkan lepas scene dia abis. aku lak tak leh nak amik gambar encik capo masa dia tengah action sebab aku kena standby. neves seves, neves. menggigil kaki aku dalam semua gambar di atas.

Tuesday, April 26, 2011

SLW 1st Giveaway

wildcutecat telah ditag oleh itu ini ada untuk join SLW 1st Giveaway. wildcutecat mau join.
korang, jom join jugak. klik kat gambar bawah ni untuk tengok syarat-syarat penyertaan.


wildcutecat nak tag theseamanlover dan encik capo grande untuk join sekali.

di mana dia kain lampin arissa

entri ini ditaip pada:
tarikh: 26 april 2011
masa:  11.45 malam
tempat: kat ruang tamu depan tv.

-----------------------------------------------

macam yang aku bagitau kat entri sebelum ni, aku akan singgah kat kedai tudung d haja lagi. kali ni aku beli 2 helai tudung jugak sama macam semalam. ikutkan nak beli lagi tapi warna yang aku carik tak ada. so 2 tu je la beli. lepas beli tudung, sempat beli baju arissa 2 helai. tiap-tiap bulan arissa ada baju baru. kalah mak ayah die. huhuhu. lepas beli tudung pegi ekonsave beli barang-barang dapo.



sebenarnye aku mengantuk gile. dari pukul 3 lebih aku dah mengantuk sangat-sangat kat opis. mengantuk tu pulak membawak ke kedai d haja seterusnya ke ekonsave. untung arissa, bole tido lagi sambil jenjalan kat ekonsave. kaki mak dia la yang jalan. arissa sodap tido dalam dukungan aku. dalam mamai mamai ngantuk, memebeli belah barang-barang dapo jugak. bila tangan dah menggigil dukung arissa, pass kat encik capo lak. aku pulak tolak troli dan amik barang apa nak beli. tak bawak stroller arissa sebab nanti keta tak muat nak isi barang-barang.

disebabkan telampau mengantuk, rasa kiri kanan macam mimpi je. macam mana la aku tak ngantuk. walaupun tido awal, pukul 12 malam (kira awal la tu bagi aku), tapi dalam pukul 2 ke 3 pagi mesti aku terjaga sebab arissa merengek-rengek cari punting kopek die. lepas sumbat punting, dia tido balik. selang 2,3 minit, baru nak telelap, arissa dah merengek lagi. punting dia jatuh pulak. baru nak telelap balik, punting arissa jatuh lagi. macam tu la dekat 10 kali aku terjaga. kang pukul 4 ke 5 pagi arissa dah kejut nak susu. cara dia merengek mintak punting kopek dengan mintak susu lain tau. lepas bagi arissa susu, baru rasa nak lelap, tetiba alarm dah berbunyi pulak. dah kena bangun nak masak breakfast. gitu la kekdahnya rutin harian aku. tu pasal mengantuk hari-hari kat opis.

citer kat ekonsave tadi tak abis lagi. disebabkan keadaan aku yang mamai-mamai nak mencarik tilam dan bantal je kekdahnya, tanpa aku sedar kain lampin lap muntah arissa tercicir ntah di mana. masuk-masuk keta nak capai kain lampin yang aku sidai kat bahu, tetiba dah takde. on the spot mata terus segar. masuk dalam ekonsave balik dengan arissa carik kain lampin yang tercicir. tak jumpo pulak. siap pak guard kat ekonsave tu tolong tengok-tengokkan skali. memang tak jumpa walaupun aku dah ikut jalan yang sama aku ikut masa kat dalam ekonsave tu.

disebabkan tak jumpa, terus je g kat keta balik. rasa kesian pulak kat kain lampin tu. ntah-ntah dah kena buang kat tong sampah. cian kain lampin tu. ntah apa perasaan dia kena cicirkan. huhuhu. aku memang camnih. kalau barang-barang aku, tertinggal atau tercicir kat mana-mana, mesti aku pikir perasaan barang tu sebab dah tercicir. sedihnye. huhuhu. bagi aku setiap barang aku tu ada sentimental value. sebab tu aku tak suka orang pinjam barang aku pastu dia hilangkan atau rosakkan. memang aku akan memandang orang tu dengan mata menyorot ganas gitu. ahak ahak ahak.

sampai skang aku masih pikir manalah kain lampin lap muntah arissa tu. hmmmm... sampai skang gak la aku tengah mamai nak tido tapi tak tido2 sebab nak update blog punya pasal. huhuhu

ok la...dah mengantuk tahap gaban ni. saya mau tido. gudnite semua...

