Friday, July 30, 2010

suku hari diklinik kesihatan

seumur hidup aku, ni lah kali pertama darah aku diambil begitu banyak iaitu sebanyak 2.5 ml. sedangkan nak kena cucuk untuk cek darah secoet pun aku dah takut gile dan nak pitam, ni kan pulak darah diambil sebanyak 2.5ml. semuanya sebab aku ke klinik kesihatan kerajaan untuk buat buku merah khas untuk pempuan mengandung. mulanya pukul 7.00 pagi tu aku ke klinik kesihatan ampangan, namun nurse kat situ suruh pegi klinik kesihatan rasah pulak sebab alamat tinggal aku skang dibawah klinik kesihatan rasah. tah hapo-hapo tah. tu pun nak berkira. menyusahkan orang je nak kena g rasah pulak. buatkan je lah. leceh betul.



aku dan encik capo grande pon terus je ke klinik kesihatan rasah. lepas dah daftar, terus nurse kat situ suruh kencing atas pita untuk cek kencing manis. aduhai...tadi kat klinik ampangan dah kena kencing dalam tabung sebab nak keluarkan surat kompemkan aku ni pregnant. skang nak kena kencing lagi. sesungguhnya langsung tak terasa nak terkencing. terpaksalah aku paksa diri aku ni terkencing jugak. keputusan untuk kencing manis adalah negative.

lepas tu masuk dalam makmal kena amik darah setabung. tekejut ghimau aku bila nurse tu kate lepas ni pergi makmal b untuk amik darah sambil hulurkan tabung darah kat aku. rasa nak pitam dan nak lari je dari situ. aku memang penakut nak kena cucuk dan amik darah ni ok. bukan buat-buat. memang aku takut. walaupun aku seorang wildcutecat...aku mengaku aku penakut dengan jarum. waaaaaaaaaaaaaaa............................
sementara menunggu nama aku dipanggil, dup dap dup dap je jantung aku ni sambil membayangkan darah aku tengah kena amik. ntah macam mana sakit rasanya. huhuhu.

bila nama dah dipanggil lagilah aku neves. encik capo grande sudah siap ready tepi pintu kalau-kalau aku pengsan atau pitam. dia siap bagitau nurse yang dia nak standby kat situ takut kalau-kalau aku pengsan. hal demikian menyebabkan keadaan dalam bilik tu huru hara dengan suara nurse yang risau aku pengsan. dah la cakap kuat-kuat. habis semua orang yang menunggu kat luar tu tahu aku penakut kena cucuk dan nak pengsan. walaupun aku malu, namun ketakutan untuk kena cucuk diambil darah mengatasi perasaan malu tersebut. aku langsung tak tengok masa nurse tu cucuk dan amik darah. tau-tau dia kata dah sudah dan masing-masing lega bila aku tak pengsan. huhuhuu.

lepas dah amik darah, kena cek breast pulak untuk kanser payu dara. nurse tu suruh aku baring dan longgarkan bra. so, aku longgarkan lah bra pastu baring.

"tolong bukak bra sampai atas ye" kata nurse tu dengan lembut.

aku pun tercengang seketika.

"bukak? bukak sampai habis ke?" tanya aku dengan muka tekejut.

"a'ah la. macam mana saya nak cek kalau tak bukak sampai habis?" jawab nurse yang baik hati itu.

" kalau bukak sampai habis, nampak la breast saya." huhuhu. jawabku cemas.

nurse tersebut tersenyum-senyum dengan ayat aku tu.

aku pun dengan hati yang berat  terpaksa membuka habis bra aku. dengan muka merah akibat malu, aku cuba buat selamba sambil nurse tersebut membuat pemeriksaan kalau ada ketulan-ketulan di breast aku. huhuhu.

lepas dah selesai, barulah jumpa doktor lalu doktor scan perut aku. selesai je, terus kiteorang balik opis dekat-dekat pukul 11 pagi tu. 2 minggu lagi nak kena pergi hospital lagi untuk minum air gula. lepas 2 minggu datang untuk cek dan amik darah beserta suntikan kancing gigi. owh...mengapakah tiap-tiap bulan diriku ini akan disuntik untuk diambil darah? mengapakah jadi begini? haruskah semua ini? oh...benda yang aku takut benda tu lah yang aku kena hadapi sampai bersalin nanti. bersalin tu lagi sakit. waaaaaaaaaaaaa.........makkkkkkk...................

