Wednesday, September 29, 2010

setahun di sini

aku terlalu busy buat programming hingga takde masa nak bukak blog, apatah lagi nak update blog. namun, hari ni aku ambil kesempatan jugak nak update. sebabnya, ada sesuatu yang ingin aku coretkan. huhuhu.



semalam (29/09/2010) genaplah setahun aku berkhidmat dengan kerajaan. sedar tak sedar dah setahun berlalu. rasanya baru semalam aku bangun pukul 5.15 pagi dan bersiap-siap untuk lapor diri di JPM Parcel B, Putrajaya. seawal 6.05 pagi aku dah bertolak dari rumah sewa di seksyen 9 kota damansara ke putrajaya walaupun ia bermula pukul 8.30 pagi. awal gile kan. semuanya sebab aku nak pastikan aku dapat memakingkan keta aku tanpa sebarang masalah. paham-paham je kat sana paking memang tak cukup. aku sangat excited nak melapor diri sebab dah 5 tahun mencuba, akhirnya berjaya juga menjawat jawatan yang aku sandang sekarang. sehari suntuk dari pagi sampai pukul 4.30 petang kena dengar ceramah dan taklimat. surat penempatan hanya akan diberi selepas majlis selesai. bila dah dapat surat penempatan, rasa terkejut ya amat sebab dapat kat seremban. aku bayangkan aku dapat kat putrajaya. lagi bagus dapat kat seremban, dekat dengan mak dan family aku. dan lebih syok sekali sebab dapat tinggal dengan mak aku setelah beberapa tahun merantau di negeri orang. huhuhu.

hari ini (30/9/2010) genap setahun aku di UPTM. opis aku skang. hari ni lah setahun yang lalu aku melaporkan diri di sini. dan orang pertama dalam uptm yang tegur dan bersalaman dengan aku adalah kak jemah.aku masih ingat itu. ^_-. dan orang yang paling sombong dalam uptm ni dan taknak tegur aku adalah encik capo grande yang skang dah jadi laki aku. hahahaha. kelakar tak? sebabnya aku kata dia paling sombong sebab dia selalu masuk bilik aku tapi hanya berbual dengan room mate aku tanpa pandang sebelah mata pun kat aku. huhuhu. lepas dah 3 bulan, baru dia start nak berbual. tapi bila dah start berbual terus dia ajak kahwin pulak. ^_^ huhuhu.

dalam tempoh setahun ni banyak kejadian-kejadian yang aku alami disini. yang manis yang pahit semuanya ada. dengan kejayaan aku menjawat jawatan ni dan dihantar pula ke opis aku skang...maka berjumpalah aku dengan jodoh aku. punyalah jauh aku merantau sejak tahun 2000-2009, dari N9 ke Johor kemudian ke KL seterusnya Selangor dan akhirnya kembali ke N9...rupa-rupanya selama ni dia hanya berada di Seremban je dan 1 opis pulak tu. huhuhu.

dari segi keje pulak, macam-macam aku dah belajar. keje skang jauh berbeza dengan keje aku yang dulu. jadi masa mula-mula memang aku blur sebab tak reti. amik masa berbulan-bulan jugak nak paham. tapi aku lebih suka buat programming daripada buat keje yang memang sepatutnya keje aku skang. huhuhu.

tak de idea plak nak taip apa lagi. huhuhu. tu je la kot aku nak citer.

"selamat setahun bertugas di uptm hadibah" kataku kepada diri aku sendiri. nak kena beli kek dan tiup lilin ke?

Wednesday, September 22, 2010

aku jatuh lagi

fuhhh...baru dapat bernapas dan rilek sket. sibuk menyiapkan sistem sebab nak livekan hari ni. patutnya minggu lepas lagi kena livekan tapi minggu lepaskan masih dalam mood cuti raya lagi. lagipun ada beberapa form yang nak kena betulkan supaya tak mendatangkan masalah dikemudian hari. tapi bukan boleh rilek terus ni. pasni nak sambung buat sistem lain pulak. Ya Allah...banyaknya keje aku. beberapa hari ni pun asik tido lewat je dan kompem pagi2 bangun pun lewat. bukan saje, tapi memang tak sedar. nasib baik tak merah attendance. sipi-sipi je. huhuhu.