Monday, April 25, 2011

nafsu tudung

bukan nafsu tudung saji, bukan juga tudung periuk. tapi tudung kepala okay. kedai tudung d haja kat seremban plaza buat promosi lagi. tak silap aku sampai 4 mei kot. petang semalam lepas keje g  la singgah. macam biasa, kedai tu memang penuh memanjang. aku pun menyelit-nyelit antara ramai-ramai orang tu memilih tudung. cantik-cantik tudung kat situ, pelbagai fesyen dan yang paling penting murah la sebab ada diskaun.

disebabkan aku tak keluar duit lagi, maka duit aku ada tak banyak sangat. so aku dapat beli 2 tudung je. kalau aku ada duit lebih sket, mesti lebih sket aku beli tudung, hahahha. sebab rambang mata u olls. cantik-cantik dan murah. petang ni aku mau singgah lagi. pastikan bawak duit lebih. sebab mungkin plan nak beli 2 tudung lagi. tapi nanti bila dah pilih-pilih, TERbeli lak 5,6 tudung. wahahahaha. kalau tak cukup duit, encik capo akan ku suruh standby dekat pintu kedai macam semalam sebab tak cukup RM2. huhuhuu

Sunday, April 24, 2011

hari yang mengantuk


mengantuk betul hari ni lah. indahnye kalau hari ni aku cuti. mesti tengah tido depan tv dengan arissa. hmmm...

tak suka bos

huhuhu. tajuk macam gempak je kan. bukan aku yang tak suka bos aku. tapi nabil maharaja lawak la. sejak tengok maharaja lawak minggu muzikal, aku nyanyi lagu grenade - bruno mars dah tak ikut lirik sebenar. asik nyanyi ikut lirik nabil ajo. hahaha. memang bestkan nabil masa ni. kreatif dan fresh sungguh idea dia. basuh pinggan, lipat baju, mengemas, aku nyanyi lagu tak suka bos nabil tu jek. dah nak hafal dah lirik tu sampai terlupa lirik sebenar. aku terai ye taip lirik nabil tu kat sini.




buat tu buat ni itu yang aku dengar 
tiap tiap hari sejak aku keje kat sini
waiter, casher, cleaner customer
semuanya aku semuanya aku

ambik anak kau balik dari sekolah
itu pun keje aku
lepas tu  anta pulak dia
mengaji dekat kampung baru

aku buat semua for u
aku keje semua for u
aku jadi bapu for you

nasiblah aku ini makan tido keje kat sini
kalau tidak dah lama ku bakar kedai ini...

roslan kadir kena buang sebab diorang 
curik pengcungkil gigi
bos jahat! bos jahat!
itulah panggilan yang patut ku bagi
dah la gaji aku sikit 
itu pun kau tak penah nak bagi
ikutkan aku orang macam kau ni
aku! aku! aku bagi kaki
dekat muka belah kiri
..........................

sampai sini je sebab nabil dah kena hempuk dengan botol kaca masa ni. ahak ahak
apo la kojo den nih? hihihi

* tak pasti la betul ke tak lirik ni. mungkin ada yang salah tapi enjoy jo lah yo.

... dalam bubbles

ehem ehem. perasan tak aku dah tukar header baru dan background baru? 2 hari 2 malam aku mendesign. belajar buat bubbles guna photoshop. google google tutorial. cuba, tak berjaya. google tutorial lain pulak. cuba dan cuba dan cuba lagi akhirnya aku berjaya siapkan pukul 3 pagi hari sabtu lepas. dah berjaya buat bubbles, nak mendesign plak. try letak tu, letak ni. tak puas hati, buat balik. try plak letak macam tu macam ni, pun tak puas hati. last-last letak bubbles je banyak2.

aku ni tak reti nak mendesign. takde bakat. tapi bila ada idea, sehabis daya aku akan cuba buat macam yang aku nak. idea nak buat bubbles ni timbul  masa aku dalam pantang lagi. tapi baru terlaksana hari sabtu lepas. apa pun enjoy la ye header dan background blog aku yang berwajah baru nih.

Thursday, April 21, 2011

mau masak apa?

hari ni hari khamis. hari vege aku dan encik capo. pagi tadi aku buat tauhu sumbat dan goreng cekodok pisang untuk bekalan kami ke opis. tapi takde amik gambar. telupo plak aku nak amik gambar makanan hari ni. hahahaha. malam ni nak masak ape ye. susah gak nak pikir menu yang takde kaitan dengan ikan, daging, ayam, sotong,udang dan yang sewaktu dengannye ni. ape ye nak masak? hmmmm...

