Thursday, March 31, 2011

hari sayur kami

hari khamis bukan saja hari memakai baju batik, bukan juga hari malam jumaat ;-p, kini...hari khamis diishtiharkan sebagai hari sayur secapo atau hari vege secutecat. huhuhu. mulai minggu ni aku dan encik capo telah setuju supaya hari khamis hanya makan sayur-syuran saja. maknanya, takde daging, takde ayam, takde udang dan sebagainya. hanya sayur-sayuran.


oleh sebab itu, pagi ini aku telah masak sup sayur, kentang goreng home made, dan juga coslow. kentang goreng home made maksudnya, bukan kentang goreng yang dibeli dipasaraya yang dah siap paking terus goreng tu. tapi kentang bulat yang dikupas kulitnya kemudian dipotong panjang-panjang lalu digoreng sehingga garing. hebat kan? huhuhu. coslow pun buat sendiri jugak. so hasilnya...


taraaaaa....

semangkuk kentang goreng, 2 mangkuk sup sayur dan semangkuk coslow
ini semua adalah bekalan ke opis untuk hari ni. breakfast kat rumah adalah semangkuk sup sayur dan juga segelas susu HL ^_^. kalau tak tau susu HL tu apa, sila tengok gambar di bawah:

model bersama susu HL. huhuhu *_*

* wajah model yang  menahan kesakitan akibat ibu jari terluka sebab pertama kali  kupas kulit kentang. huhuhu

Sunday, March 27, 2011

jalan-jalan bawah lampu


cantik tak? tengok gambar ni mesti tau kat ne kan? sape yang tak tau, pokok yang berlampu berwarna warni ni kat shah alam. i city nama tempatnya.



 sesuai dikunjungi waktu malam sebab kalau siang, pokok-pokok ni nampak biasa je. tapi...bila matahari sudah menyembunyikan cahayanya, dan siang menjadi malam...maka...pokok-pokok di sini akan  mula mengeluarkan cahayanya yang pelbagai warna.


hari sabtu lepas aku, encik capo, arissa, mak aku, adif dan nurin pegi ke shah alam semata-mata nak pegi icity ni. sebenarnya aku yang beria-ia nak pegi sini. masa aku keje kat shah alam 2 tahun yang lepas, tempat ni takde lagi. mungkin tengah dalam pembinaan. kalau tak, mesti selalu aku datang sini. tempat ni cantik.


 mula-mula nampak dari jauh, terasa macam citer alice and wonderland plak. tak sabar-sabar nak sampai. nak masuk sini kena bayar RM10. bayar untuk paking kata orang kat tepi jalan yang kutip duit tu.


kami sampai sini lebih kurang pukul 8.30 malam. masa ni orang tak ramai sangat lagi. paking pun banyak dan boleh paking dekat sket. tapi makin lama, orang dah bertambah-tambah ramai sampai paking penuh gile.



tempat ni takde ape pun sebenarnya. cuma pokok-pokok yang dah dihiasi dengan lampu warni warni dan pelbagai bentuk. disebabkan tu je tempat ni jadi menarik. tapi serius...cantik sangat tempat ni. 



kat sini gak ada funfair dan kedai yang jual macam-macam permainan yang berlampu kelip-kelip. ada telinga arnab macam-macam bentuk. telinga arnab yang arissa pakai tu sebenarnya ada lampu bekelip-kelip warna warni tapi tak nampak lak dalam gambar. huhuhu.


nak jugak...ngeh ngeh ngeh ^_-
 tak mau citer panjang sebab tak tau nak citer apa. satu perkataan je boleh terangkan tempat ni. CANTIK!. ^_^.




babai PC 7

sejak heboh pasal keburukan botol susu yang ada label PC, PC 7 dan sebagainya di media sejak 2 menjak ni, maka aku sebagai emak yang prihatin telah mengoogle pasal PC. kalau aku takde anak, kompem aku tak amik tau pasal PC ni.  banyak gak kesan buruk guna botol yang ada label PC ni. so, sebab dah tau keburukan bagi baby minum guna botol yang ada label PC ni, aku pun telah menggoogle botol apa yang sesuai nak bagi kat baby.


