Monday, August 30, 2010

aku tak mampu bertahan

mmm...sesungguhnya bukan aku sengaja. aku betul-betul tak mampu nak bertahan hari ini. mungkin disebabkan aku dah muntah-muntah pagi tadi membuatkan badan aku lemah dan kepala pening je sepanjang hari ni. makin jam bergerak, makin tak tahan jadinya. 1 keje pun langsung tak boleh buat sebab kepala pening je.



nak pulak baby dalam perut ni duk tarik-tarik tali pusat sambil merengek

"mak...lapa...mak...lapa..." huhuhu ;-p.

lalu...tengah hari waktu lunch tadi, encik capo grande terpaksalah menghantar aku membeli makanan. pilihan yang bijak adalah drive thru mcd sebab tak perlu turun dari kereta. lalu encik capo grande pun memandu 'kompresor' hitamnya menuju ke dataran senawang sebab mcd kat seremban takde drive thru. apa yang aku order adalah seperti gambar di bawah:

spicy mcdeluxe
tanpa berlengah, aku terus je makan dalam kereta sambil diperhatikan oleh encik capo grande tanpa menyedari air liurnya dah meleleh-leleh. tapi maaflah ye, hari ini aku terpaksa jadi kedekut. so, memang aku tak offer walau secubit daging ayam pun pada dia walaupun dia beberapa kali cuba merampas fun fries dari tangan aku untuk disuapkan ke dalam mulutnya (haha..gurau je). dapat je makan, rasa macam dunia ni aku yang punya je. barulah tenaga kembali pulih sedikit demi sedikit bila air dan makanan dah masuk dalam perut. kepala pun daripada berpusing seperti roller coster, kini berpusing bagaikan kincir di fun fair. baby dalam perut pun dah berhenti mengadu lapa. huhuhu.

jadi...maafkanlah aku terpaksa berbuka awal hari ni. aku tak bersalah...huhuhu

Sunday, August 29, 2010

mampukah aku bertahan???

pagi ni masa bangun nak g keje tiba-tiba rasa tak sedap badan. pening kepala je. masuk bilik air, terus muntah-muntah. tapi takde keluar isi. muntah air dan lendir je. banyak pulak tu. muntah pun sampai 3,4 kali. senak perut aku. baru nak mandi, tiba-tiba muntah lagi. bila dah muntah macam ni, mulalah kepala pun nak pening. tapi aku pergi jugak keje. takdelah rasa nak mc pun sebab minggu lepas baru mc 2 hari sebab demam.



so sekarang...kepala memang tengah pening. perut pun semacam. badan dah stat menggigil dari kul 8 pagi tadi. tiba-tiba rasa lapar teramat-amat. nak menaip pun rasa tak larat je. mata pun dah mula nak kuyu...tapi bukan sebab mengantuk...sebab kepala dah mula berpusing-pusing. mampukah aku bertahan? kenapa aku rasa macam nak minum je ni????? sesungguhnya aku puasa hari ni...*_*

aku yang seronok balik pilah

rasa malas betul nak datang keje hari ni. kalau boleh nak amik cuti sampai raya je. tapi nak buat macam mana, keje banyak sangat. niat hati nak buat keje weekend hari tu kat kampung kat pilah sebab balik pilah hari tu. tapi, paham-paham je lah, bila dah berkumpul adik beradik, macam-macam nak diborakkan. secara tak langsung juga, bila bukan di opis, mood nak buat keje tu terlalu susah nak datang. lagipun aku agak busy dikampung hari tu.



sampai je kat rumah pilah, terus tukar cadar tilam kat bilik aku. pastu amik penyapu menyapu dan membersihkan dapor. basuh semula pinggang mangkuk di rak. mak aku pula sibuk menyapu di ruang tamu. dah la ruang tamu rumah aku ada 3. letih nak menyapu tu. sebab tu aku memilih membersihkan dapor. kih kih kih. tujuan membersihkan rumah bukanlah sebab nak menyambut raya, tapi sebab rumah kat pilah tu takde orang tinggal. so, bayangkanlah keadaan rumah yang tak de orang tinggal yang hanya dijenguk sebulan sekali. berhabuk-habuk, dengan taik cicak bersepah-sepah, dengan sarang labah-labahnya. sayang sangat dengan rumah tu. harap-harap aku dapat keje kat pilah, bolehlah aku menghuni rumah yang dibuat oleh arwah abah aku dulu. tapi bukanlah arwah abah aku yang bertukang, arwah abah aku menghabiskan banyak duit simpanan dia untuk membesarkan rumah tu dengan mengupah orang yang kejenya membuat rumah. huhuhu.

kat pilah aku ada 6 ekor kucing. sebenarnya ada 10 ekor tapi  4 ekor dah hilang. aku sayang dan rindu kat kucing-kucing aku. bestnya kucing-kucing aku nih, bila diaorang tahu ada orang balik, mereka pun akan turut balik rumah. kalau takde orang, mereka dan keluarga mereka akan melepak, tido dan makan kat rumah abang aku yang terletak hanya disebelah rumah. panggil saja nama, pasti mereka datang. sebab tu aku sayang sangat dengan kucing-kucing aku. pastinya aku balik pilah bukan dengan tangan kosong. aku siap beli makanan kucing untuk mereka. orang kata, masa pregnant ni buat baik kat semua termasuklah haiwan. tapi kalau aku tak pregnant pun aku memang baik dengan kucing-kucing aku. sebab tu mereka sayang kat aku jugak. hihihi.

aktiviti di rumah pilah, lepas mengemas dan bagi kucing makan, aku menonton dvd bersama encik capo grande diruang menengok tv sambil berbaring di atas sofa baru L shape pembelian lida. dalam pukul 5 lebih, aku pun ke dapo menolong emak aku memasak. aku cuma goreng nugget je, yang lain-lain mak aku yang masak. memang aku tak nak masak kalau mak aku ada sebab aku rindu sangat makan masakan mak aku yang sangat sedap tu. huhuhu. aku tolong kacau-kacau senduk dalam periuk je. masa berbuka memang rasa best sangat. selain dapat berbuka dengan family (walaupun tak semua ada), tapi rasa seronok.

hari ahadnya aku tolong mak aku buat kuih raya pulak. sebelum balik tu, siap pinjam oven lagi sebab aku excited nak buat kuih raya untuk pertama kalinya. huhhu. lepas berbuka senja semalam dengan menu KFC, mee hailam dan ABC, kami semua bersiap-siap untuk balik seremban. maka, tinggallah rumah itu bersama-sama kucing-kucing aku yang bila dah takde orang, pastinya kucing-kucing tersebut akan pandai-pandai balik ke rumah abang aku pulak. lepas hantar lida kat taman panchor jaya, aku hantar pulak mak kat taman pinggiran senawang. kemudian barulah aku dan encik capo grande balik ke rumah. sampai rumah dalam pukul 10.30 malam, terus iron baju. nasib baik hari selasa cuti, jadi aku iron untuk hari isnin je. kalau tak, aku iron untuk seminggu terus. tapi kalau aku malas, aku iron sehelai setiap hari. huhuhuhu.

rasa seronok dapat balik pilah. masa aku tinggal kat pilah dulu aku tak sabar-sabar nak keluar dari pilah dan pergi merantau di mana-mana ( sesungguhnya aku sangat suka merantau). tapi...bila aku dah jarang balik pilah, aku rasa nak  balik dan tinggal je kat pilah. walau ke mana aku pergi...rumah dan kampung halaman sendiri tetap yang terbaik.

Wednesday, August 25, 2010

kucing cute yang demam

setelah 2 hari meMCkan diri, hari ini aku kembali ke opis walaupun belum sihat sepenuhnya. semuanya sebab aku tiba-tiba dilanda virus demam rindu selsema yang datang entah dari mana. walaupun demam, aku gagahi jua diri ini untuk berpuasa kecuali semalam. ye...semalam aku tak puasa. la la la la la. musnahlah harapan aku untuk penuh puasa tahun ni tanpa period. semalam aku terpaksa buka puasa sebab aku nak makan ubat. keadaan kesihatan semalam tidak mengizinkan aku meneruskan puasa sebab agak teruk sket berbanding hari selasa. jadi aku mengambil keputusan makan 2 keping roti berjemkan strawberry lalu menelan ubat yang membuatkan aku mengantuk lantas terlena selama beberapa jam.



terjaga saja dari pengsan sebab makan ubat yang membuatkan aku mengantuk, keadaan diri masih tidak berubah. niat hati nak buat keje coding php sket, tapi diri ini terlalu lemau lalu aku menghabiskan masa dengan berbaring sambil baca majalah reader digest. oh ya, aku terlupa pulak nak citer. sebelum aku mengaambil keputusan untuk makan ubat yang membuatkan aku pengsan itu, aku agak bosan berada dirumah.

lepas masukkan kain baju dalam mesin basuh untuk dibasuh oleh mesin basuh, aku bermain-main dengan anak kucing dibelakang rumah. lepas tu masuk dalam bilik, keluar balik main dengan anak kucing, pastu baring dalam bilik lepas tu keluar main dengan anak kucing lagi. huhuu. sehinggalah aku mendapat idea untuk memandikan 2 ekor anak kucing tersebut. aku sangat suka mandikan anak kucing masa kat kampung dulu sebab aku seronok bila kucing tu bersih dan wangi. dengan berhati-hati aku memegang anak kucing tersebut dengan ketat supaya dia takde peluang nak cakar tangan aku yang halus mulus ini. paham-paham je lah bila kucing kena mandikan macam mana keadaannya ye.

