Monday, December 27, 2010

semuanya kan ok

dah lama tak mengupdate blog. sejak renovation opis hari tu memang dah jarang sangat aku update. bukan takde apa nak dikongsi, tapi entahlah...rasa malas pulak nak menaip. hari ni tiba-tiba rasa nak menaip entri sebab rasa tensen sangat dengan programming php ni. 2 jam lebih aku menggodek apa masalahnya tak boleh nak save data sedangkan bulan lepas boleh save.

lepas ni dah bole update blog dari rumah sebab hari sabtu hari tu dah pasang streamyx kat rumah baru. yeayyyy... bole donlod citer hindustan and citer barbie. ahak ahak ahak. untuk makluman, 3 hari aku dan encik capo grande tidak pulang ke rumah sendiri sejak hari selasa minggu lepas. baru jumaat lepas kami balik rumah sendiri. sebabnya...kami kan baru pindah rumah. rumah tu pulak dah lama kosong. so faham-faham je lah kalau rumah dah lama takde orang tinggal ni. tapi sekarang rasa dah ok kot lepas minta tolong orang yang berpengalaman dalam bidang alam ghaib ni. tido pun dah ok skang. letak kepala terus lelap tak sedar diri.  tapi skang berani a sebab kat rumah ada mak and anak-anak buah aku yang aku minta supaya stay beberapa hari. lepas ni dah tinggal berdua balik...ntah macam mana. huhuhu. harap-harapnya aman la sampai bila-bila.

Wednesday, December 22, 2010

sungguh tiada privacy

renovation opis sudah siap. kini semuanya di opis sudah kembali seperti biasa. yang lainnya cuma kedudukan semua orang sebab dah dapat tempat baru dan duduk secara partition a.k.a ada cubicle. apa pendapat aku dengan tempat duduk aku skang? setelah hampir seminggu, jawapannya aku tak selesa. sebabnya kedudukan aku tak strategik. belakang aku tempat orang lalu lalang. dan pastinya monitor aku terdedah. owh...sungguh aku tak selesa kedudukan begini. aku mahu monitor aku terlindung dari pandangan orang. bukan sebab aku tak buat keje...tapi sebab aku jenis buat keje yang perlukan privacy. tak suka terdedah begini. fokus pun hilang. dalam 8 jam bekerja, mungkin 3,4 jam je aku dapat fokus. selebihnya aku rasa tak selesa je. tak kiralah ada orang perhatikan monitor aku atau tak. yang pastinya aku rasa takde perivacy di kedudukan aku nih. mungkinkah prestasi keje aku akan menurun disebabkan ketidakselesaan ini? ahak ahak ahak. rindunya pada bilik aku dulu....

Monday, December 13, 2010

semalam yang suspen

semalam adalah hari yang menakutkan bagi aku. buat jantung aku berdebar dengan kelajuan 100 km/j. hampir-hampir nak nangis. tertekan dan ntah apa-apa lagi. macam-macam difikiran masa tu. rasa nak nangis pun ada. masa tu aku nak mak aku ada kat situ je. huhuhu. betul-betul tak tahu nak buat apa. takut + seram + tak tau nak feeling apa lagi.



suspen kan? tapi aku lagi suspen semalam.

kisahnya begini:

petang semalam adalah hari untuk checkup. so dah banyak kali pergi checkup kan. dah jadi perkara biasa dicucuk amibil darah. aku pun dah tak takut macam mula-mula dulu. mula-mula dulu betul-betul rasa nak pengsan bila kena amik darah setabung (25ml). so, semalam sementara menunggu giliran, aku pun duduk termenung di kerusi sambil sempat terlelap sekejap. ahakz. nasib baik suara nurse yang panggil nama aku tu kuat. kalau tak, tak tersedar aku nama aku dipanggil. nurse tu pun buatlah rutin dia mengecek pempuan mengandung macam aku ni.

tiba-tiba nurse tu macam cuak dan buat aku suspen. katanya ada masalah. dia explain kat aku pun, bukan aku paham kalau dia guna bahasa yang nurse2 dan doctor je paham. tiba-tiba dia kata tunggu kejap. pastu terdengar suara die kecoh-kecoh kat luar mencari nurse yang lebih senior sambil cakap kat kawan2 dia masalah yang dia jumpa pada aku. aku yang sensorang kat dalam tu lagilah cuak. apahal ni? apahal? sambil jantung dah mula berdebar-debar.

tak lama pastu nurse yang lebih senior masuk dan cek aku pulak. selepas beberapa kali, dia mengiakan kata-kata nurse yang 1st tadi. aku yang cuak sebab tak tahu apa-apa, tanya lah nurse tu kenapa? ada masalah ke? nurse tu mengiakan pertanyaan aku tapi tak explain lebih2. pastu nurse yang mula-mula tadi datang balik dan kata ada masalah sket dengan aku. dia nak pergi tanya doktor. sementara dia pegi jumpa doktor dan tinggalkan aku sendirian, aku dah mula takut. macam-macam terbayang.

pesal ni? ada masalah apa? nak kena beranak skang ke? takutnya aku tak dapat terkata-kata lagi. tapi semua tu hanyalah dalam hati aku saja. tak lama lepas tu nurse tu masuk balik dan kata doktor suh jumpa dia. kemudian aku tanya nurse tu apa yang berlaku? sebabnya kan, memang kecoh betul masa tu. pastu nurse tu explain. aku betambah cuak dan suspen la. aku terbayang-bayang jap lagi aku kena naik ambulan, masuk labour room, dimasukkan air dan dipaksa bersalin. tak pun aku terbayangkan aku ditolak masuk ke dewan bedah dan beranak secara caesarian. macam-macam dalam kepala aku masa menunggu nak jumpa doktor tu.dah la malam sebelum check up tu aku muntah dekat 10 kali sampai rasa nak tido dalam bilik air je masa tu.

lepas menunggu beberapa ketika, aku pun dipanggil masuk jumpa doctor. siap tuka-tuka bilik doktor lagi tuh. sepatutnya pukul 2.30 aku dah habis kena cek, disebabkan ada masalah pukul 3 lebih baru setel. apa yang berlaku sebenarnya ye? apa masalahnya? huhuhu. biarlah rahsia... yang nyatanya aku kalau boleh nak memengsankan diri je kalau memang kena bawak g spital dan dipaksa bersalin semalam. terasa darah naik dari kaki ke kepala. terasa muka pucat je walaupun aku tak nampak muka sendiri. huhuhu. yang pastinya memang aku seram dan sangat takut masa nurse tu kecoh2.

huhuhu...

Wednesday, December 8, 2010

seronok di rumah baru

dalam bulan 12 ni ada 2 benda baru yang terjadi pada aku. bukan aku je lah, kat orang lain yang terlibat skali lah. tapi disebabkan ini blog aku, aku citer pasal aku je lah. huhuhu. yang pertamanya, opis aku tengah renovate dan akan berwajah baru. yang keduanya, aku dan encik capo grande telah berpindah ke rumah baru. yahooo!!!!. hik hik hik. tapi bukanlah rumah baru siap dibina. rumah baru bagi kamilah sebab 1st time tinggal kat situ.



mulai hari ahad 28/11/2010, kami telah memindahkan barang sedikit demi sedikit dengan bantuan keluarga kedua-dua belah pihak. hari ahad tu perpindahan major. sebab kena sewa lori. barang yang dipindahkan hari ahad tu ialah set katil aku masa tinggal kat rumah bangcik (sebelum aku kawin), meja belajar,  tilam, peti ais pemberian bangcik dan meja makan pemberian kakngah. tu pun dah penuh satu lori. toce toce pada yang menyumbangkan barang-barang ye. jimat duit tak payah beli.

rumah baru kami berada di tingkat 3 ye. dan tiada lif. oh ya, kami pindah di apartment pegawai kerajaan ye. atau nama pendeknya kuarters. sebelum ni kami tinggal di rumah keluarga encik capo grande. nasib baikla aku pregnant, jadi takde la kena angkut angkut barang naik turun tangga 3 tingkat. angkat sket2 boleh la. kalau lebih-lebih, maunnya terberanak aku kat tangga tu. ahakz. stat hari isnin 29/11 sampailah 3/12, kami berdua mengangkut barang sket-sket naik kereta dan mula membasuh serta mengemas rumah. tapi kami tak tido lagi kat rumah tu sebab belum buat kenduri doa selamat lagi.

kemuncaknya, pada hari sabtu 4/12 yang lalu, kami mengadakan kenduri doa selamat untuk masuk rumah baru dan kesempatan juga diambil mengadakan kenduri doa selamat supaya aku selamat bersalin nanti. terima kasih pada keluarga yang banyak menolong sebelum, semasa dan selepas kenduri tu. terima kasih juga kepada tetamu-tetamu yang hadir. mula tido kat rumah baru pada jumaat 3/12 bersama keluarga encik capo grande. pada hari sabtu keluarga aku pun tido kat rumah baru jugak. seronok beramai-ramai sebab rumah tu besar. tapi petang ahad tu...keadaan jadi sunyi sebab famili masing-masing dah balik dan tinggallah kami berdua sahaja.

aku yang excited tinggal di rumah sendiri sejak kawin, tak henti-henti duk mengemas rumah. ada je yang aku nak buat dan kemas. walaupun kaki dan pinggang sakit-sakit, tapi aku tak nak gak berhenti mengemas. ada je aku nak colek. sampai lah skang. dah dekat seminggu kami tinggal berdua di rumah baru. paling aku suka ialah memasak. walaupun masak yang simple-simple, tapi aku suka bangat masak. kadang-kadang encik capo grande pun masak. bila aku masak, dia duk ruang tamu main game. bila dia memasak pulak, aku pulak amik kesempatan rehat tengok tv takpun berbaring-baring.

hari ni 1st time bangun pagi masak breakfast. siap bawak bekal lagi tu. menu breakfast pagi ni ialah kuew tiaw goreng. walaupun bangun awal dan sempat memasak...lewat jugak sampai ke opis. padahal rumah dekat je dengan opis. mungkin belum pandai budget masa keluar rumah lagi. ini saja kot aku nak cerita pasal pindah rumah ni. yang pastinya aku seronok sangat walaupun terpaksa mendaki tangga untuk sampai ke rumah. orang kata naik turun tangga senang nak bersalin nanti. mungkin ni boleh jadi excercise untuk aku. dan mungkin boleh jadi excercise untuk encik capo grande mengempiskan perut dia yang dah nak hampir sama besar dengan perut aku nih. ahak ahak ahak.

