Wednesday, March 31, 2010

wild d april

pukul 10 lebih malam dan aku masih di opis. nak buat keje, otak memang dah tak boleh nak fikir, ditambah dengan nyamuk yang entah dari mana datangnya asik menggigit kaki aku dari tadi. memandangkan bulan april akan menjelma beberapa jam lagi ni, dan aku telah ditakdirkan lahir bulan april, aku pon mengisi waktu dengan menjawab sifat-sifat orang yang lahir bulan april ni berdasarkan diri aku sendiri. layanzzzz...........



* Sangat aktif dan dinamik.
suatu ketika dulu memang aku sangat aktif tapi tak sure dinamik ke tak.
 
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
aku tak nafikan, memang betul.

* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
tak sure yang ni.
 
* Punya daya mental yang sangat kuat.
suatu ketika dulu...
 
* Suka diberi perhatian.
mungkin la...
 
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
tak kot...
 
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
mungkin tidak...
 
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
langsung tak betul...
 
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
memang suka perkara mencabar, pengasih tu tak pasti la, tapi memang penyayang. takde la sopan mana pon... pemurah tu tak kot...sket-sket boleh la.
 
* Emosi cepat terusik.
sangat tepat...
 
* Cuba kawal perasaan.
memang betul. tapi kadang-kadang, tak terkawal.
 
* Kecenderungan bersifat pendendam.
suatu ketika dulu la. tapi skang dah tak lagi lepas sedar yang sifat ni hanya menyemakkan pemikiran aku.

* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
hahaha...mungkin la...
 
* Kuat daya ingatan.
masa bergelar student dulu memang kuat la daya ingatan ni. skang...entah la.
 
* Gerak hati yang sangat kuat.
sangat setuju.
 
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
memotivasikan orang lain boleh la. tapi untuk diri sendiri...mmm...no komen.
 
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
yang ni aku tak tau la. kena suh doktor cek. huhuhu
 
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu
sangat setuju. hari-hari aku cemburu dan semua ni buat hati tak tenang dan secara tak langsung...buat aku takde mood.

Tuesday, March 30, 2010

How To Train My Azlan And Your Dragon

hari jumaat malam yang lepas (26 Mac 2010), aku telah menonton wayang citer 'How To Train My Azlan Your  Dragon'. aku dan en dragon azlan menonton wayang ni kat mbo terminal 2. skang ni jadi penonton setia kat mbo sebab dah buat member kad mbo. 1st time nak buat kad, kena korbankan RM110. RM10 harga kad, manakala RM100 ialah duit nak beli tiket yang disimpan dalam kad. kalau duit dalam kad dah nak abis, boleh topup macam topup kredit henset., minimum topup RM10. kelebihan ada member kad ni ialah:

1. tak perlu beratur panjang kat kaunter untuk beli tiket. terus beli kat machine dengan letakkan kad pada tempat yang sesuai. tapi kalau dah ramai pakai kad nanti, kena la beratur kat machine pulak.
2. dapat diskaun RM1 setiap kali beli tiket guna kad ni.
3. dapat point setiap kali beli tiket (point ada tertera pada tiket). point adalah berbeza ikut movie. kalau kumpul banyak point, boleh tukar dengan barang kot. oleh itu, mulai register member kad ni, kenalah buat hobi baru iaitu mengumpul tiket wayang mbo. huhuhu
4. bila besday, akan dapat 2 tiket free untuk tgk mane2 movie. biasanya wayang lain dapat 1 je tiket free bile besday, tu pon movie tertentu je boleh claim utk guna tiket free ni.
5. kelebihan yang lain aku dah lupa. sila rujuk mbo cinemas. huhuhu.



nice a citer how to train my azlan your dragon ni.mula-mula ada 2 pilihan nak tengok citer daybreakers atau citer ni. kebiasaan aku sebelum2 ni, aku akan bagi keutamaan untuk tengok citer thriller/bunuh2/perang/lawan2 berbanding tengok citer kartun. walaupun aku layan gak kartun, tapi priority untuk tengok kartun kat wayang adalah sangat rendah berbanding susu HL lemak rendah. huhuhu.

tapi disebabkan 2 hati telah menjadi 1, jadi...aku pun mengubah kebiasaan keutamaan aku selama ni. so, aku pun layan la movie kartun ni, nanti ada orang menangis mengadu kat mak kalau aku tak nak tengok movie ni. huhuhu. kesimpulannya tak rugi la menonton citer ni. best sangat. malah bertambah best bila menonton sambil mengunyah pop corn. cuma dalam wayang tu memang sejuk sangat. nasib baik aku bawak 'jaket kalis rindu'. dengar kat radio hari tu, kutipan citer ni dah mengatasi kutipan alice in wonderland. kalau nak tau sinopsis citer ni, google je la ek. malas nak taip...;-p.

pengajaran yang aku dapat dari citer ni.............."aku pun nak bela naga comel camtu gak..." huhuhu. dan selain dari tu... aku pun dapat idea ' how to train my azlan'. hehehe...^_^

Thursday, March 25, 2010

'kau' memang jahat

sedang aku drive balik ke rumah pukul 7 lebih tadi, tiba-tiba ada sesuatu menggigit dalam kain aku. gigit kat keting la. aku yang terkejut dan terbayangkan lipas serta merta tekan brek emergency tanpa sempat berfikir dengan waras, sambil tangan kiri mengibas-ngibas kain dan menjerit tak tentu arah. semuanya berlaku terlalu pantas dalam 1,2 saat je. nasib baik la masa tu aku drive slow sebab nak masuk simpang. dan nasib baik langsung tak ada kereta belakang aku. kalau tak, maunnya aku accident tadi gara-gara gigitan misteri seekor serangga. gilo ah. sakit tu kena gigit.


aku yang tersedar kereta aku berhenti tengah jalan, segera tekan minyak balik namun jantung terus berdegup kencang. kaki menggigil tu takut kena gigit lagi. huhuhu

'jahat punye lipas (kalau betullah lipas). berani kau gigit masa aku tengah drive. kau tau aku takut dan geli dengan kau...pehal kau kacau aku ha!. aku tak kacau kau pun la. hari tu memang la aku bunuh 3,4 ekor kengkawan kau. sapa suh sibuk dalam bilik aku. aku sembur la ridsect. waaaa.....lipas jahat. aku geli lah....'

untuk beberapa hari ni, kompem aku trauma nak drive. mesti terbayang-bayang ada lipas nak gigit lagi.!!!!!!!!!!!!!

aku memang TAK SUKA lipas!!!!. aku GELI!!! LIPAS JAHAT!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, March 24, 2010

aku yang sakit

Untuk tahun 2010 ni, semalam untuk pertama kali, aku terpaksa meMC kan diri. Ini gara-gara kesakitan perut yang ku alami sejak seminggu yang lepas. Tapi sakit yang semalam terlalu sakit sehingga aku tak mampu nak menggerakkan badan. Ditambah pula dengan sakit kepala yang datang menyerang kerana aku tidur dalam keadaan tertekan. Seawal pukul 6 pagi lagi aku dah terjaga dan cuba bangun untuk mandi, namun kepala terasa teramat berat dan berpusing-pusing manakala ada sesuatu yang seolah-olah mencengkam perut aku dari dalam setiap kali aku menggerakkan badan. Aku merehatkan diri sekejap dan cuba untuk bangun sekali lagi lebih kurang pukul 6.20 pagi. Namun keadaan masih sama, membuatkan aku mengambil keputusan untuk tidak ke opis.