selepas selesai memandikan 2 ekor anak kucing tersebut, aku lapkan sampai separuh kering. selebihnya, biarlah dia menjilat sesama sendiri. huhuhu. melihatkan anak-anak kucing tersebut sudah bersih dan wangi, aku pun masuk ke dalam bilik dan baring semula sehinggalah aku rasa aku tak tahan nak kena makan ubat juga supaya keadaan diri lebih sihat sedikit. disebabkan ubat yang doktor bagi tu tak bagi kesan pada aku, aku pun guna ubat yang dibeli dari farmasi. barulah lega dan berkurang sket dan dengan itu, dapatlah aku join kawan-kawan seUPTM berbuka puasa di Restoran Aden senja semalam.

hari ini nampaknya, aku  terpaksa berkejar-kejar untuk siapkan keje yang 2 hari aku terpaksa tangguhkan sebab sakit. mampukah aku untuk menyiapkan sistem ini dalam masa yang singkat ini? owh...tiba-tiba terasa nak kembali ke zaman sekolah balik...tak payah buat programming, buat keje sekolah je. huhuhu.

Wednesday, August 18, 2010

kenangan yang menerjah fikiran

tiba-tiba hari ni perut aku tak tahan lapar. dari pagi tadi sakit perut tak elok-elok. dah sampai tengah hari tenaga rasa nak habis, padahal keje aku duduk je kat depan pc ni dari pagi tadi. cuba nak lelap tapi tak boleh. lalu aku kemas meja aku yang dah mula semak. buang mana yang tak pakai dan susun mana yang patut disusun. habis je kemas, cuba untuk lelap semula tapi tak boleh jugak. maka termenunglah aku sendirian dalam bilik ni lalu kenangan lalu mula menerjah fikiran.



tiba-tiba teringat bulan puasa setahun yang lalu (2009). masa tu aku menyewa di kota damansara dan bekerja di site di shah alam. opis sebenar ialah di sunway damansara. opis yang sangat aku rindui. tapi aku lebih rindukan opis aku di site sebab sepanjang 2 tahun lebih bekerja aku memang tak duduk kat opis sunway damansara. hanya di site di shah alam. seperti yang pernah aku cerita dulu aku hanya bersendirian di site shah alam ye sebab tu aku tak pernah jumpa orang yang busuk hati, dengki, sombong dan sebagainya. maka, breakfast dan makan tengahhari aku makan seorang diri sahaja setiap hari. sebab tu aku dah biasa kat sini (opis skang) sorang-sorang kalau nak pergi makan atau pergi mana-mana ^_-.

bulan puasa juga aku ke bazaar ramadhan sorang-sorang lepas keje. tapi aku tak pergi jauhlah. pergi dekat-dekat dengan opis di site tu sahaja dengan berjalan kaki ala-ala catwalk seorang diri. biasanya tak sampai 2 minit pun aku kat bazaar ramadhan sebab aku beli untuk tekak dan perut aku sorang. so, ikut selera aku nak makan apa. dan lagi satu sebab aku nak bergegas balik kota damansara supaya aku tak terjebak didalam traffic jam yang sangat membosankan. kadang-kadang kalau malas nak pegi bazaar ramadhan, aku drive thru saja di McD atau KFC.

sampai-sampai dirumah aku memang terus masuk ke bilik aku ditingkat atas. rumah yang aku sewa 2 tingkat dan ada 3 penghuni lain yang menyewa di rumah itu juga tetapi bilik sorang satu. kat rumah sewa tu, hanya bilik akulah dunia aku. semuanya lengkap dalam bilik aku. tv, dvd, pinggan mangkuk, tilam, almari...cakap je semuanya ada dan kompemlah semua tu aku beli sendiri. sebabnya ialah aku bukan jenis yang suka meminjam atau menumpang barang orang lain. sehabis daya aku akan beli barang aku sendiri dimana hak ekslusifnya hanyalah milik aku.

time berbuka puasa pun aku makan dalam bilik sorang-sorang sambil teringat apa mak aku makan masa berbuka kat rumah. mesti lagi sedap daripada yang aku makan sebab mak aku yang masak. tsk tsk tsk T_T. kadang-kadang memang aku menangis sambil berbuka bila mengenangkan seronoknya kalau dapat berbuka bersama-sama keluarga aku terutama dengan mak aku. disebabkan itu hujung minggu kalau ada duit isi minyak dan bayar tol, maka baliklah aku ke seremban. kalau takde, mak aku dengan bermurah hati akan bank inkan asalkan aku balik ^_^.

masa tu aku bersungguh-sungguh berdoa supaya aku dapat keje kat seremban supaya aku boleh tinggal diseremban dengan mak aku yang tersayang dan tak perlu bazir minyak + tol balik dari kota damansara lagi. dan impian aku menjadi kenyataan bila dapat keje kat seremban dan memang tinggal dengan mak aku walaupun sekejap. hasilnya berat badan aku bertambah dari hari ke hari sebab makan 3-4 kali sehari sedangkan semasa tinggal di kota damansara dulu aku hanya makan sekali sehari je. huhuhuhu.

nilah kenangan yang sempat menerjah dikala aku termenung diwaktu lunch yang tak boleh lunch. tiba-tiba hati aku tersenyum. dan bibir aku pun nak tersenyum jugak. ^_^ .

Tuesday, August 17, 2010

hati siapakah mampu menahan rasa terkilan

 
pernah jua ku terluka dihiris belati tajam
walaupun rasa pedih masih mampu ku menahan
tapi kini aku luka erti luka perasaan
walaupun tak berdarah bisa buat aku gundah

T_T

Monday, August 16, 2010

entri campuran

sedar tak sedar dah seminggu puasa dan alhamdulillah setakat ni puasa aku penuh lagi. walaupun beberapa kali terasa nak muntah tiba-tiba, tapi semuanya ok. rasanya memang boleh penuh puasa aku tahun ni. last puasa aku penuh masa aku form 1 iaitu tahun 1995. masa ni aku rasa aku budak comot tapi peliknya ramai plak peminat. hua hua hua. lepas-lepas tu memang tak dapat nak memenuhkan puasa atas sebab-sebab yang rasanya semua orang berakal tahu.



tadi aku sibuk menghitung hari kat kalendar aku. bukan menghitung hari nak raya ye. tapi menghitung hari due date sistem-sistem yang aku sedang bangunkan ni. satu tu kena setelkan sebelum raya dan satu lagi seminggu selepas raya. hmmm...walaupun skang aku memang running dua-dua sistem serentak, tiba-tiba takut kalau-kalau aku tak mampu siapkan. paham-paham je lah buat programming ni bukan macam sapu jem kat roti ye. tapi apa kaitannya jem dan roti dengan programming??? hahaha. ikut suka hati aku je buat perbandingan.

tapi walaumacammanapun aku akan pastikan aku siapkan keje-keje aku ikut tarikh yang dah ditetapkan. biar terdiam mulut orang berhati busuk yang menyalak-nyalak buat cerita kat semua orang yang aku tak buat keje kat sini dan macam-macam fitnah lagi tentang aku yang disebarkan disini. walaupun hati aku terguris dengan kenyataan-kenyataan tersebut, namun...hati perlu ditabahkan. tapi tak dapat dinafikan, airmata aku gugur juga bila terfikirkannya. cuma bila masa aku menangis...biarlah hanya aku saja yang tahu. tetiba teringat lirik lagu ni "aku bukanlah superman, aku juga bisa nangis..." *_*

yang penting, aku tahu apa sebenarnya yang berlaku. siapa yang dah tahu, fahamlah apa yang berlaku. tapi siapa yang tak tahu hal sebenar, terpulanglah nak percaya kepada siapa.  aku buat hal sendiri tak kacau hidup orang lain, buat baik, cakap elok-elok, pun ada je yang dengki dengan aku ni. sebab tu aku rasa keje kat tempat lama aku dulu lebih seronok tanpa orang yang dengki dan busuk hati antara satu sama lain. macam-macamkan aku alami bila keje gomen kat sini. bukan aku tak bersyukur tapi...bila fikir balik...mungkin bukan disini tempat aku. ada juga aku terfikir nak mintak transfer kat putrajaya. tapi kena fikir banyak kali. kalau aku bujang lagi, memang aku dah hantar surat mintak tranfer. buat masa ni apa yang patut aku buat hanyalah bersabar, bersabar dan bersabar.

lain aku nak cerita lain pulak aku taip. dah jadi entri luahan perasaan pulak. tapi tak boleh cerita detail. aku sebenarnya nak citer aku tak sabar nak raya sebab nak makan rendang, nasi himpit dan kuah kacang mak aku. bila teringat pun dah meleleh air liur. huhuu. bila masa pulak nak makan rendang, nasi himpit dan kuah kacang yang aku masak? hihihi. nanti dah duduk rumah sendiri dengan serta merta aku masak hidangan tersebut. insyaallah. tapi aku tak excited pun nak raya. zaman kanak-kanak je aku tak sabar nak raya. bila dah besar...lama-lama macam raya ni tak ada apa-apa pun. huhuhu. cuti raya ni pun kompem aku nak kena siapkan sistem-sistem aku tu. tapi tak kisah sebab aku bukan suka berjalan pun, suka duduk rumah je. duduk rumah sambil buat keje sambil makan biskut raya pun dah best sangat.

sekian saja entri campuran kerja, raya dan luahan perasaan ni. tiba-tiba airmata bergenang pulak depan monitor ni. ni yang malas buat entri luahan perasaan nih. huhuhu.