Tuesday, December 7, 2010

mood kemalasan melanda

dah lama tak update blog. dah lama jugak tak bukak blog sendiri mahupun kengkawan. sejak minggu lepas, aku berada dalam mood kemalasan. sebab dan puncanya, opis aku dalam keadaan tengah direnovate dan kami bekerja dalam keadaan opis sedang direnovate. dengan barang-barang dan fail-fail penting dalam kotak, merempat kat bilik orang sebab lepas renovate ni aku dah takde bilik lagi. F44 ke atas je yang duduk dalam bilik. bilik aku dah dibukak menjadi satu kawasan lapang.



oleh itu sementara tunggu tempat baru yang akan dipasang cubicle, maka aku menumpang dibilik bos ketiga aku dimana bilik itu ialah bekas bilik encik capo grande. ya...dia jugak sudah dihalau dari bilik sendiri. huhuhu. bukan apa, staff dah makin ramai, jadi opis dah sempit. maka...penyelesaiannya bilik-bilik harus dibuka dan diganti dengan cubicle. hanya gred F44 ke atas yang akan duduk dalam bilik. susunan tempat juga akan berubah. so, bayangkan kami satu opis merempat mencari tempat untuk buat keje. sambil buat keje boleh nampak pekerja-pekerja ni menyimen lantai, pasang marmar. terdengar ketukan demi ketukan. habuk bertaburan di sana sini. apakan daya...walaupun keadaan opis begini...keje tetap perlu diteruskan. cuma kemalasan melanda sebab tak selesa.

mengikut suara-suara yang aku dengar, renovation ni amik masa 2 minggu. so, seminggu lebih dah berlalu. harap-harap hujung minggu ni boleh siap dah. tak sabar nak duduk kat meja baru dan lokasi baru. haruslah bersemangat aku bekerja nanti. ye ke??? ntah-ntah semangat menghapted blog. huhuhu.

oh ya,  entri ni takde gambar opis sedang di renovate. aku memang malas nak mengambik gambar. nanti dah siap, dah cantik baru aku amik gambar.

Tuesday, November 23, 2010

nape kejam sangat

Mati disyaki dikelar suami  

24/11/2010

Mangsa hamil ditemui pemilik rumah sewa terlentang dalam bilik


JOHOR BAHRU: Seorang wanita mengandung ditemui mati dengan kesan kelar di lehernya dipercayai dilakukan oleh suaminya sendiri di rumahnya di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram di sini, kelmarin.

Rohana Hamzah, 26, ditemui pemilik rumah yang disewa mangsa dan suaminya dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah kira-kira jam 1 tengah hari sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa. 
berita lanjut, klik sini.



Kesiannya aku baca. sedih sangat. napelah kejam sangat sampai bunuh isteri sendiri? tengah pregnant lak tu.
kalau dah tak suka, ceraikan je lah. kenape mesti nak dera, seksa dan bunuh?

FHMI: Duplicate 1998

tiba-tiba masa tengah layan video clip hindustan kat rumah kakngah petang semalam aku terfikir nak buat entri pasal filem hindustan yang aku suka layan dulu-dulu. aku memang kaki hindustan dulu. masa zaman shah rukh khan, madhuri dixit, juhi chawla, kajol, akshay kumar dan beberapa orang lagilah. dululah. memang suka sangat tengok citer hindustan kalau dorang pelakonnya. tapi pelakon hindustan yang baru-baru skang ni tah hape-hape berlakon. harapkan seksi dan adegan ala-ala 18sx je. jalan citer tah hape-hape. lagu pun tak sedap. yang paling terbaru yang aku minat masa baru-baru keluar, kareena kapoor dengan hritik roshan. shahid kapoor pun aku minat tapi minat sebab dia hensem je bukan sebab lakonan dia. huhuhu.



hari ni aku nak citer pasal movie duplicate lakonan shah rukh khan, juhi chawla dan sonali bendre. tak silap aku, citer ni masa tahun 1998. masa tu filem hindustan baru nak jadi fenomena kot kat malaysia ni. maksud aku, stat zaman kegemilangan shah rukh khan la. tengok movie ni pun sebab kaktih beli vcd citer ni nak suruh tengok. walaupun tak ada subtitle masa tu aku layan jugak. sebab aku bolehlah faham hindustan sket-sket. dari kecik aku layan hindustan. manalah tak fahamnya.



citer duplicate ni pasal shah rukh khan (SRK) jadi tukang masak dan dia suka kat juhi chawla. dalam masa yang sama, ada seorang penjahat yang diburu polis dimana wajahnya mirip SRK baik dan dia ada awek iaitu sonali bendre. aku dah lupa macam mana SRK jahat ni boleh terjumpa SRK baik ni. yang aku ingat, nanti diorang bertukar tempat. tapi awek dua-dua SRK ni tak tau yang kekasih dioarang bukan kekasih yang sebenar. so, banyaklah adegan kelakar dan menyentuh perasaan sepanjang dorang bertukar tu. kalau nak tau lebih lanjut, silalah google ye. takpun carilah vcd atau dvd. citer ni memang best. lagu-lagu dalam citer ni pun best sangat-sangat. memang suka layan video clip dan lagu-lagu dari citer ni.

so, sampai sini je review Filem Hindustan Minggu Ini (FHMI) untuk minggu ni. minggu depan aku citer filem lain lak. ni boleh wat segmen hindustan kat blog aku nih. ahakz!

ni salah satu lagu yang aku suka kat citer duplicate ni. lagu hindustan ni kalau kita faham maksud lirik dia, memang indah sangat tau.


Mere Mehboob Mere Sanam

kab main ne yeh socha tha
when did i ever imagine this?
kab main ne yeh jaana tha
when did i ever guess?
kab main ne yeh socha tha
when did i imagine this?
kab main ne yeh jaana tha
when did i ever guess
tum itne badal jaaoge
that you'd change so much,
tum itne mujhe chaahoge
that you'd want me so much,

tum itna pyaar karoge
that you'd love me so much,
tum yuun iqraar karoge
that you'd agree to me like this?
mere mahabuub mere sanam shukriya meharbaani karam
my beloved, my darling, thank you, i'm indebted, it's all your doing!


kab main ne yeh socha tha
when did i imagine this?
kab main ne yeh jaana tha
when did i ever guess
tum itne badal jaaoge
that you'd change so much,
tum itne mujhe chaahoge
that you'd want me so much,
tum itna pyaar karoge
that you'd love me so much,
tum yuun iqraar karoge
that you'd agree to me like this?

mere mahabuub mere sanam shukriya meharbaani karam
my beloved, my darling, thank you, i'm indebted, it's all your doing!

aankhon men jo narmi hai pahale to nahin thi
the softness in your eyes was never there before;
saanson men jo garmi hai pahale to nahin thi
never before was there such passion in your breath

pahale to na yuun chhaayi thi zulfon ki ghataayen
the clouds of your hair never before spread like this;
pahale to na yuun mahaki thi aanchal ki havaayen
the breeze cast by your scarf was never so fragrant

pahale to nahin aati thi tumko ye adaayen
never before did you have such niceties;
aaj kitne hasin hain sitam shukriya meharbaani karam
what a beautiful outrage this is! thank you, i'm indebted, it's all your doing!

mere mahbuub mere sanam shukriya meharbaani karam
my beloved, my darling, thank you, i'm indebted, it's all your doing!

tum par mere pyaar ka jaaduu pahale to nahin tha
never before was the magic of my love at work upon you
dil jaisa hai beqaabuu pahale to nahin tha
never before was your heart so vulnerable

pahale to nahin hoti thi yuun pyaar ki baaten
never before did you talk so of love;
hairaan huun main sunke sarkaar ki baaten
i'm amazed listening to the gentleman's words!

iqraar ki baaten ho ya inkaar ki baaten
whether you're accepting me or refusing,
baat chheri to hai kam se kam shukriya meharbaani karam
at least you've broached the topic! thank you, i'm indebted, it's all your doing!

mere mahbuub mere sanam shukriya meharbaani karam
my beloved, my darling, thank you, i'm indebted, it's all your doing!

kab main ne yeh socha tha
when did i imagine this?
kab main ne yeh jaana tha
when did i ever guess
tum itne badal jaaoge
that you'd change so much,
tum itne mujhe chaahoge
that you'd want me so much,
tum itna pyaar karoge
that you'd love me so much,
tum yuun iqraar karoge
that you'd agree to me like this?

mere mahabuub mere sanam shukriya meharbaani karam
my beloved, my darling, thank you, i'm indebted, it's all your doing!

bermulanya kisah ku disini

aku hampir terlupa!!!
20 November yang lepas, genaplah setahun aku aktif berblogging menggunakan blogger@blogspot.
sebenarnya dah stat lama berblogging ni.
sebelum ni aku ada blog gak tapi bukan kat blogger ni.
dan blog tu pun takde sape tau itu blog aku. identiti adalah rahsia
sebab isi blog tu adalah luahan perasaan aku setiap kali aku bersedih dan
aku tak mahu orang tahu itu aku. sudah setahun lebih aku tak usik dan tak bukak blog yang lagi satu tu.
biarlah ia menjadi sejarah.



lupakan tentang blog satu lagi. citer pasal blog sekarang.
mula register kat blogger.com ni sejak julai 2009 tapi tak pernah tulis apa-apa.
stat menulis bila aku rasa sedih dan perlu luahkan perasaan iaitu November tahun lepaslah.
tapi masa ni aku dah tak kisah orang tahu siapa aku. sebab tu aku berani guna id wildcutecat yang
memang kengkawan aku tau itu aku. lagipun aku tak jangka pun
ada orang akan baca. tapi rupa-rupanya ramai gak yang baca. huhuhu.
namun penulisan haruslah diteruskan. orang kenal atau tidak, itu belakang kira
yang penting hati aku puas. biasanya entri yang taip disini berkisarkan kehidupan harian aku.
lagi senang dan banyak idea nak menaip bila citer pasal pengalaman diri sendiri
daripada citer pasal orang lain.

mulanya aku takde lah nak aktif sangat menulis blog. namun keseronokan berblogging
mula terasa apabila rupa-rupanya ramai jugak teman seopis yang dah lama aktif berblog.
lebih daripada sorang tu kira ramailah kan. orang pertama yang aku tahu ada blog di sini ialah
encik capo grande. dia sendiri yang bukakkan blog dia di pc aku masa aku tanya kat mana tempat nak aerobik kat seremban ni? disebabkan dia pernah buat entri pasal dia bersenam robik, maka dia pun bukak blog dia dan suruh aku baca.  oh ya, masa tu antara kami takde apa-apa hubungan lagi.