Lepas perut n kepala dah ok, dan aku dah boleh bangun, aku pun g klinik kat TTJ dengan mak. Lepas doktor cek, doktor kata, mungkin otot-otot perut aku ada masalah sebab aku bukan gastrik. so dia bagi aku ubat suruh makan dan MC. kalau tak ok, datang lagi dan buat pemeriksaan rapi. selain tu, aku kena jaga makan... huhuhu...aku baru nak diet.

Sebenarnya aku risau jugak kalau aku diserang gastrik. Sebab lebih kurang bulan 12/2009 yang lepas aku pernah jugak diserang sakit perut macam ni tapi 3 kali ganda lagi sakit sebab sampai tahap berguling atas tilam + menangis-nangis sebut mak + sampai tebaring dalam bilik air sebab betul-betul tak boleh bangun dan aku seorang diri di dalam bilik di tingkat atas. Masa tu memang aku ingat aku nak mati dah. Mulut tak henti-henti sebut mak mengharapkan mak aku atau anak-anak buah aku masuk dalam bilik sebab aku betul-betul tak boleh nak bangun dan bercakap. Semua ni sebab aku tak makan beberapa hari...aku hilang selera makan + terlampau sedih disebabkan...mmm..lupakan je lah...

Monday, March 22, 2010

dapat award....yeay...

errr...sebenarnya, aku sendiri tak paham pe benda award ni. Malam tadi baca blog viruspadu dan aku terperasan yang kak jemah ada tag blog aku untuk terima award ni.




mekasih kak jemah@viruspadu. tapi...cantik ke saya? huhuhu. awek dalam gambar blog saya ni, mungkin la cantik. apa-apa pun mekasih.

so, skang kena citer 7 things tentang saya ek. ape ye...hmmm....

1. pendiam, tak banyak cakap...cakap bila rasa nak cakap je +  pemalu orangnya...^_^
2. suka warna hitam. tanpa warna hitam...siapalah wildcutecat. huhuhu
3. suka drive laju-laju + pasang radio kuat-kuat + menyanyi semasa sedang drive.
4. terlalu sukakan aiskrim...terutama perisa coklat. nyam nyam...
5. suka mengapungkan diri di dalam air...terasa ketenangan memandang awan di langit biru.
6. walaupun wildcutecat...saya sangat manja dan mudah menangis.
7. saya sangat sukakan ayat ni " walaupun  jiwa ku pedih terasa bagai dihiris...namun ku tersenyum selalu..." tapi kadang-kadang saya tak dapat nak tersenyum dan tak dapat sembunyikan kesedihan saya.


sekian tentang saya...

Suara Dikala Senja

Jam didinding menunjukkan tepat pukul 6.30 petang. Akira yang masih belajar di darjah 4, duduk di ruang tamu sendirian, menonton rancangan kartun kegemarannya. Mama dan papanya sedang melayan tetamu di ruang tamu hadapan manakala kakaknya Atira sedang nyenyak tidur di dalam bilik. Akira yang sedang leka menonton televisyen dikejutkan apabila terdengar namanya dipanggil dari arah luar rumah berulang-ulang kali. Suara yang memanggil seakan-akan suara kanak-kanak. Segera Akira menjenguk ke luar, namun tiada siapa yang berada di luar rumah. Seperti kebingungan, Akira duduk semula di sofa dan menyambung menonton tv. Tidak lama kemudian, dia terdengar namanya dipanggil lagi. Akira menjenguk kembali ke luar rumah. Dia membuka pintu lalu keluar mencari arah datangnya suara itu.



Apabila dia keluar, suara yang memanggil namanya tiba-tiba tidak kedengaran lagi. Akira semakin pelik. Dia meninjau-ninjau disekitar rumah namun tiada siapa yang kelihatan. Baru sahaja dia melangkahkan kaki hendak masuk ke rumah semula, suara kanak-kanak yang memanggil namanya kedengaran semula.

'Akira...Akira. Akira...Akira...' sayup-sayup kedengaran suara kanak-kanak itu memanggil-manggil nama Akira. Akira segera berpaling lalu cuba mencari arah suara tersebut. Suara itu terus memanggil nama Akira. Tiba-tiba Akira teringat kawan sekolahnya Mulan. Bibir Akira mula mengukir senyuman kerana menyangka Mulan pulang ke rumah neneknya yang berhampiran dengan rumah Akira dan mahu mengajak Akira bermain. Segera Akira membuka pagar rumahnya lalu menuruni tebing di tepi jalan untuk mencari Mulan. Akira meninjau-ninjau di bawah tebing dan belukar berhampiran, namun tiada siapa disitu. Suara itu juga tidak kedengaran lagi. Kaki Akira terus melangkah menuruni tebing dan hampir ke jalan raya yang sibuk dengan kenderaan. Akira sendiri tidak sedar yang dia sudah sampai ke jalan raya sehinggalah suara Aaron abangnya yang menjerit memanggil namanya menyedarkannya. Akira yang terkejut segera berlari naik ke atas. Mujur ketika itu, tiada kenderaan yang lalu. Kalau tidak, entah apa akan jadi pada Akira.

Aaron memarahi Akira lalu Akira berterus terang bahawa dia terdengar ada suara kanak-kanak yang memanggil namanya sebentar tadi. Aaron segera menyuruh Akira masuk kerana hari hampir maghrib dan Aaron turut mengatakan bahawa tiada kanak-kanak mahu bermain dibelukar senjakala begini. Akira masih tidak berpuas hati lalu menelefon Mulan dan bertanya jika Mulan ada pulang ke kampung dan memanggilnya tadi. Jawapan Mulan tiba-tiba membuat bulu roma Akira meremang. Mulan langsung tidak pulang ke kampung. Akira mula terasa seram. Masih terngiang-ngiang suara kanak-kanak itu yang memanggil namanya senja tadi. Entah apa tujuan suara itu memanggilnya, Akira sendiri tidak tahu. Mujur juga hanya suara yang kedengaran dan bukan fizikal empunya suara itu. Namun, jika Aaron tidak menyedarkannya tadi, mungkin sesuatu yang buruk akan berlaku pada Akira.


* * * Akira is wildcutecat

Anak Patung Misteri

Avril terpinga-pinga melihat keadaan sekelilingnya. Dahinya berkerut-kerut cuba mengingati tempat dimana dia berada sekarang. Rambutnya kusut masai. Seluruh tubuhnya terasa sakit seperti terjatuh dari tempat tinggi. Bagaimana dia boleh sampai ke tempat misteri ini, dia pun tak pasti. baju gaun tidur yang dipakainya habis comot dan kotor. Avril cuba berdiri walaupun kakinya masih terasa sakit. Matanya meliar melihat sekeliling. Sunyi. Hanya diterangi cahaya lampu yang malap. Dia berada ditempat yang asing sekali...bersendirian. Dia berdiri dilaluan yang berbentuk bulatan. Ditengah-tengah bulatan itu pula tumbuhnya sepohon pokok yang sangat tinggi, manakala disekeliling pokok itu terdapat gaung yang sangat dalam. Tiada pintu atau laluan keluar yang lain. Hanya dinding yang sangat tinggi berada di kelilingnya.