Sunday, August 15, 2010

aku sakit belakang

bangun-bangun tido pagi tadi terus sakit belakang + sakit pinggang + sakit perut. sampai kat skang pun tak elok lagi kecuali sakit perut ada kurang sket. ni lah salah satu sebab aku tak nak bangun sahur. asal sahur je mesti perut aku sakit sebab terkejut makan pagi-pagi buta. tapi kalau tak makan sahur kang sakit perut lapa pulak. huhuhu.



sakit belakang ni dari tadi mengganggu tumpuan aku nak buat keje. rasa nak baring atas lantai bagi lurus tulang belakang ni jap. kalau kat rumah aku dulu, mesti aku suruh anak buah aku pijak belakang aku ni. baru rasa lega sket sakit belakang n pinggang aku nih. tapi sape plak aku nak suh pijak belakang aku skang ni? huhuhu.

adakah aku kekurangan kalsium sehingga mengalami sakit bekakang yang amat menyeksakan diriku ini? ataupun haruskah aku menukar tilam kepada tilam vono yang hage ribu-ribu itu?  haruskah aku membeli susu yang mengandungi kalsium dan minum 2 gelas sehari seperti ketika aku bujang dulu? tapi aku takut dan konpius kerana doktor swasta menasihatkan aku supaya hanya minum susu tepung seminggu sekali kerana takut baby terlebih besar dalam perut sedangkan doktor kerajaan menyarankan agar aku minum susu 2-3 gelas sehari setiap hari untuk kebaikan aku dan baby. nasihat yang mana ye harus aku ikut. sesungguhnya aku betul-betul tak tahan bila dah sakit belakang nih. *_*

Thursday, August 12, 2010

aku bukan aku

tiba-tiba aku rasa aku dah banyak berubah. aku macam bukan aku yang dulu lagi. cewah cewah. apa yang berubah ye. mmm... suatu ketika dulu aku sangat suka bergambar. pantang ada kamera, mesti aku nak posing. macam-macam posing aku suka buat. yang sopan, yang daring, yang lawak, yang perasan comel dan macam-macamlah. dulu, dalam memory card henset aku, penuh gambar-gambar posing aku. setiap kali aku stat berposing mesti kakak-kakak aku nak muntah dan meluat tengok aksi dan gaya aku. hihihi.


kadang-kadang aku snap sendiri, kadang-kadang mintak lida yang tolong snapkan. bayangkanlah muka dia masa dia snapkan gambar aku yang tengah berposing. dengan muka meluat sambil mencebik bibir terpaksa snap gambar aku berkali-kali sampai aku puas hati. kadang-kadang tu, aku tengah sedih dan menangis pun aku boleh lagi berposing kalau dah kamera dihalakan pada aku. teringin nak letak gambar-gambar masa aku suka berposing dulu kat sini. tapi tak boleh la pulak sebab masa tu aku tak pakai tudung. huhuhu.

tapi entah kenapa...aku mula lupa pada kesukaan kesukaan aku dulu sejak aku mula keje gomen bulan 10 2009. bukan sebab badan aku dah naik ye. mula-mula keje gomen ni aku kurus lagi tau. berat aku 47kg lagi masa tu. tapi kenapa ye aku tiba-tiba dah tak suka bergambar dan dah tak reti nak posing macam dulu? tiba-tiba aku akan rasa janggal bila nak  bergambar seolah olah aku tak pernah bergambar sebelum ni.

dulu-dulu aku suka hantar gambar aku kat majalah dan dah 2 kali dipanggil untuk photoshoot. maknanya dah 2 kali jugak aku masuk majalah. satu tahun 2007, dan satu lagi tahun 2008. tapi mesti korang tak perasan pun kan. wahahaha.

aku rasa sejak aku keje gomen ni, banyak benda-benda yang aku suka buat dulu aku dah buat lagi. kenapa ye? tiba-tiba rasa hidup semakin membosankan. dimanakah wildcutecat yang dahulu?sesungguhnya aku rindu...

buat aku tersenyum

aku sedang buat kerja tapi tiba-tiba aku stuck. dah 2,3 hari aku cuba tapi belum jumpa penyelesaian lagi. tensen tensen. nampak macam senang, tapi susah la pulak. huhuu. apa aku merepek ni? mmm...aku sedang cakap pasal programming php. aku tersangkut kat satu part ni. tapi takpe...aku usahakan jugak dapatkan penyelesaiannya. sementara tu, aku nak ringankan kepala aku dengan menaip entri jap.

masa tengah tengok blog sendiri tadi, tiba-tiba aku ternampak yang kat bahagian 'you might also like:' gambar kat bawah ni. kompem lah ni salah satu entri yang pernah aku taip dulu. tapi satu ayat je aku tulis kat entri tu dulu (klik sini kalau nak bace).


kat situ aku tak mention pun sape yang bagi. sebabnya masa tu aku mana ada apa-apa hubungan dengan si pemberi music box ni. nanti kalau aku tulis lebih-lebih, dia kata aku syok kat dia pulak. wahahaha. orang yang hadiahkan aku music box ni ialah encik capo grande. tapi masa tu, serius aku cakap, memang takde apa-apa. becakap pun jarang. dan pada masa tu dia pun kurus sket berbanding sekarang. huhuu

tiba-tiba di suatu pagi, lebih kurang pukul 7.30 pagi, encik capo grande baru sampai opis. tiba-tiba dia terus masuk bilik aku, letakkan kotak music tu kat atas meja aku dan kata dia beli untuk aku serta cakap dialog ni kat aku:

"jangan sedih-sedih lagi tau" 

maunnya aku tak terpinga-pinga masa tu. dah lah aku jarang bercakap dengan dia, tiba-tiba boleh lak belikan aku hadiah. masa tu dahlah aku tengah menangis kat opis atas sebab-sebab peribadi. dalam pada terpinga-pinga tu aku pun tak ingat aku cakap terima kasih ke tak kat dia. lepas dia cakap tu, dia terus keluar dari bilik aku membuatkan aku bertambah tercengang sebab tak sempat tanya apa-apa. tapi lepas tu aku mula senyum-senyum sendiri tengok music box tu. toleh kiri toleh kanan, bila kompem takde orang, aku pun mainkan music box tu sambil senyum-senyum sensorang. lupa dah pada kesedihan aku masa tu. itulah 1st time dapat hadiah music box daripada lelaki dan pada saat yang tak disangka-sangka dan memang aku tak pernah terfikir pun.

selang 15 minit, aku bukak blog dia terus ada entri ni 'the music box'. masa tu baca blur lagi. takkanlah kot entri tu untuk aku. mungkin entri tu lirik lagu yang aku tak tahu atau mungkin takde kena mengena langsung dengan aku. lepas tu aku segan nak keluar bilik sebab malu kalau bertembung dengan encik capo grande. dan dan je stat malu-malu padahal sebelum-sebelum tu takde pun aku nak malu-malu.

tetiba aku nak tersenyum depan monitor skang sebab rasa macam ditayangkan balik kat depan aku apa yang berlaku pertengahan januari lalu ^_^ dimana pada masa tu hanya dia dan aku je yang tahu. ^_-

Wednesday, August 11, 2010

ntah apa nak jadi

rutin harian aku bila masuk opis dan sebelum stat buat keje ialah membaca akhbar online. tapi bukanlah hari-hari. kadang-kadang aku terus buat keje dulu tengah hari baru baca paper online. tapi bila aku dah stat buat programming php, sampai seminggu aku lupa nak bace paper sebab leka buat programming.



sekarang ni bila baca paper je mesti ada kes orang kena bunuh, kena rogol,  kena culik, kena ragut dan buang bayi. dah jadi macam satu berita wajib. semua ni sangatlah menakutkan. sekarang pun dah teruk macam ni, ntah macam mana masa depan ye. semoga Allah jauhkan semua ni daripada berlaku pada aku, husband aku, keluarga aku, sedara-mara aku, kawan-kawan aku dan orang-orang disekeliling aku. kalau boleh, taknak jadi kat sesiapa pun.

tak boleh ke semua orang hidup aman damai, buat hal sendiri, tak buat jahat dan sebagainya? kenapa mesti nak jadi jahat? takde perasaan ke dorang yang jahat ni? cuba kalau berlaku kat orang-orang yang diorang sayang...mesti sedih dan marah. tapi boleh pulak buat macam tu kat orang lain. orang yang dorang bunuh / rogol / culik / ragut tu pun ada famili jugak. mesti hancur luluh je bila dapat berita benda-benda macam ni berlaku kat salah seorang anggota keluarga sendiri. ntah apa nak jadilah ye.

tetiba ter emo lak pagi-pagi ni bila baca berita pasal terjumpa mayat gadis kat ladang dalam utusan online tadi. sedey betul baca...