dari blog encik capo grande, aku jumpa link blog mekchu dan kak jemah. dan sejak itu aku pun selalu menjadi silent reader seterusnya baru klik jadi folower mereka. sebabnya masa tu aku tak tau apa menatangnya folower tu pun walaupun selalu je nampak kat blog masing-masing. almaklumlah masa tu aku blogger tahap beginner. banyak yang aku tak tahu. kui kui kui. join nuffnang pun baru je pertengahan bulan 6 yang lepas. income yang dapat  setakat ni sejak join nuffnang...alhamdulillah ^_^. sehingga hari ini, banyaklah blog yang aku suka baca. orang yang aku tak kenal pun aku baca. bila bosan atau tengah tension, aku pun klik la blog sape-sape yang aku kenal atau tak kenal. biasanya aku suka jadi silent reader dan jarang jadi follower.

hmmm...selalunya bila aku menaip entri, aku tak reti nak habiskan atau buat ayat penutup. jadi...anggaplah ni ayat penutup untuk entri ni. ahak ahak!
 ;-p

Monday, November 22, 2010

dia sudah buat hal

sejak 2 menjak ni, aku agak sakit hati dan geram betul dengan henset aku nih. genap je setahun (maknanya warranty dah habis), mulalah buat hal. daripada hari tu asik nak hang je keje dia. nak off pun tak boleh. terpaksa bukak bateri dan pasang balik. kadang-kadang buat 2,3 kali pun hang jugak. kadang-kadang screen tak berfungsi. maksudnya, henset aku ni touch screen. so bila nak tekan screen kat button tertentu, takde effect apa-apa. dia buat bodoh je. kadang-kadang pulak, henset ni suka padam sendiri walaupun bateri penuh lagi. peliknya masa warranty masih ada, taknak pulak henset ni buat hal. saje je nak suruh duit aku keluar g hantar repair. ni yang buat nafsu beli henset baru menyala-nyala ni. ahak ahak ahak. ^_^

aku punya yang warna putih ni.

entri mengantuk

pagi ni muka aku memang tak semenggah. dengan muka mengantuknya, mata sembapnya...memang ngantuk giler. malas betul nak pegi keje hari ni. padahal malam tadi aku tido awal...pukul 10.30 malam aku dah beradu. tapi tak tahulah kenapa...memang letih + mengantuk yang teramat-amat.


pagi ni aku sampai awal kat opis. pukul 6.55 pagi aku dah terpacak kat depan wisma negeri ni. kalau tak dalam pukul 7.25 pagi baru aku sampai opis. mana tak awalnya, aku g keje hari ni tumpang kakngah. malam tadi pun aku tido rumah kakngah. sebabnya encik capo grande takde. dia kena pegi btn 3 hari yang sepatutnya aku pun kena pegi tapi entri semalam aku dah jelaskan kenapa aku tak pegi btn tu. so, menumpang keta orang ni kenalah ikut time driver keta tu kan.  kul 6.45 pagi mesti nak keluar rumah dah. huhuhu.

ikutkan, aku lagi suka drive keta sendiri pegi mana-mana. tak berapa suka sangat menumpang orang. sebab aku tak suka ikut timing orang. aku suka buat timing aku sendiri. tapi disebabkan kaki aku ni sakit je tak elok-elok, maka agak sukar aku nak drive keta. macam petang semalam...lagi beberapa minit nak balik keje, berdenyut-denyut sangat kaki aku. sakit pulak tu. nak tak nak aku kenalah drive jugak. takkan nak tinggalkan keta kesayangan aku ni dan call kakngah atau kaktih untuk jemput aku. 

disebabkan aku sampai awal pagi ni, pintu opis pun bermangga lagi. tak kuasalah aku nak pergi turun kat pak guard nak amik kunci. buat semput aku je nanti. punch card pintu depan pun rosak. maka dalam kesunyian dan kegelapan (sebab lampu tak menyala), aku pun turun lif dan ikut pintu belakang plak. sebabnya aku nak punch card kat pintu belakang. lepas tu aku turun balik tingkat G dan naik semula lif lagi satu ke tingkat 3 nak pergi kat pintu depan. masih gelap lagi dan pintu masih bermangga. maka, aku pun melepak lah dalam gelap kat tangga sambil menunggu ada orang lain datang bawak kunci. sementara tu, sempat aku melelapkan mata kat tepi tangga. gile punya ngantuk. lebih kurang 7.15 baru lah ada orang bukakkan pintu. masuk-masuk je bilik, terus landing kepala kat meja. ngantuk tak hingat punya. huhuhu.

skang pun aku mengantuk lagi. apa nak buat ni bagi ngantuk hilang. nak buat keje lagilah aku mengantuk. huhuu. bestnya kalau boleh balik tido.

Sunday, November 21, 2010

macam ni rupanya

tadi aku google nak tengok macam mana keadaan baby dalam perut aku. nak tengok keadaan budak kecik yang tendang perut aku punyalah kuat malam tadi sampai aku sakit perut. tadi pun dia tendang sambil berpusing-pusing dalam perut ni, buat aku geli + sakit. gambar google je lah aku tunjuk ni. gambar sebenar...korang paham-paham je lah kualiti gambar scan spital kerajaan macam mana. tak jelas. dah dekat 2 bulan tak pergi checkup kat klinik sulkilmi. almaklumlah...busy. tak sempat nak terkejar-kejar ke taman bandar senawang. kalau gambar scan dari klinik sulkilmi jelas dan terang sket. insyalaah hujung bulan ni pergi checkup kat sulkilmi balik.

aiskrim legakan sakit kaki?

minggu lepas tak ingat hari ape...aku pergi berurut kat rumah seorang makcik di taman tasik jaya. puncanya sebab aku dah tak tahan sakit kaki dan sakit belakang. masa makcik tu urut memang sakit yang aku alami lega. dah balik rumah pun rasa lega. jalan tak sakit lagi. dah boleh angkat kaki tinggi2 malah rasanya boleh bersenam robik skali. tapi lega lebih kurang 1 jam lebih je. lepas tu sakit-sakit yang aku alami, datang semula. sampai hari ni rasa sakit pada tempat makcik tu tekan tak hilang lagi walaupun dah seminggu berlalu. tapi hari  ni...tiba-tiba kat tempat sakit yang makcik tu tekan, terasa berdenyut-denyut dan pedih.  mengapa? mengapa?pegi cek kat toilet tadi kot-kot membengkak atau merah atau lebam. tapi takde apa-apa kesan melainkan pedih yang berdenyut-denyut. ni yang buat aku teringin nak makan aiskrim mcflurry mcd ni. bila makan aiskrim...semua kesakitan dan masalah akan hilang sekejap. aci tak kalau call mcd delivery dan order aiskrim mcflurry je? huhuhu.

antara sebab aku tidak pergi

hari ni sepatutnya aku kena pergi btn selama 3 hari. tapi bukan btn yang untuk sahkan jawatan tu. ni btn tempat keje aku buat. semua pegawai kena pergi. pendek kata wajib pergi. walaupun dah mintak excuse, nama aku tetap masuk dalam senarai kena pegi btn. ok lah, sebab dah terpaksa dan kena paksa, aku pun terus g rumah kakngah petang jumaat hari tu. tujuannya nak pinjam baju sekolah mimi. walaupun tak sure muat ke tak. al maklumlah perut aku kan dah besar dan seiring dengan perut, ada bahagian-bahagian tertentu yang ikut membesar sekali. kalau tak muat baju mimi, terpaksalah beli.



sebabnya pakaian masa btn ialah baju kurung putih dan kain hitam. kain hitam aku memang ada. so, sampai je rumah kakngah, terus mintak baju sekolah mimi nak test. sarungkan baju tu sambil berdoa supaya muat. so, tak payah bazir duit aku nak beli. sekali muat u all. huhuhu. nasib baik...selamat duit aku. so, aku pinjam 3 helai baju sekolah mimi dan nasib baik sangat sekolah dah cuti. kalau tak, macam mana pulak aku nak pinjam.

tapi sebenarnya hati aku berat nak pergi btn tu. bukan sebab aku tak nak join aktiviti. kalau nak tau, aku lah antara manusia yang suka join aktiviti bersukan. bukankah sudah aku mention sebelum2 ni, aku sangat suka aktiviti lasak walaupun tenaga tak seberapa. tapi aku memang dah tau...aku pasti takkan pergi btn tu. aku ni dah la selalu sakit-sakit. kaki sakit, krem tak tentu masa...terseliuh tak tentu masa. perut sakit tak tentu masa. dan yang paling terkini, aku selalu sesak nafas yang datang tak tentu masa. kadang-kadang sakit datang satu-satu. kadang-kadang datang semua serentak. cuba bayangkan tengah-tengah btn tu aku diserang semua sakit ini.

paling teruk aku kena semalam. sakit kaki yang amat-amat. sesak nafas petang tu sampai aku tak boleh tido. sebijik macam kena asma. lepas tu sakit perut sangat. bukan sakit perut nak terberak tau. ni sakit perut lain. kat rumah ok lah lagi sakit, kalau aku sakit kat kem btn tu macammana? semua ni buat aku berfikir banyak kali nak teruskan ke btn ke tak. selepas memikirkan akibat-akibat yang bakal aku tanggung kalau tak pergi dan akibat-akibat yang terpaksa aku tanggung kalau pergi, lalu aku buat keputusan untuk tidak pergi btn itu. biarlah aku menanggung akibatnya. kena marah? kena tindakan tatatertib? atau apa saja. aku terima. aku yang bawak badan aku ke hulu ke hilir, aku yang menanggung sakitnya...jadi aku tahu aku mampu atau tidak untuk pergi btn tu. walaupun ada orang kata, duduk je tak payah buat apa-apa masa btn tu. then ingat kalau aku duduk je, sakit-sakit yang aku tanggung tu tak boleh datang??? daripada aku mati kat kem btn tu, baik aku mati kat sini. huhuhu. sampai begitu sekali aku emo pagi ni.

malam tadi lebih kurang pukul 1 pagi, aku diserang sakit perut yang paling sakit aku pernah kena. susahnya nak tido. tengah-tengah aku nak melelapkan mata, tiba-tiba kena tendang dari dalam. kuat gile. gile punya kuat. memang kuat sangat. aku rasa macam budak ni dah nak tekeluar dari perut. rasa macam terabak perut aku. on the spot tu jugak aku terlompat dari katil lalu terus lari ke bilik air. sebenarnya aku pun tak tau apa motif aku lari ke bilik air. hahaha. pas dah kurang sket sakit, terus duduk kat ruang tamu sekejap. sebenarnya sebelum tu hati aku berbelah bagi nak pergi btn tu ke tak walaupun dah buat keputusan untuk tak pergi petang tu. ingatkan nak berubah fikiran untuk pergi. tapi sebab aku dah sakit perut yang gile punya sakit, terus aku kompemkan untuk tidak pergi.

maka dengan itu, pagi ni terus jumpa bos bagitau aku tak pergi btn atas faktor-faktor kesihatan. bos aku memang tak marah, dia memahami. tapi disebabkan kursus tu atas arahan pihak atasan, maka bos aku minta aku buat surat tunjuk sebab kenapa tak dapat pergi btn. huhuhu. oleh sebab itu, terpaksalah aku memerah otak memikirkan ayat-ayat untuk buat surat rasmi lepas ni.