Wednesday, April 20, 2011

pergi lah pergi

 20 April 2011, 11.30 malam (waktu menaip ini entri)

hmmm...minggu ni minggu entri untuk encik kelawar kekdahnye. alkisahnya semalam (selasa) aku dan encik capo berjaya kurung encik kelawar bawah kotak. kami kurung je tapi tak halau keluar rumah lagi. sebabnye, dua-dua penakut nak keluarkan. takut kalau encik kelawar tiba-tiba terlepas keluar dari kotak. makanya hari ni (rabu) kami pegi keje dengan meninggalkan encik kelawar bawah kotak dalam rumah. sementara tu kami fikir la cane nak keluarkan encik kelawar tu bila balik nanti.

petang tadi lepas amik arissa, kami singgah di pacific@the store sebab nak beli susu arissa dan barang-barang keperluan dapo. lepas abis beli barang kami pun balik. masa tu dekat-dekat pukul 8 malam. kami dengan konfidennya bukak pintu dan terus masuk. petik je suis lampu terus nampak kelibat encik kelawar terbang kat ruang tamu. serta merta kami lari keluar. cemas betul masa tu memikirkan macam mana encik kelawar boleh terlepas keluar. kami tak pasti samada kelawar yang sedang terbang dengan megahnya kat ruang tamu tu kelawar yang kami kurung atau kelawar lain yang masuk rumah kami.

aku dah cukup trauma dikejar encik kelawar petang semalam (selasa). tak sanggup rasanya nak berhadapan dengan encik kelawar lagi. kami terkandas kat depan rumah sendiri. takut nak masuk. asal bukak pintu je encik kelawar tengah terbang dalam bentuk bulatan. kejap terbang tinggi kejap rendah. nak masuk pun teragak-agak. kebetulan kaktih n family datang lak kat rumah. masa tu memang kami bertiga tengah berdiri kat depan pintu rumah tak masuk-masuk. hahahaha.

kelihatan encik capo dan abg fida sedang cuba menghalau encik kelawar
dengan kedatangan kaktih n family, ketakutan kami berkurang sedikit. encik capo dibantu oleh abang fida telah bekerjasama cuba menghalau encik kelawar. arip, helmi n shira pun turut membantu. aku hanya menunggu diluar dengan kaktih dan arissa. tapi sekejap-sekejap aku meninjau bila terdengar anak-anak buah aku menjerit. tetiba jadi lawak plak masa tu tengok dorang menjerit-jerit. agaknye semalam (selasa) kalau korang tengok macam mana kami menjerit dikejar encik kelawar mesti kami kena gelak beramai-ramai.

arissa dengan maktihnya diluar pintu rumah
encik kelawar ni memang degil tau. die terbang sana-sini hinggap kat tingkap tapi tak keluar-keluar. dah bukak tingkap ni, dia g hinggap kat tingkap yang tak dibukak. bila dia hinggap kat tingkap, aku pun baling dengan selipar supaya encik kelawar terbang keluar. tepat-tepat selipar tu kena encik kelawar. kelam kabut dia terbang, serta merta aku pun turut kelam kabut lari menyelamatkan diri. huhuhu.

nampak tak encik kelawar dalam bulatan tu?
arissa plak tetiba menangis-nangis membuatkan aku terpaksa bawak arissa lari masuk dalam bilik meninggalkan mereka yang lain berusaha menghalau encik kelawar keluar. baru je 30 saat aku masuk bilik, shira datang ketuk pintu bagitau encik kelawar dah keluar ikut tingkap. fuhhh...lega aku. maka berakhirlah episod encik kelawar dalam rumah kami. semua tingkap dipastikan ditutup serapat-rapatnya supaya encik kelawar tak boleh masuk lagi. entah macam mana encik kelawar boleh terlepas keluar dari kotak tu. bikin kami cemas dan menggigil je masuk-masuk rumah nampak encik kelawar tengah terbang sana sini.

encik kelawar....jangan datang rumah kami lagi. pergi la tempat lain ye. kami pasti kami tak mahu jumpa encik kelawar lagi. terima kasih kepada kaktih n family yang datang sebab nak amik baju, tapi tepaksa tolong halau encik kelawar skali. dengan kehadiran mereka, memudarkan rasa takut kami. kalaulah kami berdua je yang halau encik kelawar tu, aku pasti...bangunan apartmen ni akan digegarkan dengan suara jeritan kami lagi. ahak ahak ahak. dan belum pasti encik kelawar keluar dari rumah kami.

leganya rasa bila encik kelawar dah keluar...tak sanggup hidup diselubungi kelawar lagi...

