Monday, February 28, 2011

tilam bear arissa

semalam aku ada wat entri pasal aku beli tilam online untuk arissa kan. hari ni tilam tu dah sampai. nak tengok rupa tilam tu? sila scroll ke bawah:

pembungkus ni dah selamat dikoyak rabakkan.

taraaaa....tilam bentuk bear
bantal dan bantal peluk

harga tilam ni RM75. caj untuk pos RM10. so total aku bayar = RM85. comelkan tilam ni. ada kaler merah, coklat, hijau, biru dan pink. tapi aku pilih kaler purple sebab aku suka kaler purple.tu pasal blog pun purple ^_^. ada 3 pilihan kaler yang aku berkenan tapi aku kena pilih satu je. pink, merah atau purple. yang pink tu pun cantik gak. tapi pilihan lebih berat kepada purple.

tilam yang dah dibentang
tilam, bantal dan bantal peluk
untuk sape tilam ni sebenarnya???huhuhu

seronoknya dia baring atas tilam bear


akhirnya arissa terlena atas tilam baru....

panggilan mesra

apa ye gelaran aku kat arissa? mama? mumy? ibu? umi? emak?
kebanyakan orang skang suka gelarkan diri mama. tapi aku rasa tak sesuai gelaran tu kat aku la.
aku lebih selesa gelarkan diri aku mak. dari arissa dalam perut lagi aku dah gelarkan diri aku emak.
masa pregnant aku selalu gak borak-borak dengan arissa sambil usap-usap perut. tapi aku hanya beborak kalau aku sensorang je la masa tu. huhuhu.



hari pertama arissa lahir, 1st time dukung dia, automatik juga aku gelarkan diri aku emak. ntahlah, rasa selesa macam tu. ada gak aku try gelar diri aku mama kat arissa, tapi macam tak sesuai dan janggal plak. biarlah
makngahnya saja yang guna gelaran mama untuk anak-anak dia dan anak-anak buah yang lain. nanti keliru pulak ada 2 mama. huhuhu.

aku pulak, kadang-kadang panggil arissa... arissa, kadang-kadang ayang mak, adik, baby mak. hahaha...macam-macam. seronok dah ada baby ni. seronok lagi bila jaga dan besarkan dia sendiri. seronok tengok bila arissa ceria, tegelak-gelak. kadang-kadang arissa siap keluar suara nak ajak beborak dengan dia. comel sangat ^_^. bila dah dia ajak beborak, memang tak jadilah aku nak buat keje lain. mengadap dan layan arissa je. macam manalah aku nak g keje nanti ni. tak bestnya terpaksa berpisah dengan arissa bila g keje. hmmm...rindulah aku nanti walau tak jumpa beberapa jam je. tak tengok dia 5 minit pun aku dah rindu, ni kan pulak berjam-jam. *_*. lagipun macam mana la aku tak rindu, berbulan-bulan bawak arissa dalam perut ke hulu hilir, tetiba skang nak kena tinggal-tinggalkan pulak. huhuhu

Sunday, February 27, 2011

menunggu tilam

tak sabarnya nak tunggu esok. tilam baru arissa sampai. minggu lepas tertengok gambar tilam untuk baby kat facebook. mula-mula wat tak tau je. tapi pastu asik tengok je 2,3 hari. rasa berkenan pulak sebab comel tilam+bantal+bantal peluknya. penyudahnya terus mesej orang yang jual tu untuk order. insyaallah esok sampai. 1st time beli barang online sejak keje gomen. masa keje swasta dulu ada a 2,3 kali beli. tapi beli produk kecantikan a.

dah sampai barangnya nanti, aku letak gambar.

satu hari yang penat

semalam hari sabtu 26/2/2011, seawal pukul 6.30 pagi aku dah bangun. pukul 7 pagi dah mandikan arissa. arissa plak, bila dimandikan dan disiap-siapkan, bukan main suka dia. tergelak-gelak je, bikin hati mak dia berbunga-bunga bila tengok si anak ceria ^_^. manalah arissa tak ceria, sebab dia tau nak bawak dia jalan-jalan la. kalau tak, takdela pukul 7 pagi dah mandikan dia. biasanya kalau arissa bangun menyusu pukul 7 pagi, dia akan sambung tido dan bangun balik dekat2 pukul 10 pagi. (kecik-kecik dah ikut perangai ayah dia. huhuhu). pukul 10 pagi baru mandikan arissa. tapi hari ni luar biasa sebab pagi2 dah mandi.