* pagi-pagi ni pun kaki aku dah sakit macam terseliuh. seksanya nak berjalan...

Thursday, November 18, 2010

award beautiful blogger lagi...yeay

ehem ehem....tadi bukak blog kengkawan, tiba-tiba terperasan cik filzah hani anugerahkan beautiful blogger award kat  blog aku. katanya blog aku cantik.  mekasih ye cik hani. terharu sungguh akak.toce toce ^_^.

award dari cik hani


sebelum ni iaitu pada 23 march 2010 aku pernah dapat award yang serupa dari kak jemah. (klik sini kalau nak baca). kat entri yang dulu, aku pernah citer 7 things about me. tapi itu entri 8 bulan yang lalu. so, skang menurut award tersebut, aku kena lah citer 7 things about me lagi.

1. macam entri award 8 bulan lepas, skang ni aku tetap seorang yang pendiam dan pemalu. ngeh ngeh ngeh....
2. jika 8 bulan yang lepas aku seorang yang bujang + slim, tapi kini aku sudah berkahwin dan sedang pregnant.
3. aku suka makan aiskrim dari dulu, kini dan....(tak sure adakah selama-lamanya aku akan suka makan aiskrim atau tiba-tiba satu hari nanti aku akan jadi tak suka makan aiskrim). setiap kali keluar, aku suka pau encik capo grande belikan aiskrim untuk aku. huhuhu.
4. mak aku selalu pesan (hingga semalam pun masih pesan lagi) biar orang buat jahat/ dengki dengan kite. buat tak tahu je. jangan di balas-balas. biarkan aje. dapat pahala kalau bersabar.
5. aku sangat suka dengan kereta honda sejak 2006. paling aku suka honda civic, honda accord dan jugak honda jazz. owh...bilakah aku akan mampu membeli honda accord type r berwarna putih?
6. aku suka cium kucing. tapi sejak pregnant, aku tak cium kucing lagi. cium sket-sket je. tapi aku cium kucing yang aku bela dari kecik sampai besar je lah. huhuhu.
7. aku sayang barang-barang aku. aku tak suka orang atau sesiapapun amik/pakai/guna/pinjam barang aku tanpa tanya aku dulu.

ok, itu sahaja 7 perkara tentang aku. yang lain-lain nak kena simpan dulu. manalah tau dapat award lagi.
mmm...tak tau nak tag sape. sape rasa nak award, silalah buat entri macam aku nih. huhuhu.

entri sakit kaki

hari ni datang opis. semalam aku mc. hari rabu lepas pulak, cuti hari raya haji. hari selasa hari tu aku datang keje manakala hari isnin aku EL. so kesimpulannya minggu ni 2 kali je aku datang keje. hari isnin hari tu aku EL sebab kaki aku terlampau-lampaulah sakitnya. nak gerakkan pon seksa sangat, inikan pulak nak berjalan.



hari selasa tu kaki sakit jugak tapi boleh lagi berjalan, so aku datang keje. tiba-tiba, hari khamis tu pagi-pagi nak bangun tido tu kaki sakit balik. teramat-amatlah sakitnya menahan sakit yang tiba-tiba datang. rasa nak nangis, tapi tak keluar airmata pun. huhuhu. last aku kena sakit kaki teruk sampai tak boleh jalan macam ni masa hari raya aidilfitri yang lepas. lepas tu ada gak sakit kaki tapi bolehlah berjalan lagi. tiba-tiba sejak 2,3 hari ni sakit kaki tak boleh jalan ni datang balik. hari ni kaki boleh jalan walaupun sakit. so...maknanya skang aku di opis lah. huhuhu.

Thursday, November 11, 2010

takde air

sudah 2 hari takde air kat opis. semalam ok lagi sebab takde air start lebih kurang pukul 11 pagi lebih. pastu semalam lepas lunch memang aku tak masuk opis sebab g check up kat klinik kesihatan rasah. tapi hari ni memang dari pukul 7 pagi takde air. dahla aku ni asik nak terkencing je kejenye walaupun dah kurangkan minum air. bayangkanlah terseksanya aku skang ni menahan kencing. lambatnya nak tunggu pukul 12.15 nak balik rumah. huhuhu. mampukah aku bertahan???

Wednesday, November 10, 2010

mengantuk yang luarbiasa

hari ni terlampau mengantuk. dah beberapa kali aku terlelap sambil buat programming php. muka mengadap monitor, tangan kat keyboard, buku nota ada kat depan mata...tapi mata ku terlelap jugak. memang ngantuk yang luar biasa sejak semalam.  tak sabar nak tunggu 4.30 petang nak balik rumah tido. tapi...encik capo grande ada lawan ping pong lak kat tepian gelanggang lepas ni. itu bermakna aku juga kenalah berada di tepian gelanggang memberi semangat kepada beliau. kalau tak, kalah pulak dia nanti. huhuhu. adakah aku akan terlelap sambil tengok dorang main ping pong nanti??? ngantuk sangat ni. dah nak terlelap  masa taip entri ni. huhuhu

Tuesday, November 9, 2010

kenangan masa tadika 1988

tiba-tiba semalam teringat kenangan masa tadika tahun 1988 dulu. ni semua sebab member kat facebook tag gambar masa kiteorang tadika dulu. masa tu alahai...kecik dan comel-comel je masing-masing. skang ni ada yang aku masih terjumpa atau terserempak dengan member-member tadika dulu dan ada jugak yang memang tak pernah jumpa lagi. banyak kenangan masa tadika dulu yang aku ingat sampai skang. antaranya:



gambar masa tadika. keciknye...tapi ni jo yang ado.


1. aku ingat lagi nama cikgu tadika aku. nama dia cikgu ara. baik sangat cikgu tu.

2. masa tadika, aku akan dihantar dan dijemput oleh mak atau arwah abah aku atau kakak-kakak aku walaupun rumah aku sejenggal dari tadika tersebut.

3. paling aku suka brekfast kat tadika masa tu ialah roti canai. seminggu sekali mesti ada roti canai. sedap sangat roti canai tu. teringat-ingat sampai skang.

4. bila breakfast ialah nasi lemak, aku mesti bawak balik rumah dan makan sesama dengan kaktih.

5. aku sangat penakut dan jarang bercakap masa kat tadika. pendek kata aku memang pendiam dan pemalu dari aku kecik lagi.

6. disebabkan aku ni pendiam, aku selalu kena buli. tak kiralah kat budak laki atau pempuan. alah...dorang dengki dengan aku sebab rambut aku perang macam anak mat salleh masa tu. suka ejek-ejek kata aku bukan orang melayu. pastu suh aku g sekolah lain. sedih tau. tsk tsk tsk. comel salah, tak comel salah. ahak ahak ahak. kawan-kawan yang baik dengan aku masa tadika tu je tak ejek-ejek aku.

7. budak-budak laki yang nakal masa kat tadika tu suka menakut nakutkan aku pasal hantu pakcik yang mati mesin rumput. kononnya pakcik tu terjatuh dalam tangki jamban masa tengah mesin rumput. so, hantu dia jadi penunggu kat tandas tadika tu. entah betul entah tak. huhuhu.

8. aku pernah diperangkap oleh budak laki yang perangai macam s*t*n masa tu. dia panggil aku kat tandas konon-konon nak tunjukkan sesuatu. bila aku dah dekat, dia terus tolak aku dalam tandas pastu kunci pintu dari luar sambil jerit-jerit panggil hantu pakcik mesin rumput tu. pastu dia terus masuk kelas dan tinggalkan aku terkunci dalam tandas sorang-sorang. untuk pengetahuan, tandas adalah diluar dan dibelakang bangunan tadika. memang takut gila tapi peliknya aku langsung tak menangis. cuma ketuk-ketuk suh bukak pintu je. aku pun lupa sape yang selamatkan aku. sampai skang aku ingat nama budak jahat tu. Z A. huh!!!

9. masa tengah beratur nak hantar buku untuk ditanda oleh cikgu, budak laki yang beratur depan aku telah mengambil kesempatan mencium pipi aku dikhalayak ramai. mungkin dia tak boleh tahan melihat kecomelan aku yang ala-ala anak mat salleh masa tu. huhu. aku marah dia tapi dia buat bodoh je.

10. masa kat tadika, aku memang budak yang baik. tak pernah kacau orang. tapi orang selalu kacau dan buli aku. masa aku tengah main kat sudut permainan tu, datang budak jahat si Z A ni lalu sepah-sepahkan dan runtuhkan lego yang aku tengah bina masa tu. tsk tsk tsk. dah la aku main sensorang masa tu. tak lama lepas tu datang plak budak pempuan dengan geng dia yang dengki jugak lalu halau aku dari sudut pemenan tu sebab dia nak main. disebabkan aku budak baik yang penakut, aku pun duduk kat meja aku sambil bertanya-tanya apakah salah aku? huhuhu. bukan masa tadika je orang dengki dengan aku. sampai besar ni pun ada je yang dengki tanpa aku tahu salah dan silap aku. huhuhu.

11. tiap kali aku balik sekolah lalu bertembung dengan student sekolah menengah yang baru balik sekolah, mesti pipi aku akan menjadi mangsa cubitan geram mereka. antara dialog yang aku masih ingat
"comelnya adik ni. macam orang putih" sambil bercakap, sambil cubit aku dan main-main rambut aku. sesungguhnya ia berlaku hampir setiap hari. huhuhu.