Wednesday, July 28, 2010

antara jam yang ku temui, kau saja kini dalam renungan...

jam baru aku (17/07/2010)

akhirnya aku ada jam yang dibeli dengan duit sendiri. sebelum-sebelum ni memang aku ada jam. tapi semuanya orang yang belikan. maklumlah masa tu aku belum keje lagi mana mampu nak beli jam. jam ni aku beli kat kedai jam dalam carefour seremban lepas balik dari party hari jadi anak mekchu. semuanya gara-gara encik capo grande yang menunggu order KFC didalam kedai jam lalu aku pulak yang terpaksa beli jam sebab dah  berkenan. nak pulak, duit tengah banyak jadi, tak kisah hagenya berapa. lalu, aku pun terus je beli bila dah berkenan. seterusnya encik capo grande pulak nak beli jam sebab  jeles tengok tangan bini dia ada jam cun. huhuhu


sejarah jam aku.

masa kecik-kecik lebih kurang umur 5-6 tahun, bangcik pernah belikan jam untuk aku. itulah 1st time tangan aku merasa pakai jam. tapi biasalah, budak kecik pakai jam sekejap je dah jahanam.

masa darjah 3, mak dan arwah abah aku belikan jam untuk aku dan lida. aku ingat lagi jam tu, warna hitam, dalam dia putih lepas tu ada kartun warna biru. aku sayang sangat jam tu. tapi...aku sendiri jahanamkan. masa tu aku bergaduh dengan lida. disebabkan aku tengah mengamuk tak puas hati sebab tak dapat nak melawan (maklumlah, masa tu aku memang selalu jadi mangsa buli dia) aku capai benda yang paling dekat dengan aku iaitu jam aku sendiri lalu aku hempas ke simen. serta merta jam aku pecah dan terus tak berfungsi. lalu aku menyesal lalu menangis sambil peluk jam yang dah tak bernyawa tu. maafkan aku jam. huhuu. sejak tu aku dah takde jam. mak dengan arwah abah aku kata tak nak belikan aku jam lagi sebab aku dah jahanamkan jam tu. *_*.

masa aku form 3, mak aku belikan jam untuk aku lagi. masa ni abah aku dah setahun meninggal. sesungguhnya aku tak pernah meminta dibelikan jam, mak aku sendiri yang tanya aku nak jam ke tak. lepas tu mak aku suruh pilih. aku pilih yang murah je. tapi mak aku suruh pegi pilih kat jam yang hage ratus-ratus. aku dengan berat hati menurut perintah sahaja. menurut emak aku:

"den suruh pilih tu pilih yo lah. kok den takdo duit takdo lah den nak bolikan"

sebagai seorang anak yang menurut kata, aku pun memilih jam yang agak mahal bagi akulah. dah hage 3 angka, kompemlah mahal. citarasa aku hanyalah jam yang sporty. aku suka pakai jam sporty sesuai dengan aku yang wildcutecat ketika itu. dan pilihan warna kompemlah hitam putih. aku dah berjanji dengan diri aku sendiri untuk menjaga dan menyayangi jam itu seperti nyawa aku sendiri. mahal tu mak aku belikan. sejak itu aku bergaya dengan jam sporty yang aku pakai sehinggalah tahun akhir di UTM. dimana akhirnya jam itu rosak dan tidak dapat diselamatkan lagi dan aku sangat sedih mengenangkan jam tu banyak berjasa pada aku. bila aku dah takde jam, mak aku belikan aku jam lagi iaitu pada tahun 2005. kali ni jam perempuan. memandangkan mak aku nak belikan lagi, jadi aku biarkan sahaja kali ni mak aku pilihkan dan aku pakai je. lepas setahun bateri jam ni habis, dan aku asik lupa nak tuka bateri jam tu sampailah dia rosak sendiri. jam ni aku kurang sayang sket sebab dia tak sporty. huhuhuhu.

lepas 3 tahun aku ada jam sporty lagi yang bukan aku beli tapi hadiah hari jadi aku pada tahun 2009 dimana jam itu sekarang berada ditangan lida sebab dia tahu aku nak buang jam tu lalu dia pun merayu kepada aku:

"woi, den dongar kau nak buang jam tu. apokato kau bagi kek den jo sobab jam den dah ghusak. nak boli ntah bilo. jam kau tu elok lagi. daripado kau buang bagilah kek den"

rayuan lida dengan muka kesian menyebabkan aku suruh dia mengambil sendiri didalam tong sampah bilik aku kerana aku baru je membuang jam tersebut. huhuhu.