sebenarnya pagi ni encik capo ada sukan ping pong. pukul 8 pagi kena ada kat komplek sukan seremban 2. untuk memberi semangat, maka arissa dan aku pun ikut la ke kompleks sukan. sementara encik capo berpeluh-peluh main ping pong, arissa tido dalam stroller manakala aku menjadi penonton.




ingatkan sekejap je...tapi pukul 1 pun belum abis ping pongnye. arissa dah rimas duk dalam stroller. nak tido je asik terkejut sebab jeritan suara penyokong-penyokong pasukan masing-masing. aku pulak dah sakit pinggang duduk berjam-jam. terpaksa bawak arissa jauh sket supaya dia boleh tido dengan aman.

arissa yang dah kerimasan
pukul 1 lebih, sementara tunggu pertandingan ping pong abis, sempat aku menukar pampers dan baju arissa dalam stroller. sebabnya lepas ni ada tempat lain pulak nak dituju. ada 2 kenduri kahwin yang perlu kami pergi. satu di rasah kemayan dan satu lagi di paroi. antara sebab lain baju arissa perlu ditukar sebab baju dah basah dan masam bau muntah susu. entah berapa kali muntah da...

taraaa...arissa in purple
tak lama pastu pertandingan ping pong pun abis. tahniah kepada kumpulan en capo yang dapat no 3. seterusnya kami ke kenduri kawin teman seopis di kelab golf rasah kemayan. tahniah kepada salmi afiz dan pasangan. tak sempat nak bergambar dengan pengantin. pengantinnya bizi melayan tetamu.

sempat bagi arissa susu


lepas je makan, kami bergegas pula ke kenduri kawin di paroi iaitu kawan kepada encik capo. masa ni dah pukul 3 lebih kot. arissa pun dah rimas sangat. dengan cuaca panasnya, dengan tak puas tidonya, dengan berpeluh-peluhnya, arissa mula merengek-rengek menangis. arissa biasanya tak meragam. senang sangat jaga arissa. tapi disebabkan faktor-faktor di atas, arissa mula meragam. dah la aku sensorang kena handle arissa yang meragam. encik capo plak bila dah jumpa geng, hilang la dia g 'makan asap'. huhuhu. terpaksa amik gambar arissa supaya dia ok sebab dia memang suka tengok kamera.


arissa tengah mengamuk tapi mak dia mantain possing. huhuu
 lepas dah setel makan, aku pun tak sabar-sabar nak balik sebab kesian arissa dah rimas. lagipun aku nak sangat baring atas tilam. letih sangat dah badan. sebelum balik, sempat bergambar dengan pengantin.

kena usaha keras lagi nak kuruskan badan aku nih. huhuhu

aktiviti tak berakhir disini. sebab lepas tu kami ke seremban parade beurut kat kedai urut siam. masa ni arissa tak ikut. hanya aku dan encik capo sahaja. sebab badan sakit-sakit, tu yang nak try g urut. sesungguhnya, insaf aku nak pegi beurut lagi. gilo sakit. badan ku dipijak-pijak dan kaki ku dilipat-lipat. sakit + geli. 1 jam beurut rasa macam 5 jam. ntah berapa kali aku tepis tangan amoi siam tu sebab aku tak tahan sakit. ahak ahak! lepas setel beurut kami ke senawang. untuk ape? huhuuh...sambung aktiviti sebelum bersalin. apa lagi kalau bukan pegi karoke. seperti aku bagitau tadi, arissa tak ikut. gilo apo nak bawak baby g karoke. so, hanya aku dan encik capo saja yang berkaroke. pukul 10 malam lebih baru balik. jemput arissa dan terus balik rumah kami. masing-masing pengsan sampai pagi sebab kepenatan. tapi encik capo je la yang pengsan. pukul 2.30 pagi arissa dah merengek-rengek nak susu. sebagai ibu mithali, aku pun gagahkan diri untuk bangun buat susu walaupun badan dah sakit-sakit kesan daripada diurut oleh amoi siam.

Thursday, February 24, 2011

pelik ke?

korang mesti perasankan yang skang kalau mak ayah bagi nama kat anak mesti akan ada lebih dari 1 nama. 2  nama tu kira normallah lagi. malah ada yang sampai 3, 4 namanya. sampai tak dapek den nak mengingatnyo. huhuhu. macam semua orang tahu (cewah, macamlah semua orang tau...) nama anak aku 1 nama je. arissa.

dari arissa lahir sampai la skang ni kalau ada orang tanya nama anak aku sapa, mesti akan tekejut dan kompem aku akan dapat soklan atau respon macam ni:

"arissa ape?"

"arissa jek?"

"la...pendeknye nama."