12. masa kat tadika, ada sorang budak pempuan yang comel. tapi rasanya aku lagi comel dari dia. wahahahaha. bezanya antara aku dan dia, dia ada pengaruh yang kuat sebab anak orang kaya. masa aku tengah tunggu kakak aku datang jemput aku, aku mainlah buaian sensorang. then budak tu datang nak main lalu dia suruh kawan dia suruh aku ketepi sebab dia nak main. huhuhu. aku pun ketepilah sambil berdiri tepi buaian tengok dia main sambil mata dia jeling-jeling aku. peliknya masa tu aku langsung tak reti nak marah atau berdendam. aku just tengok je. budak pempuan ni bukan budak pempuan yang kat no 10. yang kat no 10 tu tak comel pun. huhuhu.


ada lagi kenangan2 masa tadika ni. tapi aku citer sampai sini je lah. kebanyakannya memang kenangan aku kena buli je. takpe lah, biarlah orang buli aku asalkan aku tak buli orang lain. lagipun tu masa budak-budak kan. skang ni semua dah dewasa tapi kalau ada yang masih membuli sampai skang, tu tak taulah aku nak cakap apa. tapi yang pasti kalau dorang dah ada anak, mesti anak-anak dorang plak kena buli skang. wahahaha. orang cakap kan, apa kite buat kat orang, satu hari nanti kita akan dapat balasan gak. kalau balasan bukan kat kita, mesti kena kat keluarga kite sendiri. kan..kan..kan. huhuhu.

sekian ^_-

Monday, November 8, 2010

coklat dari langkawi

masih ingat tak yang aku sedih tak dapat pergi langkawi hujung minggu lepas? bila datang opis hari isnin tu kecoh dengar mereka-mereka yang baru balik dari langkawi bercerita kenangan-kenangan semasa disana. bunyi macam seronok je. terdetik perasaan cemburu dan iri hati. ahakz. takde lah. aku memain je. memang tepat keputusan aku untuk tarik diri dari pergi langkawi.



sebabnya, hari jumaat malam tu pergi jusco bersama encaik capo and family. lepas jenjalan beli barang pergi makan kat foodcourt jusco tu. makan adalah amik masa 30 minit. bila sebut makan, kompem lah duduk. so, bila dah abis makan tu nak baliklah. masa bangun dari duduk makan kat foodcourt tu...kaki aku sakitnya Tuhan saje yang tahu. padahal baru 30 minit je aku duduk. terpaksa jalan seselow kura-kura. tu pun seksa aku nak jalan ke tempat paking keta. tak dapat aku bayangkan macam mana sakit kalau aku berada dalam bas menuju ke langkawi dan duduk selama 6-7 jam.

sepanjang cuti hari tu memang kaki aku asik sakit je. elok sekejap pastu sakit. tengah sidai baju pun boleh terseliuh sendiri tiba-tiba sampai terpaksa duduk kat blakang rumah sensorang mengharapkan encik capo datang menjenguk aku yang sedang menyidai baju sendirian di belakang rumah.

walaupun tak pergi langkawi, aku tetap dapat merasa coklat-coklat langkawi yang disedekahkan kepada aku oleh opismate2 yang pergi langkawi. terima kasih semua. encik capo pun senyap-senyap kirim coklat kat bos dia rupa-rupanya.

antara coklat yang dikirim oleh encik capo grande

yang paling terharu sebab dapat coklat dari opismate, kak siti nor. pagi-pagi datang opis terus dapat beg goodies yang ada coklat dan minyak gamat. terharu sebab ada gak yang ingat pada aku dan opismate lain yang tak dapat pergi langkawi hari tu. terima kasih banyak-banyak kak siti nor.

Add caption

buah tangan dari kak siti nor

Sunday, November 7, 2010

my workplace

seingat aku, aku tak pernah letak gambar workplace aku kat blog  nih. isnin - jumaat, dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang inilah dunia aku. tempat aku buat keje, tempat aku bersuka ria dan bersedih, tempat aku surfing, tempat aku berblog. kantoi berblog kat opis. eh, tapi time takde keje atau tengah tensen je aku taip entri tau. kadang-kadang berblog kat rumah. so, kat bawah ni aku letak gambar dan sedikit penerangan tentang workplace aku nih. takde cubicle pun dah memang dalam bilik.tapi bilik yang dikelilingi dinding kaca. tu yang tak boleh tido kat opis time keje. kantoi kat bos nanti. *_*



 

ni pc aku. perasan tak atas cpu depan frame gambar tu ada music box yang encik capo grande bagi masa nak ngurat aku dulu? hik hik hik. sebelum ni letak kat rumah. baru 2 minggu lepas letak kat opis. kenangan mengusik jiwa gitu. bila nak dapat music box yang lagi besar pulak ye encik capo grande?


benda-benda ni terletak disebelah kiri monitor. cantikkan rak calourful tu? baru je beli hari jumaat hari tu kat popular. mula-mula aku je beli, tapi encik capo grande sudah tiru. dia pun nak jugak. huhuhu. sebelah rak colourful tu rak fail tapi terhadang lak kat fail2. jap aku letak gambar rak tu je.


tarrraaaaa....ni lah rak fail yang menggoda aku dan encik capo grande hingga kami berdua membelinya. so, apa aku ada, encik capo grande pun nak jugak ada. cuma warna je membezakan. kalau tak caya, pergi tengok kat bilik dia.


ini ruang untuk tampal nota atau untuk tampal  apa je yang aku rasa menarik untuk ditampal. yang ni pun encik capo grande ada gak. tapi kali ni aku yang tiru dia. uhuk uhuk uhuk. nampak tak ada lukisan orang tengah berkemah tu? tu aku yang lukis masa awal-awal keje sini. masa tu takde keje, jadi aku pun amik kesempatan melukis. kat gambar paling kanan tu perasan tak ada bunga yang dah kering? tu bunga yang encik capo grande bagi masa besday aku bulan 4 yang lalu. sampai skang aku tak buang. tunggu dia bagi bunga baru baru aku ganti. ahak.


ni kabinet fail kat sebelah kiri meja aku. perasan tak ada benda hijau-hijau atas kabinet tu? tapi tak nampak sangatkan? jap aku zoom.


ni permainan hensel and gretel. aku beli kat cosway masa bulan 10 tahun lepas. menarik untuk buat hiasan. kalau letak kat rumah, dah hancusss kena kejekan kat budak-budak.




ni gambaran keseluruhan atas meja aku. nampak semak kan? tempat keje orang busy memang semak tapi kemas. huhuhuh.

tu saje entri kali ni. nampak benar takdo bondo nak citer. tu  yang wat entri gambar workplace aku nih. huhuhu.

Wednesday, November 3, 2010

demam tak dapat pergi langkawi

tiba-tiba rasa macam nak demam hari ni. tebersin tak henti-henti. tekak dah mula gatal-gatal. mata asik berair tapi bukan menangis tau. hingus pun dah mula memenuhi rongga hidung. badan terasa sangat panas didalam tapi suam-suam kuku di luar. apakah semua ini terjadi kerana aku tidak dapat pergi berjalan-jalan ke langkawi?


seperti yang pernah aku coretkan dalam entri tiada jodoh antara kita, staff seopis akan bertolak ke langkawi malam ini. sungguh cemburu mendengar perbualan mereka yang bakal pergi ke langkawi. contohnya macam

"dah siap packing?"

"pukul berapa nak berkumpul?"

"hari ni nak balik awal sket nak packing barang..."

owh...sungguh cemburu hati ini. hati...bersabarlah...

baru je bercadang nak beli kain batik 5,6 helai kat langkawi buat persiapan masa pantang nanti. maklumlah, wanita berkerjaya seperti aku nih, tak de kain batik. bukan apa, sebab tak reti pakai. asal pakai je asik nak tercicir je. huhuhu. tapi sebab nak berpantang nanti agak susah kalau pakai seluar, maka perlulah aku mula menyimpan stok kain batik.

memandangkan aku tak dapat beli kain batik kat langkawi, kenalah aku membeli di seremban je. tapi kat seremban ni kat mana jual kain batik ek. mahal ke tak? kalau kat kelantan sehelai boleh dapat RM10. kat langkawi aku tak tahu lak plak berapa RM sehelai. tapi kat seremban mahal lagi kot. ke sama je? huhuhu.

sedihnya tak dapat pergi langkawi. tsk tsk tsk T_T

asik nak naik je

hage minyak RON97 naik 5 sen lagi??? aku memang dah dengar sejak 2,3 hari lepas, tapi baca paper online takde pulak cakap pasal hage minyak naik ni. tu yang taknak percaya. pagi ni baru aku terbaca kat harian metro. maknanya sahlah hage dah naik. WTH!!! asik nak naik jek. turunnya tidak.

Tuesday, November 2, 2010

elok sekejap je

pagi ni buat pertama kali, kaki aku langsung tak sakit bila aku bangun tido. kalau tak, nak duduk dan bangun dari pembaringan amatlah terseksa. gerakkan kaki sket je rasa macam nak patah kaki ni. kalau orang lain amik masa 2-3 saat untuk duduk dan bangun dari katil, tapi aku terpaksa amik masa 10-15 saat, malah kadang-kadang lebih daripada itu.



tapi pagi ni, aku boleh terus bangun. mula-mula tak perasan, tapi tiba-tiba rasa pelik sebab berjalan pun tak sakit. aku ingatkan kaki dah elok, dah tak sakit lagi. siap boleh bergerak agak lasak sket berbanding biasa. maksudnya kembali normal seperti sebelum pregnant la. sebabnya sejak semalam peha kiri aku ni bengkak. boleh nampak kebenjolannya. sakit gila nak bergerak n berjalan. tu yang bila rasa kaki tak sakit lagi, aku cepat-cepat raba bahagian yang bengkak kat peha kiri tu. bengkak dah takde...sebab tu tak sakit lagi kot. tapi sayangnya, elok hanya sekejap je. bila aku dah berjalan  masuk dalam bangunan wisma negeri ni nak menuju ke arah lif, tiba-tiba kaki rasa terseliuh dan sakit balik seperti biasa. huhuhu.

seksanya nak berjalan. kalaulah  boleh bekerja dari rumah macam sesetengah company swasta...

tiada jodoh antara kita

pada 4 - 7 November 2010 ni opis aku membuat rombongan ke langkawi. pada awal perbincangan untuk rombongan ni, aku antara yang sangat excited nak join. semasa pemilihan tempat, aku antara yang menyokong untuk memilih langkawi sebagai destinasi. mungkin ada orang tak heran pun nak pergi langkawi. malah ada yang tak terkinyam langsung nak ke langkawi. tapi aku memang teringin nak pergi sana walaupun dah 2 kali aku ke langkawi sebelum ni. takde niat nak shopping coklat atau apa pun. just nak ambil angin di tempat orang.



sejak 3 tahun lepas lagi aku nak sangat pegi langkawi. dah 2,3 kali dah plan. bila dah plan, ada je halangan yang membuatkan perancangan terpaksa dibatalkan last-last minit. sehinggalah akhirnya tahun ni...peluang ke langkawi terbuka depan mata sekali lagi, malah hanya bayar RM50 je sebab selebihnya disponsor oleh kelab opis ku. semakin dekat tarikh, semakin aku excited. dah set dalam kepala baju apa nak pakai, baju apa nak bawak. kakak-kakak aku pun dah mula bagi hint nak kirim coklat daim. tapi...hari ahad yang lepas, akhirnya aku terpaksa buat keputusan untuk tarik diri dari mengikuti rombongan ke langkawi ni. nak buat macam mana, takde jodoh dengan langkawi.