sejak tu aku memang tak de jam sehinggalah aku membeli jam seperti gambar di atas. rasa puas hati dapat beli jam dengan duit sendiri. walaumacammanapun tak dapat lawan sayangnya aku pada jam sporty yang mak aku belikan dulu. kalau aku jumpa design yang serupa macam jam tu, aku akan pastikan aku beli... bagi aku, jam tu penuh dengan kasih sayang mak aku. lagipun jam tu salah satu inspirasi untuk aku belajar bersungguh-sungguh disekolah dulu. mak aku dah belikan aku jam mahal. aku kena jadi pandai. aku mesti jadi pandai. terima kasih mak.

seperti biasa

ehem ehem....dah seminggu tak update dan tak masuk blog.

seperti biasa, kalau aku tak mengupdate tu, maknanya

aku sedang bertungkus lumus menyiapkan sistem php aku tu.

sebabnya petang semalam ada meeting untuk present sistem tu

pada user. dan seperti biasa bila aku dan menghadap koding php

memang aku tak ingat benda lain. 1 saat begitu bermakna untuk aku

mengkodingkan sistem tu supaya jadi seperti apa yang aku nak.

dan hasilnya, aku puas hati cuma adalah benda yang tak jadi

macam yang aku nak. tapi takpe..macam kata encik capo

grande ketika mengigau ' biar saya uruskan semuanya...'. huhuhu.

Wednesday, July 21, 2010

buang tebiat

aku sedang buang tebiat kah dengan menukar background blog ku ini dengan
gambar yang aku tak pernah termimpi untuk letak sebagai background?

entah mengapa


.
.
.
.
Haruskah aku membandingkan
Nasib diri dan tuah orang
Haruskah aku melupakan
Segala kurniaan

Entah mengapa mataku ini
Halaman orang nampak berseri
Laman sendiri berwarna warni
Tak bererti
Terlalu asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak
Rumput yang hijau kulupakan
.
.
.
.
.


Monday, July 19, 2010

aku sudah mula mengalaminya

buah limau idaman baby
setelah 2 bulan, kini aku mula mengalami simptom-simptom yang dilalui oleh ibu-ibu mengandung iaitu mengidam. dari hari tu aku duk mengidam nak makan limau je. limau tau bukan sunkist. terbayang-bayang je kat imaginasi aku ni buah limau yang telah dikopek kulit dan dibuang bulu-bulu itu masuk ke dalam mulut aku lalu aku menggigitnya sehingga buah limau yang berair itu membasahi lidah seterusnya tekak aku. lebih masam limau itu, maka lebih lazatlah rasanya. waaaa....stok limau dah abis. aku betul2 nak makan limau skang ni.

encik capo grande, cepatlah balik bawak limau untuk gadis idamanmu ini. huhuhu. sesungguhnya aku tidak ke opis hari ni kerana mengalami pening kepala atau bahasa orang mengandungnya mabuk-mabuk kerana tak dapat makan limau.

limau limau...limau limau limau.....lalalala. limau limau...kenapalah takde orang jual limau dari rumah ke rumah.

berita terkini

aku kini mengidap sindrom malas mengupdate blog. huhuhu

Wednesday, July 14, 2010

..................



keheningan malam membangunkan

kepayahan jiwa meluahkan.......................

aku sudah balik

selama 3 hari 2 malam berada di kelantan, rasa macam tak nak balik. tapi bukan sebab aku suka tinggal kat kelantan tau. sebab utamanya ialah aku sayang nak tinggalkan bilik mewah di hotel renaisance tu. bayangkanlah berendam siang malam kat bathub sementara encik capo grande ke kursus. lepas tu baring di tilam empuk sambil menonton tv lcd 42 inci, dengan kedinginan yang menusuk ke kalbu. memang bahagia sekali.



dalam tempoh 2 hari tu sempatlah shoping sikit. SIKIT??? huhuhu. untuk pengetahuan, kami hanya membawa sebuah beg sahaja semasa pergi ke kelantan. tapi bila nak balik semula ke KLIA, tiba-tiba beg sudah beranak menjadi 3. huhuhu. ini semua gara-gara encik capo grande yang shoping keropok tak ingat saiz beg dan tak ingat yang kiteorang ni naik flight. hasil shoping, melayanglah RM400 untuk barang yang aku shoping saje. nasib baik aku bawak RM400 je. kalau aku bawak RM1000, maka RM1000 lah yang habis. untuk encik capo grande aku tak pasti berapa ratus duit dia melayang tak termasuk duit tiket flight aku. huhuhuh.