Tuesday, August 10, 2010

status ku dibulan puasa tahun ini

selamat berpuasa kepada semua pembaca blog aku walau dimana korang berada. selama 27 tahun aku berpuasa dan merayakan hari raya dengan status single, tahun ni berbeza sket...sebab status dah bertukar married. ooopsss...kantoi umur aku dah. huhuhu. tak pernah lagi berpuasa dan merayakan hari raya dengan status in relationship sebab time nak puasa dan raya je aku dah jadi single. wahahaha. specialnya ramadhan tahun ni, bukan saja status aku dah married, tapi...sedang pregnant sekali.

untuk makluman aku memang tak bangun sahur bila puasa. ntahlah...liat sangat nak bangun. dalam sebulan puasa, mungkin hanya sehari aku bangun atau takkan bangun langsung. namun sepanjang rekod, aku mampu menahan lapar walaupun aku tak bangun sahur. tapi...tahun ni aku kenalah bangun sahur jugak sebab aku bukan makan seorang diri lagi. maksudnya di sini...ada 1 nyawa yang sedang hidup dalam rahim aku dan memerlukan makanan dari aku sebab dia tak boleh amik sendiri buat masa ni. huhuhu. sebab tu pagi tadi walaupun ikut hati aku malas nak bersahur, tapi aku bangun jugak mengenangkan kesian baby dalam perut aku nanti lapar. oh ya, tahun ni penuhlah sebulan puasa aku. Insyaallah... ^_^.

oklah...selamat berpuasa dan selamat bersahurlah kepada semua ye. tahun ni...aku takde baju kurung raya sebab kompem tak muat.  huhuhhu maklumlah badan dah membesar. rugilah tempah baju besar-besar sebab tahun depan kompem aku kurus jadi 45kg balik dan boleh pakai baju-baju peberet aku semula. so, nampaknya tahun ni aku hanya ada baju mengandung raya. huhuhu.

rendang mak aku sangat sedap ^_^

rendang mak aku

hari ni pegi opis bawak bekal pulut kuning,  rendang daging dan rendang ayam masakan mak aku serta nasi impit masakan mak mertua aku. petang semalam lepas keje, aku dan encik capo grande terus ke rumah abang aku di pinggiran senawang sebab aku nak sangat makan mee kari yang mak aku masak pagi tu. untuk makluman mak aku tinggal di rumah abang aku ye.

sampai-sampai je aku dah terbau bau yang sangat sedap iaitu bau rendang daging yang masih dimasak dalam kuali manakala rendang ayam sudah terhidang di atas meja. turut bertungkus lumus menolong mak aku masak ialah kakngah aku yang mengambil cuti untuk menolong memasak rendang. sementara tunggu rendang daging masak, aku pun makan mee kari dulu.

memang rutin tahunan famili aku akan masak rendang tiap-tiap tahun bila menjelangnya puasa apatah lagi apabila hari raya menjelma. tapi...yang masaknya mak aku lah ye. yang lain-lain samada menjadi tukang tengok atau tukang makan je termasuklah aku. huhuhu. selain daripada rendang ayam dan rendang daging, mak aku turut masak pulut kuning. tapi jap aku confuse...pulut kuning tu kakngah yang masak atau emak? yang aku tau, sambal ikan bilis memang kakngah yang masak. tapi tak kiralah, yang mana satu masak rasanya tetap sama dan pastinya sedap. aku? apa pulak yang aku masak??? mmm... aku cuma merebus jagung yang bangcik beli je. huhuhu.

sebelum balik malam tadi, emak aku telah mentapaukan rendang ayam, rendang daging, pulut kuning dan sambal ikan bilis untuk aku bawa pulang. dan pastinya pagi tadi aku membawa bekal makanan-makanan yang telah emak aku tapaukan malam tadi. terima kasih mak. sedap sangat rendang itu. memang setiap tahun rendang daging mak aku menjadi perhatian kami sekeluarga dan tetamu-tetamu yang datang beraya di rumah kami pada setiap tahun. dan pastinya rendang tu hanya bertahan sehari setengah je walaupun masak sampai 5 kilo daging sebab masing-masing memang berebut nak makan dan meratah rendang tersebut termasuklah aku. ^_-. masak 10 kilo pun memang tak pernah cukup kalau mak aku yang masak rendang tersebut. huhu.

lepas ni kompem aku nak mintak resipi dan cuba buat sendiri pulak rendang daging tersebut. untuk makluman, rendang ayam telah berjaya aku kuasi sejak tahun lepas lagi dimana sambil memasak sambil telefon mak aku tanya 'lepas ni masukkan ape?', 'berapa banyak garam nak letak?', 'santan ni kena campur air ke  tak?', 'serai berapa batang nak letak?'. kejap-kejap aku call mak aku tanya, sampailah masak dan jadi rendang ayam tersebut. masa kejadian ni berlaku, aku keje dan tinggal seorang diri di kota damansara ye. lepas tu aku adalah try masak rendang ayam ni 2,3 kali. cuma rendang daging je aku masih tak berjaya kuasai. harap-harap lepas ni berjaya. ^_^

Monday, August 9, 2010

darahku diambil lagi

baru balik dari klinik kesihatan rasah. sebabnya hari ni memang ada appoimen kat klinik tu untuk minum air gula katanya. masa buat appoimen tu 2 minggu lepas, nurse tu cuma kata minum air gula, takde pulak dia kata kena amik darah 2 tabung sebelum minum air gula dan selepas minum air gula tu. huhuhu.


so tadi, maunnya aku tak terkejut tiba-tiba nurse tu keluarkan 2 tabung darah dan jarum suntikan. terus aku tanya:

"amik darah ke nurse? bukan minum gula ke?" tanya ku yang sebenarnya tengah takut kena cucuk amik darah.

"a'ah. amik darah setabung lepas tu minum air gula. lepas 2 jam, amik darah setabung lagi" jawab nurse tu sambil tangannya tangkas je mengeluarkan jarum suntikan dari plastik.

"apa? 2 kali amik darah???" tanya ku terkejut. namun ku tahu, aku tak berdaya berbuat apa-apa melainkan merelakan jarum suntikan itu menembusi urat di lenganku untuk diambil darah. dan pastinya aku tak sanggup untuk melihat darahku diambil dan disedut ke dalam tabung itu.

selepas minum air gula yang sangatlah manis dan pekat itu, aku pun duduk-duduk sambil berharap tekak dan perut aku dapat menerima air gula tersebut kerana ada beberapa orang pempuan yang muntah dan pening kepala lepas minum air gula tersebut. plastic bag memang aku dah standby dalam henbeg kalau-kalau aku terasa nak muntah. encik capo grande mengambil cuti hari ini untuk menemankan aku ke klinik tersebut. lepas sejam minum air gula yang ntah apa rasanya tu, kepala aku mula pening dan tekak rasa mual lah sangat. puaslah aku menahan supaya aku tak muntah di situ. dahlah perut aku lapar sangat sebab disuruh puasa stat jam 10 malam tadi sehinggalah selesai amik darah kali kedua nanti. lepas 2 jam, aku pun dipanggil semula dan sekali lagi, aku terpaksa merelakan setabung lagi darahku diambil.

suntikan kali kedua sangat-sangatlah sakitnya berbanding suntikan yang pertama tadi. lepas je habis, terus ajak encik capo grande g makan sebab aku dah tak tahan sangat lapar. menggigil-gigil kaki aku dah menahan lapar. lepas tu barulah aku balik ke opis sebab aku tak amik cuti, amik time slip je. lagi 2 minggu, sekali lagi aku kena pergi check up untuk amik darah lagi. nampaknya...aku pun dah lali kena amik darah ni. dan setau aku...tiap-tiap bulan sampai lepas bersalin pun kena amik darah lagi. redha je lah...

budak zaman sekarang

hari sabtu yang lepas, kami telah menghadiri kenduri di rumah kenalan di taman bandar senawang. semasa di rumah kenduri ini bertemulah kami dengan seorang kanak-kanak perempuan yang agak celupar mulutnya. umur lebih kurang dalam 3-4 tahun. Ya Allah Ya Tuhan ku...janganlah anak aku nanti mulut dan perangai macam budak tu. masa aku tengah makan seorang diri dalam khemah sementara encik capo grande sedang mengambil lamb chop di khemah berhampiran, kanak-kanak itu mendekati aku dan bercakap sesuatu dengan aku. disebabkan aku tak berapa faham, aku tanyalah balik:



"apa dia?" tanya aku balik.