sebabnya ialah...keadaan aku yang tak mengizinkan. kaki selalu sakit-sakit sejak perut makin besar. duduk lama sket pun sakit, berdiri lama sket pun sakit, berjalan lama sket pun sakit. perjalanan ke langkawi mestilah lebih 5 jam. kalau aku duduk je dalam tempoh 5 jam tu, memang sengsaralah aku menahan sakit kaki. sejak akhir-akhir ni kaki mudah sangat krem. sakitnya, Tuhan sajalah yang tahu. antara sebab lain yang membuatkan aku  terpaksa melupakan hasrat ke langkawi ialah sebab aku ni selang 5-10 minit nak terkencing je kejenya walaupun aku tak minum air. bukan dapat ditahan-tahan. jadi bayangkan, dalam tempoh sejam, maunnya 5,6 kali aku mintak driver bas tu berenti kat R n R. tak ke mengamuk driver bas dan jugak ahli-ahli rombongan yang lain? huhuhu. buatnya dalam tempoh sejam perjalanan takde R n R? tak ke aku terkencing dalam bas nanti? ahak ahak ahak.

jadi, dengan berat hatinya...aku terpaksa melupakan hasrat ke langkawi sekali lagi. takpe lah, mungkin lain kali aku leh pegi langkawi. masa tu mungkin boleh ajak mak dan adik beradik aku sekali. buat family day family aku kat langkawi pulak. macam menarik je bunyinye. dapat aku membayangkan keseronokan berkumpul satu family beramai-ramai. untuk pengetahuan, aku mempunyai keluarga yang besar sebab adik beradik aku ramai. kiteorang berkumpul termasuk anak-anak buah je dah boleh buat 1 kenduri tanpa jemput orang lain. so, kalau nak buat family day ke langkawi memang nak kena sewa 1 bas. huhuhuhu.

Wednesday, October 27, 2010

if u have to choose...

sejak pregnant ni, tempat yang selalu sangat aku berkunjung ialah tandas. tak kiralah kat rumah, opis,  kat shoping complex, kat stesen minyak atau r n r, pasti tandas tempat yang wajib aku kunjung. bukan apa...memang kerap sangat nak terkencing walaupun tak sampai 5 minit baru terkencing. kadang-kadang baru je keluar tandas, terus bergegas masuk balik sebab dah rasa nak kencing. malah, kalau tengah on d way g mana-mana yang lalu hiway, pastinya aku nak singgah r n r sebab tiba-tiba nak kencing. bukan boleh ditahan-tahan. tiba-tiba je nak keluar.

aku bukan nak citer pasal kencing kat sini. tapi ada kaitan lah. seperti yang semua orang tahu, tandas dan licin tak boleh dipisahkan. hari ahad lepas balik dari family day hari tu, kiteorang tengok wayang kat mbo. sementara tunggu wayang stat, aku pun nak ke tandas sebab ada yang tak sabar-sabar nak keluar. huhuhu. lepas habis apa aku nak buat, aku pun nak keluar dari bilik kecik itu. tapi belum sempat keluar, tiba-tiba aku tergelincir. nasib baik je bilik kecik tu kecik, dan kedua-dua tangan aku dapat menahan pada kiri kanan dinding. tapi kaki memang dah terkangkang nak jatuh terduduk. sakit tak payah cakap lah. terseliuh pangkal peha aku nih. sampai orang kat tandas sebelah ingat ada orang ketuk pintu tandas dia. padahal tangan aku terhentak sebab cuba menahan badan aku dari terus jatuh. nasib baik tak jatuh. aku terbayang darah  keluar je kalau aku terjatuh kat tandas tu. huhuhu.

malam tadi, masa pergi econsave, 2 kali aku berkunjung ke tandas dalam tempoh 10 minit. masuk kali kedua tu yang tiba-tiba aku tergelincir dan nak terjatuh terlentang dalam tandas tu. sebabnya, aku terpijak getah besi paip. huhuhu. tapi tak jatuh terkelentang lah. macam kejadian kat mbo gak, aku sempat berpaut pada dinding. tapi sakit sangat kat kaki sebab menahan dari terjatuh padahal dah terkangkang aku dalam tandas tu. sia-sia betul kalau aku tak sempat tahan dan terus jatuh. terbayang dah darah meleleh keluar dari tempat tertentu kalau aku tak sempat berpaut pada dinding tandas tu. cepat-cepat pegang perut aku pastikan baby dalam perut ok. risau aku jadi apa-apa kat baby aku. jadi apa-apa kat aku takpe,jangan kat budak tecik ni.

semua ni buat aku terfikir satu ayat ni kalau berlaku emergency. tapi nak kena cakap omputih. grammar atau ejaan tak betul...lantaklah. huhuhu

" if anything happen and u have to choose between me and the baby, then...choose to save the baby"

cewah cewah, macam dalam drama pulak. tapi...malang tak berbaukan. huhuhu
harap-harap takde lah jadi apa-apa yang buruk. semoga semuanya selamat. amin. aku memang suka berimaginasi. huhuhu

Tuesday, October 26, 2010

imbas kembali: aku dipaksa dan terpaksa

setahun yang lalu, pada hari semalam sebenarnya (jap...aku lupa tarikh sebenar), genaplah setahun aku telah dipaksa rela bertugas di Sri Menanti sempena pertabalan Yang diPertuan Besar N9. masa tu belum sampai sebulan aku keje gomen kat sini. lebih kurang 5 hari kot terpaksa berulang alik dari seremban ke sri menanti masa tu. nama aku  telah dipilih last minit sebab tak cukup orang untuk bertugas kat sana. ikutkan aku, aku memang tak goma join benda-benda macam ni. tapi macam aku cakap, aku telah dipaksa rela, jadi nak tak nak tepaksa la jugak. tak suka betul bila dipaksa buat sesuatu yang aku tak nak an tak suka. huh!



aku ditugaskan dikaunter pendaftaran. jadi berlangsungnya majlis gilang gemilang itu, seawal pukul 6.30 pagi dah kena ada kat sri menanti. korang bayangkanlah pukul berapa aku kena bangun dan bertolak dari seremban. nasib baik masa tu jalan baru bukit putus tu dah siap dan dibuka sementara khas untuk majlis tu. dah la kena tempah baju sendiri. tapi kain dorang (unit yang berkenaan) bagilah. patutnya semua dorang uruskan termasuk tempah baju. tapi sebab dah last minit, aku kena tempah sendiri. nanti boleh claim katanya. manis sangatlah mulut masa tu nak suruh bertugas dan cakap boleh claim bagai. sampai masa nak claim, masing-masing ngelat. yang ni cakap orang ni uruskan, yang ni cakap orang tu uruskan. macam siott je kan perangai orang-orang p*d ni.

penyudahnya aku malas nak claim. sebab malas nak jumpa orang-orang perangai macam siot ni. masa jaga pendaftaran tu, ramailah orang-orang kenamaan yang aku jumpa. kompemlah jemputan semuanya orang-orang berpangkat dan ternama. macam-macam peel ada. bukan peel jemputan-jemputan je. perangai orang-orang yang bertugas pun sama. ada yang ok, ada yang macam haram. huhuhu. sepatutnya dah habis uruskan pendaftaran boleh lah balik walaupun majlis belum tamat. tapi aku ditahan-tahan macam orang bodoh duduk termenung dalam khemah padahal dah takde apa nak buat. hari pertama bolehlah tahan-tahan aku. hari kedua dan ketiga, habis je bertugas terus cabut balik sebabnya aku drive keta sendiri bukan naik bas yang disediakan. jadi, semua orang yang kena tunggu tu sebab ada yang naik bas belum habis bertugas lagi. jadi nak tak nak kenalah dorang tunggu. huhuhu.

beberapa hari terpaksa bertugas tu memang penat gile. tapi aku tak ingat esoknya aku cuti ke tak. tak pun amik EL masa tu. ntahlah tak ingat. masa tu ada gak amik gambar, tapi tak transfer ke pc ni plak. jadi entri ni takde gambar. masa kejadian tu jugak, aku tak de buat entri kat blog sebab masa tu aku belum rajin berblog lagi walaupun memang dah ada blog. stat berblog bulan 11 kot.

sebulan ke dua bulan lepas berlangsungnya majlis tu, adalah konon-konon majlis penghargaan. tapi nama aku langsung tak masuk list. dah la tu buat rombongan sempena penghargaan sebab bertugas tu pun nama aku dan ada beberapa yang lain tak masuk list. malah, langsung tak tahu. bila nak suruh buat keje bukan main, carik sampai ke lubang cacing. bila bercakap, tulang lagi lembut dari lidah nak suruh bertugas masa majlis tu. bila sampai masa untuk penghargaan, kaum kerabat and geng dorang je yang dorang masukkan dalam list. dah la tu, sijil dan cenderamata pun aku tak dapat. sakit hati tak???

bab yang majlis makan-makan dan rombongan tu aku tak kisah sangat sebab dari bercampur dengan orang-orang macam tu baik aku habiskan masa dengan famili aku. tapi bab sijil tu aku nak jugak. dah jadi macam peminta sedekah pun ada pegi call dan pegi opis dorang mintak jugak sijil tu. yelah, beberapa hari berulang alik, pastu pagi-pagi buta dah kena bertugas sampai petang. dengan letihnya, penatnya, tensennye. tiba-tiba...tak dapat sijil. kalau memang semua orang tak dapat, xde la aku nak kisah. ni ada yang dapat ada yang tak. tak adillah macam tu. dah berapa lama mengemis mintak sijil tu jugak, barulah dapat. so kesimpulannya, tolong jangan panggil aku untuk bertugas benda-benda macam ni lagi. aku tak suka. lebih-lebih lagi dengan orang-orang perangai macam siot dan suka menganiaya orang. huhuhu.