sabtu dan ahad lepas aku beraya di kampung encik capo grande belah ayah dia kat sabak bernam dan perak. on the way tu singgah kedai baju kat kuala selangor ( betul ke nama tempat tu kuala selangor???). gile murah baju-baju kat situ. cantik-cantik dan banyak pilihan.encik capo grande belikan aku baju pregnant sepasang dan blaus sepasang. maklumlah perut dah buncit dan beberapa bahagian badan dah membesar...jadi tak muat nak pakai baju kurung g opis lagi. ^_-. nak jalan-jalan pun dah kekurangan baju sebab baju aku dulu semua muat-muat badan. nasib baik jugak mak, lida, kaktih dan kakngah ada juga belikan dan bagi baju-baju pregnant untuk aku. ohhh..terharunya aku.

malam di rumah opah capo grande, aku mengalami kecelakaan lagi. cis! cis! cis! sakit terjatuh kat opis hari tu baru nak elok, tiba-tiba aku terjatuh lagi kat rumah opah capo grande. kali ni lagi sakit daripada kat opis hari tu. sebabnya aku sampai tak boleh nak bangun. cara jatuh pun lain bukan tertangkup macam kat opis hari tu. semuanya berpunca apabila aku yang dah elok-elok duduk di sofa mengada-ngada bangun nak nak duduk kat sebelah encik capo grande. sebabnya ada benda yang aku nak cakap dengan dia. kerusi yang kat sebelah encik capo grande tu kerusi yang jenis kusyen tu. aku baru je duduk dan nak bersandar kat kerusi tu tiba-tiba tempat duduk kerusi tu tercabut dan aku pun serta merta jatuh terduduk. waaaaaaaaaaaaaaa.................sakitnya tuhan je yang tahu sebab terhentak.

tapi masa jatuh tu memang tak sakit. aku siap boleh gelak-gelak sebab kelakar dan aku juga turut digelakkan oleh encik capo grande dan adik-adik dia. tapi...beberapa minit lepas tu sakit mula datang. paling sakit kat area punggung dan pinggang. perut aku kompemlah sakit sebab dah la pregnant...perut buncit...pastu jatuh terduduk terhentak macam tu. aku pun terus senyap daripada tergelak dan baring kat sofa. lepas tu tak boleh nak bangun dah. gerakkan kaki pun sakit teramat-amat. dah lah nak pergi beraya kat rumah sebelah. tak pasal2 g rumah sebelah pun kena naik keta sebab sakit sangat nak jalan. ikutkan tak nak ikut beraya...tapi aku segan nak tinggal kalau encik capo grande takde. huhuhu.

setiap kali nak berjalan, memang aku perlu dipapah oleh encik capo grande sebab serius memang sakit sangat kaki aku. padan muka dia kena papah aku nak ke mana-mana...sape suh gelakkan aku masa aku terjatuh tu. tapi kalau tak gelakkan pun dia memang kena papah aku jugak. terima kasih ye sayang. huhuu. nasib baik aku takde apa-apa. dah dua kali terjatuh ni. mmmm...

Thursday, September 16, 2010

hari kejatuhan wildcutecat

hari rabu (15/9/2010) merupakan hari yang mencemaskan, menyakitkan dan melucukan bagi aku. aku sudah pun mula bekerja sejak hari isnin (13/9/2010) lagi. senyap sunyi dan lengang je opis dari hari isnin sampai selasa tu. cuma hari rabu dah ramai sket yang dah mula datang keje. tapi bukan ni yang aku nak citer. ni mukadimah je.



lebih kurang pukul 8.30 pagi, perut aku tiba-tiba sakit nak ke tandas. so aku pun ke tandas sambil di escort oleh encik capo grande. ye...disebabkan suasana opis yang tak ramai orang dan keadaan bangunan yang senyap sunyi, maka encik capo grande sentiasa menemankan aku ke tandas. tapi dia tunggu kat luar je lah. kalau 10 kali aku nak g tandas, maka 10 kali lah dia temankan aku.