"engkau ni siapa?" tanya budak tu.

hmm...bila aku dah dengar bahasa budak ni agak kurang ajar...aku malaslah nak layan. sebab aku tahu dah...mesti ayat-ayat seterusnya agak lebih kurang ajar lagi. so, aku buat tak tahu je. budak tu pulak nak tarik perhatian, mainlah air basuh tangan kat depan aku. sampai dah nak habis air dalam bekas tu dia tuang. aku puaslah tengok kiri kanan, mana mak bapak budak ni. disebabkan aku tak layan, so budak tu terus tanya lagi:

"engkau ni siapa? nape makan kat sini?" huhhuhu. kalau anak buah aku, memang dah kena jentik mulut dia kat aku. aku buat tak layan je.

tak lama kemudian, encik capo grande pun duduk sebelah aku sambil bawak lamb chop yang sangatlah sedap. kemudian budak tu cakap sesuatu yang kami kurang jelas. disebabkan encik capo grande ni jenis suka melayan budak, dia pun memberi perhatian untuk menjawab soalan budak tu. aku memang senyap dan buat tak tahu je sambil makan. bila dah dilayan, budak tu pun tunjuklah perangai sebenar dia. tekejut kami dengan bahasa yang keluar dari mulut budak tu. baru besar tu dah pandai cakap macam tu.

tiba-tiba je keluar perkataan bodoh, bangang, bengong yang diulang berkali-kali dan kata-kata itu ditujukan kepada kami berdua. entah apa kenanya tiba-tiba cakap macam tu. eeee...memang masa tu aku bayangkan kalau anak buah aku  atau anak aku yang cakap macam tu, nahaslah kena penampar dan kena jentik mulut dengan aku. berapi je aku masa tu. memang kepantangan aku dari dulu kalau budak kecik kuang haja dengan aku.  nasib baik kau anak orang lain. yang peliknya budak tu asik datang kacau kat kiteorang je padahal ada ramai lagi orang dalam khemah tu.

mak bapak budak ni pun satu, dah tau mulut dan perangai anak dia kurang ajar macam tu, lepaskan je kacau orang lain. lepas tu baru dengar suara pempuan marahkan budak tu. entah mak dia atau mak sedara dia aku pun tak pasti. pempuan tu suruh lelaki yang masak lamb chop tu amik budak tu dan marahkan budak tu sebab cakap bodoh bangang semua tu kat kiteorang. padan muka budak tu kena marah pulak. yang aku tak tahan nak tergelak bila encik secapo grande ni pergi ajuk dan gelak-gelakkan budak tu balik sebab kena marah. siap ajuk-ajuk dan cibir-cibir budak tu lagi. lawak betul masa tu.dah dia pun jadi budak-budak gak kat situ.

nak salahkan mak bapak budak tu pun tak boleh sebab mesti budak tu dah biasa dengar perkataan tu kat kawan-kawan dia atau orang-orang sekeliling dia. takkanlah mak bapak dia ajar anak dia kurang ajar macam tu ye tak. so, janganlah anak aku nanti perangai macam tu. sebabnya masa aku kecik-kecik dulu aku pun tak pernah nak maki-maki orang dewasa macam tu. baik dan sopan je aku dulu. sebab tu selalu kena buli masa kecik-kecik. dah besar panjang ni pun aku tak pernah lagi maki orang depan-depan, baik dan sopan sama macam dulu, sebab tu kena buli gak dah besar pun. huhuhu. so bakal anakku...ikutlah perangai emakmu yang baik hati ini. perangai yang tak baik...sila jangan ikut. perangai bapakmu masa kecik-kecik, emakmu ini belum kaji dan selidik lagi. huhuhu.

Sunday, August 8, 2010

karoke yang menghilangkan mood

hari jumaat, selepas encik capo grande habis berkursus dan selepas check out lebih kurang pukul 2 petang, kami pun berjalan-jalan di mid valley. tujuan utamanya nak cari baju pregnant yang cantik dan memenuhi citarasa kami. dari satu kedai ke satu kedai kami geledah, namun tak jumpa yang berkenan. barang yang takde dalam list juga yang dibeli. bayangkanlah mid valley tu besar mana (sila pejamkan mata sambil bayangkan ye). dari hujung ke hujung kami berjalan. disebabkan keadaan aku yang cepat penat dan lenguh, maka bila nampak kerusi aku pun ajak duduk. selain daripada itu, aku juga menjadi pengunjung setia toilet di mid valley. sebabnya sejak pregnant ni keje aku memang asik nak tekencing je selang 5-10 minit.



setelah hampir setiap tingkat jelajah, takde baju yang berkenan, maka aku pun ajak balik seremban sebab kaki dah sakit sangat. tak pasal-pasal beli sandle baru kat bata sebab nak sandle lembut bila dipijak. so takde lah kaki sakit sangat. sampai di seremban, tak balik rumah terus. kereta dilencongkan ke mbo sebab nak tengok citer salt. dapat tiket pukul 6.30 petang. citer tu habis lebih kurang pukul 8.30 malam. lepas keluar dari wayang terus ajak encik capo grande tengok citer avatar the last airbender pulak. kami amik tiket pukul 10.30 malam sebab yang pukul 8.30 malam tinggal seat yang depan-depan je.

sementara tunggu pukul 10.30, kami pun pegi berkaroke kat tempat karoke depan terminal 2 tu. sungguhlah menyesal masuk situ. daripada excited nak karoke langsung hilang mood. semuanya gara-gara pusat karoke tu yang kenakan caj tersembunyi dan paksa bayar pulak tu. kami nak karoke 1 jam. bila dah masuk bilik karoke tu tetiba budak cina tu hantar kerepek sebakul kecik. kami pun pelik lah. pastu encik capo grande tanyelah free ke apa kerepek ni. pastu budak tu kata tak free kena bayar. so, kami taknak lah sebab memang takde mintak kerepek pun. tapi budak tu kata mesti nak jugak. makan ke tak makan ke tetap kena bayar. apahal pulak kan???

aku dah mula cuak bila encik capo grande berkeras taknak kerepek tu dan taknak bayar. budak cina tu pulak berkeras gak kata kena bayar gak. memang semua orang pun macam tu katanya. aku yang dah tak sedap hati suruh je encik capo grande biarkan. bayar je lah nanti. tapi dia taknak jugak dan nak cakap dengan manager. budak tu pun pegilah panggil manager dia. cinalah jugak. pun sama gak dia suruh gak terima kerepek tu dan bayar walaupun tak order. adalah 10 minit situasi ni berlangsung. aku memang cuak gile. sebab aku takut jadi bergaduh lak nanti. kang tak pasal-pasal adalak geng kongsi gelap atau samseng dorang naik dan belasah kiteorang kat dalam tu. aku ni dahlah pregnant. kalau tak pregnant, boleh jugak bertukar jadi power rangers. tapi sejak dah pregnant, kuasa power rangers aku tak berfungsi, jadi apa-apahal tak dapat nak menolong nanti. huhuhu. sila jangan muntah ye. dahlah si encik capo grande ni kata nak buat report dan keluarkan henset dari poket dia. aku bertambahlah kecutnya. takut betul aku masa tu. lepas dah takde jalan penyelesaian, setuju je lah terima kerepek bodo tu.

dahlah dipaksa bayar makanan yang kami tak order, adalak caj goverment dan caj servis. penyudahnya total karoke kat sana RM26.++ sejam. padahal kat kaunter tulis sejam = RM20. memang masa tu dah hilang mood nak menyanyi dah, tapi menyanyilah jugak sebab kena bayar gak kan. ikutkan hati nak je keluar dari pusat karoke tu masa belum stat nyanyi tu. tapi aku risau gaklah kang dipaksa jugak bayar walaupun tak nyanyi. kesimpulannya di sini, memang takkan jejak kaki lah jawabnya kat pusat karoke tu. baik pegi kat tempat yang kami biasa pegi tu je. masa tu pergi kat karoke tu sebab nak tunggu wayang stat pukul 10.30 je sebab ada sejam lebih nak tunggu.

bila wayang dah stat, kami pun menontonlah citer the last airbender tu. disebabkan terlampau letih seharian tak rehat, adalah beberapa kali aku terlelap masa tengok movie ni. huhuhu. best jugaklah citer ni. dekat pukul 1 pagi baru kami balik ke rumah, namun perasaan risau kes kat pusat karoke tadi masih tak hilang.

stupid journey

alkisahnya pada petang khamis yang lepas, iaitu selepas habis waktu keje aku (4.30 petang), aku pun bergegas keluar dari opis dan menuju ke kereta wildcutecat aku yang diletakkan di tempat paking. sebabnya aku nak terus ke mid valley petang tu. sebabnya encik capo grande berkursus selama 2 hari di sana dan suruh aku ke sana petang khamis tu sampai jumaat. bermaknanya hari jumaat tu aku cutilah ye. encik capo grande telahpun selamat pergi ke mid valley tersebut pada pagi khamis tu dengan menumpang kereta bos dia.


mengikut plan asal dia, dia drive ke mid valley pagi tu dan aku naik komuter petang lepas keje tu. serta merta aku membantah. komuter??? nak suruh aku naik komuter??? oh tidak. cukuplah aku dah naik komuter 2 tahun sebelum aku beli keta. tak sanggup aku lagi nak menaiki kenderaan tersebut kecuali betul-betul terdesak dan tiada pilihan. siapa yang selalu naik komuter, mesti paham kenapa aku taknak naik komuter lagi.