BPA-free. kena beli botol yang ada tulis BPA free. macam-macam jenis botol BPA free yang pakcik google tunjuk kat aku. botol BPA free memang botol terbaik dan sesuai bagi kat anak-anak yang menyusu botol. tapi yang paling terbaik tentulah susu ibu. harga botol BPA free ni memang mahal sket berbanding botol PC. tapi demi kebaikan arissa...takyah la nak berkira.


hari tu jenjalan kat Manjaku kat dataran senawang sebab nak carik boto BPA free. dalam banyak2 yang jumpa, berkenan kat botol jenama Fiffy. sebabnya dia ada injap udara yang direka untuk menentang simptom kolik.

harga botol Avent untuk 2x125ml.
tapi masa aku google2, botol jenama Avent adalah salah satu botol susu terbaik dan sesuai untuk baby. tapi harga memang mahal la sangat. botol Avent ni pun ada sistem anti kolik jugak. jadi skang arissa sudah ada botol BPA free. jenama Fiffy dan jugak Avent. yang jenama Fiffy hage die belas-belas je. tapi yang jenama Avent memang mahal. so, mulai skang...bertukarlah kepada botol susu BPA free.

Wednesday, March 23, 2011

berkelah di opis


hari ni pukul 5.20 pagi dah stat masak. 5.15 bangun bagi arissa susu. lepas tu tetiba tak mengantuk. so, aku terus je ke dapo masak. menu breakfast hari ni macam nak pergi berkelah. nasi putih, kentang masak kicap, telur dadar dan nugget tempura. ni bekalan untuk ke opis hari ni. masa kat rumah makan nugget dengan air susu strawberry HL.

jemput makan semua...^_^

Tuesday, March 22, 2011

telur rendang & bungkus ayam

hari sabtu lepas aku telah masak telur bungkus dan rendang ayam untuk menu makan tengah hari. yang telur bungkus ni 1st time aku masak. google google resipi dari internet dan terus cuba masak hari sabtu yang lalu. mmm...ada terkureng sket sebab kering. lepas ni kena tambah air sket bagi berkuah. yang rendang ayam dah beberapa kali masak sejak mintak resipi dari mak aku 4 tahun yang lalu. huhuhu


taraaaa...

telur bungkus
rendang ayam
mari makan....^_-

Monday, March 21, 2011

tabahkan la hati

"biar hilang segala kerja ku, namun aku tetap tabahkan hati
kesal memang kesal, hati pun tercalar...siapa la yang ingin diri disusahkan...."



huhuhu...di atas adalah serangkap lirik lagu tabah (mazleela) yang telah diubahsuai mengikut keadaan semasa. apakah yang berlaku sehingga aku menyanyi-nyanyi didalam hati sambil buat muka 8 sen? semuanya berlaku semalam. semalam aku sangat tekun menyiapkan keje. ya...aku kena ubahsuai sistem mengikut keperluan N9. aku dah ubah design, kale, tulisan dan beberapa koding php. tapi bukan baru semalam aku baru stat buat. sejak 2 minggu lepas aku dah stat buat. semalam aku menyudahkan kerja-kerja terakhir.

apabila aku mahu tranfer itu fail ke dalam server, bermulalah kejadian malang sehingga membuatkan aku redha dan tabah skang. aku menggunakan perisian filezilla untuk tranfer itu fail. tiba-tiba laptop hang. bila dah ok, aku terpaksa remove proses yang stuck tadi sebab kalau nak transfer balik, takkan dapat selagi proses sebelumnya tak selesai. tapi sebab laptop dah hang tadi, proses itu pun hang. jadi aku remove la itu proses. malang sungguh rerupanya tindakan aku klik remove itu telah menyebabkan semua fail-fail aku terdelete sedangkan aku tidak memilih delete fail pun. wa wa wa wa T_T.