Dalam keadaan yang termangu itu, Avril melangkah menyusuri laluan bersimen yang berbentuk bulatan itu. Sudah beberapa kali dia berpusing-pusing ditempat yang sama. Avril semakin keliru dan takut. Dia menjerit meminta tolong sambil terus melangkah mengelilingi bulatan itu. Tiba-tiba, dia ternampak anak patung berbentuk manusia sedang duduk membelakangkannya di atas pokok di tengah-tengah bulatan tersebut.  Avril mengambil sebatang galah yang sangat panjang yang berada berhampiran dengan pokok tinggi itu lalu memberanikan diri menjolok anak patung yang dilihatnya.. Sebaik sahaja galah tersebut menyentuh
anak patung tersebut, dengan pantas anak patung itu terus bergerak lalu berpaling kepada Avril dengan wajah yang menakutkan.

Avril menjerit ketakutan. Galah yang dipegangnya terlepas dari tangan. Tiba-tiba muncul 2 lagi anak patung yang serupa dengan yang dijoloknya tadi. ketiga-tiga anak patung itu memandang Avril dengan wajah yang bengis dan menakutkan dari atas pokok. Kaki Avril seperti terpaku di situ. Wajahnya pucat lesi. Anak-anak patung itu terus turun dari pokok tinggi tersebut sambil mata tidak lepas dari merenung Avril. Avril cuba melarikan diri. Namun langkahnya terasa berat sekali. Ketiga-tiga anak patung itu sudah berada di atas laluan betul-betul dihadapannya. Dengan kudrat yang ada, Avril cuba berlari menyelamatkan diri. Puas dia menjerit meminta tolong, namun tiada siapa yang datang. Anak-anak patung tersebut terus mengejar, semakin lama semakin hampir. Entah  berapa pusingan dia berlari, Avril sendiri tidak pasti. Langsung tiada tanda pintu atau lubang untuk keluar dari tempat misteri itu.

Sedang dia berlari, tiba-tiba akar pokok tinggi ditengah-tengah bulatan itu bergerak lalu mencengkam kaki Avril. Serta merta dia jatuh berdebuk di atas laluan bersimen itu. lutut dan tapak tangannya berdarah. Anak-anak patung itu semakin menghampiri. Avril yang tidak mampu lagi untuk bergerak, hanya mampu memandang anak-anak patung itu menghampirinya dengan wajah yang bengis tanpa sebarang suara.
Avril menutup kedua-dua matanya sebaik sahaja tangan anak patung itu cuba mencapai tubuhnya.

Avril tersentak dari tidurnya dan terus terjaga. Dia beristigfar beberapa kali. Tubuhnya dibasahi peluh. Kakinya menggeletar. Dia bermimpi rupanya. Namun, mengapa jantungnya berdegup dengan kencang dan mengapa kakinya terasa lenguh dan sakit? Avril meraup wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya. Apabila dia memandang ke hadapan, dia terkejut melihat anak patung dihadapannya sedang memandangnya sambil menayangkan giginya. Avril terkejut dan terkaku ditempat tidurnya. Dia menggosok-gosok matanya. Apabila mata dibuka, anak patung tersebut sudah ghaib dari pandangan. Avril termangu-mangu. Tiba-tiba tubuhnya menggigil lalu segera dia berselubung dibawah selimut sementara menunggu hari siang.


* * * Avril is wildcutecat

Sunday, March 21, 2010

mimpi yang tak pasti

aku rasa pelik. kenapa sejak akhir-akhir ni aku tak boleh ingat apa aku mimpi malam tadi dan malam-malam sebelumnya. sedangkan sebelum-sebelum ni, aku boleh ingat dengan jelas jalan cerita mimpi aku dan siapa yang aku mimpi. walaupun mimpi yang dah beberapa hari berlalu pun aku masih mampu ingat dengan jelas.



entah kenapa sekarang...aku langsung tak boleh ingat walaupun puas aku fikir dan ingat balik. langsung tak nampak bayangan. normal ke benda macam ni? tapi dulu tak macam ni pun. adakah ini termasuk dalam salah satu petanda yang aku ni nak mati? . mungkinkah? biasanya,  sebelum tido, aku bace bismillah, selawat, al fatihah, 3 qul dan ayat kursi. kadang-kadang aku baca sampai terlelap. ada lah sesekali kalau aku tertido, aku terlupa nak baca. tapi...takkan sebab terlupa baca bismillah aku langsung tak ingat mimpi-mimpi aku? sebelum2 ni aku pernah terlupa gak baca...tapi boleh je ingat. malah boleh cerita balik kat orang lain jalan cerita mimpi aku.

entah lah...aku tak tahu kenapa. cuma tertanya-tanya sebab terasa pelik dan ganjil...

Saturday, March 20, 2010

aku dan ahad

pagi ni bangun tido awal. niat hati nak pergi joging kat city park. tapi terlewat 1 jam plak bangun. kalau nak g joging kat sana, aku suka keluar rumah pukul 6.30 pg. bangun-bangun tido terus kemas katil, lepas tu baru mandi. malam tadi aku beli neutrogena deep cleen daily scrub. excited nak pakai. sejak akhir-akhir ni jerawat asik tumbuh je kat muka aku. tensen lah. tapi apa kaitan scrub dengan jerawat? hahaha. scrub ni aku pakai sebab untuk remove blackhead. bak kata label belakang scrub ni, dia tulis akan hilangkan blackhead dan halang dari muncul lagi. aku pun percaya la, sebab tu aku beli ;-p. lepas mandi, aku tepek lak milky lightening dew dari garnier kat muka, diikuti dengan moustorizing cream. bukan nak pergi mana-mana pun, duduk rumah je la. hahaha. lepas tu aku pakai oxy 10, tepek kat setiap jerawat yang ada kat muka aku ni. ada yang dah 2,3 minggu tumbuh tak hilang-hilang. ada yang baru nak tumbuh. huhuhu. bertompok-tompok putih muka aku ni skang. sib baik kat rumah, so aku tak kisah sangat. nak cantik memang kena hodoh dulu. huhuhu.



banyaknya keje nak kena buat. tapi serius, aku malas sangat nak buat. bagi aku, keje opis wat kat opis, bukan kat rumah. tapi sebab kat opis pun aku tak dapat nak siapkan, terpaksa lah bawak balik rumah. kalau tak siap pun, at least ada sket buat pon jadilah. tapi sebelum mood buat keje tu datang, kenalah aku surfing internet dulu. petang ni rasa macam nak basuh keta je. tapi malas la plak...huhu. keta putih memang cepat kotor. rasa macam nak g shoping kat KL je la. semalam aku cari baju  gaun 1 seremban tak jumpa. tapi aku mesti carik jugak. huhuhu. dah lama tak pergi pkns shah alam, dah lama tak pergi one utama. rindunya aku... aku ni bukan betul sangat. tiba gilo aku datang kang, petang ni jugak aku lepas g shah alam n bandar utama. sensorang pon jadi.

kalau lah esok takde meeting, aku rasa macam nak cuti je. bosan la aku meeting. ntah macam mana sistem tu esok. mesti aku kena kat bos esok ni. so, malam ni aku kena practice tebalkan muka supaya esok aku boleh tenangkan diri bila kena 'bantai' nanti. dah 6 bulan keje, tapi sampai skang aku rasa aku tak sesuai dengan keje ni. aku sesuai keje buat programming yang tak perlu jumpa orang lain. hanya aku dan pc...aku rasa sangat bahagia. huhuhu. buat sesuatu yang aku tak minat memang aku tak boleh. buat sebab terpaksa...hasilnya takkan sama dengan buat sebab aku minat or suka. tiba-tiba aku rindu opis lama aku. ntahla, aku rasa kat situlah tempat kerja terbaik aku pernah kerja.
Ntah macammana kehidupan aku kalau skang ni aku masih kerja kat sana. Walaumacammanapun, aku bersyukur dapat keje yang sekarang ni. Cuma minat keje yang skang ni datang, entah bila. Sehingga itu, aku akan cuba menanam dan menyemai minat pada kerja aku skang walaupun agak mustahil. Huhuhu.

tiba-tiba teringin nak makan aiskrim. cuaca panas terik, bilik aku pun terasa bahangnya walaupun dah kat no 5 kipas ni aku set. kalau ada no 8, kat no 8 tu lah aku set. tapi malas nak keluar.

hmmm...sebenarnya rindu sangat kat dia. ntah apa dia buat sekarang ni. aku rindu sangat kat dia...

