Wednesday, June 30, 2010

tua kutuk tak sedar diri...aku marah ni



KARL JOSEPH KRAUS (tengah) diiringi oleh beberapa anggota polis selepas ditangkap di Chiang Mai kelmarin.



*** macammana nak hormat orang tua kalau perangai macam setan???



BANGKOK - Seorang lelaki Australia berumur 90 tahun, Karl Joseph Kraus ditangkap dan didakwa merogol empat beradik perempuan di bawah umur di utara Thailand dengan menggunakan coklat import dan belajar bahasa Inggeris di rumahnya sebagai umpan untuk memerangkap mereka, kata polis semalam.


Dia ditangkap kelmarin di rumahnya dekat bandar Chiang Mai.
Menurut Ketua Polis Doi Saket, Kritapol Yeesakorn, polis turut merampas kira-kira 100 gambar bogel kanak-kanak.

Dia berkata, beberapa gambar menunjukkan Kraus bergambar bogel dengan sejumlah kanak-kanak dan polis kini sedang berusaha untuk mengenal pasti identiti kanak-kanak berkenaan.
Ketua polis itu berkata, Kraus yang tinggal di Thailand lebih sedekad lalu memujuk keluarga budak perempuan itu pada 2008 dengan menawarkan pembelajaran bahasa Inggeris.

"Dia (Kraus) akan mengumpan budak perempuan itu ke rumahnya dengan gula-gula, terutamanya coklat dari luar negara yang mahal dan meminta mereka melakukan perlakuan seks dengannya," kata Kritapol.
Menurutnya, baru-baru ini, Kraus memberi wang kepada kakak sulung empat beradik itu sebanyak 4,000 baht (RM400) bagi menggantikan gula-gula.

Ibu bapa empat beradik itu mengetahui perbuatan terkutuk tersebut selepas mendapati anak-anak mereka tidak berminat untuk keluar bermain di luar rumah.
Selepas ditanya, empat anak mereka itu yang berumur tujuh, 11 dan 12 tahun memberitahu perbuatan buruk Kraus menyebabkan satu aduan polis dibuat. - Agensi

sangat menci

aku sangat sakit hati. apakah facebook sudah kena blok di sini? sangat mesyusahkan aku. sebabnya:

1. macammana aku nak ping entri aku kat gengblogger sebab die connect guna akaun facebook? skang langsung tak boleh nak connect sebab facebook dah kena blok.



2.  aku bukan mengadap sangat facebook tu pun. kecuali update shoutout tu je dan jawab beberapa komen. aku tak main game dan tak mengadap fb tu berjam-jam. aku pun tak chating kat fb tu. 2 minit pun dah cukup untuk aku ngadap fb tu. aku pun tak klik kat profile orang sebab tak kuasa aku.

3. menyusahkan aku sebab aku rasa sakit hati.

4. sakit hati sebab rasa menyusahkan aku.

5. sakit hati sakit hati sakit hati.

6. geram geram geram.

7. kata time rehat and lepas office hour tak blok tapi nape tak boleh bukak langsung jugak?

8. menci menci menci.


weeekkkkkkkkkkkkkkkk.............;-p

kalaulah aku boleh karate dia

hari ni aku nak buat entri megutuk sket. sebabnya aku tak puas hati sangat. rasa geram rasa nak karate tengkuk dia. nasib baik dia memang takde tengkuk. kalau ada pun aku tak tahu kat mana tengkuk dia. apa yang berlaku yang membuatkan aku geram sangat-sangat dengan dia? ceritanya macam ni.



tak silap aku aku jumpa dia hujung bulan 10 tahun lepas. sebagai seorang pekerja baru yang berdedikasi, aku memang terus melaksanakan tanggungjawab aku dengan memberi maklumat yang dia mintak. malangnya, ada antara maklumat tersebut aku tak dapat nak bagi sebab aku kena rujuk surat perjanjian yang berkaitan dengan maklumat tersebut. manalah aku ingat isi kandungan surat perjanjian yang dah 2 tahun dalam simpanan tapi aku tak pernah baca tu. huhuhu. jadi, aku hanya bagi maklumat yang aku tahu je lah. yang aku tak tahu aku tinggalkan dulu dan akan bagi kemudian bila aku dah semak surat perjanjian tu.

bulan berganti bulan aku terlupa pulak pasal nak semak surat perjanjian yang aku kena amik maklumatnya untuk dibagi pada dia. tiba-tiba dalam meeting dia ugut pulak nak publishkan nama-nama yang tak bagi maklumat lengkap macam yang dia mintak. bukan aku sorang je lah, yang dah kerja bertahun-tahun dah nak pencen pun kena gak bagi maklumat tu. satu hari tu aku teringat lah nak bawak surat perjanjian yang ada maklumat tu lalu tanpa berlengah aku pun bagilah dia maklumat yang lengkap. lepas dah lengkap dan dah semak banyak kali, aku pun hantar. dia pun cakap aku dah berjaya hantar maklumat tu. so, aku pun terasa lah beban ringan sket sebab takyah pikir pasal tu lagi.

sejak hari tu aku memang tak pernah amik tahu pasal dia atau pasal apa yang aku hantar tu. sehinggalah semalam seorang cc telah berjumpa aku dan bertanya aku tak hantar lagi ke maklumat dot dot dot tu? aku dengan muka dan nada terkejut terus bagitau yang aku dah hantar sebulan yang lalu. menurut seorang cc itu, maklumat aku tak diterima oleh dot dot dot. lalu aku dengan pantasnya terus menyemak dan.... apa yang aku lihat sangatlah menyakitkan hati. semuanya kosong seolah-olah aku tak pernah mengisi dan hantar maklumat tu. lalu aku berjumpa seorang cc itu lagi lalu menegaskan aku memang dah hantar malah siap dia kata dah berjaya lagi. lalu seseorang turut berkongsi pengalaman dengan aku yang dulu dia pun mengalami masalah yang sedang aku alami skang. maknanya sekarang aku terpaksa isi dan hantar lagi sekali. dan yang membuatkan aku geram, aku nak kena pulak bawak surat perjanjian tu sekali lagi sebab aku memang tak ingat maklumat tu. dahlah banyak apa yang nak kena isi. belum kira lembapnya nak bukak dia dan masalah network kat cni.

dia yang aku maksudkan disini bukanlah manusia, binatang atau serangga. tapi adalah.....sebuah SISTEM KOMPUTER yang bernama dot dot dot yang menyakitkan hati aku. dia membuatkan reputasi aku tercemar sebab telah dituduh tidak menghantar maklumat tersebut sedangkan aku sudah berbuat demikian. sebab tu aku kata dari awal aku nak karate je dia kalau dia ada tengkuk. waaaaaaaachaaaaaaaaa!!!!!

Tuesday, June 29, 2010

clorox punya pasal

adoi...napelah auntie cleaner ni g basuh toilet pakai clorox.

serius aku tak boleh bau. pening kepala and sesak nafas

tiba-tiba. tapi nak tak nak kenalah masuk gak toilet tu

walaupun tak tahan bau clorox.

dulu masa aku menyewa kat kota damansara, aku penah basuh

toilet pakai clorox. masa tu jugak terus pening nak pitam

dan sesak nafas 3 hari. sejak hari tu aku menjauhkan diri dari

clorox sehinggalah pagi tadi. huhuhu. nak balik..................

aku pelik

aku pelik lah...kenapa kalau mimpi kena kejar kat orang jahat

mesti aku lari slow motion. padahal dah sekuat hati dan

sehabis tenaga dah lari,

tapi tetap slow motion. rasa berat sangat kaki. pastu

penat sangat.

peliknye....