kami naik flight dari airport kota bharu untuk ke klia. sepatutnya flight berlepas pukul 4.35 petang namun telah didelaykan ke pukul 5.20 petang membuatkan kami kebosanan menunggu. dah dekat pukul 5.20 petang baru penumpang flight MAS MH1397 dipanggil untu masuk ke dalam perut flight. kami dapat tempat duduk yang sama macam masa pergi hari tu. seperti biasa, aku  nak duduk tepi tingkap sebab nak tengok luar dan kompem aku nak tengok saat flight tu terbang ke atas.

penerbangan balik agak ngeri kerana flight masuk ke dalam awan terlalu lama dan hanya nampak putih saja kat luar. selain dari tu gegaran-gegaran akibat berlanggar dengan awan membuatkan aku mula kecut dan cuak. seperti biasa, otak aku yang kreatif ni terus imaginasikan kalau kapal terbang ni terhempas macam mana? macammana kalau muncul flight lain dari celah awan tu dan berlanggar sebab memang tak nampak apa-apa. tiba-tiba terimaginasi muncul seorang budak lelaki yang terbang menaiki naga berwarna merah dan melambai-lambai dari celah awan. lepas tu mula teringat movie snake in plane. owh...sungguh mengerikan.

kami selamat sampai di klia pukul 6.45 petang. seperti biasa, aku begitu excited menunggu saat roda flight mencecah landasan sambil terimaginasi yang flight gagal mendarat lalu terhempas. huhuhuu. apo lah kono den ni. nak bona flight terhompeh agak e. encik capo grande sedang enak saja tido disebelah tanpa mengambil peduli keseronokan flight tersebut mendarat. syukur kepada Allah swt kerana menyelamatkan perjalanan kami pergi dan balik. terima kasih juga kepada kapten flight iaitu encik robin lui yang mengawal flight dengan selamat. keluar saja dari klia, driver sudah siap menunggu dengan pajero kerana boleh mengagak kami pasti bawak balik beg-beg besar lepas balik dari kelantan.

skang ni tak sabar nak bagi apa yang aku beli untuk mak aku dan adik beradik aku. tunggulah ye weekend ni bila aku datang ke rumah. sorrylah, tak shopping banyak. selain daripada ruang yang terhad, kewangan jugak perlu dibudget untuk shopping di masa hadapan. untuk makluman, aku bakal ke cherating dan langkawi dalam tempoh 5 bulan ni. seronoknya berjalan-jalan. lalalalala.

Sunday, July 11, 2010

kerana dia, akhirnya aku terbang jua

hari ni berbeza dengan hari-hari sebelumnya. sebabnya, kali ni aku menaip entri jauh nun di kelantan. apa yang aku buat kat kelantan? sebelum tu biar aku explain kenapa dah beberapa hari tak update blog. sebabnya aku leka mengadap koding php. nak siapkan sistem yang aku tengah bangunkan yang pernah aku cerita sebelum-sebelum ni. sebelum ni dah 80% siap, skang nak tambah sket berdasarkan permintaan user. so, bila aku dah mula mengadap php, memang aku takkan usik benda-benda lain.



tujuan aku ke kelantan adalah sebab mengikut encik capo grande yang berkursus di sini dari 11/7 - 13/7. sebenarnya dia yang ajak. takdelah aku memanja-manjakan diri aku kat dia supaya dia bawak aku. sebabnya keje aku kat opis melambak-lambak. ni pun aku bawak keje-keje sekali datang ke kelantan. sementara en capo grande berkursus, aku buatlah keje di bilik hotel. nasib baik jugak bos aku yang baik hati membenarkan aku amik cuti 2 hari ni.

untuk pengetahuan, kami ke kelantan dengan menaiki flight MAS. aku memang tak pernah naik kapal terbang seumur hidup aku. inilah kali pertama. mmmm...sebenarnya tujuan en capo grande ajak aku g kelantan sebab nak bawak aku naik flight. sebabnya masa bertunang dulu aku pernah cerita aku tak pernah naik flight. menjadi jugak taktik aku. yesss! yesss! hihihi. tak sia-sia kawin dengan encik capo grande. dapat jugak aku merasa naik flight. encik capo grande memang pernah naik flight sebelum-sebelum ni.  terima kasih jugak sebab encik capo grande yang baik hati yang telah mensponsor tiket pergi balik flight aku yang berharga ratus-ratus tu. tiket dia kompem la free sebab dia pergi sini atas urusan kerja. kalau nak tunggu aku naik flight sendiri memang jangan haraplah. kecuali kalau pergi atas urusan kerja. tapi buat masa ni memang takde dan ntah ada ntah tidak.