"nape letak 1 nama je?"

macam jadi satu kesalahan pulak kalau letak 1 nama je zaman skang nih. huhuhu

1 nama cukup lah...asalkan ada maksud yang baik itu sudah memadai ^_^.



asalkan aku sayang arissa dan arissa sayang aku. hahaha. apa kena mengena??? ;-p

Tuesday, February 22, 2011

seronok bila teringat

sedar tak sedar dah sebulan lebih aku bersalin. tiba-tiba rasa rindu pada tendangan-tendangan arissa masa dia dalam perut dulu. rindu nak rasa dia bergerak-gerak dalam perut lagi. walaupun perut terasa geli, tapi seronok. (jap g adalah 'orang' tu bagi cadangan nak bagi arissa adik. huhuhu). bab sakit masa kontraksi nak bersalin tu yang buat aku rasa takut sket.


hmmm...cepatnya masa berlalu. rasa macam baru semalam aku bersalin. terbayang-bayang aku tengah sakit nak bersalin dalam labour room bersama 'doktor tambahan'. indahnya kenangan masa doktor letakkan arissa atas perut aku sebaik je dia keluar dari perut. macam tak percaya aku baru je meneran keluarkan baby yang comel. semua ni pengalaman yang sangat berharga untuk aku. tak semua perempuan dapat rasa pengalaman macam ni. syukur kepada Allah s.w.t kerana memilih aku menjadi salah seorang perempuan di dunia ni merasa pengalaman mengandung, bersalin dan membesarkan anak sendiri. kalau diberi peluang sekali lagi lepas ni sudah pastinya aku tidak menolak...tapi...mmm..tunggulah arissa besar sket. huhuhu

masa aku mengandung dulu macam-macam gak aku mengidam. tapi semuanya makanan yang simple-simple dan senang untuk dicari. kebanyakannya buah-buahan. memula aku mengidam nak makan buah mata kucing. pastu buah limau. pastu manggis (ni aku tak dapat-dapat makan sampai skang). pastu mengidam nak makan roti canai pulak. kalau dah namanya mengidam, mestilah kita nak makan makanan tu selalu kan. huhuhu. bayangkan la masa aku mengidam nak makan buah limau dulu. tetiba stok buah limau dalam peti ais dah habis. meleleh-leleh air liur aku dalam mulut ni tunggu encik capo grande balik beli limau. bila dah masuk je limau dalam mulut....fuhhh...gile sedap a. lega rasanya. ahakz.

masa mengandungkan arissa juga aku selalu sakit2 kaki. rasa macam terseliuh dan sakit sangat nak berjalan. kaki pun bengkak dan urat-urat turut terkeluar. nak berjalan pun kena papah oleh encik secapo. so, tak heran la kalau aku banyak amik el n mc masa mengandung. huhuhu. muntah-muntah n pening kepala tu awal2 pregnant memang selalu sangat. kadang-kadang sampai kosong perut aku asik muntah jek. *_*. makan mcd, muntah pun keluar mcd. makan nasik, muntah nasik lah. huhuhu. tapi mujur lah aku ni tak kena morning sickness. aku kena evening sickness. sebabnya aku hanya akan pening dan muntah-muntah stat pukul 5 petang ke atas. memang nasib baik betul sebab aku memang muntah2 kat rumah jek. bayangkan la kalau kat opis aku terasa nak muntah....agaknya belum sampai toilet dah terkeluar dah muntah  sebab toilet jauh. huhuhu.

apa lagi ye...

oh ya... masa mengandungkan arissa juga aku dah 3,4 kali terjatuh. terjatuh menangkup, jatuh terduduk, jatuh terbaring (jatuh katil), jatuh terkangkang...semua ada. alhamdulillah baby dalam perut tak apa-apa walaupun macam-macam gaya terjatuh aku pernah rasa. ahakz. masa tu memang a sakit. tapi bila ingat balik skang, aku nak tergelak lak. paling tak tahan kalau ingat macam mana aksi stunt yang aku buat masa terjatuh menangkup kat opis dulu. nasib baik la hanya encik capo grande je yang nampak aksi-aksi stunt aku tu. kurang sket malu. hahahha. gile tak tahan nak gelak bila ingat balik.

rasanya ni a antara pengalaman aku mengandungkan arissa dulu. tak sangka dah keluar dah baby dalam perut aku tu. ada kat sebelah tengah tido.