Tuesday, April 19, 2011

pelangi dihati

hahaha. tajuk tak boleh blah. pagi tadi masa nak g keje hujan renyai-renyai. lepas hantar arissa, on the way nak ke opis, aku nampak pelangi. cantik sangat. dah lama rasanya tak nampak pelangi. sempat snap beberapa kepinng gambar.




bila nampak pelangi, tak berani nak tunjuk dengan jari. just bagitau arah pelangi tu je. bukannya apa, masa kecik-kecik dulu orang selalu cakap kalau tunjuk pelangi dengan jari telunjuk nanti tangan kudung. huhuhu. kalau nak tunjuk gak, guna ibu jari je. *_*. pastu katanya, ada puteri kayangan kat pelangi tu. sebab tu tak leh tunjuk sebab puteri tu tak suka. entah betul entah tak, aku tak tahu la. tapi sebab aku dah terbiasa dari kecik takut nak tunjuk dengan jari bila nampak pelangi, so sampai skang terikut-ikut.


encik kelawar kau memang nakal!!!

aku sangka dengan menulis surat kepada encik kelawar hari tu, dia akan memahami dan keluar dari rumah aku. tapi...dia mahu bergurau senda pula!!! balik keje semalam (isnin), lepas jemput arissa kami pun balik rumah. aku dan encik capo dah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk menghalau encik kelawar sekiranya beliau masih berada dalam rumah kami. so, sampai-sampai je terus latak arissa dalam kelambu. puas aku dan encik capo mencari encik kelawar tapi tak jumpa. habis semua bilik, almari kami geledah. disebabkan tak jumpa, kami beranggapan encik kelawar dah keluar dari rumah kami. aku bersyukur yang amat kalau encik kelawar dah betul-betul keluar.

gambar hiasan. (geli aku!!!)
hari ni (selasa) kami pun balik rumah tanpa ada rasa was was terhadap encik kelawar. bukak-bukak pintu je, baru masuk 2,3 langkah, kepulangan kami bertiga disambut oleh encik kelawar yang berterbangan tak tentu arah kat ruang tamu. mula-mula aku ingat rama-rama sebab laju sangat terbangnya. sekali aku ternampak lain macam je bentuk kepak dia, terus aku jerit "aaaaa...kelawar!!!!" sambil tangan aku tutup kepala arissa yang aku tengah dukung. serta merta aku dan encik capo lari keluar.

arissa dalam kelambu
lepas tu encik capo masuk kunun-kunun nak halau tapi kelawar tu terbang tak tentu arah. geli tau tengok. pastu encik kelawar tu terban pula ke arah belakang. kami pun amik kesempatan masukkan arissa dalam kelambu. apa-apahal selamatkan arissa dulu. lepas tu, encik capo dengan raket tenisnya, dan aku dengan segenggam hanger kiri kanan, cuba memburu encik kelawar. walaupun takut, kami terpaksa sebab daripada hidup tak tentu arah takut tengok encik kelawar terbang sana sini, baik kami cuba halau.


kami pun dengan senjata masing-masing jalan pelahan-lahan dari satu bilik ke satu bilik sebab tak tahu mana encik kelawar dah terbang. tangan memang pegang senjaata dengan erat. badan, kaki, tangan memang menggigil sebab takut encik kelawar tiba-tiba terbang depan mata. tup tup nampak encik kelawar terbang dalam bilik stor. tengah aku nak dekat dengan pintu bilik stor tu tetiba encik kelawar meluru terbang keluar membuatkan aku terjerit-jerit macam orang kena histeria sebab geli sangat + takut dia hinggap kat aku. encik capo cuba smash encik kelawar dengan raket tenis, tapi aku tak nampak kena ke tak sebab aku dah tertunduk atas lantai cuba melindungi diri. hahaha. klaka bila teringat.

encik kelawar plak cuba main-main. dia landing atas lantai. bila aku yang tengah takut-takut ni cuba nak dekat untuk kurung dia, tetiba die terbang tinggi ke depan pastu die boleh patah balik terbang ke arah aku. dah tu pulak, bila dah nak sampai, dia g terbang rendah. aku yang dah siap sedia konon-konon nak pukul dengan hanger, jadi takut terus jerit-jerit dan tunduk semula ke lantai sebab takut dia hinggap. ada la 2,3 kali encik kelawar main kejar-kejar dengan kiteorang di mana akhirnya kami yang berlari ketakutan. hahahahaha.
tangan tengah menggigil amik gambar
pastu encik kelawar terbang ke ruang tamu dimana kami tinggalkan arissa seorang diri dalam kelambu sementara kami berjuang memburu encik kelawar. aku risau betul kalau encik kelawar hinggap atas kelambu arissa. pastu encik kelawar hilang dari pandangan. kami ingat dia dah terbang keluar melalui pintu sliding yang kami dah bukak. tapi hati tetap tak tenteram. habis barang-barang kat ruang tamu aku kirai sebab nak pastikan encik kelawar tak menyorok kat celah-celah barang. sekali aku terpandang kat tingnkap, encik kelawar sedang main nyorok-nyorok celah gril.