Biarkan Bulan Bicara Sendiri (Bhgn 2)

Danial turut merenung makhluk itu. Sesaat pun dia tidak boleh terleka kerana berbanding dirinya, pergerakan makhluk itu sangat pantas. Beberapa saat berlalu, Danial dan makhluk itu masih merenung antara satu sama lain. Makhluk itu dengan mata yang merah dengan taring yang tajam menyeringai mula melangkah perlahan menghampiri tempat Danial berdiri. Danial masih tidak berganjak dari kedudukannya. Rihana yang memerhati dari celah akar pokok itu semakin takut melihat situasi itu. Dia tidak mahu Danial mati. Pertama kali Rihana dapat melihat makhluk yang meragut nyawa sahabat-sahabatnya dari dekat. Wajah yang sangat hodoh dan menakutkan. Bentuk badannya seperti serigala sebesar lembu jantan. Namun ada sedikit kelainan pada wajah makhluk tersebut, tidak seperti serigala biasa.



Rihana hanya memerhati dari jauh Danial dan makhluk itu saling berpandangan. Makhluk itu berdiri bertentangan menghadap Rihana yang bersembunyi manakala Danial berdiri membelakangkan Rihana. Beberapa minit berlalu, keadaan masih sama. Kedua-dua makhluk yang berdiri dihadapannya tidak bergerak. Yang kedengaran hanya dengusan nafas dan bunyi deraman makhluk itu. Sesekali makhluk itu melolong tiba-tiba membuatkan Rihana menggigil dan menangis ketakutan. Namun, Danial sedikit pun tidak berganjak. Masih berdiri di situ sambil kedua-dua tangannya erat memegang dahan kayu untuk mempertahankan diri. Sesekali terdengar lolongan serigala itu semakin sayu seolah-olah dalam kesedihan.

Tiba-tiba makhluk itu mengalihkan pandangannya ke arah Rihana membuatkan wajah gadis itu yang sememangnya sudah pucat semakin pucat. Jika ditoreh dengan pisau pun, tiada darah yang akan mengalir. Makhluk itu menyeringai menunjukkan taringnya yang tajam pada Rihana. Danial yang melihat keadaan itu segera menghentakkan kakinya sekuat mungkin pada tanah membuatkan makhluk itu berlari ke arah belukar namun sempat berpaling ke arah Danial dan kemudian Rihana, lalu menghilang dalam kegelapan. Melihat makhluk itu sudah lari, hati Rihana lega. Dengan kudrat yang ada, dia berlari anak mendapatkan Danial yang masih berdiri di situ. Tubuh Danial segera dipeluk Rihana. Dia bersyukur tiada apa-apa yang buruk berlaku pada Danial. Tubuh Danial terasa hangat, degupan jantungnya sangat laju. Danial turut memeluk Rihana.

Malam itu, Rihana terlena keletihan di celah akar pokok besar itu. Mulanya Rihana tidak mahu tidur dan ingin berjaga sehingga hari siang, namun Danial berkali-kali meyakinkan yang makhluk itu takkan mengganggu mereka lagi. Danial yang duduk bersandar di pokok besar itu hanya memerhatikan Rihana tidur. Wajah putih bersih itu direnungnya lama. Rihana sangat cantik, menjadi kegilaan ramai lelaki termasuk Danial. Namun, bukan kerana wajah Rihana yang cantik membuatkan Danial jatuh hati pada Rihana. Dari umurnya 7 tahun lagi dia telah jatuh hati pada Rihana. Sejak pertemuan kali pertama 18 tahun yang lalu, Danial melakukan apa sahaja asalkan dapat sentiasa bersama Rihana. Mendaftar di sekolah rendah yang sama, kemudian sekolah menengah seterusnya di IPTA yang sama dengan Rihana. Namun, Danial tidak pernah menegur Rihana, dia hanya memerhatikan Rihana dari jauh sahaja. Melihat Rihana bersama lelaki lain membuatkan hatinya luka, namun Danial menunggu masa yang sesuai untuk dia berterus terang dengan Rihana. Pada semester terakhir di IPTA, barulah Danial mula menonjolkan dirinya pada Rihana. Ini kerana mereka bekerjasama dalam satu kumpulan seramai 4 orang untuk meyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah mereka. Sejak itu mereka mula rapat sebagai kawan namun hubungan mereka menjadi renggang sejak Danial meluahkan perasaannya pada Rihana. Rihana mula menjauhkan diri dan sering mengelak dari bertemu Danial. Danial tidak pernah memaksa Rihana untuk menerimanya, namun dia tidak akan berputus asa. Dia akan melakukan apa sahaja untuk Rihana, kerana suatu ketika dahulu, Rihana pernah menyelamatkannya tanpa disedari Rihana sendiri. Sejak itulah Danial mula tahu, gadis itu adalah takdirnya.

bersambung lagi...nak wat keje lak. huhuhu

Friday, March 19, 2010

Biarkan Bulan Bicara Sendiri (Bhgn 1)

Bunyi derapan kaki yang memijak daun-daun kering membuatkan jantung Rihana berdegup kencang. Seluruh tubuhnya menggigil. Baju t-shirt hitam yang dipakainya lencun dibasahi peluh. Sudah hampir 2 jam dia bersembunyi dicelah akar pokok besar itu. Danial dan Karina hilang entah dimana. Adakah mereka selamat? Rihana berharap bunyi derapan kaki yang didengarnya tadi adalah rakan-rakannya. Dia cuba mengintai dari celah-celah akar besar itu. Badannya digerakkan perlahan-lahan, bimbang dapat dikesan. Keadaan yang gelap menyukarkan pandangan Rihana. Dari tempat dia bersembunyi dia dapat melihat susuk tubuh manusia yang sedang berjalan terhenjut-henjut. Sesekali terdengar erangan dari manusia tersebut seolah-olah berada dalam kesakitan. Dari suara erangan itu, nyatalah manusia didepannya adalah seorang lelaki. Hati Rihana sedikit lega mengetahui bukan dia seorang berada didalam hutan tebal ini.