balik dari tandas, aku pun jalan dengan kelajuan sederhana ke bilik encik capo grande. dari pintu belakang nak ke tengah opis memang mesti lalu kat depan bilik server. dan entah macammana, laluan yang aku lalu hari-hari akhirnya memerangkap diri aku sendiri. entah macam mana kaki aku boleh tersangkut kat laluan nak masuk ke bilik server tersebut. serta merta aku rasa diri aku melayang dalam keadaan terbongkok sambil berpusing. tangan aku sempat berpaut pada troli namun, brek pada kaki aku tak makan. entah macam mana, aku masih lagi berpusing untuk kali kedua sebelum tangan terlepas daripada troli tersebut seterusnya membuatkan aku tersungkur tertangkup 5 langkah daripada tempat kaki aku tersadung. entah macam mana keadaan aku dari masa tersangkut dan berpusing-pusing tu aku sendiri tak dapat bayangkan. sebaik saja tersungkur aku terus cuba berdiri namun kaki terasa sakit sangat.

encik capo grande yang berjalan tidak jauh di belakang aku, tidak sempat untuk menahan aku daripada terjatuh walaupun dia sudahpun berlari ke arah aku semasa aku berpusing-pusing sebelum tersungkur tu. lepas je aku dah tertangkup, cepat-cepat dia datang cuba angkat aku tapi kaki terlalu sakit nak berdiri serta merta. kak jemah dan beberapa rakan seopis yang berada ditempat masing-masing cepat-cepat datang untuk melihat apa yang berlaku. serta merta aku rasa malu kalau ada orang lain nampak  aku masa terjatuh tu. terus aku tak dapat tahan diri daripada tergelak. sebenarnya sakit sangat tapi aku tak tahu kenapa aku tergelak. encik capo grande turut gelakkan aku selepas memberi bantuan kecemasan.

cis! berani dia gelakkan bini sendiri yang terjatuh tertangkup ni.

ramai je yang risau keadaan aku masa tu. terima kasih ye semua. aku pun risau dengan keadaan diri sebenarnya. sebabnya, aku dahlah pregnant, perut buncit...tiba-tiba jatuh tertangkup. kedua-dua lutut aku cedera dan perut tiba-tiba jadi sakit akibat hentakan ke lantai semasa jatuh tertangkup tu. terus saja encik capo grande hantar ke klinik dekat2 pukul 9 pagi tu selepas aku mengadu perut aku senak tiba-tiba dan susah nak bernafas. kat klinik, doktor scan perut aku dan kata baby tak apa-apa dan tiada kecederaan dalaman dan tiada pendarahan berlaku. terus je doktor suruh berehat kat rumah dan bagi mc. bila dah sampai rumah, kedua-dua lutut yang cedera tadi terus membengkak. pedihnya Tuhan saja yang tahu. encik capo grande pun menyapu minyak gamat pada tempat yang cedera tu. kat rumah, perut aku masih sakit lagi. dan aku masih lagi tergelak membayangkan situasi aku  terjatuh tu. susah nak bayangkan balik. semuanya terlalu cepat. yang aku tahu, kaki aku tersangkut, aku berpusing 2 kali sebelum tersungkur. hahahhaa...walaupun sakit tapi rasa kelakar lah pulak.

alhamdulillah takde apa-apa berlaku pada aku dan baby walaupun agak kuat jugak aku terjatuh dan terhentak masa tu. entah macammana lah aku boleh terjatuh ni. nasib baiklah laki aku je yang menyaksikan dari A sampai Z masa aku jatuh tu. kalau orang lain pun nampak, mesti aku malu nak g opis. huhhu.