Monday, June 28, 2010

pengsan sampai pagi

akibat tak cukup tido sebab bangun tengok world cup antara argentina dan mexico pukul 2.45 pagi hari tu, sepanjang semalam, aku menderita. hihihi. sendiri carik pasal, sendiri tanggung la. kepala aku pening je sebab tak cukup tido. rasa diri terawang-awang seolah-olah macam mimpi. rasanya kalau semalam cuti takde lah aku pening kepala. sebabnya, mesti aku bangun dalam pukul 10 pg. tapi semalam kan keje, kena lah bangun pukul 6 lebih pagi walaupun aku baru je lelapkan mata pukul 4.30 pagi tu.



sepanjang semalam, buat keje sambil tengok jam je. tak sabarnya nak tunggu pukul 4.30 petang sebab nak balik. untuk pengetahuan aku masuk keje pukul 7.30 pagi, so aku balik pukul 4.30 ptg. tapi takde maknanya pukul 4.30 petang balik. selalu mesti balik pukul 5.30 petang ke pukul 10 malam baru balik. tapi semalam aku rasa nak balik gak pukul 4.30 ptg sebab betul-betul tak larat. kepala dah rasa berat sangat. bila tengok jam dah pukul 4.30 ingatkan bolehlah balik. skali encik capo grande ada meeting. waaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........dah la naik keta dia, kompem aku terpaksa tunggu sebab aku tak reti drive keta manual. kalau keta aku, aku balik je dulu semalam.

"kejap je sayang" kata encik capo grande membuatkan aku sedikit lega. aku budget dalam pukul 5 ptg dah abis dah meeting tu. sementara tunggu tu, aku melandingkan kepala ke meja aku sebab dah tak larat. walaupun ramai lagi kat opis tapi peduli apa aku. time keje aku dah abis pukul 4.30 so, bolehlah aku tido jap. huhuhu.

tengok jam kat dinding dah pukul 5.45 ptg. aku pun sms la encik capo grande dalam bilik meeting bertentangan dengan bilik aku ni. walaupun aku boleh je nampak dia kat cermin kaca yang memisahkan bilik meeting dan bilik aku, tapi agak sukar nak berkomunikasi sebab tu send sms.

"lambat lagi ke nak habis?" tanya aku dalam sms. tak sampai 10 saat dia pon reply.

"jap je lagi sayang" jawabnya sama macam yang mula-mula dia jawab.

adoi la hai. kojap apo dah dekat pukul 6 ptg dah. aku macam dah boleh agak je meeting habis dalam pukul 7 malam kang. kepala aku yang dah berat sangat ni perlu dilandingkan dulu lalu aku pun terus pegi ke surau tido. lagipun dah takde orang. semua dah balik. tinggal yang meeting tu je.

rasa gembiranya kepala aku jumpa bantal terus tak sedar dah. dapatlah tido sekejap sebelum aku terjaga sebab dengar suara orang beborak punyalah kuat. waaaaaaaaaaaaa..........dah pening kepala aku balik sebab terkejut. tengok jam dah pukul 6.45 ptg terus aku sms encik capo grande suh hantar aku balik dulu sebab aku dah pening sangat dah ni. ikutkan kebiasaannya kalau dia stayback aku pun tak kisah stayback. tapi semalam memang tak kena untuk aku stayback sebab tak cukup tido.

pastu encik capo grande kata meeting dah habis boleh balik. lega aku dengar. sampai je rumah aku terus pengsan atas katil dari pukul 7.45 malam sampai pagi tadi. heheehhe. baru lah pagi ni bangun rasa segar sebab dah berganti tido yang tak cukup hari tu.

harap-harap lepas ni game yang ada argentina janganlah buat pagi-pagi buta lagi kecuali hari cuti. kalau tak, poning kepala aku lagi.

Sunday, June 27, 2010

memang macam ni ke?

dah tak larat nak g toilet hari ni. aku rasa setakat setengah hari ni dah lebih 10 kali aku g toilet. toilet kalau dekat takpe la jugak. sekejap-sekejap rasa nak terkencing. baru je balik dari toilet, baru nak duduk buat keje, dah rasa nak tekencing lagi. pegi la toilet balik. tu la keje aku hari-hari sejak dua menjak ni. nak kata minum air banyak, takde la sangat.



dah la toilet 1 kat hujung sana satu g kat tingkat bawah. penyudahnya gilir-gilir toilet aku pergi. lepas pegi yang kat hujung, aku g kat bawah lak. takde la orang perasan aku asik g toilet je. ni baru je balik dari toilet dah terasa nak kena pegi lagi ni. ponek den. muntah-muntah dah ok. last aku muntah seminggu lebih yang lepas. yang paling teruk penah aku kena. sebab dah la banyak gile, 4,5 kali lak tu dalam masa 1 minit. habis semua keluar. tak cukup keluar kat mulut, dia keluar kat lubang hidung. pedih gile. jijik tu satu hal lah. sakit perut menahannya dengan pening kepala nak pitamnya lepas tu. nasib baik skang dah tak teruk sangat g. kadang-kadang je rasa nak muntah.

selain daripada tu, mata aku selalu pedih dan berair je tetibe. apakah ada kaitan dengan apa yang berlaku kat aku skang ni? tak cukup dengan tu aku selalu sakit belakang dan sakit kaki. rasa macam terseliuh tapi bukan. tapi memang sakit gile bila sakit tu datang. memang macam ni ke kalau pregnant?

keranamu messi...eh argentina

seperti yang sedia maklum, malam tadi pukul 10 malam ada game antara england dan german. kompemlah encik capo grande tu penyokong kuat england manakala aku adalah penyokong kuat argentina. kami tidak sebulu dalam hal bola ni. huhuhu. disebabkan dia penyokong england, jadi aku sokong german dalam game malam tadi. sebab dia pon selalu macam tu. bila argentina lawan nigeria, dia mesti nak sokong nigeria. bila argentina lawan korea dia sokong korea and kutuk2 argentina. begitu jugaklah dengan setiap game yang ada argentina kompem dia akan sokong game lawan. kata suami mithali tapi tak sokong langsung team favourite bini dia nih.



so, malam tadi kami berdua dengan penuh semangat menonoton game england dan german. bila je german dapat masukkan gol, mulut aku lah bising. tetiba dia jadi diam. hahaha. bila england plak masukkan gol, mulut dialah paling bising, aku plak diam. tapi german main memang baguslah malam tadi. sebab tu dapat score 4-1. dalam pada tu, risau gak aku bila memikirkan kalau argentina bertemu german nanti. aku sokong german sebab dia lawan england malam tadi je. aku tetap penyokong tegar argentina.

pukul 2.30 pagi pulak ada argentina lawan mexico. napelah dia g buat tengah2 pagi buta. dah lah hari isnin. keje lak tu. serba salah aku nak bangun ke tak pukul 2.30 pagi tu tengok argentina main. bukan apa, risau tak cukup tido dan mengantuk kat opis je. dah la keje banyak. tapi aku set je jam pukul 2.20 pagi. kalau larat, aku bangun. kalau tak, aku tido je dengan harapan argentina akan menang.