Namun Rihana masih ragu-ragu untuk keluar dari tempat persembunyiaannya. Dia bimbang akan diserang makhluk ganas itu lagi. Lagipun, dia masih tidak tahu siapa lelaki dihadapannya itu. Masih jelas dibenak fikirannya bagaimana makhluk itu menerkam sahabat baiknya Mikail lalu merobek tubuh lelaki itu dengan kejam hingga jelas kelihatan jantung yang masih berdegup lagi. Sekelip mata tubuh sahabatnya itu kaku dipenuhi darah pekat yang berbau hanyir. Rihana dan Karina menjerit ketakutan. Dengan sisa-sisa keberanian yang masih ada, mereka berlari sekuat mungkin. Rihana berlari tanpa menoleh ke belakang lagi. Kakinya menggigil namun dia tetap meneruskan lariannya. Tidak sanggup dia membiarkan makhluk itu merobek daging tubuhnya pula. Entah berapa lama dia berlari, dia sendiri tidak tahu. Apabila sudah tidak tahan lagi, Rihana berhenti berlari. Kakinya sudah tidak mampu berdiri lagi. Dia duduk bersandar pada pokok berhampirannya. Nafasnya tercungap-cungap. Dia menoleh ke belakang, namun Karina tidak kelihatan. Matanya liar mencari. Rihana berasa cemas. Entah sejak bila Karina tidak bersamanya, dia sendiri tidak tahu. Pantas sahaja Rihana melaung-laungkan nama Karina. Namun tiada jawapan.


Rihana takut bersendirian dihutan tebal itu. Dia menyalahkan dirinya kerana meninggalkan Karina dibelakang. Adakah Karina turut menjadi mangsa seperti Mikail? Bagaimana pula dengan Danial yang ketika kejadian ngeri itu sedang mandi di air terjun berhampiran. Rihana melaungkan nama Karina dan Danial. Tubuhnya terasa lemah. Dia bangun untuk berpatah balik mencari Karina dan Danial. Namun kakinya terlalu lemah untuk berdiri. Rihana menangis ketakutan. Dia tidak menyangka perkhemahan yang dirancang akan bertukar menjadi tragedi pada hari kedua mereka disini. Yang tahu selok belok hutan ini hanya Mikail, namun Mikail sudah kaku dibunuh makhluk ganas itu. Sedang dia menangis mengenangkan nasib diri dan sahabat-sahabatnya, terdengar lolongan serigala yang sangat menyeramkan sehingga menaikkan bulu roma. Tubuhnya menggigil. Dengan kudrat yang masih ada, Rihana segera bangun meneruskan lariannya. Sedang dia berlari, dia ternampak pokor besar yang mempunyai ruang pada akarnya yang besar, lalu Rihana mengambil keputusan untuk bersembunyi di situ memandangkan dia terlalu lemah untuk berlari dan kakinya turut cedera kerana terjatuh beberapa kali semasa melarikan diri tadi. Jam tangan pada pergelangan tangan kirinya menunjukan pukul 6.45 petang. Rihana terlalu penat. Dia masih ingat lagi, mereka baru sahaja selesai makan tengah hari ketika makhluk itu menyerang mereka dan kini hari semakin gelap. Rihana keletihan, dia tertidur dicelah pokok besar itu sehinggalah dia terjaga apabila mendengar derapan kaki berjalan tadi.


Lelaki misteri itu duduk bersandar pada pokok tidak jauh dari tempat Rihana bersembunyi. Dia kelihatan letih. Tanpa berfikir panjang, Rihana terus keluar dari celah pokok besar itu lalu berlahan-lahan menghampiri lelaki itu.

Bunyi langkah Rihana mengejutkan lelaki itu. Dia segera berpaling dan bangun cuba untuk mempertahankan diri. Rihana turut terkejut dengan reaksi lelaki misteri itu.


“Dani…” hanya itu yang keluar dari mulut Rihana. Dia segera berlari mendapatkan lelaki itu. Tubuh sasa Danial dipeluk erat. Danial turut memeluk Rihana, lega apabila orang yang dikasihinya masih hidup. Rihana menangis kelegaan kerana bertemu Danial didalam hutan ini. Apabila tersedar, Rihana melepaskan pelukan lalu meminta maaf atas keterlanjurannya. Kaki Danial yang cedera segera dibalut oleh Rihana.


“Karina mana?” soal Rihana. Mereka duduk dibawah pokok besar itu bersama. Danial mendiamkan diri. Riak wajahnya berubah. Keadaan itu membuatkan Rihana tak senang duduk.


“Dani…Karina mana? Ada jumpa Karina tak?” Rihana terus mengajukan soalan. Dia betul-betul bimbangkan keselamatan Karina. Sesekali dia menoleh kiri dan kanan, bimbang jika makhluk itu muncul sekali lagi.


“Karina dah takde. Tadi saya jumpa mayat dia semasa melarikan diri ke sini” jawab Danial serba salah. Rihana terkejut mendengar berita itu. Airmata mengalir laju. Karina adalah sahabat yang paling rapat dengannya. Mereka belajar di sekolah menengah dan IPTA yang sama. Cuma selepas tamat belajar, mereka bekerja disyarikat yang berbeza. Namun keakraban mereka masih seperti dulu. Lolongan serigala yang sayup-sayup kedengaran mematikan perbualan mereka. Rihana terus memeluk Danial erat. Danial cuba menenangkan gadis pujaannya. Walaupun Rihana pernah menolak cinta Danial, Danial masih tidak berputus asa untuk memenangi hati gadis itu. Baginya Rihana gadis istimewa. Mereka kaku disitu. Setahu Danial, jika bunyi lolongan serigala itu dekat, maknanya serigala itu berada jauh dari situ. Namun jika lolongan itu sayup, bermakna serigala tersebut berada hampir dengan mereka. Dahan kayu bersaiz sederhana yang berada digenggamannya dipegang erat. Walaupun takut, dia harus berhadapan dengan makhluk itu jika makhluk itu menyerang mereka. Dia tidak akan membiarkan makhluk itu mengapa-apakan Rihana.

Bagai mahu gugur jantungnya apabila kembali ke tapak perkhemahan dan melihat darah pekat dan cebisan daging merata-rata. Dia terlalu bimbangkan Rihana dan Karina, lebih-lebih lagi Rihana. Dengan harapan yang Rihana masih hiduplah, Danial cuba menjejaki mereka dan tidak menyangka bertemu mayat Karina dalam keadaan mengerikan dimana jantungnya telahpun hilang dan darah merata-rata. Harapannya hampir berkecai sehinggalah dia bertemu Rihana sebentar tadi.

Bunyi dengusan nafas binatang buas membuatkan Rihana semakin ketakutan. Mereka tidak membuat unggun api kerana bimbang menarik perhatian binatang-binatang buas dan makhluk yang menyerang dan membunuh sahabat-sahabat mereka tadi. Danial memberi isyarat supaya Rihana tidak bergerak. Dari celah-celah semak-samun kelihatan seekor makluk sebesar lembu jantan dewasa sedang berjalan perlahan-lahan ke arah tempat persembunyian Rihana dan Danial. Rihana semakin takut. Tubuhnya menggigil dan kaku. Danial sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Dia akan berhadapan dengan makhluk itu. Dia akan melindungi Rihana sedaya upayanya. Apabila makhluk itu semakin hampir, Danial segera keluar dari persembunyiannya. Mata makhluk itu yang merah, merenung Danial dengan tajam sekali.



bersambung la pulak. aku dah mengantuk...huhuhu

Thursday, March 18, 2010

wildcutecat memang wild...

hari ini, encik capo grande nampak segak dan kacak berbaju melayu putih, bersamping merah dan bersongkok hitam. cik wildcutecat tidak jemu-jemu melihat personaliti dan imej encik capo grande hari ni. kalau hari-hari encik capo grande pakai macam ni, cik wildcutecat terpaksa berpura-pura lalu didepan bilik encik capo grande berulang-ulang kali konon-konon nak pergi photostat ;-p. rasa jatuh cinta kali kedua melihat encik capo grande hari ni ^_^.


sebelum-sebelum ni cik wildcutecat hanya nampak encik capo grande ni comel je  bila pakai kemeja atau t-shirt. mmm....kalau tak pakai baju, mungkin nampak comot kot. yeke comot? ke nampak seksi? huhuhu

cik wildcutecat nak menjalankan satu misi yang sangat wild, nak pergi snap gambar encik capo grande jap. tadi masa pergi meeting pengurusan, tak terfikir nak snap gambar. terleka sebentar merenung encik capo grande dalam meeting tadi.