so, aku drive seorang diri menuju ke mid valley. walaupun tak konfiden aku akan jumpa jalan ke mid valley tersebut, namun aku mesti jugak ke sana. selepas melepasi tol sungai besi, aku pun drive berpandukan direction dari sms encik capo grande. semuanya berjalan dengan lancar dan aku telah pun nampak mid valley tersebut disebelah kanan aku. namun...kenderaan yang terlalu banyak menyebabkan aku tak perasan lorong yang aku ikut sedang menaiki fly over sedangkan lorong yang sepatutnya aku ikut berada dibawah fly over tersebut. owh...mengapakah tidak di mentionkan dalam sms tersebut 'jangan naik fly over???'.

bila dah salah jalan...aku mula panik sebab aku memang failed jalan kat kl ni. lalu aku pun meneruskan perjalanan tanpa arah tujuan. bila aku dah panik...serta merta perut aku mula sakit. dengan blanknya, dengan perut sakitnya, dengan tiba-tiba rasa nak terkencingnya...aku pun memandu je kereta aku entah ke mana arah. langsung takde simpang nak u turn atau masuk kanan atau kiri. tau-tau je aku dah nak masuk tol. kiri pegi gombak, kanan pegi damansara. lalu aku memilih ke damansara. sampai damansara aku jumpa u turn dan u turn ke kl semula. ingatkan boleh jumpa jalan yang aku tersilap tadi. tapi ntah jalan mana tah yang aku tengah ikut sekarang. sedar tak sedar dah 2 jam 30 minit aku berpusing-pusing dalam kl tu dan langsung takde signboard mid vallay atau kl sentral.

hal ini menyebabkan aku mengambil keputusan nak balik ke seremban sebab jalan ke seremban lebih senang nak cari berbanding jalan ke mid valley. bila aku dah nak masuk ke tol sungai besi menghala ke seremban, encik capo grande berkeras suruh aku patah balik dan tunggu di tol tersebut. aku pun mengomel seorang diri sebab aku dah penat sangat dan kepala dah sakit berpusing-pusing tanpa arah 2 jam lebih tadi. aku tahu aku nak balik dan tido je. nak tak nak aku berpatah balik (masuk exit seri kembangan), tapi aku tak tunggu kat tol, aku terus g petronas. sebabnya ialah aku nampak tanda no parking kat tepi jalan lepas tol tu. aku ni jujur orangnya bila memandu ye. kalau dah nampak papan tanda macam tu, memang aku cuak sket nak paking situ. so, aku terus je ke petronas dan bagitau encik capo grande aku kat petronas sebab aku dah tak tahan nak kencing. ko bayangkan 2 jam lebih aku menahan.

disebabkan aku kebulur, dan ada mcd kat petronas tu, aku pun makan lah dulu sementara encik capo grande sampai dengan teksi. lepas dah makan, dia plak drive sebab aku memang dah tak sanggup lagi nak drive masuk kl. so dengan itu aku pun selamat sampai ke hotel gardens bersebelahan dengan mid valley sebab disitulah tempat encik capo grande berkursus dan di salah satu bilik disitulah tempat kami menginap.
sesungguhnya aku berharap supaya aku tak perlu lagi memandu ke kl. betul-betul buang masa aku, buat sakit kepala je drive kat kl ni. huhuhu

Wednesday, August 4, 2010

ku cuba pejam mata tapi tak terlena

sakit kepala dari pagi tadi. sakit perut yang tak henti-henti sejak malam tadi.

mata yang terasa pedih dan berair. rahang mulut terasa sakit dan lenguh.

dan entah kenapa aku asik ingat hari ni hari jumaat je.

izinkan aku tidur untuk seketika...

Tuhanku tabahkan hati ku temukan ku dengan ketenangan

sambungan senyumanku bukan lagi untukmu...


aku meneruskan rutin harian ku di opis seperti biasa. time rehat tengah hari biasanya aku akan ajak kaktih keluar makan takpun aku ikut kakngah jemput mimi balik sekolah. kompemlah aku suruh diorang yang jemput aku sebab kalau aku alihkan kereta dari paking, kompem aku tak dapat nak paking dah. paking di sini teramat-amatlah kritikal. aku sanggup keluar rumah pukul 6.15 pagi ke 6.30 pagi semata-mata aku nak sampai awal untuk pakingkan keta kesayangan aku itu. tapi bila dah lama-lama, aku rasa malas nak keluar tengah hari dan duduk di opis sahaja sambil surfing.



keadaan di opis seperti biasa. kalau ada benda nak tanya pasal keje, aku pegilah jumpa sape-sape yang berkenaan dan tanya. kalau tak, aku duduk kat bilik je buat keje. seperti yang aku pernah bagitau sebelum ni, untuk tengok aku pergi dari bilik ke bilik dan beborak kosong...hanyalah di dalam mimpi saja. bukanlah bermaknanya aku sombong. tapi sebabnya aku memang tak reti nak pegi beborak-borak ni kalau takde sebab. kecuali ada yang panggil aku dan tanya-tanya soalan, then baru aku join beborak tapi sekejap je lah sebab aku takde idea.

tapi staff atau kengkawan kat opis aku ni tak sombong macam ada beberapa staff di unit-unit lain. dorang semua baik dan ramah cuma amik masa nak tau. tak sampai pun sebulan lepas bertugas untuk pertabalan dulu, sekali lagi aku terpilih untuk bertugas sempena sukan untuk isteri wakil rakyat di seluruh malaysia ni. atau senang nak cakap, sukan untuk datin-datin ye. semua ni membebankan aku je sebab aku memang tak suka langsung terlibat dengan benda-benda macam ni. tapi nak buat macam mana, takde pilihan. aku telah dipaksa rela. bila dah bertugas untuk event macam ni, kompemlah sekali lagi jumpa dengan staff-staff sombong berlagak yang pernah aku jumpa masa pertabalan dulu dan ada yang aku tak pernah jumpa.

nama aku telah dipadankan untuk berpasangan dengan X iaitu seorang pempuan yang aku langsung tak kenal dan skim jawatan dia tak sama dengan aku tapi sama gred. bila dah diperkenalkan, nampak dia macam ok. macam je lah ye. tak kenal maka tak cinta. huhuhu. tapi...bila dah bekerja bersama, Tuhan je lah yang tahu apa aku lalui. dahlah sombong, berlagak pulak tu. keje tak buat...tau berlagak je. benci aku dengan dia. sesungguhnya dikesempatan lain, dialah salah seorang makhluk yang aku tak hingin jumpa di dunia ni lagi. bayangkanlah hampir seminggu aku kena bertahan dengan dia. dahlah aku memang takde geng masa tu. orang yang aku kenal, team dengan orang lain. nasib baik ada N, salah seorang team aku yang aku memang tak pernah kenal, tapi dia seorang yang baik. tapi kebanyakan masa, aku tepaksa bekerja dengan X.


kenapa aku benci dia? baru tak sampai sejam stat bertugas, dia dah stat belagak. lepas tu tau nak mengarah je. entah apalah salah aku. setau aku aku cakap elok-elok, jalan elok-elok dan yang pasti aku senyum je. aku taulah muka aku ni muka lembik, leweh, tapi jangan ingat aku tak reti marah dan mengamuk ye. apa aku buat, aku bersabar je. dahlah datin-datin yang aku jaga pada awalnya agak sombong dan tak pandang sebelah mata dengan aku nih. tapi bila dah beberapa hari bersama, barulah dorang ramah dan mula tegur-tegur dan senyum dengan aku. so, dengan datin-datin nilah aku berkawan sepanjang bertugas sebab budak sekor tu asik hilang, tau beborak je dengan geng-geng dia. memang ketara aku sorang je yang buat keje. walaupun aku tak rela dan memang terpaksa sangat melayan datin-datin ni, tapi aku cuba positifkan diri dan ikhlaskan hati. mungkin sebab tu datin-datin tu mula berbaik-baik dengan aku. pernah sekali budak X ni marah aku depan kawan-kawan dia sebab aku ajak dia buat keje. (masa ni dia tengah sibuk beborak dengan kawan-kawan dia kat team datin lain). aku cakap elok-elok dan lembut ye. bayangkanlah macam mana sebaknya aku masa tu. puas aku tahan airmata aku ni dari gugur. lepas aku dapat bersendirian sekejap, terus laju je airmata aku keluar sambil berharap datin-datin ni tak kacau aku sekejap. masa tu puas aku beristigfar supaya Allah sabarkan aku dan tabahkan hati aku ni untuk 4 hari je lagi. mulai saat itu, aku dah blacklist X dalam hidup aku dan aku ignore. bila dia datang duduk kat aku, aku pergi beralih tempat lain. bila dia mula bercakap aku jawab acuh tak acuh. macam tu lah aku buat sampai last day. aku pun tahu marah jugak. kalau orang tu buat jahat kat aku, aku boleh jadi 2 kali jahat dari apa dia buat kat aku. persoalannya...aku nak ke tak buat macam tu. nanti takde beza pulak antara aku dan dia. jadi aku memilih untuk bersabar. kerana setahu aku, disetiap penghujung sesebuah cerita kemenangan sentiasa berpihak pada orang-orang yang sabar.