dan lebih malang, aku tiada backup kerja yang terkini. yang ada hanyalah backup kerja seminggu yang lepas. beberapa usaha telah dilakukan untuk dapatkan kembali fail-fail yang hilang. tapi yang lebih berusaha adalah encik capo grande. dia la yang mendonlod software. tak cukup dengan itu, dipinjam pula software daripada pengusaha mama's chocolates iaitu mizi. namun semuanya tidak berjaya. aku hanya memandang kosong usaha itu sebab dah la kepala aku pening semalam. tiba-tiba kerja-kerja aku hilang pulak. stress jadinya. betambah berat pening kepala ku.

malam tadi dirumah, taktala encik capo dan arissa sudah lena dibuai mimpi indah, aku masih berusaha untuk mencari dan menyelematkan fail-fail yang terdelete. namun semuanya sia-sia lalu aku ambil keputusan untuk tido. pagi ni sampai di opis, aku terus stat buat kerja berdasarkan backup yang aku simpan seminggu yang lepas. banyak la nak kena buat semula. walaupun pagi  ni encik capo grande mencuba donlod software yang lain pulak, namun masih gagal. lalu aku dengan tabahnya mengatakan yang aku akan buat semula kerja-kerja yang hilang. dan sekarang...aku tengah tensen namun cuba tabahkan hati....
pengajarannya...buat backup setiap 5 saat. huhhuhu. la la la la...

skang aku mau sambung nyanyi dalam hati...

"tak apalah ku tak kisah kerna itu telah berlaku
memang itu nasib aku terpaksa buat semua semula..."

T_T


*_*

Sunday, March 20, 2011

pening pening pening

dari minggu lepas pening kepala tak elok-elok. hari ni pun sama. tapi masih pegi keje. skang teseksa sebab kepala bepusing-pusing + nak muntah + macam nak pitam. datang a keje jugak sebab minggu lepas dah mc 4 hari. huhuhu. rasa nak balik awal. owh indahnye jika opis ni aku yang punya. mesti aku dah balik skang. bukan sebab malas tapi sebab aku rasa nak pitam. kepala macam berpusing-pusing ni. lagi mengadap pc/laptop lagi betambah pening. tapi nak buek macam mano. dah keje mengadap pc je 24 jam. huhuhu

Thursday, March 17, 2011

udang menjalar yang menggoda



korang dah makan pizza hut terbaru? yang ada udang menjalar atas pizza tu. huhuhu. aku dah makan dah tengah hari khamis minggu lepas. makan kat pizza hut seremban parade. pegi dengan encik capo grande berdua je. tapi dah janji jumpa dengan kaktih dengan lida kat pizza hut seremban parade. so, kesimpulannya yang turut makan pizza hut hasil belanjaan aku hari itu ialah aku, encik capo, kaktih, husband kaktih, lida dan kawan encik capo.

mesti a aku yang belanja. sebab aku yang teringin nak makan. tengok udang dia besar-besar je menjalar atas pizza tu. tak ke tergoda nengoknye. makan reramai meriah sket. tu yang ajak adik beradik skali tu. lagi pun ada duit lebih boleh la belanja belanja. kalau duit dah sesak, sonyap-sonyap jo la makan masak kat rumah. huhuhu.

sedap gak la rasa dia. tapi tak boleh makan lebih dari 2 potong. sebabnya, potongan pertama tu sedap dan makan pun laju jek. potongan kedua tu enak sebab tak puas makan potongan pertama. sampai potongan ketiga, dah jadi muak dan makan pun dah slow. puncanya sebab terlalu banyak cheese. keduanya sebab makan 2 potong pun dah boleh kenyang sebab besar.

tapi rasa dia memang sedap la. tak puas makan udang tu. cuba letak udang tu banyak sket la lenkali. huhuhu.
so sape yang bercadang nak makan  pizza baru ni tapi teragak-agak sedap ke tak sedap, pegi la terai. memang sedap.