1st time naik flight aku tak neves langsung. cuma aku agak risau baby dalam perut aku sebab sehari sebelum hari ni, aku dah google, sesuai tak pempuan mengandung naik flight? kebanyakan yang aku baca memang menakutkan akibat-akibatnya. tapi sebab aku fikir perjalanan pun tak sampai sejam, so takde apa-apa lah harapnya. bila nak masuk flight tu entah kenapa aku jadi excited. tiba-tiba rasa nak melompat-lompat sampai masuk dalam flight. tapi takde la melompat pon. gilo apo. hahaha. kecoh je aku ni kan. orang lain naik flight tak kecoh pun. huhuhu.

bila dah duduk, aku tak sabar-sabar nak tunggu flight tu terbang. gila ecxited lah. aku nak rasa macammana perasaan bila flight tu berlepas. adakah aku neves? adakah aku akan pening? adakah aku akan muntah? aku memang dah ready beg muntah tu takut kalau-kalau aku memerlukannya. flight berlepas lewat sket dari jadual sebab ada masalah teknikal. ikutkan pukul 10.10 pagi dah berlepas. oh ya, kami naik flight di KLIA dan akan mendarat di airport kota bharu.

bila tiba masa flight berlepas, gilalah aku excited. laju tu kapten pilot tu bawak. seronok gila. kebetulan aku duduk sebelah tingkap dan berhampiran sayap. so keje aku asik tengok luar je sambil tengok sayap tu dah naik ke belum. memang tak sabar. bila tengok sayap tu dah condong ke atas dan landasan makin jauh, aku tahulah kapal terbang dah terbang. aku rasa mulut aku ternganga je tengok luar. excited gile tak tahu nak cakap macammana. masa ni memang aku lupa dah pada encik capo grande yang duduk kat sebelah sebab aku leka tengok luar. memang aku tak neves masa berlepas. mungkin sebab aku suka naik roller coster dan aku rasa naik roller coster lebih ngeri dari saat flight tu nak berlepas.

makin lama makin condong ke atas dan makin keciklah pemandangan kat bawah. tiba-tiba aku risau sebab rasa kapal terbang dah macam slow dan macam nak berhenti je masa tengah condong ke atas tu. aku mulalah terbayang citer-citer pasal keadaan dalam flight bila nak terhempas. waaaaaaaaaaa..........tetiba jadi takut lalu aku bertanya pada encik capo grande adakah flight ni akan sentiasa condong macam ni? huhuhu. penjelasan dia buat aku lega sebab katanya jap lagi luruslah.

lepas tu aku tak sabar-sabar nak tunggu mendarat pulak. sebab aku nak rasa pulak perasaan bila mendarat. kata orang, saat yang paling sukar adalah saat flight tu nak mendarat. alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai di airport kota bharu lebih kurang pukul 11.25 pagi. terima kasih pada kapten flight tu iaitu kapten zainal abidin yang mengawal flight dengan selamat. alhamdulillah juga sebab aku tak apa-apa dan harap-harap masa balik nanti semuanya jugak akan berjalan dengan lancar dan selamat. di kelantan, kami menginap di hotel renaissance. memang sangat selesa kat hotel ni. seminggu kat sini pun takpe. huhuhu


untuk encik capo grande: thanks ye sayang...love u...lenkali bawak lah lagi jenjalan naik flight. huhuhu

note: gambar akan aku upload kemudian sebabnya aku terlupa nak copy watermark untuk gambar-gambar aku dari pc opis. huhuhu.