nampak tak encik kelawar dalam bulatan tu
kami pun cuba halau dia keluar dengan bukak tingkap lebih besar. namun encik kelawar pegi terbang arah dalam rumah jugak. sekali lagi kami menjerit ketakutan + kegelian. kami??? menjerit??? kami menjerit??? KAMI??? hahaha. kami tau, bukan aku. huhuhu. lepas tu encik kelawar terbang ke arah ruang makan lalu landing kat lantai. aku pun mengambil kesempatan baling kotak dengan harapan, encik kelawar tu akan terkurung bawah kotak tu. fuhhh nasib baik balingan aku tepat. encik kelawar telah terperangkap bawah kotak. cepat-cepat aku himpit kotak tu dengan benda berat. baru la lega kami. arissa yang dah mengamuk dalam kelambu pun kami tak dapat nak buat apa-apa. terpaksa biarkan sebab tengah sibuk menghalau encik kelawar. kang kalau keluarkan arissa dari dalam kelambu, tak pasal-pasal encik kelawar hinggap kat dia lak.

macam mana nak halau encik kelawar bawah kotak ni ye...*_*
lepas encik kelawar dah terperangkap bawah kotak, baru la boleh berehat. jantung yang berdegup punya la laju, mula beransur-ansur jadi pelahan. badan yang menggigil pun dah ok. geli tau dengan kelawar. takut pun ye jugak. so, skang...encik kelawar ada bawah kotak. persoalannya...macam mana kami nak keluarkan encik kelawar tanpa membuatkan dia terlepas dari kotak tu semasa proses pengeluarannya sedang berjalan???  sebabnya kalau dia terlepas, terjerit-jerit la kami balik. tak sanggupnye nak menghadapi encik kelawar lagi. tulun tulun hantar ini kelawar keluar....haruskah ku panggil bomba??? kui kui kui....^_^

kami serupa

weekend hari tu aku, encik capo dan arissa telah balik kampung aku di kuala pilah. turut serta ialah emak aku, kakngah n family dan lida. lama gila aku tak balik kampung. ada 5, 6 bulan agaknya. salah satu sebab aku balik ke kuala pilah ialah sebab nak menghadiri majlis persandingan salah seorang kawan baik aku masa sekolah menengah dulu iaitu siti norsham. semoga berbahagia hendaknya.



masalah aku kalau aku pegi rumah orang kawin ni kan, mesti aku jeles tengok pelamin diorang. cantik sangat. dah banyak rumah orang kawin aku pegi, aku mesti akan jeles dengan pelamin. sebabnya masa aku kawin dulu, pelamin aku indah kabar dari rupa. aku dijanjikan pelamin macam ni macam ni macam tu. buat aku teruja dan bayangkan yang indah-indah. tapi bila sehari sebelum kawin, pelamin siap dipasang, aku panas hati sangat2. aku bayar mahal, macam tu rupa pelamin yang die buat??? benci betul kalau aku teringat tau! tak berbaloi bayar mahal2.

possing dalam keta 
cis sudah menyimpang dari cerite asal. aku sebenarnya nak tempek gambar aku dengan arissa yang berbaju sedondon ke kenduri kawin. hehehe. seronok bile dapat anak pempuan. boleh matching-matching baju dengan mak die. comel je rasa. huhuhu.

budak tome ni letih sangat baru balik dari kenduri kawin
comelnye arissa berbaju kurung. lepas pegi kenduri kawin, kami pegi melawat kawan sekolah yang baru lepas bersalin.
muka baru bangun tido dengan rambut terpacak.

possing sakit pinggang. hahaha

Monday, April 18, 2011

saya sudah dapat


alhamdulillah, hasil menjadi blogger sudah nampak. ini adalah cek dari nuffnang. aku sudah cash outkan. saja cash outkan nak merasa duit hasil berblog. jadi blogger dah setahun lebih tapi baru register nuffnang bulan 6 2010. apa ye nak beli? lipstick M.A.C? eyeshadow M.A.C? shopping baju sendiri?shopping barang-barang arissa? bayar hutang??? hmmm...

Sunday, April 17, 2011

surat untuk encik kelawar

kepada encik kelawar,

terima kasih kerana datang menjengah kami sekeluarga pagi-pagi buta tadi. namun, kami tak pasti apakah tujuan encik kelawar datang. kami rasa kami tiada buat apa-apa majlis yang menjemput encik kelawar ke rumah kami. bukanlah kami mahu mempersoalkan kedatangan encik kelawar, cuma kami mahukan kepastian. bukanlah kami tidak suka, tetapi rasanya tidak sesuai encik kelawar datang ke rumah kami. encik kelawar datang pun tanpa memberi salam. itu dah dikira menceroboh. mengganggu ketenteraman kami sekeluarga.


disebabkan encik kelawar, kami berada dalam ketakutan? kami tidak cukup tido, resah gelisah dan menyebabkan rutin harian kami terganggu. disebabkan encik kelawar, saya terjaga pukul 4 pagi kerana terdengar bunyi-bunyian yang pelik tidak jauh dari tempat kami tido. disebabkan encik kelawar jantung saya berdegup laju sambil tertanya-tanya makhluk apakah yang baru melanggar tingkap dan jatuh berhampiran rak majalah. disebabkan encik kelawar sayan menjerit kerana terperanjat dan ketakutan kerana encik kelawar tiba-tiba terbang selepas berjaya keluar dari dalam rak majalah.