cayang arissa...^_^

Sunday, February 20, 2011

jalan-jalan hari ahad

berehat bersama-sama kit kat dan arissa. huhuhu. aku baru lepas mengemas rumah, tapi belum habis lagi. dari hari tu duk mengemas tak sudah-sudah. bukan apa, kami kan baru pindah rumah awal bulan 12 tahun lepas. masa tu pulak aku tengah sarat dan selalu sakit-sakit kaki. so, tak dapat mengemas sangat. kemas mana yang patut je la. so skang, dah bersalin dan dah habis pantang, kena lah mengemas balik mana yang patut. sementara baki cuti ada lebih kurang 2 minggu ni kenalah buat skang.



aku nak citer pasal aktiviti semalam. semalam kami bertiga ( aku, encik capo dan arissa) telah menghadiri kenduri kahwin kawan encik capo di tampin. kali kedua arissa menghadiri kenduri kahwin sejak dia lahir. yang bestnya arissa pun dapat door gift dari pihak tuan rumah. dalam beg untuk kanak-kanak tu ada air kotak dan gula-gula.  tapi mak n ayah kau lah yang kejekan nanti. huhuhu.

me and my baby girl

bergambar bersama pengantin
lepas pegi rumah kenduri, kami singgah di pekan tampin. 1st time untuk aku dan arissa berjalan-jalan di pekan tampin. kali ni arissa tak naik stroller. dia duk dalam beg dukung baby tu. biarlah encik capo grande plak yang dukung arissa dalam beg tu. sebab masa dalam perut dulu, aku dah bawak ke hulu hilir tanpa bantuan beg dukung baby. ahakz.

bershoping gak la kat tampin tu. beli komik, apron, seluar, baju baby, kain ela dan lampu. sian tengok arissa yang duk dalam beg tu. tak selesa agaknya dan panas. berpeluh-peluh dia sampai tertido dalam tu. lebih kurang pukul 5 petang, kami pun menuju balik ke seremban sebab semua dah keletihan.

arissa yang keletihan terbaring dalam keta


sampai-sampai rumah je tak sempat simpan simpan barang-barang yang dibeli, tiga-tiga dah bergelimpang atas tilam. huhuhu.

leganya dah sampai rumah, dapat baring atas tilam

Wednesday, February 16, 2011

arissa - just the way u are

her eyes, her eyes, make the stars look like they're not shining





her hair, her hair, falls perfectly without her trying
she's so beautiful, and I tell her every day


i know, i know, when i compliment her she won't believe me
and it's so, it's so, sad to think that she don't see what i see



but every time she asks me do i look ok, i say


when i see your face, there's not a thing that i would change
cause you're amazing, just the way you are


and when you smile, the whole world stops and stares for a while



Because girl you're amazing, just the way you are

Monday, February 14, 2011

while u were sleeping

while u were sleeping i felt ur heart beating.
while u were sleeping in my head love was repeating.
while u were sleeping all i could do was smile.
while u were sleeping i watched you for a while.
while u were sleeping  mummy will always love u...














Sunday, February 13, 2011

terkini

sedar tak sedar dah 43 hari aku melahirkan arissa. pengalaman bersalin masih segar dalam ingatan seolah-olah baru berlaku semalam. kalau dulu berdua, kini dah bertiga. kehadiran arissa sangat menyerikan hidup aku. masih ada sehari lagi untuk berpantang namun aku dah beberapa kali melanggar pantang. adoi hai...orang aktif macam aku tak sesuai betul berpantang. huhuhu. tapi demi kebaikan masa depan, ku turutkan jua walaupun kadang kala berdegil untuk melanggar pantang. huhuhu.



baru semalam berpeluang timbang berat badan aku selepas bersalin. masa mengandung dulu berat aku xx kg. kini yy kg. masih perlu turunkan zz kg untuk dapatkan berat badan aku yang asal. huhuhu. sebenarnya aku nak upload gambar terkini aku selepas bersalin. kalau korang perasan, sejak aku mengandung, sekali je aku upload gambar sendiri iaitu masa pegi team building opis aku beberapa bulan lepas. bukan apa...faham-faham je la kalau mengandungkan badan membesar. so..xsesuai aku nak upload gambar. hik hik hik.

tengah hari tadi, aku bersama encik capo dan arissa telah menghadiri majlis perkahwinan teman seopis. tahniah kepada awie dan yati. dalam pantang pun sempat lagik pegi kenduri kawin. tak pasal-pasal aku minum air berais tadi sebab takde pilihan. huhuhu. di majlis tadi sempatlah bergambar. gambar pertama aku selepas bersalin. kalau dulu bergambar berdua, kini bergambar bertiga. enjoy ya...


sape yang kawin sebenarnye nih??? huhuu
budak tecik ni potostat muka bapak dia da...

LinkWithin