so sepanjang 3,4 hari tu aku hanya bersendirian. pergi makan sorang-sorang, pergi jalan kat gerai sorang-sorang. semuanya aku buat sorang-sorang. aku lebih senang sendiri daripada jumpa orang-orang macam tu dahlah masa tu aku memang tengah ada masalah peribadi yang buat aku sakit jiwa, ditambah pulak dengan perangai budak X tu. entah berapa kali aku pergi menyorok untuk menangis, aku pun dah tak ingat. masa tu aku tak sabar-sabar nak tunggu hari terakhir sebab aku penat sangat dengan semua ni. apa yang aku tanggung semuanya aku simpan dalam hati. bila jumpa datin-datin tu balik dan kawan-kawan yang lain aku sedaya upaya untuk tersenyum tapi aku akui mungkin nampak jugak wajah sedih yang terpancar kat muka aku masa tu.

bila sampai hari terakhir, aku rasa akulah orang paling gembira kat dunia ni sebab aku tak perlu tengok muka budak X tu lagi. walaupun aku memang dah ignore dia dan menjauhkan diri dari dia, tapi tetap akan terpaksa jumpa gak sebab 1 team. satu benda yang mengejutkan aku masa tu malam terakhir tiba-tiba je minah tu cakap baik-baik dengan aku dan g peluk pinggang aku. tapi, aku buat tak tahu je. hati aku dah mati untuk engkau. apa kau ingat kau bagus sangat?

berakhirnya event tu maka itulah kali terakhir aku jumpa budak tu. dan aku berharap seandainya ada event yang aku dipaksa rela lagi, janganlah aku di satu teamkan dengan dia lagi. selepas seminggu tak masuk opis sebab bertugas masa event tu, aku pun kembali ke opis dan buat keje-keje opis pulak. semuanya berjalan dengan lancar sehingga satu hari aku mendapat perkhabaran yang agak mengejutkan aku sebab aku pun tak pernah sangka wujud manusia macam ni kat dunia ni. dan adakah aku bertuah kerana berjumpa manusia macam ni di sini? see...baru je tak sampai 4 bulan aku keje gomen dan keje di sini, macam-macam perangai orang yang aku jumpa. kalau perangai elok takpe, tapi dengki, busuk hati. dan yang penting sekali, kalau tak melibatkan aku, aku pun tak hingin nak amik tau...tapi kompemlah apa yang aku luahkan di sini...semuanya berlaku pada aku. entah kenapa aku rasa keje kat opis lama aku lebih gembira sebab tak wujud orang-orang busuk hati macam ni.

bersambung...

Tuesday, August 3, 2010

senyumanku bukan lagi untukmu

sambungan bermulanya kehidupanku di sini.


disebabkan aku orang baru disini, maka aku meringankan bibir untuk tersenyum setiap kali aku bertembung dengan sesiapa baik staff di opis, mahupun yang bukan 1 opis dengan aku. ada yang membalas, ada yang buat tidak tahu dan ada yang hanya menjeling dengan muka satu sen. walaupun begitu, aku akan tetap memberikan senyuman kepada sesiapa juga selagi aku mahukan begitu. tetapi apabila lebih 3 kali orang yang sama akan buat tak tahu atau menjeling bila bertembung dengan aku, maka otak aku akan scan dan save muka orang tu dan senarai hitamkan daripada menerima senyuman daripada aku. perlu ke menjeling bila orang melemparkan senyuman kepada kite?



semakin hari aku dapat biasakan diri menjadi lone ranger di sini. takde masalah kat aku sebab memang aku keje sorang-sorang kat site (opis lama) selama hampir 6 bulan sebab bos masa tu memang hantar aku sorang je kat sana. aku ke cafe seorang diri setiap hari sebab takde sape pun kat opis ni yang pernah pelawa aku untuk ke cafe bersama-sama. aku nak mengendeng-ngendeng kata nak ikut dorang g cafe memang takkan sekali-kali aku lakukan sebab bila aku lakukan tu, aku hanya buang tabiat je. lagipun, aku kan staff baru kat sini, mestilah aku segan dan malu. nasib baiklah aku memang dah terbiasa sangat pergi makan atau pergi mana-mana seorang diri. jadi takde masalah kat aku semua tu.

kemudian aku mengambil keputusan untuk membawa bekal ke opis setiap hari. sebabnya, memang hari-hari setiap pagi mak aku akan masak breakfast untuk anak-anak buah aku ke sekolah. jadi aku pun tumpang sekaki. bermulanya aku membawa bekal ke opis, aku pun tak turun ke cafe lagi cuma kadang-kadang je bila bekalan aku tak cukup dan aku terasa lapar. masa ni adalah jugak staff kat sini dah mula meringankan mulut ajak ke cafe, tapi sayang...aku terpaksa menolak kerana makanan yang mak aku bekalkan lebih penting daripada makanan dicafe.

dalam tempoh sebulan bekerja, tiba-tiba aku ditugaskan untuk bertugas di Istana Sri Menanti semasa hari pertabalan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. masa ni jumpalah staff-staff dari unit-unit lain yang bernaung dibawah kerajaan negeri ini. mulanya rasa seronok sebab boleh kenal-kenal dengan staff dari unit lain dan pelbagai jawatan. namun...aku silap mentafsir. staff opis swasta tak sama dengan staff gomen. aku tak pernah jumpa staff yang sombong dan bongkak sejak aku bertukar-tukar kerja di opis swasta dari tahun 2006 lagi. semuanya ramah dan murah senyuman walaupun tak kenal. jauh bezanya dengan staff gomen yang aku jumpa disini. ada yang sombong, berlagak dan ada juga yang baik dan ramah. bermulanya saat itu, aku mula scan orang yang aku jumpa dan buat senarai siapa yang boleh dibuat kawan siapa yang harus dibuat tak tahu je bila jumpa.

cabaran bertugas semasa hari pertabalan memberikan aku pengalaman yang bermakna. selain daripada mula mengenali perangai-perangai sebahagian staff di bangunan ini, aku juga diberi peluang mengikuti acara pertabalan yang tak pernah aku terfikir aku akan turut serta. jadi, di sini, corak dan warna kain putih yang aku berikan kepada semua staff di sini sudah mula menampakkan corak dan warna masing-masing. dan seharusnya aku mula membiasakan diri dengan keadaan persekitaran dan juga orang-orang disini. ku sangkakan setakat ini sahaja aku berjumpa dengan perangai orang-orang sombong disini,  sekali lagi aku jauh tersasar. rupanya, apa yang aku bakal temui dan lalui lebih dasyat dan lebih menyiat-nyiat hati ini. hanya Tuhan yang tahu bagaimana aku hadapi semua ini.

sejak aku mula menjejakkan kaki di sini, aku mengamalkan konsep rendah diri, ikhlas, berbuat baik dengan semua orang dan meringankan bibir untuk tersenyum. sebab bagi aku, bila kite tak kacau orang, orang pun takkan kacau kite kan. tapi...kat sini...tak boleh pakai konsep tu. tu salah satu benda yang aku belajar di sini. jadi...mulai saat itu senyuman aku bukan untuk semua orang lagi...

bersambung...

Monday, August 2, 2010

bermulanya kehidupan aku di sini

aku masih ingat lagi hari pertama aku melapor diri di opis aku sekarang 29.09.2009. masa tu semuanya 0, zero. maksudnya aku langsung tak tahu apa-apa pasal opis ni. langsung tak kenal sesiapa pun. walaupun neves, tetap kena teruskan langkah. entah macam mana staff kat opis baru, macam mana nak sesuaikan diri, apa kerja yang aku kena buat, macammana environment jadi penjawat awam ni..semuanya bermain dalam fikiran aku.



bila dah melapor diri lebih kurang seminggu, aku masih tak dapat sesuaikan diri dengan keadaan. aku langsung tak reti nak berkawan atau nak tegur orang. sebabnya aku ni memang segan dan pemalu orangnya. dalam mulut ada emaslah katakan. kalau orang tak tegur aku, aku pun tak tegur orang. staff kat sini pun ada yang peramah dan tegur dan ada yang buat tak tahu. biasa lah tu. jadi aku seperti biasa, buat hal sendiri. dengan takde pc selama seminggu, duduk menonggok termenung kat bilik sementara seorang diri daripada pukul 7.30 pg - 4.30 ptg, aku rasa teramatlah bosan dan rasa menyesal ditempatkan disini. tiba-tiba rasa rindu pada opis lama.

pada awal di sini, aku akui aku tak bercampur orang sangat. bukan aku sombong tapi aku memang macam ni dari sekolah lagi. suka buat hal sendiri. ditambah pulak masalah yang berserabut dalam kepala aku masa tu dengan emosi yang tak stabil membuatkan aku lebih senang bersendirian. lagipun aku memang tak reti nak pergi bilik orang dan beborak-borak kosong kecuali pasal keje. seandainya aku tiba-tiba je pegi bilik orang dan beborak-borak huha huha, itu maknanya aku sedang buang tabiat. percayalah...

seawalnya aku disini, aku memandang semua orang di opis aku ni dan juga semua orang dibangunan setinggi 5 tingkat ni kosong je. maksudnya aku langsung tak tahu dorang macam mana. jadi, umpama kain putihlah semua orang disini dimana corak dan warna kain putih tu nanti akan dapat dilihat oleh aku semakin lama aku bekerja disini nanti dan dengan itu, dapatlah aku membuat penilaian untuk kepentingan diri sendiri.