tepat pukul 2.20 pagi alarm hp aku berbunyik. mula-mula aku wat tak reti  je sebab tak larat. dalam dilema nak bangun ke tak. terasa macam messi datang mengejutkan aku je suh bangun tengok dia main. bunyi yang ketiga baru aku bangun iaitu pukul 2.45 pagi. hehehe. terlewat 15 minit. nasib baik masih 0-0 lagi. aku bukak-bukak je tv terus terpampang muka messi. makin segarlah mata aku nak tengok. haha. aku tengok sensorang je. puas aku kejut en capo grande tapi langsung takde respon. dia yang pesan suh kejut sebab nak sokong mexico. last-last aku tengok je bola sensorang ditengah malam yang dingin. aku makin excited tengok bila argentina dapat gol yang pertama oleh carlos teves. mula2 risau gak aku gol tu tak diterima sebab offside. siap pemain mexico g kepung lagi pengadil tepi tu sebab tak puas hati. sib baik pengadil utama tu kata terima gol tu. selang 10 minit, dapat gol lagi 1. kali ni gol yang sah dan sangatlah cantik membuatkan aku terjerit manja sensorang. hihihih. lepas tu mexico dapat 1 gol dan seterusnya argentina sumbangkan 1 lagi gol oleh carlos teves lagi. jumlah gol argentina 3, mexico 1. punyalah girang aku masuk tido sebab argentina menang. tak sabar nak eksen kat encik capo grande.


aku masuk tido balik pukul 4.30 pagi. terlelap je aku..maka bermulalah 1 mimpi yang agak indah. hahaha. tetiba je aku boleh mimpi messi datang rumah aku kat pilah. siap g berdating lagi dengan dia sambil dia pakai jersi argentina. yang kelakarnya fasih betul dia berbahasa melayu. siap nyanyikan aku lagu melayu lagi. tapi aku lupa la pulak lagu apa. hehe. lepas tu dia ajak aku g shoping dan belikan aku baju. bukan tu je, siap g tnb bayarkan bil lektrik rumah aku. hehee. messi messi. baiknya la ko. dalam mimipi tu messi sangatlah sopan dan gentleman. kompemlah sangat hensem. tapi aku tak sure lah dalam mimpi tu aku dah kawin ke belum. rasanya belum kot sebab en capo grande langsung tak muncul dalam mimpi tu. lagipun, kalau dah kawin takkan lah aku boleh g dating dengan messi begitu saja tanpa dikejar dengan parang dulu. huhuhu.

jersi no 10 tu messi

aku rasa aku baru je dapat lelap tetiba dah kena kejutkan sebab dah pagi. tengok jam dah pukul 6.43 pagi. adoi ngantuk gile lah. rasa malas nak pegi keje tapi apakan daya aku tak apply cuti. nak tak nak, pegilah jugak keje dalam keadaan mengantuk dan tak bermaya ni. ni semua sebab messi dan argentina. kalau team lain main, takkan adanya la aku sanggup nak bangun pukul 2.30 pagi semata-mata nak tengok bola. nasib baik menang. berbaloilah aku bangun. tetiba teringat mimpi malam tadi. bestnya...agak-agak malam ni mimpi tu ada sambungan tak? lalalalalalala..................

Saturday, June 26, 2010

wild dulu wild skang

tensen betul lah bila tengok muka sendiri kat cermin skang. dulu...kulit muka aku licin je. jerawat pun segan nak tumbuh. kalau ada yang terlepas pun, 1,2 je. lepas tu elok dah. kiranya dalam setahun, 2,3 kali je jerawat tumbuh. tapi sejak 2 3 menjak ni....tak segan silu langsung jerawat ni nak tumbuh kat muka aku. dah la tu, yang sedia ada pun tak hilang lagi, muncul lak yang baru. dah pakai oxy n ubat jerawat lain pon tak hilang-hilang. menci! menci! menci!

selain dari tu, aku jugak bertambah-tambah berisinya. senang cakap, betambah gemok.


dulu selalu je orang tanya aku soklan macam ni:

"cantiknya kulit. licin je. pakai cream apa ek?"

"bersih la kulit muka ko. jeles aku"

"mak, bersihkan kulit akak tu. licin je. takde jerawat pun"

"kurusnya ko. ko tak makan ke?"

"badan slim macam ko mesti senang je nak beli bajukan"

"pewittt...cantiknya body" huhuhuhu

tapi sekarang:

"e eh. nape muka kau banyak jerawat skang?"

"eeee...banyaknya jerawat kat muka kau"

"asal muka kau teruk na skang ni? banyak e jerawat"

"gemoknye kau skang. macammana boleh gemok ni?"

"bia betul kau ni. mana pergi kau yang kurus dulu?"

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......................

takde la gemok mana pon aku. naik sket je berat aku...huhuu

yeke sket? lalalalalaa.........................

citer tentang header

kalau sape selalu masuk blog aku, mesti perasan ada yang dah berubah. yup. tepat sekali. header blog telah berubah. tapi bukan aku yang design. seperti yang aku bagitau kat entri lepas, aku terlalu busy sepanjang minggu lepas sampai tak ada masa pon nak bukak blog apatah lagi nak design2 header ni. ni semua keje encik secapo grande tu.



ntah la apa mimpi dia rajin plak nak design header blog aku. mula-mula dia nak buat header blog dia je, tapi mungkin terlebih idea, lalu dipanjangkan ke header blog aku. apa pun thanks sayang. cuma apa yang dah diupload ke blog aku ni dah dipinda ikut kesesuaian jiwa aku. cuma....hmmmm...bab gambar badak tu yang aku muskil sket. tapi takpe lah, comel gak kan. huhu. mula-mula gambar pempuan tu takde. tapi aku nak jugak die tambah gambar pempuan need 4 speed underground tu. sebab aku dan pempuan n4su tu dah terlalu sebati sejak 2006 lagi. sebabnya bila tengok gambar pempuan tu, seolah-olah mencerminkan diri aku yang sebenar yang terperangkap dalam diri aku skang. wahahaha.

selain dari mendesign header blog aku nih, encik secapo grande juga telah mengofferkan dirinya untuk mendesign header dan front page untuk sistem yang sedang aku bangunkan yang aku citer kat entri sebelum ni. aku yang tidak kreatif mendesign ni terus setuju tanpa perlu berfikir sesaat pon. huhuhu. bila dah siap, terus die tunjuk kat aku dan...agak kagum gak la. menarik dan lawa gak la. tapi aku tak bagitau dia la header dan front page sistem yang dia design untuk aku tu lawa. susah nanti kalau ada bahagian-bahagian tubuh badan dia yang kembang. huhhu. apa pun, thanks sekali lagi ye sayang.

so, lepas ni kalau ada bab-bab yang perlu design ni, bolehlah aku terus je mintak tolong en secapo grande sebab kalau nak harapkan aku buat design, 2,3 hari pon belum tentu siap. memang tak tau nak buat apa dan langsung takde idea. sesungguhnya aku memang tak kreatif. huhuhu.