tahukah encik kelawar yang encik kelawar telah membahayakan arissa, saya dan encik capo? encik kelawar telah terbang rendah apabila melalui arissa yang sedang lena tido sejak balik dari kampung semalam? disebabkan itu, saya sebagai emak yang mempunyai ciri-ciri melindungi, telah cepat-cepat menyelubungkan diri bersama arissa dibawah selimut tebal sambil menjerit mengejutkan encik capo. hal ini telah menyebabkan arissa berpeluh-peluh kerana kepanasan walaupun dia langsung tak sedar apa yang berlaku.

encik kelawar telah terbang tidak tentu arah dalam rumah menyebabkan saya takut untuk tido. saya terbayangkan encik kelawar tiba-tiba hinggap pada saya atau arissa. saya sangat ngeri memikirkan hal itu. encik kelawar binatang yang bahaya. macam mana kalau encik kelawar tiba-tiba menyerang kami sekeluarga? disebabkan encik kelawar, saya takut nak bangun masak di dapor. walaupun saya tak tahu ke mana encik kelawar telah terbang, tapi saya tahu encik kelawar masih berada dalam rumah kami.

encik kelawarlah punca saya dan encik capo lewat ke pejabat hari ni. sebabnya, saya takut nak bangun memasak walaupun loceng pada henpon saya dah berbunyi seawal pukul 6 pagi. saya takut encik kelawar akan teman saya memasak di dapo. disebabkan takut kepada encik kelawar, saya pura-pura tidak mendengar bunyi alarm dan buat-buat tido sambil peluk arissa. sedar-sedar sahaja dah pukul 7.15 pagi. kelam kabut saya bangun tido menuju ke bilik air. namun begitu mata saya masih meliar mencari di mana encik kelawar bersembunyi. selepas mandi dan bersiap-siap, saya memberanikan diri mencari encik kelawar sambil berdoa encik kelawar dah keluar mengikut jalan yang sama encik kelawar masuk. naluri saya berat mengatakan encik kelawar ada di sudut dinding berhampiran meja makan. walaupun saya tidak nampak encik kelawar disitu, saya terus merenung disitu dan akhirnya telahan saya benar apabila terlihat encik kelawar sedang menyelubungkan diri dengan sayap di atas kotak. walaupun encik kelawar cuba menyamarkan diri dengan bersembunyi di bahagian kotak yang berwarna hitam sama macam warna badan encik kelawar, namun saya masih boleh nampak encik kelawar.

saya takut nak halau encik kelawar. saya takut encik kelawar marah lalu menyerang saya sekeluarga. saya tak mahu menjadi batwoman, saya tak mahu arissa jadi batgirl dan saya tak mahu encik capo jadi batman. jadi saya dan encik capo membiarkan saja encik kelawar tido disitu. saya langsung tak cerita kepada arissa tentang encik kelawar sebab risau arissa takut pula. ketika saya di dapo membasuh botol susu arissa mata saya tak lepas-lepas memandang encik kelawar sebab takut kalau tiba-tiba encik kelawar dah terbang ke singki pula. saya rasa encik kelawar dah tido tapi saya tetap takut. saya juga geli dengan encik kelawar.

tahukah encik kelawar yang saya mengantuk sangat kat opis hari ni sebab tak cukup tido? encik kelawar, saya merayu kepada encik kelawar supaya sebelum kami balik keje petang karang, encik kelawar silalah keluar dari rumah kami. saya benarkan encik kelawar tumpang tido beberapa jam tapi tolonglah keluar sebelum pukul 6 petang ni. sekiranya encik kelawar masih ada di rumah kami semasa kami balik nanti, diharap encik kelawar tidak mengapa-apakan kami. pulanglah ke tempat asalmu encik kelawar. pasti keluarga dan rakan-rakan sedang mencarimu. mereka pasti merindui encik kelawar yang tidak pulang-pulang ke rumah. semoga encik kelawar memahami perasaan saya yang  risaukan keselamatan keluarga saya. pulanglaj ke rumahmu encik kelawar. pulanglah....sesungguhnya kita tidak sesuai tinggal serumah...


yang benar,

wildcutecat *_*

Wednesday, April 13, 2011

terkinyam yang tak sudah

13 April 2011

petang tadi lepas amik arissa, kami 1 family pegi ke tengah bandar seremban. mula2 pegi kedai buku sinaran sebab aku nak collect aku punya member kad yang aku buat sehari sebelum kawin tahun lepas. dah nak setahun, baru aku pegi amik kad membernya. nasib baik kedai tu ada simpan lagi. dengan adanya kad member tu boleh dapat diskaun sampai 20%. tak ke hebat tu? huhuhu. dah sampai kat kedai buku sinaran tu takkan nak amik kad je kan. maka, aku pun beli la beberapa barang dan dapat diskaun untuk setiap 1 barang. seronoknya tau bila ada diskaun ^_^.