hari keempat yang tak sihat

4 hari tidak ke opis. demam + sakit kepala yang amat. 2 hari berturut bangun pagi nak siap2 ke opis, akhirnya terpaksa batalkan niat kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. pagi tadi pukul 5.30 pagi dah terjaga. niat hati nak masak breakfast. tapi terpaksa batalkan sebab rasa pening kepala. berpusing-pusing rasanya semua benda. aku sambung tido balik dan terjaga pukul 6.25 pagi.



terus aku bangun nak g mandi walaupun kepala berpusing-pusing. jalan pun dah terhoyong hayang nak ke bilik. sejak ada arissa kami tak tido dalam bilik. tido kat ruang tamu. sampai kat bilik aku dah tak boleh tahan pening kepala terus merebahkan diri di atas katil. demam dah surut tapi pening kepala pulak yang amik alih. last-last aku tak ke opis. tak boleh nak bediri tegak pun macam mana nak ke opis? huhuhu

di rumah aku tinggal berdua je dengan arissa bila encik capo pegi keje. macam yang pernah aku cakap, arissa ni sangatlah pandai dan memahami. disebabkan aku terlampau pening dan tak larat nak bangun, arissa dia tido je. selagi aku tak bangun, selagi tu la dia tak bangun. kalau masa aku sihat tak sakit, aku baru nak terlelap dia dah bangun. tak pun dia tido sekejap je tak sampai setengah jam. tapi sejak aku sakit ni, berjam-jam dia tido. mau kasi mak dia rehat agaknya. huhuhu. bijak betul cayang mak ni. ^_^.

budak kecik yang baik ni tengah tido dengan rambut terpacak die...^_-
tapi kalau aku tersedar, walaupun pening kepala, aku tetap bangun dan kejutkan arissa minum susu. lepas abis je minum, mesti dia tido balik. pagi ni aku tak mandikan arissa pun. tak terdaya aku nak mandikan arissa. berjalan pun senget2 macam mana aku nak dukung arissa dan mandikan dia? tak pasal2 ada yang terjatuh. tak berani aku nak amik risiko tu. aku lap2 kan arissa je. petang ni kalau pening aku dah hilang, kompem aku mandikan arissa. arissa kan suka mandi. ^_^

harap-harap esok aku dah sihat dan boleh ke opis. banyak keje nak dibuat....

Tuesday, March 15, 2011

cuba teka






agak-agak korang, apa arissa tengah buat ni? apa yang dia pandang? kusyuk semacam je.



jawapannya...
.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.

.


taraaaa....


arissa memang suka tengok tv. leka je dia kalau dah mengadap tv. biasanya kalau baringkan dia sorang-sorang pastu aku ke dapo atau ke tandas, mesti dia merengek-rengek je. tapi kalau baringkan dia mengadap tv macam ni, dia tak peduli pun kalau aku ke dapo atau takde kat sebelah dia. kadang-kadang sampai tetido tengok tv. kecik-kecik dah pandai tengok tv. comel betul. ahak ahak ahak...

mari masak paprik seafood

entri ni aku nak buat hari sabtu yang lepas, malangnya laptop rosak pulak masa tu.

hari sabtu lepas aku masak lauk paprik seafood dan ayam masak kicap untuk hidangan tengah hari. so, di sini aku nak kongsi resepi salah satu masakan tersebut.



PAPRIK SEAFOOD (* resepi dari kakngah ^_^)


bahan-bahan:
(bahan-bahan ni secukup rasa ye. agak-agak la nak letak berapa banyak)

1. udang, sotong (sukahati nak banyak mana. boleh juga nak ganti dengan ayam)
2. lada mesin
3. cili api
4. kicap tiram, kicap biasa
5. sos tomato
6. sos cili
7.serai
8. bawang besar (dipotong bulat)
9. bawang merah dan bawang putih (ditumbuk sedikit je)
10. daun limau
11. garam secukup rasa
12. lobak merah, kobis bunga, kacang panjang, jagung kecik

cara-cara:

1. panaskan minyak.
2. masukkan bawang merah dan bawang putih yang dah ditumbuk.
3. bila bau dah naik, masukkan cili mesin dan biarkan hingga garing.
4. kemudian masukkan serai dan cili api.
5. masukkan kicap tiram, sos cili dan sos tomato. kacau hingga rata. masukkan kicap biasa pula.
6. masukkan udang atau sotong atau kedua-dua sekali dan kacau.
7. biarkan beberapa minit.
8. masukkan garam halus secukup rasa.
9. masukkan sayur campur yang telah dipotong-potong dan kacau. (masukkan sedikit air jika perlu)
10. masukkan daun limau dan bawang besar.
11. kacau hingga sebati.
12. siap dihidangkan.

taraaaaa....

paprik seafood

selamat mencube...^_-

orang demam buat entri

hari ini adalah mc lagi. sebabnya demam tak baik lagi. petang semalam macam dah elok sket. g klinik pun doktor kata dah ok, so dapat mc sehari je untuk semalam. tapi bila malam je badan menggigil2 balik. hidung tesumbat balik + batuk-batuk pula. makan ubat yang doktor bagi terus pengsan sebab salah satu ubat tu membuatkan aku mengantuk.

pagi tadi badan panas dan tak terdaya nak ke opis. encik capo saja pergi opis sensorang. kalau semalam aku larat nak buat breakfast, tapi pagi tadi betul-betul tak larat nak bangun. maka, tiada bekalan breakfast pagi ni untuk encik capo grande. malah, tengah hari dia balik rumah, dia pulak kena masak untuk aku. sebab aku masih tak larat lagi. huhuhu. skang ni pun encik capo tengah sibuk di dapur memasak makan malam sebab aku tak larat. *_*



arissa pulak macam tau2 je mak dia demam. mak dia tido, dia pun tido skali. tak bangun-bangun sampai aku kena kejutkan untuk bagi susu sebab dah terlebih time. petang pulak, aku nak pengsan sekali lagi sebab makan ubat yang mengantuk. tapi aku cuba tahan supaya tak tido sebab arissa tengah main. lagi skali arissa yang memahami, dia nampak mak dia dah mamai-mamai nak tetido sebab makan ubat, terus dia pun tido walaupun nampak macam segar je. bila arissa dah betul2 lena, baru aku merelakan ubat mengantuk tu mengawal badan aku supaya tido. ahak. arissa hanya bangun bila encik capo grande balik keje petang tadi manakala aku masih pengsan kesan ubat yang masih kuat. baik  betul arissa ni. pandai sangat dia. ayah dia balik baru dia bangun. sebab dah ada orang boleh tengok-tengokkan dia kalau dia jaga sebab  mak dia tak sedar lagi ^_^.

aksi-aksi arissa masa mak dia tengah mamai
sekarang macam dah ok sket. tapi tak tahulah tengah malam karang macam mana. adakah akan sembuh atau demam semula. tekak pun dah gatal-gatal sangat ni. rasa geli nak terbatuk-batuk je.

Sunday, March 13, 2011

entri orang demam

hari ni aku tidak ke opis. demam sejak semalam. dengan hidung tersumbatnya. deria bau pun hilang skang. tekak gatal2 je. tak selesa betul. macam mana boleh demam, aku pun tak tau. sabtu dan ahad, langsung tak keluar ke mana-mana. kalau dah nak sakit, bila-bila pun boleh sakit walaupun berkurung je. huhuhu.



laptop pulak sejak hari sabtu rosak. ntah macam mana boleh rosak, aku pun tak tau. sedangkan masa kat opis hari jumaat hari tu elok je aku buat keje. tiba-tiba pagi sabtu tak boleh nak on. dah la ada keje urgent nak disiapkan. nasib baik ada doktor IT dalam rumah ni.  sape lagi kalau bukan doktor capo grande. setelah bertungkus lumus merepair laptop aku, maka elok la laptop ni. cuma tak best sebab banyak keje-keje aku dalam ni terpaksa disetting semula. tak kisah la janji laptop dah ok dan boleh buat keje.