(beberapa minit berlalu...)

huhuhu...cik wildcutecat berjaya snap gambar curi encik capo grande yang sedang busy menjawab telefon tanpa menyedari aksinya sedang diambil. malangnya gambar muka tak dapat nak snap sebab takut misi rahsia cik wildcutecat gagal. dibawah ialah gambar-gambar kacak encik capo grande memakai baju melayu lengkap bersamping, malangnya songkok telah ditanggalkan.

terlupa pulak, hmmm...untuk pengetahuan, encik capo grande tidak suka memakai baju melayu. tapi hari ni terpaksa pakai sebab ada meeting pengurusan yang wajib pakai baju melayu lengkap kalau meeting hari jumaat. huhuh

*** jangan marah a encik capo grande...cik wildcutecat mempromote gambar-gambarmu ini. huhuhu


Add caption
cuba lihat di monitor en capo grande. sebelum menjawab telefon, dia sedang meliarkan diri dengan membaca blog wildcutecat. huhuhu

Wednesday, March 17, 2010

perasan tak?

sejak aku tukar design blog aku ni 2 hari lepas, aku asik tengok blog sendiri je. bukan baca, tapi tengok.
scroll ke atas, ke bawah. pastu tenung lama-lama. ada satu perasaan aneh yang muncul. aku pun tak faham kenape. hari ni seperti semalam, aku renung lagi blog aku. tiada riak yang dapat ditafsirkan dari wajah yang aku tunjukkan. cuma yang wujud perasaan yang sama seperti semalam. sukar untuk aku menyatakan perasaan aneh itu, takut disalah erti oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

 namun, jika tidak dikongsi perasaan ini, ia akan membebankan jiwa dan fikiran aku. sukar betul aku nak buat keputusan. haruskah aku beritahu atau diamkan saja? tapi sebelum aku bagitau perasaan aneh tu, tengok la gambar kat bawah ni lame-lame. cuba tenung betul-betul.




\


perasan tak apa-apa kat gambar ni? memang la ni gambar blog aku sendiri. tapi perasan tak?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
perasan tak yang blog aku ni cantik sangat? hahaha. anehnya perasaan ni. aku rasa blog aku cantik dan aku sangat berpuas hati sesuai dengan jiwa aku. rasa tak puas nak tengok. la la la la la la..............;-p

aku yang baik

pagi tadi aku betul-betul tension. dah la bangun lambat (mmm...memang sengaja bangun lambat sebab tak larat nak bangun. huhu), dengan baju tak iron lagi.  malam tadi  aku tertido tanpa sempat mengiron baju batik nak pakai hari ni. baju batik kain sutera, faham-faham je lah kedut seribu dia macam mana kalau tak iron. kain punye la mahal, dekat RM300 aku beli, tapi menyusahkan.



disebabkan tak sempat nak iron, jam pun dah pukul 6.45 pagi, aku pun capai je baju-baju yang ada dalam almari. yang paling aku tensen, baju-baju yang aku nak pakai dah tak muat. huhuhu. bila kain ok, baju pulak sempit. bila baju ok, kain pulak tak boleh nak masuk. ada tu, kain dan baju tak muat lagi. nasib baik la ada baju yang agak besar sket yang aku boleh pakai. tu pun lepas beberapa helai aku cuba. tu tanda-tanda yang aku ni dah banyak lemak kat satu badan. suatu ketika dulu, semua baju-baju tu aku muat, malah ada yang longgar. tapi skang, baju yang longgar aku pakai dulu dah jadi macam balut nangka pulak. semakin tensen pikir aku dah gemuk. nak pulak, bila timbang jarum timbang tu tunjukkan angka yang agak menakutkan aku.
setahun yang lalu berat aku 45 kg je. skang dah 55 kg, naik sikit sikit sejak bulan 5 2009.

adakah berat aku naik sebab aku banyak makan? atau aku dah berhenti dari pegi gym dan swimming? tiba-tiba aku rindukan diri aku yang tinggal kat kota damansara dan bekerja kat seksyen 7, shah alam. masa tinggal kat sana, aku makan sekali sehari, aku selalu pegi gym at least 2 kali seminggu, swimming at least sekali seminggu. then bila aku balik seremban, aku pegi jogging kat city park. sebab tu dulu berat aku maintain je 45kg. aku hidup sorang-sorang je dulu. sebab tu aku rajin bersukan sebab aku bosan sorang-sorang.

tapi, bila dah kerja kat seremban dan tinggal dengan family, semua aktiviti yang aku selalu buat dulu, aku tinggalkan. balik kerja je lauk semua dah siap atas meja, mak aku masak. tunggu makan je. dulu kat kota damansara aku kena keluar g kedai kalau nak makan, tapi disebabkan aku malas keluar, sebab tu aku makan sekali sehari je time lunch hour. bila balik rumah, aku berkurung dalam bilik dan takkan keluar-keluar lagi.


tak sampai 2 bulan lagi aku nak kahwin. dah tentu banyak ambil gambar masa tu. dan cukup menyakitkan hati aku bila aku nampak gemuk dalam gambar. dan aku pun takut gak kalau hari aku kahwin nanti baju tak muat sebab ukuran dah ambil sebulan yang lepas. dan berat aku makin bertambah dari hari ke hari. aku tak nak la hari aku nak kahwin nanti aku tensen sebab baju ketat atau dah tak muat dan itu sudah pasti menjejaskan muka aku sebab aku masam dan nak marah-marah je nanti.


oleh itu, aku sedang mengkaji diri aku skang. makanan yang aku ambil, gaya hidup aku dan yang sewaktu dengannya. aku bagi pilihan pada diri aku sendiri...nak terus menambahkan berat badan aku, atau cuba menurunkan sekurang-kurangnya 5 kg sebelum 15.5.2010. aku perasan yang aku terlalu banyak sangat makan makanan manis skang. aiskrim, air gas, air gula yang lain dan yang sewaktu dengannya. aku pun perasan gak yang aku dah lama tak minum susu dan yogurt. aku dah tak bersenam...banyak benda untuk kesihatan diri aku tak buat lagi. ntah apa aku fikir aku pun tak tahu. aku bukan aku yang dulu lagi. aku jadi semakin teruk...aku makin malas, malah nak berfikir pun aku malas, aku asik makan je...malas bersenam dan malas segala-galanya. mungkin kesan psikologi diri aku sendiri yang selalu menjadi mangsa, selalu bersedih selalu menangis selalu murung hingga aku lupa yang perjalanan hidup aku masih panjang lagi (jika umur panjang) dan banyak benda berfaedah yang aku boleh buat dari memikirkan kesedihan hidup aku dan membiarkan hidup aku tak beerti. aku lupa akan orang yang mengambil berat dan menyayangi aku di sekeliling aku dan aku selalu menghampakan mereka dengan sikap aku.


aku tahu dan sedar...tiada siapa yang boleh mengubah hidup aku melainkan aku sendiri. dan kalau aku tak mulakan dari sekarang...ntah bila lagi.
hidup ni tak lama la hadibah....