Tuesday, July 6, 2010

seseorang bertanya

soalan ni aku dapat 2 minggu yang lepas.

seseorang bertanya kepada aku ;

seseorang: korang baru kenalkan? tekejut bila tau korang nak kawin hari tu sebab awak kan baru masuk keje kat sini. memang dah lama kenal ke?


aku: taklah. masuk keje sini baru kenal. tapi hujung bulan 1 baru couple.

seseorang: wa...4 bulan saja terus kawin.

aku: a'ah. saya lagi terkejut. malam keluar, esok terus beli cincin merisik terus meminang. seminggu pastu tunang lepas 2 bulan lebih kawin. macam tak percaya.

seseorang: wah, cepatnya. tapi korang 1 opis kan? boleh ke keje kalau 1 opis? kalau saya, mesti tak boleh. kat opis jumpa kat rumah jumpa. boleh bosan.

aku: boleh je keje 1 opis. lagi senang. takde bosanlah, suka lagi adalah.

perbualan terhenti setakat ini sahaja atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan. sekian.

motif??? huhuhuu

ye....aku menangis

maaflah jika entri aku ni terlambat. aku kesibukan dihujung minggu sehingga tiada masa nak online apatah lagi nak taip entri. pada hari isnin dan selasa pula aku terlibat dengan bengkel dasar keselamatan ict di port dickson dan langsung takde masa nak wat entri penting ni. walaumacammanapun, aku tetap akan luahkan perasaan walaupun sudah lewat beberapa hari.



seperti yang semua dah tahu...pada hari sabtu 3 julai 2010 diantara pukul 10.00 malam - 12.00 malam, ada game antara argentina dan german. sudah tentu aku peminat team argentina tidak sabar-sabar nak menonton perlawanan tersebut. dah tentu jugak encik capo grande turut menonton sebab dia sibuk nak sokong jerman yang dah kalahkan team feveret dia iaitu england. huhuhu. walaupun aku tidak berapa yakin argentina akan menang malam itu, aku tetap memberi sokongan cuma aku terlupa nak pakai jersi argentina sewaktu perlawanan tersebut. mungkinkah ia salah satu penyumbang kepada kekalahan argentina? huhhuh.

baru saja 3 minit game bermula, german dah dapat 1 gol. aku mula rasa argentina tergugat. tapi takpe, ada banyak masa lagi untuk argentina samakan gol. malangnya cubaan demi cubaan tidak menjadi dan akhirnya german dapat 1 lagi gol. aku mula rasa tak sedap hati. lebih sakit hati bila encik capo grande terjerit-jerit sebut gol!!!!!!!!!!!!!! rasa nak tampal mulut dia dengan plaster je. aku mula mendesak supaya argentina cepat-cepat sumbangkan gol. melihat kesungguhan messi, teves dan team yang lain bermain membuatkan aku yakin argentina boleh golkan bola. kalau tak menang pun at least ada gol. tapi semua gol tak menjadi membuatkan hati aku semakin berdebar-debar mengalahkan debaran semasa menerima anugerah bintang popular. kui kui kui.

sebaik sahaja german masukkan gol ketiga dan masa tinggal 10 minit je lagi, hati aku mula sebak dan tak sanggup menonton perlawanan sampai habis. terus saja aku cakap pada encik capo grande aku nak masuk tido lalu terus masuk ke bilik tanpa memperdulikan dia yang memanggil-manggil aku. hati dah terlalu sebak hingga menitiskan airmata. aku betul-betul sedih. aku tak kecewa argentina kalah. memang adat perlawanan ada menang ada kalah. tapi aku betul-betul sedih sebab tak boleh nak tengok argentina main lagi. tiada lagi wajah messi bermain bola. aku bertambah sedih membayangkan wajah-wajah team argentina yang dah bermain sampai tahap tu tetapi gagal ke peringkat seterusnya. entahlah...aku sedih. tak sangka aku menangis kerana bola. tak lama lepas tu encik capo grande masuk bilik lalu memujuk aku. dia kata, ' tu pun nak nangis. bola je lah' huhuuu

lagi aku nak menangis adalah bila dia cakap macam tu. tapi aku dapat gak kontrol tak nangis lebih-lebih. cuma wajah sedih memang tak dapat disembunyikan lagi. sejak hari tu agak sensitif di telinga aku bila ada orang menyebut pasal game antara argentina dan german hari tu.

messi..argentina..maafkanlah aku sebab tak tengok game sampai habis. aku betul-betul tak boleh tahan menangis. walaumacammanapun, 4 tahun akan datang, kita jumpa lagi. hatiku tak akan berubah. huhuu.
tiba-tiba rasa dah tak syok nak tengok world cup sebab argentina dah takde.

tak sangka aku menangis kerana bola... owh...apakah yang berlaku kepada diriku ini??? aku tau kompem ada yang gelakkan aku sebab ni. gelak la...gelak...gelak la.
waaaaaaaaaaaaaaaaaaa....................argentina......