tapi malangnya bila laptop dah elok, aku plak yang sakit. langsung tak dapat buat keje jugak. arissa pun tak dapat aku nak layan sangat malam tadi. cian dia. 


tapi demam-demam pun, sempat g buat breakfast untuk encik capo dan mandikan arissa pagi ni.

mmm... sampai sini je entri  org demam. huhuhu. sebelum tu kite tengok aksi arissa pagi ni..^_^








Saturday, March 12, 2011

mari tengok wayang


korang dah g tengok wayang citer hikayat merong mahawangsa lum? aku baru je tengok petang semalam kat gsc terminal 1. lida yang belanje. time kasih lida. ^_-.
bagi aku cite ni best. aku bukannya kaki layan citer melayu sangat kat wayang. tapi citer merong mahawangsa ni lain dari citer melayu yang lain. best a. aku bg 4 bintang dari 5 bintang. kurang 1 bintang sebab KRU tak panggil aku belakon. kalo tak, aku bagi 5 bintang. ahak ahak ahak. aku malas nak bagi sinopsis citer ni. senang citer, g je tengok citer ni kat wayang. huhuhu.

Wednesday, March 9, 2011

arissa demam

baru semalam buat entri pasal arissa yang ceria, tapi pagi ni arissa tak ceria. cian arissa dia demam. pukul 4 pagi tadi, arissa kejut aku nak susu. so, aku bangun la buat susu. masa tu arissa ok lagi. lepas menyusu, arissa tido balik. aku pun sambung a tido. tak lama pastu aku terjaga sebab dengar arissa merengek. tapi mata arissa lelap. skali tengok punting kopek dia dah jatuh dari mulut. aku sumbat balik kat mulut dia terus arissa diam. beberapa minit lepas tu dia merengek balik. punting jatuh lagi. ada masa, punting tak jatuh pun tapi merengek rengek dalam tido. aku pun terus beralih tido atas tilam bear arissa dan peluk arissa sambil tido. arissa merengek, pastu tido, merengek sampai la pukul 6.30 pg. aku memang dah tido-tido ayam stat dari arissa merengek2 tu. tapi takde lak fikir benda lain.



disebabkan aku dah tido-tido ayam,  maka aku tak sedar alarm hp aku berbunyi pukul 5.45 pg. sedar-sedar dah 6.30 pagi. masa nak bangun g mandi, arissa merengek lagi. aku pun tiba-tiba terpikir nak rasa dahi dia. panas. leher pun panas, kaki pun panas. arissa deman! cemas gak aku kalau budak kecik demam. terus dukung dan peluk dia. masa tu pun arissa merengek-rengek tapi tak nangis. mungkin dia tak selesa sebab demam. aku pun terus tak jadi masak dan mandi. jaga arissa dulu sampai dia ok.

cian arissa demam
dah pukul 7 pagi, encik capo lak jaga arissa sementara aku mandi dan siap-siap. lepas dah siap-siap, terus bawak arissa g klinik. masa tu demam arissa dah surut sket sebab tak sepanas pagi tadi. masa doktor tu periksa degupan jantung arissa, arissa suka sangat. senyum-senyum dan gelak je. lega aku bila arissa dah stat ceria balik. kalau tak dia merengek je. lepas hantar arissa, kami pun ke opis. tapi masuk lewat sket a sebab g klinik tadi. harap-harap arissa dah sihat skang.