lepas tu kami singgah kat secret recipe kat bandar seremban. baru je sabtu lepas makan kek kat secret recipe senawang, tak sampai seminggu aku dah terkinyam nak makan kek chocolate indulgence balik. nak beli kek sebijik takut tak abis plak sebab besar.  so, beli la sepotong je. lagi pun makan kek selalu boleh jadi cepat muak. so, kena la makan sekali sekala.


menu yang aku order kali ni:

chocolate indulgence
chocolate milkshake

haha. menu sama macam hari tu.

ni order encik capo lak:

brownies ice cream
plain water???
order plain water kat secret recipe? baik minum kat rumah je. huhuhu


arissa lak, apa yang die order?

???
arissa tengok je mak ayah dia makan. huhuhu. dah boleh makan nanti kite makan kat cni lagi ye. skang minum je susu dulu. ^_^


on d way balik rumah, tetiba tekak terasa nak makan beger. so, singgah kat sikamat carik beger ayam spesel. pastu makan sambil minum kopi o panas kat rumah.

ni nak tuduh arissa ke nak tuduh ayah arissa yang tumpahkan

cucuk di klinik, tido di opis

citer dalam entri ni pasal hari isnin lepas (11/4/2011). baru berkesempatan nak mengupdate blog sebab bz yang teramat2 kat opis. bila dah balik rumah letih + mengantuk plak.

hari isnin hari tu aku dan encik capo menghantar arissa untuk dicucuk sebab dah 3 bulan. sepatutnya 1/4 hari tu appoinmen cucuknya kat klinik sukhilmi. tapi disebabkan bizi sangat dengan keje dan ISP, maka kami terlupa pasal appoimen arissa. arissa pun tak ingatkan kami. mungkin dia sengaja supaya tak payah kena cucuk. hahaha.


so hari isnin tu bila teringat, terus je bawak arissa g klinik sukhilmi. senang bawak g klinik swasta. bila2 je boleh pegi + tak yah nak membazir masa menunggu giliran lelama. cuma duit kena keluar lebih la. so, masa kena cucuk sebulan dan 2 bulan, arissa tak menangis pun. adakah bulan ke tiga ni arissa akan menangis???huhuhu


seperti bulan-bulan sebelumnya, arissa tetap kuat. dia tak nangis pun. cuma dia marah bila aku dan nurse pegang tangan dan kaki dia kuat-kuat. kompem la kena pegang kuat-kuat. takut nanti masa doktor sukhilmi tengan cucuk, arissa pegi tendang sana sini tak pasal-pasal doktor sukhilmi tu tercucuk tangan aku tak pun tangan nurse. huhuhu. nak harapkan encik capo tolong pegang arissa jangan harap la. dia lebih sanggup tengok bini dia beranak dari tengok anak die kena cucuk. ahak ahak ahak. nasib baik la mak ko nih wanita besi, arissa ^_^.

 arissa lepas kena cucuk.
lepas setel, kami pun terus ke opis dengan membawa arissa sekali. masa tu dah dekat pukul 4 petang. ada 1 jam lebih lagi nak balik keje. malas pulak nak hantar arissa kat rumah wan dia balik. kang 2,3 kali nak kena patah balik. arissa plak macam nak tido masa kat opis. budak2 kalau nak tido paham-paham je la meragamnya macam mana. itu tak kena ini tak kena. puas aku pujuk2. kang melalak, 1 opis tekejut kang. hahaha. bagi arissa susu, dia pun telelap. dah jadi 1 hal pulak mana aku nak letak arissa. stroller dia tak bawak pulak. so, aku pun mendapat idea.


cuba teka arissa tido kat ne ni?
















































taraaaa...


hahaha. aku baringkan arissa atas meja aku je. nasib baik aku ada 2 blazer. so 1 buat alas, 1 lagi jadi selimut. sejuk kat opis. aku yang besar ni pun tak tahan, ni kan plak arissa. bantal memang aku ada kat opis. buat alas tido tengah hari kalau tak balik rumah. aku pun buat keje sambil arissa tido kat depan monitor. encik capo ntah mana hilangnya tah.

pukul 5.30 petang je terus balik rumah. cian kat arissa tak selesa. tido pun terperanjat-peranjat je sebab tak kena bedung.