Friday, June 25, 2010

gila punya busy

setelah hampir seminggu aku menyepikan diri, hari ni aku aku berpeluang memblogkan diri. percaya atau tidak, aku terlalu busy dengan keje pejabat hingga takde masa nak bukak blog kengkawan apatah lagi nak bukak blog sendiri. kalau dah aku takde masa nak bukak blog sendiri, dah tentu aku takde masa nak taip entri. bukan je nak taip entri, nak pikir idea apa nak taip pun aku tak ada masa. tapi mesti ada yang tak percaya. sebabnya, aku kate takde masa nak bukak blog, tapi kenapa tiba-tiba header blog aku boleh berubah sejak 2,3 hari lepas? nak design header mesti amik masa berjam-jam. kate busy buat keje pejabat. tipu ek....huhuhu. pasal header ni aku explain entri lain.



sebenarnya aku memang busy gile. gile pon tak busy macam aku. semuanya sebab aku tengah bangunkan sistem guna php. sejak hari isnin hari tu aku stat buat, baru malam tadi siap. pagi tadi kena bentang kat user. sebab tu aku berhempas pulas buat sistem ni. percaya atau tidak, aku memang tak tahu guna php. sepatutnya sistem ni bukan aku yang buat. keje aku hanya buat carta alir, dfd, design database dan buat documentation sistem-sistem yang aku handle. keje-keje programming sepatutnya penolong aku yang buat. tapi disebabkan sistem terlampau banyak, diorang pun tengah buat sistem-sistem lain yang urgent jugak, nak tak nak aku kena buat walaupun keje aku yang lain memang melambak-lambak. kalau tak siap nanti, aku jugak yang kena jawab kat bos.

disebabkan itulah dalam masa 4 hari tu aku berhempas pulas dari pagi sampai malam duk opis bangunkan sistem sehinggakan aku mengabaikan keje-keje aku yang lain. masa tu lah nak belaja php, masa tu jugak bangunkan sistem. nasib baik ada contoh-contoh yang boleh dirujuk dan kengkawan 1 opis yang tak kedekut ilmu. huhuhu. akhirnya malam tadi, siaplah prototaip sistem untuk aku bentangkan pada user pagi ni. bila dah siap, rasa tak sabar pulak nak bentangkan pada user hasil sistem pertama aku ni. nasib baik user berpuas hati dan suka dengan sistem yang aku buat ni. cuma ada penambahbaikan dan tambahan nak kena buat sebelum digunapakai nanti.

apa pun, aku happy sebab mampu siapkan dan bangunkan sistem guna php walaupun pada asalnya knowledge aku memang zero pasal php ni. haha. tapi sistem simple la aku buat ni. banyak lagi aku nak kena belajar. so, lepas ni, boleh la aku cuba buat sistem lain lagi. tapi masalahnya keje aku yang lain melambak-lambak. bertambah je dari hari ke hari. baru nak surut, dah melambak balik. ni pon seminggu aku tak usik keje lain sebab dah buat keje bidan terjun ni.seminggu ni jugak hari-hari aku balik malam pukul 9 lebih ke pukul 10 malam. patutnya orang baru kawin balik rumah cepat, tapi aku lepas kawin je asik balik lewat. nasib baik la satu opis. bila dia kena stayback sampai malam, aku pun stayback sekali. bila aku plak kena stayback sampai malam, dia kena lah teman. takkan nak biar aku kat opis sensorang malam-malam. huhuhu.

rasanya lepas dah bentang sistem kat user tadi, baru rasa boleh bernafas dan buat keje lain. tak sempat nak rehat pon. terus je siapkan 2 minit mesyuarat dan buat memo untuk panggil meeting pembentangan sistem lain pulak minggu depan. owh...mengapakah aku kena buat minit mesyuarat dan memo yang membosankan nih. apakah kaitannya dengan keje aku?huhuhu.

Thursday, June 17, 2010

sakit ku rasakan jadi peneman

tajuk entri je dah macam lagu hattan-rendang tak berbuah. huhuhu. pagi ni sebelum pegi keje, dalam dilema je nak pergi keje ke tak. bukan sebab malas. kalau sebab malas, tak yah dilema-dilema. terus je tak datang amik EL atau mc. tapi sebab pening kepala yang amat. tapi bangun jugak pegi mandi. tak cukup dengan tu, muntah yang tak berkesudahan. sakitnya, hanya tuhan je yang tahu sampai rasa nak terduduk dah dalam bilik air tu. rasa nak terkeluar usus pun ada.



lepas tu terus sakit perut. rasa bergelora dan mendidih je. sungguh aku tak tahan. memang betul-betul rasa nak mc. tapi sebab terfikir pagi ni aku kena bertugas kat kaunter pendaftaran, aku try la jugak datang. lagi satu sebab pen drive aku tertinggal kat opis, semua keje ada dalam tu. nanti susah aku nak  buat keje kat rumah kalau takde pen drive tu. dalam hati berdoa je janganlah aku muntah kat opis. dahlah toilet jauh. tak larat den nak berlari turun tangga kalau nak pergi toilet yang paling dekat.

sampai kat opis pun perut aku tak ok lagi. rasa macam nak g tido kat surau je. dari tido kat surau, baik aku mc je. huhuhu. nak tak nak, pergi jugaklah jaga kaunter pagi tadi dengan muka 80sen menahan sakit perut dan menahan muntah. tisu, asam dah ready dah dalam poket in case kalau emergency. nasib baiklah keje tu aku kena duduk je. dapatlah bagi masa perut aku kembali normal walaupun amik masa sket. dalam pukul 8 lebih, baru rasa ok sket. terus kebulur rasa nak makan. hhuhuhu. semuanya sebab makanan yang aku makan dah abis aku muntah keluar dari semalam.

sejak akhir-akhir ni hari-hari aku pening kepala + muntah. tahan dengan tak tahan je. selalunya petang ke malam je aku akan selalu pening dan muntah. tapi sejak akhir-akhir ni jadual berubah ke pagi pulak. pagi ni yang tak tahan sebab aku kena pegi keje. susah a kalau pagi-pagi dah sakit. nanti nak buat keje pon tak larat. rasa nak baring je. keje dah la banyak...tak berkesudahan. siap satu, ada 3 yang menunggu. siap dua ada 5 lak keje lagi nak kena buat. macam mana aku nak mc atau cuti. tak tenang hati pikir keje yang melambak. sakit, sakit, janganlah sakit. huhuhuuh.

antara php dan messi

baru le lepas abis tengok world cup, argentina lawan korea. bukan tengok kat rumah. tapi kat opis.
sebenarnya aku tak tau pun argentina ada game hari ni. terlampau sibuk sampai terlupa nak tengok jadual argentina.

Argentina vs Korea Selatan (4-1)

aku stayback kat opis sebab ada keje nak buat. tengah buat sistem guna php. bayangkanlah dari pagi tadi aku mengadap php dekat pukul 5 petang baru dapat siap 1 form. terkial-kial aku nak guna php ni. bukan apa, last aku guna php tahun 2004 buat projek untuk  kelas Sistem Bantuan Keputusan. sejak tu sampailah semalam, aku memang tak pernah mengadap php lagi.

aku keje dulu pun guna vb.net, asp.net dan oracle. so, memang apa-apa pasal php takde dalam kepala otak aku. tapi kira ok la, sehingga pukul 7.30 malam tadi aku dah dapat buat 10 form guna php. huhhu. tapi form simple je la. just nak insert data dalam database je. pastu nak design je dah berjam-jam. nak fahamkan css, coding, ntah apa-apa tah. sampai skang aku blur lagi. takpe-takpe, buat sket-sket dulu. lama-lama fahamlah.

coding php

tapi kerja-kerja aku terpaksa aku tinggalkan kejap untuk beri tumpuan kepada messi dan teamnya. cayalah argentina...4-1 tu. nasib baik kat opis ada tv dan astro. dapatlah tengok live. tengok siaran tertunda tak best.
tapi kan...bila dah benti wat keje, nak sambung balik...agak payahlah. perut lapa McD pulak ni. huhuhu.
pukul berapa balik agaknya malam ni. adakah pukul 3 pagi macam hari tu? huhuhu.


messi ku....






mmm...messi tu comel kan? ^_^. hahaha...tetibe.