Monday, October 25, 2010

selesa punya pasal

lama dah tak mengupdate blog. tiba-tiba rasa malas sebab busy sangat. huhuhu.
minggu lepas aku beli kasut baru. sebabnya kasut yang aku pakai hari-hari pergi opis dan ke hulur ke hilir dah azab sangat rupanya. kasut ni yang aku beli kat midvalley masa ikut encik capo grande berkursus di hotel garden bulan 8 yang lalu. mana tak jahanamnya kasut aku tu. tu lah kasut aku pakai pergi opis, tu lah jugak aku pakai pergi jalan-jalan dan tu lah jugak aku pakai kalau nak pergi mana-mana.



sebenarnya aku ada lebih daripada 5 pasang kasut yang pelbagai pesyen, warna dan ketinggian tumit. aku seorang yang gila kasut. pantang nampak kasut yang aku berkenan, aku mesti beli. tapi kebanyakannya memang tumit 2.5 inci ke 3 inci. huhuhu. tapi..............sejak aku pregnant, aku dinasihatkan untuk tidak memakai kasut-kasut yang bertumit tinggi atas sebab-sebab keselamatan. oleh sebab itu, aku pun belilah sepasang kasut bata yang tapaknya rata dan lembut, supaya menyokong kaki dan badan aku ketika berjalan. aku beli sepasang je. sebab tu aku pakai satu kasut tu je ke hulu ke hililr sampai jahanam.

kasut mahal nak mampus.
jadi, minggu lepas aku dan encik capo grande pun masuklah dari satu bata ke satu bata. sebabnya kedai kasut lain tak sesuai untuk pempuan pregnant. lagipun kaki aku selalu sakit-sakit bila memijak. jadi memang aku kena cari kasut yang tapak lembut macam yang dijual di bata. 2 kedai bata kami masuk, 1 pun aku tak berkenan. penyudahnya encik capo grande mencadangkan aku beli kasut croc atau scholl. aku pun ok je. kalau mampu aku beli. kami pun ke kedai kasut hong kong kat seremban. mula-mula cuba kasut croc. tapi aku tak tahan nak gelak tengok design kasut croc sebab kelakar. hahahahaha. bulat je tapi harga..mak oi ai..seratus lebih.

lepas tu naik tingkat atas, tengok kasut scholl. walaupun design tak secantik kasut-kasut aku yang bertumit tinggi, tapi tapaknya lembut dan selesa bila dipijak. bila tengok harga...semuanya RM178 ke atas. mak ai...beli kasut RM80 pun aku tak pernah dan pikir 10 kali bila nak beli. cuba punya cuba, aku pun decide nak beli jugak. mahal pun mahallah. asalkan kaki aku selesa dan tak sakit. tapi semua yang aku berkenan, samada takde saiz ataupun warna yang aku nak dah habis. penyudahnya aku belilah design lain yang ok gak walaupun tak secantik design yang aku berkenan. melayang RM198.00 aku. huhuhu. sejarah dalam hidup beli kasut harge ratus-ratus. tapi takpelah, bukan setiap bulan aku beli. sebab pregnant dan kaki selalu sakit je aku beli ni.

tapi tak rugi beli. bila sesuatu barang tu mahal...mesti ada sebabnya. kualiti, selesa dan tahan lama. lepas ni nak beli kasut croc pulak. tengok harge hari tu RM139.90. taknak campur kasut g keje dan kasut jenjalan dah. nanti cepatlah jahanam walaupun beli hage beratus-ratus. nanti dah lepas bersalin...baru boleh sarungkan kasut tumit tinggi balik. ada tu yang aku baru beli dan pakai baru sekali. . huhuhu. rindunya nak bergaya dengan kasut tinggi aku.

Wednesday, October 20, 2010

aku yang kedekut. so???

disebabkan terlalu busy, aku terlupa nak buat entri ni. tanggal 12 Oktober 2010 yang lalu, genaplah 3 tahun aku bersama kereta wildcutecat aku iaitu kereta viva putih 1.0 ezi. itu bermakna, 3 tahun yang lalulah aku membeli kereta tersebut di perodua yang tak jauh dari opis aku nih. 3 tahun yang penuh kenangan dimana kebanyakannya memerlukan pengorbanan kewangan yang besar untuk aku terus bersama kereta tersebut. mana taknya, nak sediakan duit minyak, bayar bulan-bulan, bayar untuk servis bila sampai masanya, nak renew roadtax dan insuran serta lain-lain hal kecemasan macam tayar botak atau perlu tukar sparepart.



bila bercakap pasal kereta aku nih, aku mengaku aku memang kedekut. katalah apa saja...tapi aku memang kedekut kalau berkaitan dengan kereta aku. macam-macam aku alami dan perlu tempuhi serta perlu korbankan untuk beli dan maintainkan kereta tu, jadi tak salah kalau aku kedekut. kereta aku, aku beli dengan duit aku sendiri ok. bukan mak bapak aku sponsor duit downpayment atau bayarkan bulan-bulan. 100% duit aku sendiri sampailah sekarang. sekali sekala terpinjam duit mak aku masa sesak nak bayar keta adalah sekali dua. huhuhu. aku sayang keta aku walaupun kadang-kadang malas nak basuh. aku sayang apa saja harta aku walaupun sebatang pensel atau sehelai kertas.

jadi...aku mengaku, aku memang kedekut kalau orang nak pinjam kereta aku. nak tumpang boleh, tapi nak pinjam memang takkan dapat. hanya abang-abang dan kakak aku saje yang aku bagi pinjam. sebabnya masa aku takde kereta dulu, dioranglah bersusah payah hantar dan jemput aku ke hulu ke hilir. kalau orang lain...terus terang aku cakap...memang aku tak akan bagi pinjam. kalau terpaksa bagi pun...tengoklah muka aku bertukar muka tak puas hati. lepas tu mesti moncong dan nak marah-marah je. namanya pun tak ikhlas kalau terpaksa bagi. lagipun aku ikut prinsip arwah abah aku, takkan bagi orang pinjam kereta atau motor. kalau arwah abah aku masih ada, aku yakin arwah abah aku menyokong tindakan aku. lagipun kakngah pun sama macam aku, tak kan bagi orang lain pinjam keta. nama pun adik beradik...sehati sejiwa. huhuhu.

tak kisahlah orang nak cakap setakat keta viva pun nak kedekut. sebabnya kamu semua tidak tahu kesusahan yang aku alami sebelum memiliki kereta tersebut. betapa gigihnya aku dulu, kalau dikenang-kenang, boleh mengalir air mata. tapi seperti yang aku mention awal-awal tadi, kalau setakat nak tumpang, aku tak kisah. cuma nak pinjam je aku tak bagi. maaflah...ini prinsip aku. lagipun, aku pun takde pernah terfikir nak pinjam keta orang. biarlah aku naik bas atau teksi, meminjam keta orang tidak sekali-kali.

tujuan aku beli kereta dulu juga sebab nak senangkan mak aku. bila diingatkan kembali macammana kami berdua berebut-rebut naik bas tengah panas dengan tangan yang sarat dengan barang, sedih sangat. kadang-kadang kena berdiri. aku tak kisah berdiri...tapi mak aku? kadang-kadang kena berjalan jauh tengah hari terik sebab nak pergi tunggu bas. dahlah kadang-kadang bas yang lalu taknak berhenti bila ditahan. sampai sakit-sakit lutut mak aku berdiri. memang aku maki-maki driver bas tu walaupun tahu dorang takkan dengar. masa tu memang aku terbayang, kalau aku ada kereta, mak aku tak perlu bersusah-susah macam ni. jadi skang, kalau mak nak pinjam kereta...bagitau je. skang jugak boleh bagi kunci. tapi mak aku mana ada lesen...drive keta pun tak tahu. ahak ahak ahak. jadi, mak aku hanya perlu call je dan aku akan sampai kalau tiada halangan.... impian di hati nak beli kereta honda accord type r satu hari nanti. dan pastinya aku mahu mak aku merasmikannya kalau ada rezki aku memiliki kereta tersebut satu hari nanti. insyaallah. lagipun, mak aku yang sponsor duit belajar memandu dulu. tanpa duit mak aku, aku takkan memiliki lesen memandu. terima kasih mak. sayang mak aku sangat.

Monday, October 18, 2010

cerita selepas team building

hari ni hari kedua kembali ke opis selepas selamat berteam building di rumah peranginan pejabat sukn9 di port dickson selama 3 hari 2 malam. pagi ahad tu aku tak join senaman tua sebab taknak sakit perut dan sakit kaki lagi. aku hanya kejutkan encik capo grande je untuk pergi senaman. sementara encik capo grande dan lain-lain sibuk bersenaman, aku nyenyak menyambung tido. ahak. lepas senaman tua ada sesi bergambar beramai-ramai. aku tau itu tapi aku tak mahu bangun jugak. biarlah gambar aku takde, asalkan aku puas tido. lagipun badan dah gemok ni memang takde feel nak bergambar. bulat je muka dan badan. huhuhu.


aku selepas join senaman tua (sabtu 16102010). dari kiri: kak jemah, mekchu dan aku. belakang tu kak nor.

kursus team building ni tamat lebih kurang pukul 1 petang. tapi kami tak balik terus. ingatkan nak rehat dalam sejam. pukul 2 petang baru nak bertolak balik. tapi lain jadinya.  kami layan supernatural season 5 siri ke 4 sebelum kedua-dua kami terlelap. encik capo grande siap bawak bekalan monitor 22 inci beserta xbox dan koleksi game xboxnya. jadi, malam-malam lepas aktiviti team building, kami berxbox di bilik takpun layan supernatural yang dicopy daripada abang aku adai. huhuhu

gambar ekslusif aku yang berbadan dua. huhu


disebabkan tertidur, kami hanya tersedar pukul 6.30 petang. itupun sebab terdengar anjing menyalak-nyalak tak henti-henti.  maunnya tak terkejut dah 6.30 petang. masa tu dah kosong dah rumah peranginan tu. tinggal kami je. bayangkanlah sunyi sepinya keadaan dan juga menyeramkan. huhuhu. kelam kabut kami bangun dan packing barang. disebabkan tak mahu lewat sangat keluar dari kawasan rumah peranginan tu, kami pun skip mandi. balik rumah baru mandi. bayangkanlah 6.30 petang dah sunyi giler...kalau mandi, siap-siap dan packing...paling cepat keluar dari situ mungkin 7.30 malam. lagilah sunyi dan seram. disebabkan tak mandi, kami meninggalkan rumah peranginan tu dekat-dekat pukul 7 malam. kalau tinggal kat hotel agaknya ntah berapa RM kami kena caj sebab lewat check out. tapi sebab kat rumah peranginan sukn9, free je lah. kami pun meneruskan perjalanan balik ke seremban lepas singgah beli burger sebab kelaparan tertido. ^_-.


aku dan encik capo grande. persoalannya...perut sape lagi buncit? ahak ahak ahak

kesimpulannya team building ni memang seronok tapi akan lebih seronok kalau aku dapat join semua aktiviti yang ada. wawawa. harap-harap lepas bersalin tahun depan, bolehlah join team building yang ada aktiviti macam flying fox dan meniti tali atas pokok. huhuhu. enjoy lah melihat gambar aku di sana. tu je gambar yang ada aku. huhuhu

terima sijil penyertaan daripada bos

Saturday, October 16, 2010

bosan di rumah peranginan

hari ni aku menaip entri di rumah peranginan suk negeri sembilan di port dickson. masuk hari ni dah 2 hari aku di sini bersama teman-teman seopis. (hanya yang layak dipanggil teman sahaja huhuhu). apa aku buat di sini? mandi lautkah? owh. tidak sekali-kali aku mandi laut sejak kisah buaya muncul di pd heboh diperkatakan hampir setahun yang lalu. opis aku buat team building disini. so 1 opis la yang kena datang kat sini. kehadiran adalah wajib dan sebab itu aku disini. tapi hari ini aku mengexcusekan diri atas sebab-sebab kesihatan.