Monday, April 11, 2011

kek belated besday

cian kite. masa besday tak de sape belikan kek pun. puas a duk tunggu sampai 11.59 malam, tak de nampak batang hidung kek pun. takde pun adik beradik datang rumah anta kek. huhuhu. dalam hati teringin nak makan chocolate indulgence, tapi taknak beli pakai duit sendiri. tiap2 tahun asik beli kek untuk diri sendiri je. bosan a.

antara arissa, kek chocolate indulgence dan chocolate milkshake, sape aku pilih? muahaahhaa


so, disebabkan tekak dah tak tertahan keinginan nak makan kek chocolate indulgence secret recipe, maka keesokannya aku pun request kat encik capo. tak kisah la kalau aku kena bayar sendiri pun, janji aku dapat makan itu chocolate indulgence. sikit pun jadi la. dah macam mengidam plak. hahahaha.

aku pilih semua a. huhuhu
maka, hari sabtu malam hari tu kami pun menuju ke secret recipe dataran senawang. aku order sepotong kek chocolate indulgence dan chocolate milkshake. giler sedap kek chocolate indulgence nih sampai terkinyam kinyam ^_^.  lepas dapat makan itu kek idaman, wajah pun jadi berseri-seri dan senyum pun semanis kek chocolate indulgence. hehehe.

arissa yang tetido tunggu mak die abis melantak kek.
tq kepada encik capo yang belanja makan kek kat secret recipe

Sunday, April 10, 2011

besday source code

8 april 2011


malam besday, lepas balik keje, encik capo ajak tengok wayang cite source code. so, kami pun balik rumah terus tanpa amik arissa. aku pun iron baju & tudung manakala encik capo sempat memasak nasi goreng. lepas makan nasi goreng, kami pun menuju ke mbo. beli tiket dan pop corn pastu terus masuk panggung.


terserempak dengan justin biber depan mbo
menarik gak a citer ni. mengisahkan seorang tentera yang ada misi untuk kembali 8 minit lebih awal sebelum sebuah keretapi meletup. so, masa dia kembali ni dia masuk dalam badan sorang lelaki yang juga penumpang dalam keretapi tu. so, dia kena kenali siapa pengebom yang letupkan keretapi tu. dia cuma ada masa 8 minit je. kalau gagal, dia kena kembali balik ke 8 minit sebelum keretapi tu meletup. berulang-ulang sampai la dia berjaya kesan pengebom tu. best gak a citer ni. tak rugi tengok.

posing je nih, tak urut pun. huhuhu
lepas abis wayang, jenjalan sekejap kat mbo pastu terus amik arissa. yang pasti kena sampai rumah sebelum pukul 10 malam sebab nak tengok maharaja lawak.

Thursday, April 7, 2011

happy besday to wife encik capo dan mak arissa

 8 April

hari ni 29 tahun yang lalu, aku telah selamat dilahirkan di dunia ni. terima kasih pada mak aku yang bersusah payah mengandungkan aku dan beranakkan aku. bila aku dah menempuhi sendiri pengalaman mengandung dan beranak ni, secara tak langsung aku lebih memahami situasi mak aku dulu.

my familia
hepi besday to me...umur dah meningkat. semoga rezeki bertambah-tambah hendaknya dan kebahagiaan sentiasa menyelubungi diri ini. bestnya besday aku tahun ni sebab aku dah kawin, dan juga ada sorang budak tome yang sentiasa aku sayangi dan rindu....arissa. mungkinkah besday tahun depan aku akan ada 2 budak tome? hahahaha.


encik capo grande dengan advancenya telah menghadiahkan aku set minyak wangi. aku cakap advance sebab hadiah ni dibeli masa kami pergi Sogo sabtu lepas. kalau harapkan aku memang jangan harap aku nak beli ini perfume. mahal nak mampos. RM3++.00. tak tahu la kalau bagi orang lain hage tu murah lak. terima kasih sayangku. xyah a beli hadiah mahal2. bagi je keta honda civic type r pun dah memadai bagi aku. ahak.


seperti tahun yang lepas, opis aku telah menghadiahkan kad ucapan besday yang penuh bermakna ni. terima kasih UPTM ^_^.

kad yang ditandatangani oleh staff UPTM

komen tak boleh blah...
paling tak sangka 'kumpulan Balas Raja Lawak' turut meninggalkan komen pada kad besday aku. sungguh terharu sekali dengan ucapan beliau. huhuuhu. kalau tak jelas aku taip semula ucapan tersebut:

"Semoga suamimu hensem selalu - BALAS RAJA LAWAK"

apa kena mengena besday aku dan ucapan di atas???

hanya orang terdekat yang tahu siapakah klon kumpulan BALAS di opis aku ni. hahahha.

sampai sini saja entri besday aku kali ni... terima kasih semua yang memberi ucapan besday melalui sms, face to face dan sebagainya.

nak bace entri besday tahun lepas? klik sini, sini dan sini.

LinkWithin