Monday, March 15, 2010

bila pempuan bertemu Nilai 3, bila viva putih bertemu myvi hitam...

 ---------------------------------------------

aku tak pernah tahu yang nak buat kenduri kahwin ni banyak pakai duit dan tenaga. manalah aku tau, aku tak pernah kahwin lagi. ni baru 1st time. huhuhu. sabtu lepas, untuk kali yang 5 dalam tempoh 3 bulan ni, aku sekali lagi ke tempat untuk menghabiskan duit dan melenguhkan kaki iaitu Nilai 3. dengan rombongan seramai 5 yang terdiri dari emak tersayang, kakngah yang baik hati, kaktih yang cool, akmal yang macho dan aku yang biasa-biase je, kami bergerak ke Nilai 3 pada pukul 11 pagi, padahal perancangan awal bergerak pada pukul 10 pagi. tapi biasa a...janji adik beradik dan keluarga. huhuhu. masing-masing dah diberi tugas.


1.emak - pemerhati dan penasihat
2. kakngah - ketua memilih barang-barang kenduri termasuk hiasan hantaran.
3. kaktih - tugas bebas dan sebagai penyeri
4. akmal - angkat barang-barang
5. aku @ viva putih - driver, penyelaras dan bank. huhuhu

memahami tugas dan peranan aku sedari awal lagi, aku pun menghidupkan enjin kereta kesayangan aku itu yang sering menjadi perhatian ramai. huhuhu. aku drive biasa je tak laju sangat sebab ramai nyawa dalam tu. sesampai je di Nilai 3, operasi mencari barang-barang keperluan untuk hiasan hantaran, door gift, bunga telur pun bermula. mula-mula memang bersemangat lagi sebab baru 2,3 kedai pegi dan kedai pon dekat-dekat. kak ngah menjalankan tugasnya dengan begitu cemerlang sekali memandangkan dia sudah aku lantik sebagai ketua untuk meguruskan barang-barang hantaran dan persediaan untuk kenduri nanti. sudah tentu aku sudah menginterviuw beberapa calon lain, akhirnya kakngah yang paling layak untuk memegang jawatan tersebut dengan pengalaman-pengalaman yang dia ada. hehehe. seperti sudah tahu akan tanggungjawabku, setiap kali kakngah meletakkan barang-barang yang dia sudah pilih dikaunter bayaran, aku pun segera mengeluarkan duit untuk membayar tanpa sebarang prejudis. cuma banyak kali jugak aku membebel suruh dia amik barang yang murah je. huhuhu.

kedai demi kedai kami masuk, dan setiap kali jarak kedai dengan kereta lebih 500 meter (ntah la, aku main letak je ni), aku segera mengalihkan kereta supaya nanti tak la terseksa nak jalan patah balik ke kereta (dari pengalaman yang lepas). barang yang dibeli semakin banyak, dan duit aku yang tebal sebelum bertolak ke Nilai 3 tadi dah pun semakin menipis seperti bukit yang dikorek bedoza(ntah betul tah tidak ejaan ni). aku pun dah semakin jemu sebab dah lebih 10 kedai masuk, asik-asik kedai jual barang kahwin je yang kami masuk. lalu aku mengambil kesempatan lari ke kedai baju berhampiran. dengan mata yang agak rambang melihat banyak baju-baju cantik bergantungan, aku pun terus amik 2 helai. itupun nasib kakngah dah telepon suruh aku datang kedai bunga cepat kalau tak, mesti aku dah amik 4,5 helai baju. huhuhu. sampai je kat kedai kakngah suruh datang, terus aku bayar harga barang-barang yang dia dah amik.

lepas satu kedai ke satu kedai kami masuk dan setiap kali keluar kedai, mesti tak kurang dari 2 plastik besar barang yang kami bawak keluar. sehinggalah bila nak simpan barang-barang dalam kereta, baru tersedar yang bonet dah tak muat nak menampung barang-barang yang dibeli. walaupun dah tau barang tak muat lagi nak simpan, operasi membeli barang masih diteruskan kerana menurut emak tersayang, "boleh je orang-orang duduk belakang berhimpit dengan barang sekejap. bukan jauhpun nak balik nanti". huhuhu. oleh kerana kata-kata positif itu, bertambah banyak la barang yang dibeli oleh kakngah dan dibayar oleh aku. keta aku tu dah la comel sangat, bonetnya lagi la comel. akhirnya...tempat duduk belakang dah penuh dengan  barang sehingga tiada ruang untuk manusia lagi. alternatif dicari bagi menyelesaikan masalah ruang tadi. satu-satu nombor didail, namun jawapannya hampa. mula-mula terfikir dibenak fikiran aku yang tidak berapa genius ni untuk hantar barang-barang balik seremban dulu, kemudian aku datang balik Nilai 3 untuk jemput ahli-ahli rombongan. namun, aku harus mencuba alternatif terakhir sebelum melaksanakan rancangan dalam fikiran aku tadi.

lalu aku mendail no 019-356***2. deringan dijawab. biasa la, nak mintak tolong ayat manis mesti dimulakan dulu. kemudian barulah aku menyatakan hasrat hati dengan nada yang agak-agak manja. huhuhu. mendengar yang myvi hitam sudi untuk datang menjadi driver tambahan, senyuman mula terukir. sebenarnya ada niat lain selain dari minta tolong jadi driver tambahan. dah kompem la aku nak jumpa dia sekali. bila dia ada, mungkin suasana akan bertambah serinya kerana bunga-bunga cinta mula berkembang di taman. huhuhu.

selang tak sampai 1 jam, myvi hitam pon sampai. terus sahaja barang-barang dipindahkan kedalam myvi hitam yang ruangnya lebih besar. so, skang ahli rombongan dah bertambah menjadi 6 orang beserta 2 kereta.

6. myvi hitam - driver tambahan dan penyeri kepada viva putih. ( barulah complete hitam putih...huhuhu)

lepas pegi makan, jalan-jalan cari baju tema pulak. lepas tu perjalanan diteruskan ke putrajaya. silalah baca entri ni untuk kisah ke putrajaya. disebabkan dia dah wat entri ni, aku linkkan terus je la ke blog dia.
http://capogrande.blogspot.com/2010/03/pengalaman-ngeri-di-lorong-motor.html

lepas g putrajaya, perjalanan balik ke seremban diteruskan pada pukul 11 malam dan sampai dengan selamatnya lebih kurang pukul 12 malam.

sebelum abiskan entri ni aku nak ucapkan berbanyak-banyak thanks pada semua ahli rombongan yang terlibat dan memberikan tenaga dalam operasi kali ni. thanks pada emak kerana sponsor cadar pengantin. thanks pada kak tih yang sponsor kain untuk baju tema family dan beg untuk door gift. thanks pada akmal kerana tolong angkat barang-barang. thanks pada kakngah yang memilih barang-barang untuk dibeli. thanks pada myvi hitam kerana sudi datang  jugak walaupun baru je selesai buat rawatan gigi dengan ubat bius yang masih bersisa lagi. thanks pada semua.... luv u all.