Tuesday, June 15, 2010

esok masih ada

bosannya. bosannya.

huhuhu.

bukan bosan takde keje. tapi bosan sebab keje yang aku kena buat ni.
bosannya aku kena buat minit mesyuarat ni. bosannya kena buat kertas kerja.



nape aku rindukan keje lama aku. aku bekas analyst programmer di private company.
aku sukakan keje aku yang dulu. aku cuma buat programming je. makan programming.
tido programming. minum programming. tu je yang aku kena buat dulu. tak yah pikir benda lain pun.
aku happy je dengan hidup aku dulu.

tapi...keje aku yang sekarang ni...kena buat design sistem, design database,
buat kertas kerja, documentation, buat minit mesyuarat, pegi mesyuarat,
buat slide presentation, kena present sistem, buat backup server dan macam -macam lagi.

tapi dimanakah aku nak selitkan programming? macam mana aku nak selitkan..
langsung takde masa nak buat programming pon.

kenapalah aku merungut ni. aku yang nak sangat keje ni kan.
bertahun-tahun tunggu untuk dapat keje ni. bila dah dapat, kenapa aku
merungut pulak ni???? waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......................

tak pikir ke orang lain yang tak dapat2 keje? tak pikir ke orang lain yang nak
jugak keje macam aku tapi tak dapat.

Ya Allah, bagilah aku keseronokan untuk buat semua keje-keje ni.
sesungguhnya aku rasa terpaksa je hari-hari. ampunkanlah aku
sebab merungut. nak luahkan perasaan dan ketensenan je.

mulai esok, aku akan cuba gembira buat semua keje-keje ni.

kenapa tunggu esok? nape tak stat hari ni je?
huhuhu.


note: entri ni dilarang untuk komen sebab mesti ramai yang mengutuk nanti. wahahaha.

tajam macam pisau

tak pasal-pasal semalam jari manis tangan kanan aku luka.
bukan terkena mata pisau, bukan juga terkena apa-apa benda yang tajam.
tapi terhiris oleh sehelai kertas A4.

huhuhu. sapa kate kertas takleh jadi senjata?
sama tajam macam kena pisau, malah lebih bisa lagi.
ntah macammana, masa aku berjalan-jalan dalam opis sambil membawa kertas,
tiba-tiba kertas tu tergesel kat jari manis tangan kanan aku. tiba-tiba rasa pedih dan sakit.
tau-tau dah berdarah je jari aku.
semuanya hanya kerana sehelai kertas A4.

Monday, June 14, 2010

sape yang memandai mandai tu?

siapakah gerangannya yang memandai-mandai guna emel aku untuk register akaun friendster?

aku memang dah lama ada akaun friendster sejak zaman utm lagi. dan emel yang aku guna untuk akaun friendster adalah emel lain.  cuma dah lama tak masuk frenster sebab kena block kat sini. lagipun rasa macam facebook lagi best dari frenster, so aku meninggalkan frenster. tapi bila terasa nak bukak, aku bukak gak frenster.



namun begitu....pagi ini aku cek emel, tiba-tiba ada emel dari frenster suh aku verify emel aku untuk teruskan registration frenster. jadi maknanya, ada ajnabi sedang cuba register frenster guna emel aku yang lagi satu. ntah siapa gerangan ajnabi tu dan apakah tujuan ia, aku sendiri tak tau. kalau aku tau, dah tentu aku dah tanya dia.

nampaknya bahaya juga ye bila orang tau emel kite ni. nak pulak orang tu berniat tak betul. nak menggunakan untuk tujuan apa tah. buat la emel sendiri. guna emel orang buat apa? oleh itu, sapa-sapa ada frenster dan kalau ada orang add guna emel aku, atau membuat apa-apa kenyataan menggunakan id aku, percayalah tu bukan aku. sebab aku dah lama tak masuk frenster.

walaumacam manapun, aku memang tak klik verify. tapi manalah tau, terlepas gak.

huh! susah betul kalau ada orang tak betul nih.


*ajnabi (ni bahasa hindustan) = orang tak dikenali / orang asing.

Sunday, June 13, 2010

rezeki aku

petang jumaat yang lepas, aku pergi ke bank untuk keluarkan duit. jarang sekali aku pergi ke bank untuk masukkan duit. huhuhu. tujuan aku keluarkan duit ialah sebab nak pegi bayar duit keta sebab lagi sehari nak last date bayar ansuran keta. setau aku, duit dalam bank ada banyak ni. tapi bila aku cek baki, tiba-tiba ada banyak tu. puas aku pikir duit apa yang bertambah.



rupa-rupanya duit hasil aku mengajar kursus selama 2 hari hari tu. alhamdulillah dah masuk. dalam entri aku mengajar tu, aku tak bagitau pun kan yang boleh claim bila kite mengajar. 1 jam =RM XXX.00. so, aku mengajar 2 hari dari pagi sampai petang. kira a, berapa aku dapat. huhuhu.

so, petang tu jugak lepas bayar duit keta, aku ke kedai tayar pulak. sebabnya nak tukar tayar depan keta aku yang dah botak. yang botak sebelah je. tapi aku tukar dua-dua tayar. biar seimbang dua-dua tayar baru. maklumlah duit tengah banyak, tak kisah berapa pun hage tayar tu. huhuhu.

malam sabtu pulak, belanja family aku yang kat pilah makan. sebab masa tu aku balik pilah. rezeki apa salahnya dikongsi dengan family. kan kan kan. tak rugi gak mengajar ni. terima kasih kat bos aku sebab pilih aku untuk mengajar hari tu. lenkali, pilih la aku lagi. walaupun nerves, tapi...boleh diuruskan. yang penting, income masyukkkk. huhhuhu.

owh, lupa pulak. masa bulan 4 pun aku penah mengajar gak. tapi dengan laki aku a. (masa tu tunang lagi). yang tu 1st aku mengajar seumur hidup aku. kalau tak ingat, klik sini. yang aku mengajar masa tu pun dapat claim gak. tapi disebabkan masa tu aku mengajar dengan dia, so, kena bahagi dua la. hasil duit claim tu, maka, berjalan-jalanlah kami ke Melaka. ^_^.

kesimpulannya...bos...saya nak mengajar lagi. hehehe

saya & WC


aku telah ditag oleh mekchu dalam blog beliau. oleh itu, aku yang takde kenangan sangat dengan WC, akan cuba menunaikan tag dari beliau. huhuhu. kalau tak caya aku telah ditag, boleh klik sini. kompem ada nama aku kat senarai yang telah ditag.