bila dah dapat bilik sendiri dan pc, aku tersangatlah happy. sebabnya, dimana-mana tempat, aku hanya perlukan pc dan privacy dan aku takkan mintak apa-apa lagi. so, aku lebih banyak menghabiskan masa dalam bilik menghadap pc. ntah apa aku buat masa tu aku pun tak ingat sebab takde keje lagi masa tu. tapi ada jugaklah masuk forum untuk tahu apa tugas jawatan aku ni. aku sendiri tak paham sebab ada gred pulak jawatan kat keje gomen ni. ntah apa maksud gred F41, F29 N22, N17, M44, F48 dan sebagainya, aku pun tak tahu sebab masa keje swasta dulu takde gred-gred ni.

aku bertambah tak reti bila diletakkan 2 orang penolong dibawah aku. sesungguhnya aku biasa dan suka bekerja seorang diri. aku biasa menerima arahan/kerja dan aku tak pernah dan tak reti untuk memberi arahan/kerja pada orang lain. oleh itu, menjadi satu beban pada aku bila dibawah aku ada penolong. bukan dorang membebankan aku tapi aku yang membebankan diri sendiri sebab aku tak biasa jadi bos walaupun bos kecik. huhuhu.

senarai sistem yang diberikan pada aku membuatkan aku teramat-amat terkejutnya kerana di opis lama, aku hanya buat 1 sistem sahaja. namun di sini, 8-10 sistem yang perlu dihandle. entah macammana nak buat pun aku tak tahu sebab langsung takde pengalaman nak handle dan agihkan kerja. sebelum ni aku hanya tahu buat programming je. duduklah aku berjam-jam mengadap pc membuat koding oracle. tapi disini...aku terpaksa analisis, design database, design interface dan macam-macam lagi....tetapi tak perlu buat programming. sesungguhnya aku lebih rela buat programming daripada buat keje yang dicover oleh jawatan aku ni. huhuhu.

semakin lama aku bekerja disini, semakin banyak pengalaman, semakin ramai orang aku jumpa dan semakin banyak kejadian-kejadian yang tak pernah aku sangka aku akan alami dan jumpa. semuanya akan aku huraikan dalam entri-entri yang akan datang...

bersambung...

Sunday, August 1, 2010

mungkinkah

* lokasi: rumah lelaki 16.5.2010 (ahad)

note:- walaupun dah lambat, tetap kena upload atas permintaan ramai. maaflah lambat upload, gambar dapat selepas 2 bulan kahwin. huhuhu.

* * * ni lagu yang aku nyanyi masa 1st time karoke dengan encik capo grande and d gang pertengahan januari 2010 yang lalu di PD. masa ni memang lagu ni ditujukan untuk dia. tapi cakap dalam hati je lah. masa ni tengah sembunyi-sembunyi hati dan curi-curi pandang je tapi akhirnya...tengok je gambar-gambar di bawah. huhuhu * * *

seperti ada yang tak kena di saat melihat ke arahmu
saat kau berpaling dan tersenyum dunia jadi luar biasa
maafkan andainya ku mengganggu ku bukan membaca fikiranmu
ku hanya ingin mengenalimu dan tahu ku menyukai kamu
mungkinkah ku teman biasa seawalnya kita berjumpa
mungkinkah kau tidak terasa perbezaannya
mungkin bila tiba saatnya kita akan tetap bersama
mungkin kita kan jatuh cinta mungkinkah












diam-diam jatuh cinta

 * di rumah perempuan 15.5.2010 (sabtu)

note:- walaupun dah lambat, tetap kena upload atas permintaan ramai. maaflah lambat upload, gambar dapat selepas 2 bulan kahwin. huhuhu.


* * * ni lagu yang aku nyanyi masa 1st time karoke dengan encik capo grande and d gang pertengahan januari 2010 yang lalu di PD. masa ni memang lagu ni ditujukan untuk dia. tapi cakap dalam hati je lah. masa ni tengah sembunyi-sembunyi hati dan curi-curi pandang je tapi akhirnya...tengok je gambar-gambar di bawah. huhuhu * * *

diam-diam.. berpandangan...mata bertentang mata..
malu-malu.. aku malu..kau buat begitu..jeling-jeling.. 
kau menjeling senyumanmu menggoda.. lama-lama.. dalam diam aku jatuh cinta..
beginikah rasanya sakit asmara..
siang malam gelisah..ingin bersama..ku tunggu, ku menanti kata cintamu..
biar senang dihati ku disampingmu
jangan-jangan kau berpura sembunyikan hatimu..bukan-bukan
ku tak tahu debar didadamu..
kita saling sama cinta tetapi malu-malu... diam-diam jadi rindu rinduku padamu
dulu malu tapi mahu kini baruku tahu diam-diam jatuh cinta
bersama akhirnya...











aktiviti jumaat lepas

petang hari jumaat yang lepas selepas waktu keje, aku dan encik capo grande telah meluangkan masa  menonton wayang di MBO Cinema di Terminal 2. movie yang kami tonton adalah "sorcerer's apprentice". sedap citer ni. tak rugi g tengok.




lepas habis movie, kami menjemput lida di IPK Seremban lebih kurang dekat-dekat pukul 9 malam. rancangan awalnya nak pergi terus ke rumah bangcik di pinggiran senawang, namun encik capo grande telah mencadangkan agar kami singgah berkaroke dalam sejam dua di K Box Dataran Senawang dulu. aku yang dah lama tak karoke, terus saja bersetuju. aku turut mengajak anak buahku yang bernama mimi untuk join sekali dan memaksa dia untuk turut menyanyi kalau nak ikut lagi lain kali. huhuhu.

disebabkan keadaan aku yang berbadan dua ini, maka suaraku sering pancit dan tak kesampaian. malah rasa nafas tak sampai dan tercungap-cungap ketika menyanyi. tapi aku yang tak sedar diri ni, nak jugak menyanyi lagu suara tinggi walaupun sedar suara tak kesampaian. wawawawa.... sumbang ke sumbing ke lantaklah, yang aku tau aku nak nyanyi gak. ^_-.  kami berempat bergili-gilir menyanyi selama 2 jam tu (capo grande, aku, lida dan mimi).

setelah 2 jam berkaroke, dan masa pun dah tamat, kami teruskan perjalanan ke rumah bangcik dimana emakku telah pun tertidur menunggu kami sampai. sebabnya, dalam telefon aku bagitau sampai sana dalam pukul 9 lebih tapi aku tak mengupdate pada mak aku yang kami singgah karoke dulu. huhuhu. sampai-sampai je terus makan lauk yang dimasak khas oleh mak aku untuk aku sebab setiap kali aku nak balik rumah mak aku, mesti aku order lauk apa nak makan skali. huhuhu. bertuah punya anak. ^_^

bukan seperti dulu

entah kenapa sejak akhir-akhir ini aku tidak segagah dulu. huhuhu. cepat penat, hongeh, tercungap-cungap, tak larat dan sebagainya. baru bejalan sket atau berdiri lama sket, kaki aku dah sakit-sakit dan lenguh.
selain daripada tu, aku juga tidak boleh terlalu membongkokkan diri. alamatnya, aku akan mengalami kesakitan perut yang datang tiba-tiba. kalau tak membongkok pun memang aku akan sakit perut tiba-tiba. tapi sakit sekejap-sekejap je lah. walaupun sekejap, tapi sakit.


begitu juga aku tidak boleh mencangkung seperti biasa lagi. mujur ada terciptanya tandas duduk. huhuhu.
lagi masalah yang aku hadapi adalah, aku agak sukar untuk memotong kuku jari kaki sendiri. agak terseksa untuk mencari kedudukan yang selesa kerana perut semakin membesar dimana akhirnya aku terpaksa potong kuku kaki dalam keadaan senget. nampaknya selepas ini, encik capo grande terpaksalah belajar untuk memotong kuku kaki aku kerana sementara tunggu kuku ni panjang, mungkin perut aku dah semakin ke depan. huhuhu. malam-malam pulak ketika tidur, kaki aku akan sakit tiba-tiba macam krem. biasanya bila kaki aku krem aku akan tersedar sebab terlalu sakit. dan kadang-kadang airmata aku mengalir sebab sakit sangat. nak kejutkan encik capo grande yang sedang nyenyak berdengkur aku tidak sampai hati. jadi aku menanggunglah kesakitan seorang diri sehingga ia elok sendiri.

pagi ni aku terpaksa skip dari turun perhimpunan kerana sesungguhnya kaki aku tak mampu untuk bertahan berdiri terlalu lama. kalau duduk takpe gak. huhuhu. buat masa ni tu saja kot perubahan-perubahan yang berlaku kepada aku sejak pregnant ni. oh ya, baju pun banyak dah tak boleh nak pakai. nampaknya kenalah spend 1 hari untuk pergi membeli baju yang bersesuaian dengan keadaan badan dan perut aku skang dan akan datang sehingga pinggang aku kembali slim seperti dulu dimana suatu ketika dulu ukuran pinggang aku adalah 22cm - 25cm manakala berat aku adalah 45kg. huhuhu

LinkWithin