Monday, September 13, 2010

biasa-biasa je raya aku

hari ni dah hari raya ke 5. dan aku sudah pun mula bekerja sejak semalam lagi (isnin). amik cuti lama-lama pun bukan buat ape. duduk rumah je. baik pegi keje. boleh gak jimatkan cuti rehat untuk kes-kes emergency nanti. citer raya aku biasa je. sama macam orang lain jugak. hari raya salam salaman, pastu makan nasi impit dengan kuah kacang serta rendang daging. walaupun time bukan hari raya pun mak aku selalu masak je kuah kacang dan rendang daging, tapi masa hari raya tetap nak makan jugak walaupun dah selalu makan. kan aku pernah buat entri sebelum ni tentang rendang daging mak aku yang sedap tu. kalau dah sedap, buat hari-hari pun tetap nak makan jugak ^_^.



oh ya, malam raya hari tu aku balik kampung capo grande kat pasoh. petang raya pertama baru balik rumah mak aku kat pilah. seronoknya hari raya sebab dapat berkumpul satu famili. walaupun selalu jumpa, tapi ada je benda yang nak diborakkan. bukan senang semua adik beradik nak dapat berkumpul macam ni. mmm...aku consider adik beradik aku cukup masa raya hari tu ye. aku rasa itu je adik beradik aku...hahaha.

hari raya kedua memang tak pergi mana-mana. memang rutin famili aku raya pertama, kedua, ketiga dan seterusnya memang tak pergi beraya mana-mana. duduk rumah tengok tv je. tapi tahun ni berbeza sket. sebab sepanjang hari tu, kami adik beradik beradik bergilir-gilir karoke. set karoke yang sebelum ni rosak, tiba-tiba elok lak masa hari raya tu. kami pun apa lagi, menyanyi sakanlah sampai serak-serak suara. capo grande turut serta karoke pada hari tersebut ye.

apa lagi ye yang best. lagi satu aku suka time nak bagi duit raya kat anak-anak buah aku. masing-masing seronok je bila suh beratur nak bagi duit raya. berebut-rebut beratur. dah besar panjang ni...kenalah sedar diri bagi duit raya kat anak-anak buah pulak. dulu masa kecik-kecik dapat duit raya dari mak bapak dorang. skang...masa aku pulak bagi duit raya kat anak-anak abang-abang dan kakak-kakak aku.

lagi satu...masa raya hari tu, kaki aku memang sakit. sebelum raya pun memang dah sakit kaki sampai aku EL 2 hari. masa raya tu terdengkot-dengkotlah aku berjalan. sebab tu malas nak pergi mana-mana. jalan sket je kaki dah sakit. lepas kena urut 2,3 kali, terus bengkak. bertambah-tambahlah sakitnya. skang pun masih sakit lagi. kadang-kadang, sakitnya teruk sampai nak gerakkan kaki pun tak boleh. kadang-kadang sakit sket je. mmm...aku pun tak paham.


gambar raya tak dapat lah nak tepek sebab memang takde amik gambar pun. gambar masa beraya kat rumah mertua abang aku adalah. tapi belum copy dari kamera kakak aku lagi. kalau aku rajin aku tepeklah. kalau sampai bulan depan pun takde gambar dalam entri ni, maknanya aku malas lah.

itu je lah kot citer raya aku tahun ni. biasa-biasa je kan.

the end...

Wednesday, September 8, 2010

selamat hari raya aidilfitri

 

1

Tuesday, September 7, 2010

antara sakit kaki dan menjadi puteri

setelah meng EL kan diri selama 2 hari, hari ni aku kembali ke opis. keje aku sejak pregnant ni asik MC dan EL je kan. puncanya aku EL bukan sebab deman atau morning sickness lagi. muncul pulak sakit lain yang biasa di alami oleh ibu ibu mengandung (orang yang cakap). sepanjang sabtu ahad yang lepas, aku sihat walafiat je. menjalankan kehidupan seperti biasa.



tiba-tiba malam hari ahad tu, kedua kaki aku teramat-amatlah sakitnya hingga nak gerakkan kaki pun aku tak sanggup sebab sakit sangat-sangat. sakit dari pangkal peha hingga ke tapak kaki. rasa macam terseliuh tapi tak logik pulak sebab aku tak terjatuh pun. jadi aku baring je atas katil sambil cuba angkat kedua kaki. tapi tak boleh...serius sakit sangat. aku nak berensot pon sakit sebab pinggang aku turut sakit.