aku stat tengok WC masa study kat UTM. tahun bile ye. mmmm....tahun 2002 kot. yeke? ada tak WC tahun 2002? aku ingat-ingat lupa la. masa tu aku menyewa kat Melana kat taman universiti dengan geng-geng terbaik aku masa study. mereka terdiri daripada christina, kak asmah, hazreen, ijan dan ani. ni semua geng 1 rumah yang sangat kamceng. ada sorang lagi kawan sekelas kat UTM tapi bukan teman serumah, pun kadang-kadang join tengok WC kat rumah kiteorang. nama dia meera.

masa WC ni kiteorang semua penyokong Brazil. sebenarnya masa tu aku tak tau nak sokong sape. bukan aku tau pun negara mana yang main. dan kompem aku langsung tak tau nama-nama pemain bola kecuali david bekam. bukan aku jatuh hati dengan si bekam tu. langsung tak berminat. tapi nama dia yang selalu jadi sebutan. tapi tak dinafikan memang la dia hensem. masa WC ni, kadang-kadang kiteorang sanggup bangun pukul 2, 3 pagi semata-mata tengok Brazil. sape bangun awal, kena la kejutkan . tapi kadang-kadang tak terbangun. huhuhu. aku ingat lagi, bila time Brazil goal je, satu rumah menjerit. bayangkanlah cane punya bising rumah kiteorang tengah-tengah malam buta tu.

tapi sejak WC 2006, aku dah tak sokong Brazil lagi. aku jadi penyokong Argentina. mengapa aku berubah? tak setiakah aku? huhuhu. seperti aku bagitau awal-awal dulu, aku sendiri tak tahu kenapa aku sokong Brazil. mungkin ikut kawan-kawan masa tu. tapi sejak aku mula tahu menilai strategi game, aku memilih untuk menyokong Argentina. masa tu, bukan kerana messi. tapi kan....aku tengok WC hari sabtu malam hari tu, aku asik tengok messi je. oh...adakah aku sudah jatuh hati? hahaha. baru ku tahu, gelaran messi dari peminat-peminat dia ialah 'pemain yang turun dari syurga'. oh...bergaya sekali bunyinya. huhuhu.

mengapakah aku menepek gambar messi??? there must be a reason why i can't take my eyes off u...huhuhu.

tahun ni (2010) WC paling best. sebabnya aku dapat jersi Argentina dari dia yang tersayang. tiba-tiba ada yang tersayang lak. sejak bila? sejak dapat jersi argentina ke? huhuhu. so, hari sabtu malam hari tu, aku menonton WC antara argentina dengan nigeria, dengan memakai jersi argentina. penuh semangat sekali. pukul 9 malam aku dah tercongok depan tv semata-mata kerana messi. eh..kerana argentina. huhuhu. seperti ramalan, argentina mesti akan menang. cuma...15 min terakhir....akhirnya mata aku mengaku kalah kerana aku tertido di sofa. fuhhh...nasib baik argentina masih menang walaupun aku terlelap. ^_^.

itu saje la kot, citer saya & WC dari aku.

Friday, June 11, 2010

apakah info terkini itu?

sampai hari ni aku tertanya-tanya apakah info terkini yang dia nak bagitau hari tu. rasa menyesal pulak tak melayan perangai dia malam tu. kalau tak, mesti dah jadi bahan lawak kat aku info yang dia nak bagitau tu.
minggu lepas dia mengigau lagi. pendek kata, hari-hari dia mengigau. masalahnya, bila dia mengigau...dia melibatkan aku skali. tak pernahnya tido aku  tak terganggu dengan ngigauan dia tu. huhuhuhu. cuma sejak minggu ni baru dia stop mengigau. cuma tak pasti dia stop mengigau atau aku yang tak sedar. ^_^.



di tengah malam yang dingin, sedang aku lena dibuai mimpi indah, tiba-tiba aku kena dikejutkan.

"ma...mama" kejutnya (dalam keadaan mengigau sambil menggoncang-goncang badan aku ni).
sebenarnya, aku bukan mak dia. aku tak pernah melahirkan dia pun. huhuhu. dia yang goma panggil den mama. mula-mula janggal nak mampus aku dengan panggilan tu. geli pun ada. huhuu. tapi bila pikir-pikir balik, daripada dia panggil aku momo atau mumu, atau mamu, lebih baik panggil mama. kalau panggil mimi, nanti terkonpius lak anak buah aku yang bernama mimi tu.

sambung citer.

aku yang tengah ngantuk ni terjaga la dek kejutan dia. terus aku pusingkan badan dan tengok dia yang dalam keadaan separuh duduk dengan mata terbukak separuh.

"apa..." tanya aku dengan suara keluar tak keluar sebab tensen kena kacau tengah-tengah malam.

"tau tak apa info terkini sekarang?" tanya dia bersungguh-sungguh.

"ha...hmmmm"jawab aku sebab dah sedar yang aku sedang melayan orang mengigau.

"tau tak apa info terkini sekarang?" ulang dia.

disebabkan aku malas nak layan ayat seterusnya, aku pun terus pusing arah dinding dan terus tido balik. kang kalau aku layan, ntah apa-apa dia merepek. ntah info apa dia nak bagitau tengah-tengah malam tu tah. tiba-tiba kang loyar buruk lak dia dalam ngigau. sebab masa kat pd dulu, dia boleh ngigau loyar buruk dengan aku. sakit betul hati. ada ke patut tengah-tengah malam kejut aku. pastu tanya aku tengah cari apa? padahal aku tengah tido. lepas tu dia tanya, dia jawab balik. jwapan yang menyakitkan hati je.

"ma, cari apa?" dia tanya.

"cari apa?" tanya aku pulak sebab setau aku, aku tengah tido sebelum dia beria-ia goncang-goncang badan aku kejut aku.

"cari jodoh? cari maut???" soal dia balik dengan nada loyar buruk. sebaik je dia abis cakap tu, terus dia tido dengan muka tak bersalah. aku yang dah terjaga ni panas hati je kena layan loyar buruk dia dalam ngigau tengah-tengah malam.

lepas ni ntah ngigau apa pulak dia nak buat. nak marah tak boleh, sebab dia tak sedar. nak tak nak, terima je lah.

tapi bila ingat-ingat balik, jadi kelakar pulak. cuma masa kejadian tu berlaku memang tensen dan sakit hati a sebab tido kena ganggu. nak tido balik, bukan senang.

Wednesday, June 9, 2010

terhilang ingatan

sebagai salah seorang staff yang sah di opis aku, seperti staff-staff yang lain, aku pun ditugaskan ke DRC di seremban 2 untuk membuat senarai semak keadaan di DRC tersebut. semalam dan hari ni adalah giliran aku bertugas. sebelum ni pernah ke DRC beramai-ramai sebab nak register thumb print. maknenye, bila kite scan ibu jari atau mana-mana jari yang dah diregister, pintu tu akan terbukak la. tapi sebelum pintu tu terbukak, akan ada suara pempuan bagitau 'verify'. huhuhu. kalau tak sah, dia cakap 'please try again'.
lupe lak, DRC tu Disaster Recovery Centre.



lebih kurang pukul 3.30 petang aku pun drive keta kesayangan aku tu untuk pergi ke DRC tu. tengah on the way tu, tiba-tiba aku mamai sorang-sorang dalam keta sambil tanya diri sendiri.

"eh, aku nak pegi mane ni ha?" tiba-tiba aku blank. bukan aku tak tahu jalan, tapi aku tak tau yang aku tengah drive keta ni nak pergi mana.

lepas cuba ingat balik, baru aku teringat aku nak pergi DRC.