pagi tadi aku ok saja. pukul 5.50 pagi aku dah bangun dan mandi. semangat nak buat senaman tua. sebenarnya bukan semangat mana pun, cuma kalau lewat sampai sebelum 6.45 pagi kat tempat yang diarahkan akan didenda. kan ke buruk rupanya kalau aku yang tengah buncit ni didenda. kui kui kui. haruslah aku mengunci alarm pukul 5 lebih pagi. lepas breakfast pukul 7.30 pagi tadi terus perut aku sakit. bukan sebab makanan rasanya. memang aku selalu sakit perut sejak pregnant. sakit macam perut ditekan-tekan kuat. sekejap sakit, sekejap ok, sekejap sakit. akibat buat senaman pagi tadi, kaki aku terus sakit dan mula jalan terdengkot-dengkot. tapi ok lagi. tak seteruk masa jatuh hari tu.

ini kali kedua aku datang ke rumah peranginan ni. masa 1st time datang dulu untuk buat SKT 2010 awal januari dulu. masa tu aku slim + single lagi dan siap joget poco-poco. seronoknya bila teringat. kali ni apa aktiviti pun tak boleh join. tak sesuai dengan keadaan aku skang. senaman sket pun dah sakit kaki, ni kan plak nak wat poco-poco. huhuhu. agak bosan kali ni. alangkah indahnya kalau dari awal aku dapat excuse tak payah datang sini. mesti seronok habiskan cuti hujung minggu bersama mak dan adik beradik aku sambil berborak dan makan goreng pisang panas. rindu..rindu...

esok baru habis team building ni. tak sabar nak balik...bosan sebab tak boleh join aktiviti lasak. bosan duduk dalam kelas sambil dengar taklimat. walaupun kelakar...tetap bosan sebab duduk dan dengar je.

Thursday, October 14, 2010

koleksi henpon wildcutecat

lama tak menghupdate blog. aku busy...busy sangat. lama-lama jadi bosan buat programming nih kalau dah hari-hari pagi petang siang malam menghadap benda sama jek. huhuhu. tapi nak buat macam mana...bidang ni yang aku pilih. buat je lah.



tiba-tiba masa tengah busy-busy nih, tercetus idea nak buat entry koleksi henpon aku sejak mula pakai henpon nih. dari zaman henpon gambar hitam putih, sampailah berkaler, sampailah boleh masuk mp3 dan sampailah skang ni touch screen pulak. semua aku dah ada walaupun bukanlah yang paling mahal dan paling canggih. janji meraso.

masa mula-mula masuk UTM tahun 2000, bagaikan satu kejutan untuk aku tengok ramainya pakai henpon. masa tu aku mana ada henpon malah tak tahu pun henpon nih wujud. bila nampak je student-student nih pakai henpon aku pun cakap dalam hati "mesti anak orang kaya nih". masuk je semester 2, dapat loan...aku pun terus beli satu. sebab rasa masa tu henpon ni satu keperluan lak disamping ingin jugak bergaya seperti student-student yang lih. kui kui kui. model 1st yang aku beli ialah:

nokia 3210
model ni tengah femes masa aku beli tu. seingat aku harga masa aku beli ialah RM480. beberapa bulan atau setahun(tak ingat) lepas tu keluar lak model 3310. masa tu hage dia mahal lagi. tiba-tiba mengada-ngada nak tukar henpon pulak. macam banyak duit je...padahal tengah blaja pakai duit *****.  aku takde lah beli...manalah mampu. tapi............akhirnya aku dapat jugak henpon nokia 3310 tu.

nokia 3310
 tapi aku tak beli. masa tu abang aku adai yang beli untuk dia. lepas tu aku bodek-bodek dia...akhirnya adai setuju tukar henpon dengan aku. dia bagi aku 3310 yang dia baru beli. aku bagi dia 3210 yang dah lama sket aku beli. kui kui kui. lepas dah berapa lama pakai henpon...tiba-tiba aku taknak pakai henpon lagi. kononnya masa tu aku taknak lalai dalam pelajaran. ada henpon nanti mesti aku leka...maklumlah...aku ni ramai peminat dulu. (oooppss bukan perasan tapi kenyataan). jadi aku fedup dengan sms dan panggilan dari student-student lelaki yang nak berkenalan yang entah sape-sape dan dari mana dapat no henpon aku. adalah 3, 4 kali aku tukar nombor. jadi aku dah penat. aku jual henpon aku kat kakak aku lida yang baru merangkak-rangkak nak blaja pakai henpon. brape aku jual...itu rahsia. tapi masa tu aku ingat lagi simcard maxis aku beli RM238.00. tak macam skang hage simkad...RM8.80 dah boleh beli.

lepas beberapa bulan takde henpon...aku jadi mengada-ngada nak ada henpon balik. rasa macam susah pulak bila takde henpon. jadi...masa tu ada model nokia baru keluar, aku pun sambar 1. tapi masa tu tak silap aku, aku pinjam duit kakngah separuh. tapi aku tak ingat aku dah bayar ke belum. kih kih kih. aku beli model N1112. rasa macam cantik sangat-sangat henpon ni masa tu. tapi aku punya kaler biru.

Nokia N1112

rasa macam panjang sangat lak jadinya entri aku nih. jadi henpon-henpon lepas ni, aku letak gambar je lah ye. ikut susunan.

Nokia 6101 ( beli tahun 2006)


Xpress Music ( beli hujung tahun 2007)


Nokia 1680 ( beli pertengahan tahun 2009.beli sebab nak pakai 2 nombor)
TERKINI. - Nokia Touch Screen 5230 ( beli bulan 10 2009).

Sunday, October 10, 2010

kadang-kadang aku terlupa

dalam entri yang lepas, aku ada story mory pasal open house kat rumah bangcik. masa tengah potong memotong apa yang patut untuk mak aku masak, tiba-tiba kakngah menegur entri aku yang lepas. entri pasal aku marah-marah nurse tu lah. kakngah memang folower setia blog aku. kih kih kih. katanya tak baik cakap air tu air bodoh. dan tak elok juga marah-marah masa pregnant. huhuhu.



sebenarnya air gula tu tak bodoh. aku cakap macam tu sebab aku marah sangat kat nurse tu. air tu tak salah apa-apa pun. tapi sebab terlampau sakit hati kat nurse-nurse yang menyusahkan aku tu, aku pun cakaplah macam tu. lagi satu, aku pun tak suka marah-marah tapi dah keadaan masa tu memaksa aku untuk marah...semua diluar kawalan. aku pun kadang-kadang lupa yang aku pregnant. sebab tu kadang-kadang aku boleh berlari-lari mengejar pintu lif, berlari naik turun tangga bila tak tahan pegi toilet. lagipun sebelum ni aku memang seorang yang lasak dan aktif. sebab tu kadang-kadang terlupa yang perut aku ni tengah buncit ada baby, bukan slim macam dulu-dulu. huhuhu.

aku hanya sedar yang aku pregnant bila muntah-muntah, sakit perut, sakit kaki, sakit pinggang, cepat penat, termengah-mengah dan juga bila baby ni bergerak-gerak dan tendang-tendang perut aku. selain daripada tu aku terlupa. hihihi. kadang-kadang aku tak makan sebab aku tak lapa. tapi aku terlupa baby dalam perut mungkin lapa. huhuhu. kadang-kadang jugak aku selalu layan perasaan sedih aku bila aku sedang bersedih. sedangkan orang kata masa pregnant tak elok sedih-sedih...nanti effect kat baby. tu pun aku terlupa. tapi macam mana nak tahan-tahan kalau memang masa tu tengah sedih? aku tak pandai berlakon pura-pura happy.

harap-harap lepas ni aku tak lupa lagi. baru-baru ni aku pun pernah mimpi yang aku dah bersalin tapi aku terlupa aku dah ada baby. masa aku mandikan dia dalam bilik air, terus aku tinggalkan dia dalam bilik air selama 2 hari. lepas 2 hari baru aku teringat aku ada anak dan berlari-lari pergi cari kat bilik air. nasib baik ada lagi dan masih hidup. huhuhu. walaupun mimpi tapi betul-betul mencemaskan aku masa dalam mimpi tu.

semoga aku tak terlupa lagi ye. kalau aku terlupa, tolonglah ingatkan aku. huuhuhhu. yang  peliknya, masa tengah pregnant nilah macam-macam hal yang menguji kesabaran dan emosi berlaku. masa ni lah aku jadi sensitip sangat-sangat...cepat je terasa dan kecik hati. huhuhu.

Saturday, October 9, 2010

sehari di open house

baru je balik dari open house kat rumah bangcik@rumah yang aku tinggal sebelum kawin  di pinggiran senawang. rindu kat bilik aku, kat katil dan kat tilam mahal aku yang hagenye hampir setaraf tilam vono. huhuhuhu. rindu kamu sangat T_T. open house bermula pukul 2 petang tapi seawal pukul 8.30 pagi aku dah sampai sana sebab nak tolong mak aku apa yang patut. sian mak aku...dah tua-tua pun kena masak banyak banyak sensorang. nak buat macam mana, mak aku masak sedap sangat sampai memang takkannya order makanan luar.



menu open house ialah nasi beriani, lauk paceri nenas, rendang daging mak aku yang sedap, kurma ayam dan acar buah. disamping itu ada sum sum dan kuih kucai. semua menu ni mak aku yang masak kecuali nasi beriani sebab nasi beriani kakngah yang tolong masakkan. menu lain yang dibeli ialah karipap, kek, gula-gula dan tembikai. manakala menu standby kalau makanan habis ialah mihun, kuew tiaw dan juga sosej. yang ni akan masak on the spot oleh mak aku kalau makanan habis tapi ramai tetamu yang datang lagi.

memang ramai yang datang, tak henti-henti. tapi tu semua kengkawan dan jiran-jiran bangcik lah.open house ni dari pukul 2 petang sampai malam. tapi aku tak dapat tunggu sampai malam...T_T. lebih kurang pukul 5 lebih, aku pun balik rumah. tiba-tiba masa singgah kat kedai, sakit perut sangat. sakit kat bawah perut dan kat tut. rasa macam nak terberanak pun ada. rasa perut kena tekan-tekan dan mengeras. huhuhu. ni pun tengah sakit perut. tapi tak nak pegi klinik...tahan je lah.

LinkWithin