aku ke bengkel

baru saje balik dari bengkel kereta dasar keselamatan ict kerajaan negeri sembilan petang tadi. bengkel yang berlangsung selama 2 hari sejak semalam di hotel sri malaysia, port dickson dihadiri oleh pegawai-pegawai yang dijemput oleh urusetia. entah apa nak cerita pasal bengkel ni ye. biasa a, perbincangan kumpulan. makan. bincang balik. makan. bincang. makan. rehat. makan. bincang. esoknya iaitu hari ni pun sama macam semalam cuma sebab hari ni hari last, adalah pembentangan berkumpulan sket diselang seli dengan makan dan minum.


tak tau nak citer apa cuma kaki aku sakit yang amat-amat sepanjang 2 hari bengkel ni. ditambah dengan ulang alik ke toilet nak terkencing je kejenye. selain daripada tu rasa nak demam je sebab aircond sejuk sangat. oh ya, bengkel ni turut disertai oleh encik capo grande sebab dah tentulah dia satu opis dengan aku. sama jawatan sama gred cuma bidang keje je tak sama. tu saja untuk entri bengkel ni. takde yang menarik. huhu

Thursday, July 1, 2010

harapan disebalik nama aku

jam menunjukkan pukul 7 malam dan aku masih di opis. buat masa ni, otak aku tak dapat nak berfikir pasal kerja sebab perut aku tersangatlah lapar. jadi, tiba-tiba aku terfikir nak buat entri tentang nama aku. untuk sesiapa yang tak tahu, aku tanpa segan silu memperkenalkan nama aku hadibah harun. nama aku hadibah je. harun tu nama arwah abah aku.



arwah abah aku yang bagi nama hadibah ni kat aku. tapi aku tak tahulah sejak bila dia dah pikir nak bagi nama ni kat aku. tak terfikir nak tanya dulu. nama hadibah ni diambil daripada seorang penulis yang terkenal pada suatu ketika dulu. dia juga seorang pelakon tapi kadang-kadang je dia berlakon. nama dia adibah amin. kalau tak kenal. tengok gambar bawah ni:

adibah amin

masa arwah abah aku bagi nama ni kat aku, dia berharap supaya bila dah besar nanti, aku akan jadi pandai dalam pelajaran dan juga jadi seorang penulis seperti adibah amin ni. nama aku ada h kat pangkal. h tu sebab nama arwah abah aku stat dengan h. so, nama semua anak-anak dia memang stat dengan h. dari situ tertulis lah kat surat beranak nama aku hadibah bt harun.

bila aku dah sekolah aku tak pandai lagi dalam pelajaran. cukup-cukup makan je. tapi aku menyerlah dalam bidang penulisan. semasa aku di tahun 6, setiap kali subjek bahasa melayu yang ada karangan, akan bengkaklah telinga kawan-kawan sekelas sebab aku sentiasa kena puji dalam karangan. kalau sebulan cikgu suruh buat 5 karangan, maka 5 kalilah aku kembang sebab dipuji dan markah aku selalunya tinggi. dalam upsr pun bahasa melayu kedua-dua kertas memang dapat A manakala kertas english dan matematik agak mengecewakan.

bila naik tingkatan 2 iaitu semasa sedang meningkat remaja tiba-tiba aku jadi suka menulis cerpen. masa tu memang aku suka beli majalah remaja dan baca cerpen dalam majalah tu. tiba-tiba timbul idea nak reka cerita imaginasi aku sendiri. masa tu takde komputer lagi so aku tulis pakai tangan dalam buku nota je. cerpen 1st aku adalah tentang kisah seorang peminat yang jatuh cinta dengan penyanyi pujaan dia. aku pun dah lupa jalan cerita sebab dah lama sangat.