"eh DRC kat mane?" padahal aku pernah pergi DRC dan memang tahu kat mane letaknya bangunan tu.

puas aku ingat-ingat balik DRC tu kat mane. mase kejadian ni aku kat town seremban lagi. maklum lah banyak traffic light merah, tu yang sempat hilang ingatan jap.

"ooo...kat seremban 2 rasanya. tapi macam mana nak pergi seremban 2?" aku betul-betul blank masa ni. ligat otak aku membayangkan seremban 2 tu kat mana. arah mana nak ikut. padahal aku memang selalu je pergi seremban 2 tu. ntah dah berapa saat, baru aku teringat seremban 2 tu kat mana. macam tersedar dari mimpi pulak. rasa macam betul-betul bingung. dah sampai seremban 2, tiba-tiba aku rasa macam salah jalan. macam aku kat tempat lain. padahal memang aku kat seremban 2 pun.

aku pun buat keputusan kalau depan sket lagi aku blank lagi, aku call sape-sape tanya. padahal memang betul jalan yang aku ikut. pendek kata, aku memang tau seremban 2 kat mana dan memang tau DRC tu kat mana. tapi entahlah....tiba-tiba terhilang ingatan sekejap. walaupun aku tak sesat tapi perasaan rasa macam sesat.
akhirnya aku sampai gak ke DRC dan buat la apa patut aku buat kat sana.

Tuesday, June 8, 2010

bukan kerana rupa

disebabkan tak lame lagi nak world cup, jadi aku pun taknak ketinggalan nak wat entri pasal team yang aku sokong.

kalau nak tau team apa yang aku sokong, tengok jersi kat bawah ni dulu:




tengok jersi pun dah tau kan team apa. kompem la argentina. secara jujurnya aku sokong argentina bukan sebab messi atau sebab ahli-ahli lain yang hensem. apa guna hensem kalau tak reti main. huhuhu. sebelum ni pun aku memang tak pernah ambil tahu pun pasal world cup. team apa, sape pemain, hensem ke tak. memang tak pernah masuk dalam kamus hidup aku.

tapi pada satu petang yang nyaman...huhuhu, beberapa tahun lepas, pada musim world cup jugak, aku sedang lalu nak ke dapur. masa tu abang dan abang ipa aku tengah tengok world cup. aku pun benti la kejap nak menjeling je tv tu. saat tu pulak memang tengah genting nak golkan bola. aku yang dari jeling-jeling je terus duduk join skali kat sofa sebab tertarik sangat dengan strategi pasukan bola tu. pastu baru aku tau tu pasukan argentina.

disebabkan strategi yang sangat menarik dari argentina masa main bola tu, aku terus layan sampai habis. memang tertarik menarik kau memang debommm ah masa tu. penyudahnya setiap game yang ada argentina, kompem aku tengok sampai sanggup bangun pukul 2,3 pagi. sesuatu yang aku tak pernah terfikir nak buat semata-mata kerana bola.

so, world cup kali ni pun, aku akan menyokong argentina, cuma tak pasti aku sanggup berjaga sampai ke pagi ke tak sebab maklum la, masa world cup yang lepas, aku tengah cuti. skang dah keje. agak payah aku nak fokus kat keje kalau tak cukup tido nanti. tapi aku nak sangat tengok semua game yang ada argentina. memang hebat dorang main. aku suke....

apa pun, harap-harap, argentina boleh menang. tapi tak menang pun, aku tetap sokong.

Monday, June 7, 2010

wild for wildcutecat

disebabkan aku tengah tensen...aku nak taip entri jap. tiba-tiba terfikir nak buat entri ni. huhuhu.

wildcutecat tu apa? bila dapat nama ni? kenapa guna nama ni? dan sebagainya. pendek kata, asal usul wildcutecat.


seingat aku, aku terfikir id ni pada penghujung tahun 2007. tapi tak ingat samada bulan 10 atau 11 atau 12. sebelum ni id utama aku adalah x_gen82. untuk pengetahuan semua, aku sangatlah tidak suka menggunakan nama sebenar atau nama pendek yang terdapat pada ejaan nama aku dalam kad pengenalan. pendek kata, aku tak suka dikenali dan lebih selesa guna nama samaran.panjang kata, aku suka berada dibelakang tabir sahaja. huhuhu.


kenapa aku tukar id dari x_gen82 ke wildcutecat? walaupun id bertukar...identiti, gaya hidup, pemikiran, hati, perasaan, imej, tetap sama sebab orangnya sama.


x_gen82 tu maksudnye:


gen - maksudnye gen la. dalam setiap manusia kan ada gen masing-masing.
x - x tu maknenye misteri. (aku memang suke jadi misteri dari dulu).
82 - ni tahun lahir aku la.
kesimpulan:- aku  ni adalah gen misteri sebab aku suka memisterikan diri sendiri. aku suke diam, xsuke nyibuk hal orang dan xsuke orang nyibuk hal aku. dan selain dari tu, ada misteri yang tak perlu diungkapkan.


sebab aku tukar id ke wildcutecat adalah sebab aku nak buang tahun lahir aku dari id x_gen82 tu tapi tak dapat. nak create id x_gen je dah ada orang guna lak. jadi aku terpaksa create id yang unik yang aku rasa takde orang guna lagi.


masa nak buat create id kat yahoo memang ligat otak aku pikir. aku nak buat id yang menggambarkan diri aku sendiri. aku pun pikir apa yang aku suke yang orang selalu rasa pelik bila aku sebut. tiba-tiba teringat harimau. dulu bila orang tanye binatang apa aku suke, aku mesti jawab harimau. pastu mesti benda tu jadi isu. huhuhu. dorang semua tak caya. sebab dorang fikir aku akan jawab kucing macam orang lain sebut.
pastu dorang kata, aku ni lembut je orangnya. sopan. tak sangka sebut harimau belang. bila tanya kenapa aku suka harimau. aku kata a sebab...harimau tu liar, gagahnya bile bejalan. pastu hidup sekor-sekor. independent. dan ada satu kemisterian dalam hidup seekor harimau yang jauh terpendam yang aku rasa sama macam aku.



tiba-tiba rasa nak muntah bila orang selalu kata aku ni lembut dan sopan. sesungguhnya jauh panggang dari api. sebab aku langsung tak macam tu. aku tak hipokrit...aku mengaku dengan jujurnya.

so, aku gambarkan harimau tu sebagai wild. sesuai dengan aku sebab aku teringin sangat nak jadi budak liar masa aku remaja tapi disebabkan semua orang asik cakap aku ni baik, lembut, sopan, terpaksa aku lupakan hasrat nak jadi liar. jadilah aku budak baik sket sedangkan jiwa memberontak. huhuhuh. selain dari tu, aku jugak suka memendam perasaan. selalunya kalau aku marah aku akan diamkan diri. sebab aku taknak bertukar jadi harimau kalau aku lepaskan kemarahan aku. buruk padahnya bila aku hilang kawalan kemarahan diri sebab memang pernah berlaku beberapa tahun yang dulu dimana akhirnya aku memilih untuk diam untuk kawal kemarahan aku yang berapi-api.


lepas tu aku dapat pekataan cat. walaupun aku ni liar macam harimau, tapi aku ni manja orangnye macam kucing. sensitif. sket-sket nangis kalau terasa hati. kuat merajuk.mmmm...apa lagi ye.