oleh itu terpaksa minta tolong en capo grande memapah aku ke toilet sebab kaki betul-betul sakit bila nak bergerak apatah lagi hendak memijak untuk melangkah. pagi esoknya ketika sahur kaki masih sakit lagi. terpaksa berjalan berdengkot-dengkot (betul ke perkataan ni???) untuk ke dapor. tapi rasa ok sket berbanding sebelum tido malam tu sebab langsung tak boleh jalan. lepas sahur macam biasa lah, tido balik. ingatkan bila bangun pagi nak g keje sakit kaki dah ok. tapi jadi teruk balik. jadi aku ELkan diri je. macam mana nak pegi opis kalau nak berjalan pun seksa???en capo grande juga dengan rela hati mengELkan diri dia sebab sape nak tolong angkut aku ke bilik air atau amik apa-apa kalau aku perlukan apa-apa? takkan mak bapak mertua ku nak mendukung aku yang ringan ni ke bilik air? huhuhu.

pagi hari selasa pon sama. kaki masih tak elok lagi walaupun petang isnin tu dah menunjukkan ciri-ciri akan elok. dari sakit kaki, terus cram. jadi, aku terpaksa EL sehari lagi sebab kaki masih sakit untuk berjalan. tapi hari ni walaupun kaki masih sakit, tapi tak seteruk 2 hari lepas dan aku boleh berjalan seperti biasa. cuma nak berlari tu kena fikir 8 kali kot. kalau tak, beraya atas katil je aku nanti. huhuhu.

seronoknya aku 2 hari EL ni sebab dapat jadi puteri kejap. nak amik atau suruh apa-apa, order je, pasti encik capo grande tunaikan.

"abang nak air"

"abang, tolong sidai baju"

"abang, tolong buat susu anmum"

"abang, nak itu..."

"abang, nak ini..."

"abang, nak bla bla bla..."

huhuhu

disebabkan aku dah EL 2 hari ni, cuti aku semakin berkurang...rasa macam nak cancel je cuti raya ni untuk ganti cuti yang aku terpaksa EL tanpa dirancang 2 hari ni.

Thursday, September 2, 2010

percubaan pertama

malam hari isnin yang lepas (30/8/2010), untuk pertama kalinya aku buat kuih raya sendiri. minggu sebelumnya, bersungguh-sungguh aku google resepi kuih sarang semut dan nestle cornflakes. tahun-tahun sebelumnya memang aku pernah buat kuih raya, tapi aku tolong mak aku tak pun tolong kaktih. tapi tahun ni, aku teringin nak buat sendiri. bolehlah aku bagi mak aku rasa kuih raya yang aku buat pulak setelah hampir 28 tahun makan kuih raya yang mak aku buat je. hihihi.



selepas berbuka aku pun mulalah sibuk mengeluarkan bahan-bahan dan peralatan yang dah dibeli siang tu. turut membantu aku buat kuih ialah encik capo grande dan adik dia.




antara bahan-bahan yang digunakan
mula-mula memang excited giler. tapi bila sampai time menyagat doh tu...lama-lama jadi bosan sangat. tujuan menyagat ialah sebab nak jadikan doh tu halus-halus macam sarang semut. sebab tu nama kuih tu biskut sarang semut.




aku yang sedang menggaul mentega, gula halus dan tepung
aku dan capo grande bergili-gilir menyagat, namun selepas tu aku serahkan tugas menyagat pada dia manakala aku masukkan doh yang dah disagat ke dalam paper cup, taburkan chocolate rice seterusnya masukkan dalam oven dan tunggu sampai masak. hampir pukul 12 malam barulah abis semua biskut dibakar.




capo grande yang sedang sibuk menyagat.




hasil sagatan
best jugak kuih tu. seronoknya buat kuih lepas berbuka sebab boleh makan masa panas-panas.




atas: biskut yang menunggu masa nak dibakar. bawah: biskut yang dah siap untuk dimakan

lepas kemas balik barang-barang yang digunakan, aku pun tak berlengah lagi terus masuk tido. betul-betul letih dan sakit pinggang. tu baru sikit aku buat. ntah macam mana letihnya mak aku yang buat kuih raya beratus-ratus hari-hari sorang-sorang. buat untuk jual lagi. kemas rumah. lepas tu nak masak untuk berbuka pulak. kuatnya tenaga mak aku yang dah berumur 67 tahun tu berbanding aku yang muda ni. barulah aku sedar pengorbanan mak aku selama ni demi kepuasan anak-anak dia. huhuhuu. sayang mak sangat.




antara hasil kuih sarang semut yang kami buat

so dibawah ni, aku sertakan resepi untuk buat biskut sarang semut. silakan mencuba ye.