Tuesday, March 8, 2011

si kecik yang ceria

girang betul arissa lepas mandi pagi tadi. macam biasa, pukul 7.00 pagi aku dah mandikan arissa. pas mandi je mesti dia ceria. ajak aku beborak masa tengah siap-siapkan dia. pastu tegelak-gelak punya la kuat. seronok tengok arissa ceria. aku pun jadi senang hati ke opis. tapi rindu tetap rindu. ^_-

 antara aksi arissa selepas dimandikan pagi tadi.












ala ala western

pagi ni aku masak sarapan ala-ala western.

taraaa...


ada 2 keping roti, timun, daging beger ayam yang dibalut dengan telur serta kentang goreng. minuman pula segelas susu HL. ada 2 beger ayam sebab satu untuk aku, satu untuk encik capo. aku guna roti gardenia je sebab tak beli pun roti beger yang bulat tu. tapi tak kisah la guna roti apa, janji jadi beger. ahakz.

makanan-makanan ni dah dimasukkan dalam bekas sebab bawak bekal ke opis.

jemput makan...^_^

Monday, March 7, 2011

surprise yang dah tak surprise


taraaa...ini beg untuk laptop. beg ni aku punye. encik capo grande beli untuk aku petang semalam. yeay!!! dia mau bikin surprise tapi dah kantoi. huhuhu. sapa suh asik resah gelisah bile kedai komputer kat dataran senawang tu tutup. kan dah kena paksa bagitau apa dia nak beli kat kedai tu. huhuhu.

 tq ye sayangku.


hari ni aku ke opis dengan menyandang beg laptop baru. matching kan dengan baju ^_-.

mari sarapan


pagi ni aku masak bihun goreng. agak meriah sebab ada sotong dan udang. ni bekalan aku dan encik capo hari ni. pagi sebelum keluar rumah, breakfast bihun dan susu HL dulu. pastu kalau ada lebih bawak bekal ke pejabat. jimat duit takyah makan kat kafe ^_^.

hobi berfaedah

ada pepatah kata, masa itu emas. betul ke? betul sangat la. skang ni aku dan encik capo grande ada hobi baru. hobi yang mendatangkan faedah gak la. faedah macam menguji minda dan menguji ketajaman mata serta kepantasan menyelesaikan sesuatu masalah. disamping tu hobi ni mengelakkan diri daripada buang masa. cewah cewah, macam bagus la plak. huhuhu. nak tau hobi apa? kita saksikan selepas ini. huhuhu. tiru tagline raja lawak lagi. ;-p



macam budak sekolah tengah buat keje sekolah je ^_-
ni macam cikgu tengah tanda keje rumah budak sekolah kat atas. huhuhu

ape yang kami tengah buat ye? lokasi ni kat food court giant senawang. bukan makan pun, minum je sambil buat aktiviti di atas. sorang milo panas sorang milo ais. petang tadi lepas amik arissa, aku ajak encik capo ke giant senawang. tujuannya nak beli sesuatu seperti yang di atas kat mph. lepas tu kami lepak di food court sambil wat aktiviti di atas.

sebenarnya aku g beli buku aktiviti budak sekolah. ahak ahak ahak. buku tu pun letaknya kat rak berlabel 'junior education'. ni semua anak buah aku (mimi and akim) punya pengaruh. taraaaaa.....



aku beli 2 buku word search siri 4 & 5 dan juga buku sudoku edisi beginner. nanti dah habis buat buku ni beli plak siri yang seterusnya. nape beli siri 4 & 5? nape tak beli siri 1,2 & 3? huhuhu. sebabnya, kat kedai mph tu ada stok word search siri 4 hingga 12. yang 1,2,3 dah habis daa... yang sudoku tu lak leh la beli yang intermediate dan advance lak lepas ni.

seronok tau wat benda ni. walaupun label kat buku tu tulis school activity, tapi orang dewasa pun leh gak buat. tak kira la orang keje kilang ke, pegawai ke, cikgu ke, doktor ke, engineer ke.sape2 je leh buat aktiviti ni. masa menunggu bas atau tunggu apa2 je, leh la buat.


sementara aku dan encik capo sibuk buat word search, arissa tido dalam stroller sambil tutup muka. ^_^.

ni hasil encik capo
ni aku punya hasil
buku ni ada kat kedai buku. mana-mana kedai buku pun ada kot. so...dapatkan la sekarang....huhuhu.

LinkWithin