orang pertama yang baca cerpen ni ialah kakak aku yang bernama lida. tu pun dia curik dalam bilik. aku punyalah nak menangis bila ada orang baca sebab takut kena kutuk habis-habisan. tapi respon yang aku dapat sangat mengejutkan kerana kakak aku yang suka cari gadoh dengan aku dulu memuji-muji cerpen aku dan tak sangka aku boleh menulis macam tu. lalu dia bagi galakan suruh aku buat cerpen seterusnya. lepas tu adalah 3,4 cerpen lagi yang aku tulis. selepas setahun, lida ada pinjam novel dari kawan dia. dan kami sangat terkejut selepas baca satu novel tu (aku dah lupa tajuk) sebab jalan cerita 98% sama dengan cerpen aku yang 1st yang aku hasilkan setahun yang lalu. penyanyi yang jadi watak utama dan jalan cerita mmg sama dengan yang aku punya. aku anggap satu kebetulan yang teramat pelik sebabnya aku tak pernah bagi orang lain baca cerpen aku melainkan kakak aku tu je. kalau aku tau dulu baik aku publishkan cerpen aku jadi bentuk buku novel.

masa aku buat cerpen 1st aku ni, aku pun  belum pandai dalam pelajaran lagi. cukup-cukup makan macam kat sekolah rendah gak. macammana aku boleh pandai dalam pelajaran (seperti yang arwah abah aku harapkan) aku citer kat entri lain. selain itu, aku turut menyumbangkan cerpen untuk majalah sekolah dan juga sebuah sajak yang aku cipta sendiri.

masa pmr bahasa melayu aku dapat A. masa form 4 dan form 5 bahasa melayu dan karangan aku tak pernah dapat selain daripada A.
emak aku yang tahu bakat penulisan aku selalu menggalakkan aku hantar cerpen-cerpen dan novel yang buat ke majalah-majalah. namun...aku ni malas. aku buat untuk sendiri-sendiri je. lepas habis sekolah iaitu tahun 2000, aku masuk pertandingan mengarang untuk satu persatuan wanita bagi mewakili team sedara aku. sebenarnya aku tak pernah kata nak masuk. tahu-tahu je mak dan sedara aku dah masukkan nama aku dalam pertandingan tu sebab dengan yakinnya dorang kata aku pandai mengarang. tajuk karangan tu aku dah lupa. tapi bukan karangan budak-budak ok. pasal wanita. apatah. wanita lambang...ntahlah aku dah tak ingat. bertungkus lumuslah aku menyiapkan karangan setebal 8 mukasurat kertas kajang. tapi aku tulis pakai pen sebab takde komputer. kakngahlah yang jadi mangsa menaip semula guna komputer sebab kat opis dia ada komputer. terseksalah kakngah sebab kena baca karangan aku pakai kanta sebab tulisan aku kecik. huhuhu.
lepas dah hantar karangan tu sampailah hari pengumuman keputusan. dalam pertandingan tu aku dapat no 2. tu pun aku rasa terkejut sebab tak sangka dapat no 2 memandangkan peserta lain adalah cikgu-cikgu sekolah dan orang yang dah dewasa. akulah peserta paling muda belia lagi cute masa tu. menurut orang-orang disana, sepatutnya aku yang dapat no 1 dalam pertandingan tersebut kerana markah aku tinggi. namun, disebabkan ada unsur-unsur sabotaj maka, dapatlah aku no 2. tapi tak kisahlah sebab aku tak budget menang pon.

setahun lepas tu masa aku dah masuk U, sekali lagi sedara aku suruh aku masuk pertandingan mengarang tu sebab ia dibuat setiap tahun. tapi kali ni tajuknya lain tapi aku dah lupa jugak. masa ni aku sendiri taip sebab aku dah ada komputer. dalam pertandingan ni jugak aku dapat no 2. tapi untuk tahun ni tak tahulah ada unsur sabotaj lagi ke tak. apa pun aku tak kisah. yang penting aku dapat hasilkan karangan yang terbaik.

lepas masuk U aku dah jarang menulis cerpen sebab busy belajar dan buat assigment. masa dah keje lagilah aku tak dapat. tapi aku banyakkan menulis sajak pulak. biasanya sajak yang aku tulis menggambarkan perasaan aku sendiri. tapi dah 2,3 tahun aku berhenti menulis cerpen dan sajak. sebabnya idea tak datang. hehehe. kalau idea datang memang mencurah-curah. tapi bila takde idea, langsung takde.

so, sampai sini je lah aku citer tentang harapan arwah abah yang bagi nama hadibah kat aku untuk bahagian pandai jadi penulis. untuk bahagian pandai dalam pelajaran, aku akan buat entri lain bila ada masa.
aku buat entri ni bukan nak berlagak atau menunjuk yang aku ni pandai mengarang, tapi hanya untuk berkongsi harapan arwah abah aku terhadap aku dan adakah aku berjaya jadi seperti yang arwah abah aku harapkan.

LinkWithin