Thursday, March 11, 2010

aku dibius 'cinta'

--------------------------------

Isnin 8 Mac 2010 lepas, aku dan dia ambil cuti sebab nak pergi hospital untuk buat ujian H.I.V. Kompem la benda ni wajib buat sebab salah satu syarat untuk kahwin. kalau tak wajib, jangan harap aku pegi cek darah.
satu ketraumaan untuk aku pegi cek darah ni, lebih-lebih lagi sebab kena cucuk jarum kat jari sampai berdarah.



teringat aku masa 1st time cek darah tahun 2000 yang lalu. tak sangka dah 10 tahun berlalu. masa tu nak cek darah untuk isi borang IPTA. 1 minit lepas jari aku dicucuk untuk keluarkan darah, terus aku pitam. tiba-tiba berpeluh-peluh, tenaga tinggal 0.5% je. rasa pening sangat, nak muntah dan lapar. aku yang tengah tak terdaya ni terus baring atas kerusi panjang dalam klinik kesihatan tu tanpa pedulikan pandangan orang lain terhadap aku. padahal sebelum jari aku dicucuk tu aku sihat walafiat je. huhuhu. dekat 1 jam jugak aku nak stabilkan diri aku masa tu.

masa nak amik darah untuk HIV ni aku risau kalau kejadian 10 tahun lepas berulang lagi . bukan aku fikir aku akan menyusahkan orang kalau aku pitam, tapi aku fikir sakit yang aku perlu tanggung nanti. mesti aku tak terdaya dan pening je.

bila lelaki kat kaunter tu suruh aku masuk dalam bilik, tiba-tiba aku kecut perut. laju je jantung aku ni.
tengok plak orang tu kluakan alat untuk cucuk tu, pastu sapu jari aku dengan kapas yang dah direndam dengan ubat kot. huhuhu. rasa aku nak lari je bila doctor tu pegang jari aku. terus aku baca bismillah banyak-banyak dan selawat. berdebar-debar gile jantung aku mengalahkan debaran masa bertunang hari tu.

bila jari aku dah dicucuk tu, rasa pedih dan sakit gak la walaupun sikit je. aku cuba la tahan sakit memandangkan umur aku ni dah semakin meningkat remaja, bukan kanak-kanak lagi seperti 10 tahun yang lepas. huhuhu. sementara duduk menunggu result, aku tiba-tiba rasa lemah. tapi cuba menahan. lagipun perancangan untuk hari tu ada banyak lagi nak disetelkan. nasib baik ada dia. dia buat aku bercakap...membuatkan aku terlupa sekejap sakit kat jari tu. nampak macam mengada-ngada je aku ni kan...kena cucuk sket dah nak nangis...macam mana lah kalau aku pregnant dan bersalin nanti. waaaaaaaaaa...........aku tak mau bayangkan.

lepas dapat keputusan, terus pergi makan sebab tiba-tiba jadi lapa kesan dari amik darah tadi walaupun 2 titik je pon darah yang diambil. lepas tu jalan-jalan sambil aku masih memikirkan sakit kat jari aku tadi. sejurus nampak kedai kasut buat sales, secara automatik, sakit di jari aku terus hilang sedikit.

terus saja aku beli 2 pasang kasut sebagai penawar sakit dijari aku. kemudian dia mengajak aku masuk ke kedai first lady dan dia berkenan dengan baju jubah kat kedai tu lalu belikan aku sehelai jubah. terus je jari aku tak sakit lagi seolah-olah tak pernah dicucuk. so, sekarang aku dah tau ubat paling mujarab kalau aku sakit kena cucuk. hehehe. lepas ni, terpaksa la aku singgah ke kedai yang buat sales tiap kali kena cucuk nanti. huhuhu.

ape pun, semuanya berjalan lancar. result HIV pon ok sebab orang kat kaunter tu bagitau aku ' dah setel dah. dah boleh kawin'. hehe.

aku tak tau nak ending kan macam mana entry ni. so...sekian ..huhuu

Wednesday, March 3, 2010

Cahaya Hidupku - Ebith Feat NuNU

 ---------------------------------
 1st time dengar lagu ni terus suka...
 ----------------------------------

Kemarin aku melupakanmu
Kemarin aku tak ingat kamu
Namun engkau tersenyum

Sucinya cintamu


Dan kini sampai akhir hidupku

Ku mohon jangan tinggalkan aku
Selalu dekat dengamu
Engkaulah segalanya

Rasa sesal tak pernah datang di awal

Ketika, ketika mata rasa dan kata sudah tak berguna
Teringat satu masa ketika aku terlupa
Terlupa akan cinta yang ada di dalam dada
Ku terpesona dengan wanita berbeda
Terpikat dengan sinar cahaya berbeda
Wanita lain yang belum tentu setia
Cahaya yang tidak akan bersinar lama

Tidak seperti sinarmu engkau wanita pujaan hatiku

Malu ku mengakui kesalahanku padamu
Jujur hati ini tak bisa tidur
Ku siapkan waktu berdua denganmu
Saat dimana tak bisa kuganti dengan hatiku
Cinta yang tlah kau beri tak dapat terganti
Hanya dengan untaian kata maaf dari hati ini
Kau cahaya hidupku

Aku adalah lelaki yang akan dibenci

Ketika ku sakiti hati wanita yang mengasihi
Dia beri hati kubalas dengan dusta
Dia beri cinta kubalas dengan luka
Aku terpesona dengan wanita berbeda
Terpikat dengan sinar cahaya berbeda
Wanita lain yang belum tentu setia
Cahaya yang tidak akan bersinar lama

Tidak seperti sinarmu engkau wanita pujaan hatiku

Malu ku mengakui kesalahanku padamu
Jujur hati ini tak bisa tidur
Ku siapkan waktu berdua denganmu
Saat dimana tak bisa kuganti dengan hatiku
Cinta yang tlah kau beri tak dapat terganti
Hanya dengan untaian kata maaf dari hati ini
Kau cahaya hidupku

Tuesday, March 2, 2010

Kita Akan Dijemput Pulang - Ukays

 -----------------------------------------

Di Dalam Hidup Kita Seharian
Ada Persamaan Inginan
Mencari Harta Sebanyak Mana
Masa Terdaya


Bila Mentari Menyulubungi
Kita pun Bangkit Dari Mimpi
Menyambung Semula Pencarian Yang
Terhenti Semalam

Kepuasan Terpancar Jelas
Bila Yang Dimimpi Terbukti
Dengan Kekayaan Yang Di Miliki
Masih Tidak Lagi Mencukupi

Memang Begitu Sikap Manusia
Tidak Puas Dengan Yang Ada
Seolah Harta Di Dunia Bisa
Bawa Ke Sana

Kita Terlupa Harta Yang Nak Dibawa
Amalan Seharian itu Yang Pasti
Harus Di Hati

Sudah Terlewat Bila Tubuh Terbujur Kaku
Tidak Berfungsi Di Saat Itulah
Terlihat Semua Di Mana Tempat Kita

Harus Diingat Kita Hanya Musafir
Yang Didatangkan Hanya Sementara
Menghunikan Alam
dan Pasti Akan Dijemput Untuk Pulang

Dijemput Pulang…
Dijemput Pulang…

aku yang kehilangan

 --------------------------------

tiba-tiba rasa kehilangan...kehilangan mood sejak semalam,
hilang mood nak pegi keje, tapi keje tetap keje,
hilang mood nak makan, tapi makan tetap makan,
hilang mood nak bercakap, tapi cakap tetap cakap,
hilang mood nak tersenyum, tapi senyum tetap senyum cuma agak kekambingan sedikit.

diri seperti kehilangan arah
hilang kawalan pemikiran
terasa bingung dan semuanya kosong...

LinkWithin