wildcat... macam tak lengkap lagi. aku rasa macam ada sesuatu yang tertinggal. puas pikir. gabungkan aku, harimau dan kucing. lama ooo termenung nak dapatkan 1 lagi perkataan. lepas buat perbandingan dan persamaan antara tiga iaitu aku, harimau dan kucing...akhirnya aku dapat la cute. bila digabungkan, jadi lah wildcutecat dan aku terus setuju dan kagum dengan id aku yang baru ni. huhuhuu.




so, sampai skang kekal la id ni dengan aku dan aku rasa sangat serasi sebab memang sesuai dgn jiwa aku.
walaupun luaran nampak mcm tak kena id ni dengan aku...tapi jiwa dalaman aku...hanya Tuhan yang tahu. huhuhu.

hehehe. aku ingat lagi masa dorang tanya 5 tahun lagi, aku jadi apa. (5 tahun dari tahun soalan tu ditanya). aku pun jawab, aku akan jadi seorang pelumba keta sport macam need for speed underground. 10 tahun lagi jadi apa pulak? aku jawab aku ada kedai aksesori keta sport. hihihi. mase tu jangan tak caya muka masing-masing bila dengar jawapan aku. budak laki pon jawab nak bukak bisnes je. huhu. sejak tu aku glamer sekejap dan semua orang selalu tertunggu-tunggu jawapan aku bile diajukan soalan. tapi..hihihi...aku tak jadi pon pelumba keta walaupun tu lah cita-cita aku yang utama. yang aku rasa hidup aku lebih gembira dan bermakna kalau aku dapat jadi apa yang aku nak. tak jadi pelumba keta pon xpe, kat hiway...aku selalu belumba gak. huhuhu.

dari apa yang aku tulis ni, kesimpulannya adalah....wildcutecat adalah aku dan aku adalah wildcutecat dulu kini dan selamanya.

Sunday, June 6, 2010

gembirakah aku disini?

tiba-tiba hari ni aku nak tanya soalan ni kat diri aku sendiri. gembirakah aku disini? disini maksudnya dimana aku sedang menaip entri ni. tiba-tiba hari ni aku rasa tertekan yang amat. rasa nak pergi mengapungkan diri dalam kolam renang sambil merenung awan dan langit yang biru.



bila dibuat perbandingan antara aku di sini dan aku di sana, mengapa pilihan aku lebih berat memilih aku lebih gembira berada di sana? disana tu maksudnya dimana aku berada sebelum aku berada di sini. walaupun aku sendirian di sana, tetapi hati aku gembira. walaupun aku tertekan jugak kadang-kadang disana, tapi taklah seteruk macam aku kat sini. entah kenapa, aku rindu aku yang berada di sana.

bukan aku tak cuba untuk suka berada di sini, aku suka berada disini. tapi aku tak gembira. banyak bezanya antara suka dan tak gembira. aku tak gembira dengan apa yang aku kena buat di sini. membuat sesuatu yang aku tak suka, sama seperti aku menyeksa diri aku sendiri. tapi apa pilihan yang aku ada? aku mesti, wajib seterusnya terpaksa. akhirnya...ni lah hasilnya. luahan hati seorang aku yang tak gembira. bukan aku tak bersyukur...tapi entahlah. ada satu perasaan dalam diri mengatakan tempat aku bukan disini *_*.

aku sangat tertekan. rasa nak marah. tapi akhirnya aku akan memilih  untuk mendiamkan diri dan menanggung semua sendiri.

tiba-tiba aku nak menyanyi lagu Sofaz - Bukan di sini pulak.

" Tiba masa untuk ku pergi, melangkah pergi dari sini..."

my lovely mum birthday

Selamat hari lahir diucapkan pada emak aku yang tersayang. walaupun besday mak aku hari ni, tapi aku dengan advancenya telah menyambut besday mak aku semalam bersama adik beradik yang lain.
ni disebabkan semalam hari ahad dan hari ni hari isnin. so ,hari ahad senang semua nak berkumpul.



sambutan besday semalam aku combinekan besday kaktih, kakngah dan emak. memandangkan aku tak tahu nak bagi hadiah apa pada dorang, aku belanja la jamuan besday untuk dorang. sambutan ni dibuat di rumah bangcik. antara yang hadir ialah kakngah sekeluarga, kaktih n family, adai sekeluarga, lida, bangcik and anak-anak, dan kompem la aku and partner. tanpa aku, tak berlangsung la majlis semalam. huhuhuhu. rasanya tiap-tiap tahun aku buat macam ni. entah lah rasa seronok buat sambutan besday family.

menu semalam simple je. pizza hut, kek dan aiskrim. tapi memang seronok.

Saturday, June 5, 2010

family besday

happy besday to u

happy besday to u

happy besday to kaktih, helmi and kakngah

happy besday to u....................

huhuhu.

sebenarnya besday kaktih dan helmi 21 MAY. Anak beranak besday sama. jimat kek.

besday kakngah pulak 1 JUN yang lepas.

memang aku dah wish kat sms, tapi lupa nak tulis kat blog dek busy sangat.

hadiah...tunggu dulu ye. hari tu dah jalan-jalan nak beli hadiah. tapi takde satu pon berkenan.

ada yang berkenan, dah takde stok pulak.

so, nanti dah ada hadiah, i delivery kan la sampai dalam rumah. huhuhu.

Wednesday, June 2, 2010

somebody call 911

cane nak cakap a. tak de mood la. puas aku cari tapi tak jumpa. dalam henbeg, dalam laci. kali terakhir aku guna sebelum balik keje semalam. rasanya dah simpan dalam henbeg sebab jadi kewajipan aku untuk simpan dia dalam henbeg bila dah nak balik. sebab aku suka guna dia. mesti bawak ke mana-mana.



tapi skang aku nak pakai...cari-cari tak jumpa. bayangkan lah, sampai je opis kul 7 lebih tadi aku cari sampai skang tak jumpa. macam mana nak buat keje tanpa dia. sedangkan orang lain pinjam kejap pun mesti aku akan mintak balik lepas tu. sebab aku takut orang hilangkan. kalau hilang, kompem aku akan hangin dengan orang yang hilangkan benda tu. tapi skang....aku sendiri hilangkan. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...................

aku tak ingat mana aku letak. harap-harap aku jumpa la dia jap lagi. dah 4,5 kali aku selongkar henbeg tapi takde. ke ada sapa-sapa terpinjam semalam. rasanya takde. terus takde mood nak wat keje. dalam kepala asik refresh je kali terakhir aku pegang semalam.

mana pen hitam aku??? walaupun aku ada banyak pen lain, pen tu satu je aku selalu guna dan suka guna. tapi skang dah takde....macam mana ni??? aku dapat pen tu masa pegi kursus eKL kat hotel holiday villa kat subang jaya 17&18 hb 11 2009. ada cop MSC kat pen tu. sejak tu memang aku sentiasa guna pen tu. pen biasa je pon. kat kedai jual RM1.50 kot. tapi aku suka mata pen tu, dakwat dia. bila menulis rasa selesa dan best. kalau beli pen lain yang sama, tetap akan rasa lain. tiba-tiba rasa pening kepala...nak pitam memikirkan menulis tanpa pen hitam kesayangan aku tu.

pen hitam...kembali lah.....

LinkWithin