Bahan :
350 gm tepung gandum + 100 gm tepung jagung
1 buku mentega (250 gm)
100 gm gula castor
1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanilla
chocolate rice utk tabur
sedikit hiasan - manik atau apa-apa sesukahati anda

Cara :
1. Ayak kedua jenis tepung.
1. Dalam mangkuk adunan, pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul sebentar. Masukkan esen vanila.
3. Dah rata, masukkan tepung dan gaulrata adunan.
4. Guna pemarut cheese dan parutkan adunan.
5. Parut hingga habis semua adunan.
6. Taburkan chocolate rice. Hias biskut. Bakar dalam jangka masa 15-20 minit.

Wednesday, September 1, 2010

berbuka di klana resort

bahagia betul sejak keje gomen ni. banyaknye jemputan berbuka puasa kat hotel. semalam, aku berbuka puasa di hotel klana resort, seremban. turut serta ialah encik capo grande dan staff di UPTM bersama keluarga masing-masing. aku turut mengajak emak, lida dan kakngah untuk turut serta berbuka di klana resort. bila cakap pasal berbuka puasa ni, tak lain dan tak bukan mesti ceritanya pasal makan, makan dan makan. berapa banyak yang aku makan, usah dipersoalkan. huhuhu. oleh itu, aku letak je gambar yang kami ambil semalam.



dari kiri: lida, kakngah dan emak aku yang tersayang

dari kiri: aku, lida, kakngah dan emak aku yang tersayang
dari kiri: encik capo grande dan aku

aku MC lagi

semalam aku MC. sebabnya, bangun-bangun dari tido terus rasa pening kepala dan nak muntah. bila alarm dah berbunyi pukul 6.15 tu memang dah stat pening. aku pun tido la lagi 15 minit kot-kot hilang lak pening tu. dah pukul 6.30 pagi pun pening lagi. 6.35 pagi...masih tak berubah. 6.40 pagi...aku masih terbaring lagi menunggu adakah pening dan loya akan berkurang. kalau dah berkurang, aku bangunlah pergi mandi dan siap-siap pegi keje. 6.45 pagi terus aku kejut encik capo grande suruh dia bangun pegi mandi. dia pulak berdolak dalik suruh aku yang mandi dulu. ewah....ewah...kalau aku nak mandi dulu, kompem aku dah bangun pukul 6.30 pagi tu. memang setiap hari pun aku yang bangun mandi dulu. huhuhu. sebabnya aku kejut dia mandi sebab aku dah kompem tak pergi keje sebab kepala berpusing-pusing.



bila aku dah kata aku tak pergi keje sebab pening, barulah dia nak bangun g keje. bukannya apa, hari isnin hari tu kan aku pening dan muntah-muntah pagi tu. tapi aku pergi keje jugak. hasilnya??? aku yang terseksa kat opis. pening kepala sangat. satu keje pun tak boleh nak buat. nak baring tapi kat mana? nak landing kepala atas meja, apa pulak orang lain cakap kalau nampak aku tido time keje padahal kepala aku teramat-amatlah peningnya. jadi, semalam aku membuat keputusan yang bijak dengan meMC kan diri supaya aku dapat berehat dirumah. lebih kurang pukul 1 petang, encik capo grande balik rumah jemput aku dan hantar ke klinik. dapatlah MC untuk semalam.

rasanya dah beberapa kali aku EL sebab kes macam ni. pening dan muntah atau nama yang glamernya morning sickness. semalam baru aku pegi amik MC. kalau asik EL je buruk pulak reputasi aku dan makin kuranglah cuti rehat aku. ada lagi 4 bulan sebelum tahun baru 2011 dan baki cuti tinggal kurang daripada 10. tapi dah tolak cuti raya siap-siap. huhuhu.

LinkWithin